Disaat kenaikan harga semua barang yang tidak terjangkau dek akal, lebih-lebih lagi pada harga minyak dan ayam, ada baiknya kita memilih cara masakan yang lebih sihat menggunakan air fryer untuk anak-anak dan keluarga.
Bukan hanya lagi jimat bahkan lebih sihat serba serbi. Bosan dengan ayam, apa kata jadikan Kentang Bakar Berempah ini sebagai kudapan untuk anak-anak di petang hari.
Ayam mahal, minyak mahal, maka kita makan kentang bakar sahajalah. Kita guna air-fryer atau oven untuk buat hidangan ni. Mudah, tapi anak-anak pasti suka. Sesuai buat kudapan.
Kentang Bakar Berempah by Kamarul Ariffin Nor Sadan
Bahan-bahan: (3-4 orang makan)
½ kg kentang kecil
1 sudu besar empingan cili
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu kecil daun parsli kering
1 sudu kecil daun basil kering
3 sudu besar minyak masak
2 sudu serbuk keju parmesan
Garam secukup rasa
Kita sedia bahan-bahan. Kalau tak ada daun parsli atau basil kering, guna sahaja daun oregano.
Agar cepat empuk, potong kentang kepada 2 atau 4 bahagian, basuh dan rebus. Terpulang pada kalian nak kupas kulitnya atau tidak, tapi pada saya kulit tu yang akan buat sedap nanti.
Ads
Setelah kentang empuk, tos kentang, dan masukkan dalam mangkuk. Taburkan rempah ratus kita tadi serta minyak masak ke atas kentang. Saya gunakan minyak rendaman tomato yang kita buat tempoh hari.
Minyak rendaman tomato bakar tu akan menyedapkan lagi kentang kita ni.
Susun kentang, kulit di bahagian bawah. Jangan letak banyak sangat tau, nanti tak garing luaran kentang tu.
Ads
Set suhu sekitar 120-150°C dan masa 15-20 minit. Sejujurnya, hasil gorengan air fry tak sesedap deep fry, tapi apa boleh buat, keadaan memaksa. Haha! Kena jimat minyak masak.
OK ni hasil selepas 20 minit. Belum cukup garing. Kita terbalikkan kentang. Nak kulit dia pula garing. Biar luarnya rangup dan berempah, dan dalamnya empuk-empuk manis.
Kali ni kita set 200°C untuk 10 minit. Jika tak ada air-fryer atau oven, boleh goreng tohor (pan fry) guna kuali leper. Cuma kena rajin balik-balik kentang agar tak geseng.
Fuh itu dia hasilnya! Dah nampak menyelerakan. Kalau nak hidang dah boleh dah ni, tapi saya terbalikkan semula, dan tambah lagi 5-10 minit untuk dapatkan kerangupan yang saya mahukan.
Ads
Letak atas pinggan, tabur keju parmesan sikit, hias dengan tomato ceri, dan hidang dengan mayonis atau sos kegemaran kalian. Gurih! Pedas, masin, manis dan berlemak.
Bosan dengan kek coklat, apa kata kita cuba pula kek berasaskan gula perang ini. Kek Span Marble Pucci yang comel ini boleh mama cuba untuk variasikan rasa kek buat anak-anak. Paling menarik rasanya cukup enak dan gebu. Nak buat pun senang kerana menggunakan sukatan cawan.
Kek perkongsian Puan Farisha Sofea ini memang cantik, penggunaan warna yang lembut, sesuai untuk disajikan kepada anak-anak sepanjang PKP ini. Paling senang kerana menggunakan sukatan cawan sahaja. Jom cuba!
Bahan Bahan :
Bahan A :
4 biji telur gred B
1/2 cawan gula perang
1/4 cawan susu penuh krim
1 sb ovallette
1 sk esen vanilla
Bahan B ( diayak ) :
3/4 cawan tepung gandum
2 sb tepung jagung
1 sk serbuk penaik
Bahan C :
1/4 cawan minyak jagung
Bahan Lain :
Pewarna pilihan
Satukan ke semua Bahan A. Masukkan Bahan B ke dalam Bahan A dan pukul sehingga kembang dan gebu.
Kemudian masukkan Bahan C dan kaup balik sehingga sebati. Asingkan sedikit adunan untuk diletakkan pewarna.
Tuangkan adunan asal ke dalam loyang 7″ yang telah digris (saya masukkan serbuk koko dalam adunan).
Kemudian masukkan pula adunan berwarna secara bertompok tompok mengikut kreativiti masing masing dan lorekkan adunan tersebut.
Sementara itu panaskan oven, hentakkan sedikit loyang untuk membuang buih gelembung. Bakar pada suhu 170°C selama 1 jam atau sehingga masak bergantung kepada oven masing masing.
Setelah masak , sisipkan keliling loyang dan terlangkupkan. Kemudian terlangkupkan semula dan biarkan sehingga sejuk sebelum dipotong .
Siap sedia dihidang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bagi yang pernah mencuba gabungan kek pisang coklat pasti amat merindukan rasanya yang cukup enak. Gabungan yang cukup sebati. Terasa-rasa coklat dan kemanisan pisang yang membuatkan rasa kek lebih bangkit. Apa lagi kala dimakan ketika waktu panas.
Kek Pisang Dua Benua ini juga nampak cukup sedap. Masih digabungkan tetapi dipisahkan di dalam satu acuan. Cukup unik tapi rasanya cukup enak. Nak cuba? Jom cuba resipi mudah yang dikongsikan oleh Pn Afieyza Isahak ini. Terbaik!
Alhamdulillah. Sedap makan panas-panas. Sebelum ni biasa buat yang original dan nestum. Belum pernah campur serbuk koko. Bagi Cik Fieyza, rasanya lebih sedap. Untuk permukaan atas, memang tambah masa untuk bagi lebih garing. Suka. Cik Fieyza kongsi resipi di bawah andai ada yang belum pernah cuba buat.
1 cawan minyak masak
1 cawan pisang berangan yg telah dilecek
Bahan C:
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder Ayak dulu.
Pukul hingga kembang bahan A.
Sebatikan bahan B dan kemudian masukkan ke dalam adunan bahan A. Kacau sebati.
Ayak bahan C dan kaup balikkan hingga sebati. Bahagikan kepada 2 bahagian. 1 bahagian biarkan plain, 1 bahagian lagi campurkan 2 sudu besar serbuk koko dan biskut oreo yang telah dihancurkan.
Loyang 8″X8″ alas dengan baking paper. Tuang adunan dalam loyang. Hias ikut suka.
Bakar suhu 180 api atas bawah 45 minit atau hingga masak bergantung pada oven masing-masing.
Bagi anda yang cukup gemar makan puding karemel, Creme Brulee ini pastinya turut jadi kesukaan anda. Mana taknya, rasa manis yang sama bahkan strukturnya juga hampir sama. Malah lebih senang hendak menyediakannya.
Nak buat macam mana? Jom cuba resipi perkongsian Lina Thomas, Creme Brulee Ala Kayangan ini. Memang padu!
Creme Brulee ala Kayangan.
Bahannya:
3/4 cawan susu segar
1 1/2 cawan heavy whipping cream
3/4 cawan gula
8 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanilla
7 sudu teh gula -untuk topping
Air mendidih untuk “water bath”
Panaskan oven ke (160C) 325F. Susun 7 ramekins kecil dalam loyang pembakar.
Masak susu dan heavy whipping cream hingga mendidih. Masukkan esen vanilla. Biar kan suam sebentar, ketepikan.
Pukul telur, kuning telur dengan gula. Jangan sampai berbuih.
Masukkan adunan telur sedikit demi sedikit dalam adunan susu dan kacau sebati. Tapiskan ke dalam bekas remekins. Bahagikan campuran sama rata. Susun di dalam loyang pembakar.
Masukkan loyang pembakar ke dalam oven, dan tuangkan air mendidih ke dalam periuk di sekeliling ramekins. (water bath)
Bakar selama 55 – 60 minit. Biarkan dia dalam oven selama 20 minit. Hati-hati keluarkan dari oven dan sejukkan kira-kira 30 minit sebelum disimpan dalam chiller. Tutup dengan plastik cling.
Note: Custard ni boleh disediakan sehari hari lebih awal atau awal pagi dan sejuk kan dalam chiller.
Untuk topping:
Taburkan kira-kira satu sudu teh gula ke bahagian atas setiap custard di permukaan custard. Bakar dalam oven guna “broiler” 3 – 5 sehingga gula bertukar keperangan. Siap dan boleh di hidangan kan.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Demam adalah reaksi semula jadi tubuh dalam melawan jangkitan, sama ada disebabkan oleh virus atau bakteria. Walaupun ia sering dianggap perkara biasa, ramai ibu...