Ayam Masa Thai Terlajak Sedap! Resipi Simple, Rasanya Macam Kat Kedai

Share

Menu ayam antara yang menjadi kegemaran anak-anak. Kadang dah buntu nak masak apa lagi kan? Bagi mama yang tiada idea boleh cuba buat resipi Ayam Masak Thai. Bahan yang digunakan pun ringkas dan cara buat pun mudah.

Perkongsian resipi dari Puan Liza Idris ini dijamin sedap dan walaupun pertama kali buat, gerenti jadi!

Resipi Ayam Masak Thai 

Bahan dikisar:-

1 biji bawang besar.
2 ulas bawang putih.
3 biji cili merah dan 2 biji cili hijau.
4 biji cili padi.
2 inci kunyit hidup.
Sedikit lengkuas.

Bahan memasak:-

1/2 ekor ayam.
1 biji bawang besar hiris bulat.
2 batang serai.
1 biji limau nipis.
5 helai daun limau purut.
Sedikit gula melaka.

Cara memasak:

Mula-mula goreng ayam dulu, angkat dan ketepikan.

Panaskan minyak, masuk 2 batang serai dalam kuali. Masukkan bahan yang dikisar tadi. Tumis sampai pecah minyak. Saya guna 4 biji cili api je. Kalau nak pedas sikit letak la lebih.

RESIPI MENARIK [Rempah Ikan Bakar Terengganu Style & Tip Tak Bagi Rempah Kering Masa Bakar]

Masuk 3 sudu sos cili.

Masuk pula 2 sudu sos tiram.

Sedikit gula melaka. Sebenarnya tak kisah gula apa pun, tapi gula melaka ni akan cantikkan kuah dan rasa lebih kick gitu. Kacau dan kacau.

Masuk 1 cawan air. Kacau dan biarkan mendidih.

BACA JUGA [Rebus Nasi Impit Versi Jimat Gas & Elektrik. Lagi Cepar Kembang, Mudah Masak!]

Masukkan ayam yang digoreng tadi. Kemudian taburkan daun limau purut. Kacau dan kacau lagi.

Letakkan pula hirisan bawang merah. Guna bawa holand lagi padu. Mujur dah habis masak tomyam.

Perasakan dengan garam secukup rasa. Perah jus limau nipis ikut kemasaman yang korang suka

Siap dah. Sedia dihidang dengan nasi panas-panas.

Kredit: Liza Idris

Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)

 

 

 

IKLAN