Diuji dengan pelbagai ujian hebat, penyanyi dan pelakon Bella Astillah mengakui bahawa ada kalanya dia berasa tidak kuat seperti apa yang diperkatakan oleh netizen di media sosial.
Melalui perkongsiannya menerusi satu video yang dikongsikan di Tik Tok, ujar ibu kepada dua anak ini dia sendiri mencari kekuatan buat dirinya untuk terus membesarkan anak-anak.
Menerusi video berdurasi 4:23 saat di TikTok Hijabista, Bella berkata dia sama seperti manusia yang lain kerana ada masa dia berasa down, sunyi, sakit hati, kecewa dan hancur.
“Bella sebenarnya tak lah kuat, cuma kekuatan ini datang sebab anak-anak. Bella syukur ada Ayden dan Ara sebab mereka beri saya kehidupan.
“Kalau Bella rasa down tak kisahlah sebab masalah mahupun kerja ke, kalau balik tengok muka mereka Bella akan gembira.
Ads
“Ini anugerah yang Allah bagi sebab merekalah peneman hidup Bella,” luahnya sebak.
Berbicara kisah keluarga, Bella memberitahu ibunya merupakan suri teladan buat dirinya sejak kecil malah teramat mengagumi ibunya.
“Mak inspirasi Bella. Orangnya rajin sangat-sangat sejak Bella kecil. Mak jaga Bella dan ikut ke mana sahaja Bella pergi. Kawan-kawan sekolah pun tahu.
Ads
“Bella tak pernah nampak dia mengeluh sehingga ke hari ini. Cuma dalam hal rumah tangga itu takdir masing-masing.
“Bella kalau boleh nak macam mama dan ayah. Mereka dah 32 tahun kahwin. Mungkin rezeki Bella bukan dekat situ. Bella percaya pada takdir hanya fokus untuk menjalani kehidupan selepas ini,” katanya lagi.
Terdahulu, Bella dikurniakan dengan dua orang cahaya mata, Mohamed Ayden Adrean dan Ara Adreanna.
Cuaca panas, ganggu tumpuan anak-anak belajar di sekolah. Cuaca panas boleh menjadi cabaran kepada anak-anak untuk menumpukan perhatian semasa belajar di sekolah. Bayangkan bagaimana anak-anak dapat fokus pada apa yang diajar oleh guru bila suasana tidak selesa.
Walaupun ada kipas di dalam setiap kelas namun ia tidak dapat membantu mengurangkan haba panas di dalam kelas apatah lagi dalam satu kelas jumlah muridnya ramai. Keadaan cuaca yang panas membuatkan tubuh berpeluh sehingga menimbulkan rasa yang tidak selesa.
Kesian anak-anak kita. Saya di sekolah hari ini. Lebih dua jam dapat bersama murid-murid di dalam kelas. Suhu di dalam kelas cecah 33 darjah. Di luar kelas sudah mencecah 35 darjah. Panas membahang. Peluh saya sudah menitik. Basah baju saya.
Murid-murid, saya lihat mengipas-gipas guna buku dan kertas. Basah baju mereka. Saya lihat mereka sudah tak fokus untuk belajar.
Di depan kelas, cikgu mengajar ikut silibus yang ada. Laju sahaja guru mengajar bimbang tak cukup masa. Banyak program berlaku di sekolah sehingga beberapa kali kelas tertangguh. Terpaksa kena cepat ‘cover’ balik. Murid fokus atau tidak, bukan lagi urusan guru. Tak habis silibus, susah pula hidup nanti. Kena menjawab pula pada panitia.
Kita tahu prinsip asas tentang pembelajaran. Pembelajaran tanpa persekitaran yang kondusif tidak akan berjaya dan berkesan. Itulah yang pakar pendidikan sebut berulang kali. Kita tahu tapi kita abaikan.
Telah ratusan kajian pembelajaran sejak tahun 1960an lagi mengesahkan untuk mencapai PDPc yang berkualiti, persekitaran bilik darjah mestilah kondusif dan selesa untuk murid dan guru.
Paling asas, pencahayaan bilik mesti cukup, suhu bilik mesti selesa, kelas pula tidak boleh terlalu sesak. Lebih berkualiti lagi bila sesuatu bilik darjah mempunyai warna dan suasana ceria, cukup kemudahan pembelajaran dan ada ruang aktiviti.
Malangnya kebanyakan kelas di sekolah kita tidak begitu. Banyaknya yang ada sangat panas dan sesak. Ada kelas yang daif. Lampu dan kipas tidak berfungsi. Meja kerusi murid pula ada yang rosak dan terkopek.
Kita kononnya mahu anak-anak belajar dengan gembira. Tapi lihatlah keadaan kebanyakan bilik darjah yang kita sediakan untuk mereka.
Saya nak cadangkan, eloklah pegawai yang bertanggungjawab dengan pendidikan negara buat program jadikan bilik darjah di sekolah sebagai pejabat mereka untuk beberapa minggu dalam setahun.
Nak juga lihat boleh atau tidak mereka bekerja, bermesyuarat dan menerima tetamu dalam bilik darjah yang panas.
Mungkin dengan cara itu baru mereka faham apa itu maksud panas dan rimasnya sebuah bilik darjah.
Berikut adalah beberapa langkah yang boleh diambil untuk memastikan mereka selesa dan dapat memberi perhatian:
Pengudaraan yang Baik: Pastikan bilik darjah mempunyai aliran udara yang baik. Tingkap dan pintu yang terbuka, atau penggunaan kipas angin/penyaman udara, boleh membantu mengurangkan kepanasan.
Pakaian selesa: Galakkan anak-anak memakai pakaian yang ringan dan selesa.
Rehat yang mencukupi: Berikan masa rehat yang mencukupi supaya anak-anak boleh melepaskan tekanan dan menyegarkan diri.
Air minuman: Pastikan mereka mendapat bekalan air yang mencukupi dengan menyediakan akses air minuman yang mudah.
Aktiviti di tempat teduh: Jika boleh, jalankan beberapa aktiviti di tempat yang lebih sejuk atau teduh, seperti di bawah pokok atau di dewan.
Kreativiti pengajar: Guru boleh menyesuaikan kaedah pengajaran yang lebih fleksibel agar suasana pembelajaran kekal menarik walaupun cuaca panas.
Langkah-langkah ini mungkin boleh membantu mengekalkan fokus semasa pembelajaran walaupun cuaca panas.
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Ditemui selamat setelah hilang sabtu lalu! Ahli keluarga meluahkan rasa syukur. Seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun dari sebuah sekolah berasrama penuh yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu telah ditemui dalam keadaan selamat semalam. Pelajar tersebut, Fatin Darynn Erisha Azmirudin, berjaya ditemukan oleh ahli keluarganya dengan bantuan kenalan mereka.
Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintenden Zainul Mujahidin Mat Yudin, pelajar tersebut ditemukan sekitar jam 2 petang dan segera diserahkan kepada pihak polis oleh keluarganya untuk tindakan lanjut.
“Kami ingin mengucapkan penghargaan kepada orang ramai yang prihatin dan memberikan maklumat berhubung kejadian ini. Kes ini dianggap selesai, namun siasatan lanjut masih dijalankan bagi memahami punca sebenar kejadian,” jelas beliau ketika dihubungi media.
Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan lokasi tepat di mana pelajar tersebut ditemui kerana perkara tersebut masih dalam siasatan.
Kehilangan Fatin telah dilaporkan pada Sabtu lalu apabila dia dipercayai menghilangkan diri dari asrama sekolah. Laporan mengenai kehilangan pelajar tersebut diterima oleh pihak polis pada pukul 7.20 malam, semalam.
Insiden ini telah menarik perhatian orang ramai yang bimbang akan keselamatannya, namun pelajar tersebut kini telah dijumpai dalam keadaan selamat.
Sumber: Harian Metro
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila ada anak kecil ni, kita tak boleh harap yang rumah akan bersih sepanjang masa. Semuanya akan tersusun kemas tanpa ada tangan yang mengusik. Itu adalah normal, bila ada anak kecil pasti rumah akan bersepah.
Bukan kerana ibu atau ayahnya pemalas atau tidak menjaga kebersihan, tetapi sudah menjadi lumrah anak-anak akan bermain dan terus berkreativiti membuat keadaan dalam rumah lebih ‘cantik’.
Jangan marah anak tetapi didik mereka untuk belajar mengemas selepas bermain. Menghalang anak-anak bermain sebenarnya membantutkan kreativiti dan semangat mereka. Tak bagus untuk tumbesaran dan perkembangan emosi anak.
Menurut penulis keibubapaan, Wawa Shauqi, sepanjang anak nak membesar banyak yang anak nak ‘explore’ dan fasa bersepah ini tak ambil masa yang lama pun.
Ikuti penulisan beliau;
Rumah orang yang ada anak kecil, bila bersepah, bukan tanda mak dia pemalas. Tapi tanda anak dia raaaaajin sangat.
Macam-macam benda nak di’explore’nya.
Sabar ya ibu-ibu dan bapak-bapak. Fasa ni sebenarnya kejap je.
Kalau kita didik anak-anak kemas lepas main, insya Allah fasa sepah ni akan berakhir beransur-ansur.
Bila anak masuk 6 tahun, masa tu baru boleh berangan sikit nak rumah serupa showroom Ikea.
Macam rumah kami masa anak masih kecik dulu. Bila siang, lantai akan penuh dengan macam-macam benda. Kertas, kotak, plastesin, tepung, malah lopak air ya gais.
Tipulah kalau kata tak menggigil lutut tengok. Tambah pulak kami laki bini sejenis yang cerewet. Mudah overstimulated visually kalau tengok rumah sepah.
Tapi, bila sedar : – mahirnya tangan dan jemari anak buat kerja – hebatnya otak anak berkreatif – tingginya daya fikir anak selesaikan masalah – lamanya daya tumpuan dan tajamnya anak fokus bila mereka bermain dan menyepah.
Maka kami belajar untuk tarik nafas. Berdamai dengan proses yang sedang anak lalui.
Mungkin dari proses yang mereka lalui inilah melahirkan sifat exploratif seorang bakal saintis, engineer atau designer hebat di masa depan. Kan.
Zaman sekarang ni, ruang anak-anak nak berkreatif ni makin sempit. Bukan saya cakap tau. Tapi penyelidik dari Korea bernama Kyung Hee Kim yang kata.
Dia buat kajian, kreativiti dan daya tahan kanak-kanak zaman sekarang menurun sebanyak 85% berbanding dengan kanak-kanak sama usia pada tahun 80-an.
Antara puncanya 1) Kewujudan gajet yang memanipulasi anak-anak 2) Kurang aktiviti outdoor disebabkan muncul macam-macam penyakit berjangkit 3) Kurang bermain dengan alam, disebabkan perubahan gaya hidup bandar 4) Banyak larangan dari mak ayah yang paranoid disebabkan kewujudan macam-macam kes jenayah. 5) Anak-anak terlalu occupied dengan jadual sekolah yang padat sampai tak ada free time.
Cukup la 5 sebab ni yang buat potensi anak-anak kita merosot. Jangan la kita tambahkan lagi penyebab hanya sebab takut rumah kita sepah.
Rumah sepah boleh dikemas. Tapi, daya eksplorasi dan ‘grit’ kalau hilang dalam diri anak-anak, sampai jadi penakut dan taknak bersaing, itu lebih susah untuk kita kembalikan.
Sabarlah ya. Nak lalui sesuatu proses, memang ada pengorbanannya
Wawa Shauqi Baru nak merasa rumah elok kemas.
Memang pening dibuatnya tengok rumah berterabur sana-sini. Kalau diikutkan memang tak suka bila rumah bersepah, sikit-sikit terpijak mainan anak. Tak sangka banyak kebaikan untuk anak bila main sepahkan rumah ni, yang penting kita didiklah mereka untuk rajin kemas semula. Dah dibiasakan dari kecil, pasti anak-anak tahu menjaga kebersihan.
Perkembangan otak bayi dalam kandungan berlaku dengan sangat pesat. Ketahui 5 cara mudah yang ibu hamil boleh lakukan untuk merangsang pemikiran logik dan perkembangan otak bayi sejak dalam rahim.