Raya dah dekat dah ni, kalau masih tak tahu nak masak menu apa masa raya nanti, boleh cuba buat ayam masak merah santan ni. Nak hidang dengan nasi tomato boleh, nasi minyak pun boleh! dua dua sedap. Yang menariknya resipi dari adikfoods ni, ditambah serbuk kurma dengan santan untuk memberi rasa yang lebih sedap. pedas sedikit manis, wangi dari kedua bahan ini.  Mesti rasa dia lebih kick kan? Bak kata adikfoods “Memang sedap kome😁 Moh le buat!”

Ayam Masak Merah Bersantan Hidang Dengan Nasi Tomato Boleh, Nasi Minyak Pun Sedap!
Sumber: Adikfoods

Bahan-bahan: 

▪️Bahan Tumisan
2 biji bawang besar – mayang
2 in halia – hiris halus
5 ulas bawang putih – mayang
4 sekawan
2 helai daun pandan
▪️Bahan Kisar
1 biji bawang besar
7 biji bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
1 in halia
2 batang serai

IKLAN

▪️Bahan lain
1 ekor ayam
1 paket kecil serbuk rempah kurma
1 cwn cili kisar ( adjust)
½ cwn tomato puree
1 cwb sos cili
1 paket 200g Santan Kelapa Ayda
Air secukupnya

1 kiub ayam
1 sdb gula perang
Garam secukup rasa
2 biji bawang besar – potong bulat
5 biji cili hijau besar – belah dua
Daun sup

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AdikFoodS (@adikfoods)

Cara penyediaan: 

IKLAN
  1. Goreng ayam dengan kunyit dan garam separuh masak dan angkat.
  2. Tumis bawang besar dengan halia sehingga layu, masukan bawang putih dan 4 sekawan.
  3. Tumis daun padan sehingga layu dan wangi, masukkan bawang besar dengan halia  masukan bawang putih dan serai yang telah dikisar tumis sehingga keperangan.
  4. Masukkan cili kisar, ½ cawan tomato puree, 1 cawan besar sos cili, serbuk kurma dan air, kacau sehingga pecah minyak.
  5. Selepas itu, masukkan santan, kiub pati ayam, gula perang, garam secukup rasa, masukkan ayam yang telah digoreng tadi, kacau rata. Tambah air sedikit dan gaul rata. Tunggu sehingga pecah minyak sekali lagi.
  6. Masukkan bawang besar, cabai hijau dan kacang peas (pilihan)
  7. Tabur daun sup gaul rata.

Dah siap dah lauk ayam masak merah bersantan kita. Tak sampai 20 minit pun kalau kita nak buat. Sedap sampai tetamu ratah lauk je nanti! Rasa lebih kurang ala-ala ayam masak merah di kenduri sebab ada santan.

Kredit:Adikfoods

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI