Masak lauk apa pun kalau kena dengan selera ahli keluarga boleh bertambah makan. Satu lauk pun kira jadi kalau memang sedap. Orang kata sekejap je licin.

Bagi sesetengah orang masak seatu jenis lauk macam tak lengkap. Tapi sesekali kalau dah rasa bosan atau memang terdesak lauk ringkas macam ni boleh jadi penyelamat.

ARTIKEL RESIPI MENARIK [Resipi 8k Share, Ikan Siakap Stim Ala Thai Patut Cuba. Terliur Dibuatnya!]

Apa kata anda cuba resipi ayam goreng kunyit yang sememangnya jadi lauk kegemaran satu keluarga tak kira anak atau pun ibu bapa. Letak pula kicap atas nasi putih memang marvelous. Tak pandang kiri kanan dah bila suap.

IKLAN

Ayam Goreng Kunyit ‘Letops’, Gaul Serbuk Kari! Makan Nasi Panas-Panas Letak Kicap

RESIPI AYAM GORENG KUNYIT LETOPS!!

Bahan
Ayam (potong kecil / dadu)
2sb tepung jagung*
2sb tepung beras*
1sb serbuk kunyit*
1sb serbuk kari*
Sedikit air*
Perasakan dengan garam & cukup rasa maggi*
Sayur kacang & carrot, cili besar serta bawang

IKLAN

LAGI ARTIKEL RESIPI MENARIK [Resipi Roti John Popular Yang Viral. Guna Roti Oblong Sahaja, Pasti Buat Anda ‘Terliur’]

Cara masak
1. Campurkan semua bahan bertanda * gaul sebati kemudian gaul bersama ayam. Perap dalam setengah jam.
2. Kemudian panaskan minyak
3. Goreng ayam hingga masak. Pastikan ayam betul-betul tenggelam dalam minyak ya. Bila dah masak kurangkan minyak tanpa mengeluarkan ayamnya… kemudian masukkan bawang lada serta kacang panjang dan carrot. Then SIAP!

IKLAN

Ayam Goreng Kunyit ‘Letops’, Gaul Serbuk Kari! Makan Nasi Panas-Panas Letak Kicap

Rasanya memang sedap kalah kedai ooiii.. Is done ” AYAM GORENG KUNYIT ”

Kredit: Dapur Natrah via Fauzi Karim

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI