Hari raya yang bakal menjelma tidak berapa lama lagi pastinya buat mama tercari-cari resipi yang mudah dan ringkas untuk dicuba di hari raya nanti. Biskut Coklat Chip Famous Amos antaran wajib ada yang pastinya buat anak-anak tak sabar menunggu.

Resipi mudah yang dikongsikan oleh Pn Mastini ini mama wajib cuba. Senang sangat!

Resepi Famous Amos Paling Mudah & Senang, Terlebih Rangup, Confirm Jadi!


Bahan A
250 gm butter
1 1/4 cawan teh -brown sugar
1 sudu kecil esen vanilla
1 biji telur

Bahan B
2 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
6 sudu besar minyak masak

Bahan tambahan
2 cawan cip coklat
Almond flakes

Resepi Famous Amos Paling Mudah & Senang, Terlebih Rangup, Confirm Jadi!

IKLAN

1. Kacau rata bahan A guna senduk. Jangan guna mixer. Pakai spatula atau senduk sahaja pun dah cukup.
Tujuan nak bagi bahan sebati je, kacau slow-slow. Bila bahan dah bercampur je terus stop. Tak perlu bagi kembang. Tak perlu tunggu sampai gula larut.

2. Bila dah kacau masukkan pula bahan B. Sama macam tadi kacau guna spatula secara perlahan.

Resepi Famous Amos Paling Mudah & Senang, Terlebih Rangup, Confirm Jadi!

3. Bila dah sebati baru tambahkan cip coklat. Coklat cip jangan bawa keluar awal dari peti ais takut dia lembik bila gaul sekali nanti rasa biskut lari sikit sebab larut dengan coklat chips. Masa nak letak baru keluarkan dari peti ais.

IKLAN

4. Bila dah menjadi adunan, masukkan dalam peti ais selama 1 jam. Simpan sampai dia jadi keras sikit. Simpan lama pun takpe. Kalau nak cepat simpan kat bahagian atas peti ais pastu agak2 dah keras sikit boleh bawa keluar dan start cubit mencubit.

Resepi Famous Amos Paling Mudah & Senang, Terlebih Rangup, Confirm Jadi!

5. Masa susun atas loyang, jarakkan jauh sikit antara satu sama lain untuk bagi ruang biskut mengembang. Make sure cubit je adunan tuh. Tak perlu tekan bagi leper

IKLAN

6. Bakar 20 minit suhu 150°C guna api atas bawah. Jangan lupa preheat oven sebelum letak cookies.

Resepi Famous Amos Paling Mudah & Senang, Terlebih Rangup, Confirm Jadi!

7. Siap untuk dinikmati.

Menarik:Resipi Puding Laici Berkuah Mudah Sungguh Nak Buat, Layan Makan Sejuk-Sejuk!

Dengar cerita ada yang tak nak balik sebab seronok sangat main air. Faiz Dickie sempat tunjuk bakat terjun sampai perut mengandung pun hilang. Nak tahu siapa juara challenge kali ini, kenalah tengok sampai habis.

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI