Zaman makin maju, cara memasak pun dah semakin mudah. Siapa kata masak lauk hanya boleh guna kuali periuk? Masak lauk sekarang pun boleh guna air fryer tau! Masa yang digunakan lebih cepat, dapur kurang berkecah dan senang untuk dibersihkan.

Tapi yang lebih penting, masakan akan jadi lebih sihat dengan penggunaan air fryer disebabkan penggunaan minyak yang sedikit atau tidak digunakan langsung.

Seperti resepi ayam masak kicap ini, tidak memerlukan penggunaan minyak masak yang banyak kerana menggunakan air fryer untuk digoreng tapi masih sedap untuk dimakan seisi keluarga.

Mari kita lihat perkongsian resipi dari Noor Lela Abdul Samad di Facebook ini.

RESEPI AYAM MASAK KICAP AIR FRYER

Best buat resepi goreng-goreng guna Air Fryer. Dapur tak kecah. Sambal masak, boleh buat kerja lain. InshaAllah memang mudah.
Jom la masak.

Ayam Masak Kicap Guna Air Fryer, Dapur Tak Kecah. Punyalah Senang, Lebih Sihat Untuk Seisi Keluarga!
Sumber foto: Facebook Noor Lela Abdul Samad

Siap kan dulu, bahan-bahannya:
• ½ ekor ayam – potong sederhana kecil
• 2 ulas bawang putih – tumbuk
• 2 ulas bawang merah – tumbuk
• ½ inci halia – tumbuk

• 1 biji bawang besar – hiris
• 1 cili biji merah (ikut suka) – hiris
• 2 sudu besar sos tiram
• 2 sudu besar kicap manis
• 1 sudu besar kicap masin

• Garam, sedikit minyak dan kunyit buat perapan ayam

IKLAN

• 1 biji kentang, dihiris dan digoreng @ funa air fryer

Baca Juga:

Cepat Kenyang & Bantu Elak Jangkitan Penyakit, Buatkan Kentang Lecek Untuk Bayi. Resipi Mudah!

Resipi Baked Potato Sedap & Mengenyangkan. Boleh Buat Bekal Anak Pergi Sekolah, Mudah Sangat!

Garing Luar, Lembut Di Dalam. Resipi Bingka Ubi Terlajak Sedap, Harum Satu Rumah Bila Bakar Dalam Oven!

Cara memasak:
1. Perapkan ayam dengan bahan perap. Tak perlu lama, 15- 20 min pun Ok. Kemudian masak ayam dalam air fryer (ikut masing masing punya setting). Separuh masa memasak, balik kan ayam dan kemudian sambung hingga ayam elok masak.

IKLAN
Ayam Masak Kicap Guna Air Fryer, Dapur Tak Kecah. Punyalah Senang, Lebih Sihat Untuk Seisi Keluarga!
Sumber foto: Facebook Noor Lela Abdul Samad

2. Dalam kuali tumis halia, bawang merah dan bawang putih hingga naik bau wangi. Masukkan bawang besar. Tumis sekejap.
3. Masukkan sos tiram dan kicap manis. Kalau suka masin boleh tambahkan garam, tapi jangan banyak sangatsebab sos tiram dah masin.

Ayam Masak Kicap Guna Air Fryer, Dapur Tak Kecah. Punyalah Senang, Lebih Sihat Untuk Seisi Keluarga!
Sumber foto: Facebook Noor Lela Abdul Samad

4. Masukkan ayam. Kacau- kacau hingga ayam dan sos sebati. Masukkan kentang. Taburkan cili merah. Gaul ratadan tutup api dapur. Haah. Dah siap masak.

Boleh cedok dan hidangkan.

Kebaikan Minyak Zaitun Yang Perlu Anda Tahu

1. Minyak untuk perapan hanya gunakan sedikit sahaja. Sama juga untuk tumisan. Tidak perlu gunakan minyak yang terlalu banyak. Lebih bagus jika menggunakan minyak zaitun. Minyak zaitun mempunya banyak khasiat.

IKLAN

2. Minyak zaitun mempunyai elemen anti penuaan. Apabila umur meningkat, kulit akan mula mengendur dan kedutan akan terbentuk. Penggunaan minya zaitun dalam masakan dapat mengurangkan tanda- tanda penuaan.

Ayam Masak Kicap Guna Air Fryer, Dapur Tak Kecah. Punyalah Senang, Lebih Sihat Untuk Seisi Keluarga!
Sumber foto: www.freepik.com

3. Minyak zaitun juga membantu mencegah daripada kanser payudara. Oleuropein, sebatian semula jadi yang terdapat pada daun zaitun, mempunyai potensi sebagai antikanser payudara.

4. Minyak zaitun membantu mengawal kolesterol dalam badan. Minyak zaitun mengandungi tahap lemak tepu dan lemak tak tepu yang minima. Ini membolehkan ia mengawal paras kolesterol dalam darah pada badan.

Ayam Masak Kicap Guna Air Fryer, Dapur Tak Kecah. Punyalah Senang, Lebih Sihat Untuk Seisi Keluarga!
Sumer foto: www.freepik.com

Mudahkan resipi yang dikongsi. Tak perlu makan masa yang lama untuk memasak. Lagi sedap dihidangkan dengan nasi panas, pasti bertambah. Boleh dinikmati Bersama seisi keluarga.

Ayam Masak Kicap Guna Air Fryer, Dapur Tak Kecah. Punyalah Senang, Lebih Sihat Untuk Seisi Keluarga!

Nak menang cash bernilai RM4000? Jom, hantarkan foto OOTD Sedondon Raya bersama anak anda di 👉🏼 SINI

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI