“Hari-hari saya menangis. Padahal semua okay. Anak sihat, suami tolong jaga, tapi hati ni kosong. Saya rasa macam ibu yang gagal…”
Luahan ini mungkin biasa didengar dari mulut ibu yang baru melahirkan cahaya mata. Malangnya, ia sering dianggap sebagai perkara remeh. “Biasalah tu, hormon tak stabil…” “Kau kena kuat, semua ibu lalui benda yang sama…”
Hakikatnya, emosi yang tidak stabil selepas bersalin bukan sekadar soal ‘tak cukup tidur’ atau ‘terlalu penat’. Ia mungkin petanda kemurungan selepas bersalin, atau lebih dikenali sebagai Postpartum Depression (PPD).
Menerusi perkongsian Pakar Motivasi Diri, Keluarga & Organisasi, Dr Hajah Azuraida Shahadan membincangkan kesihatan ibu berpantang dan emosi ibu bersalin yang seharusnya diberikan lebih perhatian.
Baby Blues
Baby blues adalah gangguan emosi ringan yang biasanya dialami dalam tempoh beberapa hari hingga dua minggu pertama selepas bersalin. Ia berlaku akibat perubahan hormon secara drastik selepas melahirkan anak. Antara simptom biasa:
* Mudah menangis tanpa sebab
* Rasa cemas atau panik
* Cepat marah atau tertekan
Ads
* Rasa tak cukup bagus jadi ibu
* Susah tidur walaupun bayi tidur
Kebanyakan ibu akan pulih dengan sokongan keluarga dan masa rehat yang cukup. Tetapi bila perasaan itu berlarutan lebih dari dua minggu, ia mungkin bukan lagi baby blues.
Postpartum Depression
Postpartum Depression (PPD) adalah kemurungan serius yang boleh berlaku dalam tempoh minggu ke-2 hingga beberapa bulan selepas bersalin. Ia bukan sesuatu yang boleh “dikuatkan hati” atau “dibiarkan reda sendiri”.
Antara simptom PPD:
Ads
* Rasa putus asa, kosong, tak berdaya
* Sukar berhubung dengan bayi sendiri
* Tiada selera makan atau makan berlebihan
* Tak mampu tidur langsung atau terlalu banyak tidur
* Fikiran gelap: “Kalau aku tak ada, semua orang lebih bahagia…”
PPD boleh menyerang sesiapa, termasuk ibu yang kelihatan ‘kuat’. Ia bukan soal iman lemah atau tak bersyukur. Ia adalah keadaan perubatan yang perlu dirawat.
Ads
Ramai ibu yang memilih untuk mendiamkan diri dan menahan segala emosi yang ada kerana bimbang dikatakan manja. Ibu seharusnya belajar untuk berkongsi masalah, kepenatan atau apa jua perasaan kepada orang-orang terdekat bagi mengelakkan adalah emosi dalaman yang bercelaru.
Emosi yang bercelaru ini jika dibiarkan akhirnya ramai ibu yang terpaksa bertarung sendiri dalam senyap. Dan itu sangat membahaya.
Buat Ibu:
* Cakap dan luah dengan seseorang. Suami, kawan, atau kaunselor. Jangan pendam.
* Jangan paksa diri untuk jadi ‘perfect’. Jadi ibu adalah satu proses, bukan perlumbaan.
* Dapatkan rawatan. Jangan takut jumpa doktor atau pakar psikiatri. Rawatan seperti terapi dan ubat-ubatan selamat dan membantu.
* Cari keseronokkan diri dan terapi dengan cara selamat. Jadikan momen bersalin, berpantang dan mengenal anak dalam tempoh berpantang ini sesuatu yang membahagiakan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Tak pernah Awal bayangkan perasaan dapat melihat sekali lagi proses kelahiran. Yang boleh saya katakan, itu adalah MAGICAL“.
Ini antara detik-detik yang cukup mendebarkan setelah penantian selama 6 tahun menunggu kelahiran anak kedua sebagai penyeri dalam rumah tangga Awal Ashaari dan Scha Al Yahya.
Mengimbas kembali proses kelahiran cahaya mata keduanya itu, Awal akui teruja, berdebar dan segala macam perasaannya waktu itu. Tiada kata-kata dapat diungkapkan saat melihat bayi yang ditunggu selama ini berjaya lahir dengan selamat.
“Hanya ucapan ‘Alhamdulillah’ dan ‘Assalamualaikum’ keluar dari mulut daddy saat mendengar tangisanmu anak, ” kongsinya.
Kongsi Awal lagi yang menemani Scha sepanjang proses kelahiran itu, ketenangan alunan ayat al-Quran dan diselang seli bunyi mesin degupan jantung seolah memberi isyarat hanya beberapa ketika lagi akan keluarlah seorang anugerah dari Allah SWT.
Bunyi heart beat monitor, doctor’s pink boots dan tiba-tiba keadaan jadi sedikit kelam kabut, blood everywhere, heart beat jadi laju dan keluarlah seorang bayi yang diselaputi wax putih, tertonggeng sambil tapak kaki nya di pukul.. mulutnya dimasukkan tube kecil..
“Nangis lah.. nak dengar nangis sikit..” Kata nurse tu..
“Uweek..” sekali bunyi… tapak kakinya dipukul lagi.. mulutnya dicucuk lagi..
“Uweeeekkk… uweeeekkkk.. uwaaaaaaaaaaaak..” dan terus tali pusatnya di potong dan dibawa ke atas meja..
Ya Allah, aku bersyukur dapat sekali lagi menjadi saksi kepada keajaiban ini..
Sebelum ini, Awal telah berkongsi di instagramnya, bayi perempuan seberat 3.2 kilogram itu telah selamat dilahirkan jam 9.15 pagi secara pembedahan pada 12 Februari lalu.
Terima kasih kepada semua doktor pakar dan jururawat Hospital Prince Court yang cukup tenang menyambut kelahiran anak kedua kami dengan pengalaman yang tak akan dilupakan.
Nak tahu perjalanan kelahiran yang sangat istimewa ini, Awal dan Scha akan berkongsi detik-detik tersebut secara eksklusif hanya kepada penonton Schawal Baby Boom malam ini jam 9.30 malam di Astro Ria 104.
Nantikan rakaman peribadi Awal yang penuh dengan momen menarik dan semestinya anda yang menonton pada malam ini pasti akan rasa sebak.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penyanyi, Tajul Ariff dan isterinya, Nurul Shamieza Eddie selamat melahirkan cahaya mata kedua mereka petang semalam.
Berita gembira tersebut disampaikan olehnya di laman Instagram, tajuk memaklumkan bayi seberat 3kg itu selamat dilahirkan secara normal di KPMC Kajang Plaza.
“Alhamdulillah, berkat doa korang semua. Tak smpai 1 jam bertarung nyawa dalam labour room wife tajul dah selamat bersalin dgn normal. Berat anak 3kg, baby boy❤️ sepasang dah dapat.”
Menceritakan kembali detik gembira tersebut, Tajul akui kepalanya terkehel ditarik oleh isteri ketika kontrasi kuat. Dia lega kerana bayi mereka selamat dilahirkan dan akan mengumumkan nama bayi tidak lama lagi.
“Walaupun kepala aku terkehel tdi, sebab bini aku tarik time contraction dia tengah kuat 🤣 Nasib baik masih selamat, tengok gambar tepi. nama baby nanti tajul akan umumkan ❤️”
Tajul turut mengucapkan terima kasih kepada pihak KPMC Kajang Plaza kerana memberikan layanan yang terbaik buat isterinya.
“Terima kasih banyak @kpmckajangplaza bagi service paling terbaikkkkkk kat kami & bilik VIP yg sangat selesa , dan doctor / nurse / staff banyak membantu 👍👍 tajul memang recommend kat korg untuk deliver anak di @kpmckajangplaza ✅ Dan tak lupa juga kepada Datuk hj Saroni hj judi, ketua pegawai eksekutif, KPMC Kajang. Terima kasih atas bantuan beliau terhadap kami. Alhamdulillah.🤝”
Tajul mendirikan rumahtangga dengan Nurul Shamieza pada tiga tahun lalu dan dikurniakan cahaya mata perempuan bernama Adriana Carisa yang kini berusia setahun.
Kredit: Tajul
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ada mommy yang tengah menunggu hari nak bersalin? Tak kisahlah anak pertama, kedua, ketiga atau seterusnya, perasaan berdebar tu tetap ada kan. Melahirkan anak bukan biasa-biasa, ia satu perjuangan syahid buat seorang wanita bergelar ibu. Ibaratnya antara hidup dan mati.
Bagaimanapun bagi ibu yang bakal melahirkan bayi dalam situasi pandemik Covid-19 ini, ia tak sama seperti sebelum ini. Jika bersalin di hospital kerajaan, peneman tak dibenarkan. Semua kena buat sendiri dari mula masuk wad sehinggalah selamat lahirkan bayi. Jururawat akan bantu jika ibu ada masalah.
Oleh itu penting bagi ibu yang dah dekat due date, dah boleh buat persediaan rapi untuk memudahkan proses kelahiran dan semasa berada di wad untuk beberapa hari. Bagi memudahkan mommy, perkongsian Puan Izzah Hanusi ini sangat membantu.
Pengalamannya bersalin anak sulung ketika waktu pandemik Covid ini cukup lengkap. Semoga perkongsian ni membawa manfaat pada semua yang tengah menunggu hari.
CHECKLIST KEPERLUAN BABY & MOMMY
LABOUR ROOM :
Sepasang baju lengan Panjang
Botties, Mitten & Hat
1 Keping Pampers
1 Helai Barut
1 Helai Bedung
Baju Lengan pendek (Siang)
Baju lengan Panjang (Malam)
Botties, Mitten, Hat
2Helai barut
6keping pampers
Bedung
Extra (Jika Stay lama) :
Baju rompers
Baju lengan panjang
Botties, Mitten, Hat
2helai Barut
6keping pampers
Bedung
**Pampers baby kita bawa 1 pack besar untuk newborn. Risau kena tahan lama kat hospital. So mami & ibu boleh tambah kalau nak.
TOILETRIES BABY :
Mandian Baby
Minyak Angin
Baby Oil
Cotton Buds
Baby Wipes
LABOUR ROOM & WAD / DISCHARGE :
Tuala
2 Helai Kain Batik
Nursing Bra
Disposable Panties
Stokin
Instant Hijab
Al-Quran
Telekung
Minyak Angin (Frankincense Young Living – Hat ni wajib untuk mami & baby)
Maternity Pad
Baju Lengan Panjang (Discharge – kita tak buh dalam gambar)
**Pampers kita bawa 1 pack besar untuk newborn & maternity pad pun kita bawa lebih takut heavy flow. Sorry part tu segan nak tunjuk.
LABOUR ROOM & WAD :
Selipar Wad
Shampoo
Pencuci Muka
Travel Kit Toiletries
Wipes
Solcoseryl Jelly (Bagus katanya untuk sapu pada luka selepas bersalin)
Sikat
LABOUR ROOM & WAD :
Sweater
Buku Pink (WAJIB)
Kad Nikah
Flasks
Powerbank (Kat wad takde tempat nak charge ya)
USB Cable
DOKUMEN
WAJIB bawak ke mana-mana sahaja bila DUE dah DEKAT. Ibarat macam nyawa la.
– Buku Pink
– Kad Nikah / Sijil Nikah
– IC / Kad Pengenalan (Malu nak tunjuk gambar zaman kurus)
– Keep counting pergerakan baby. Macam HUKM sarankan mami kira lebih dari 10kali gerakan baby
– Cuba untuk makan selagi boleh makan untuk tambah tenaga.
**Gambar tu sebagai contoh je. Nanti boleh tambah lain kalau nak.
DOA & ZIKIR :
* Surah Yusuf – untuk anak yang cantik rupa dan akhlak
* Surah Luqman – untuk anak yang cerdik
* Surah Yaasin – untuk ketenangan hati dan tidak terpengaruh dengan maksiat
* Surah Maryam – untuk memudahkan bersalin
* Surah Al-Hujurat , Al-Kauthar – untuk membanyakkan susu ibu
* Surah Nabi Yunus
* Ayat Kursi
* Ayat Ruqyah — untuk mengelakkan dari gangguan sihir @ makhluk halus
* Al-Fatihah- penerang hati dan menguatkan daya ingatan
* dan sebagainya.
👇👇👇
1. Zikir (untuk mudahkan bersalin)
“Ya Khaliq”, “Ya Baari’, “Ya Musawwir” , sebanyak 21 kali dan hembuskan ke dalam air.
2. Zikir (untuk memperbanyakkan susu ibu)
“Ya Matin” sebanyak 70 kali dan hembuskan ke dalam air.
3. Doa Semasa Hamil –
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Ya Allah, peliharalah anakku selama ia berada di dalam perutku dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.
Ya Allah, rupakanlah dia yang ada di perutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Mu dan kepada rasul Mu.
Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah, permudahkanlah urusan aku dan anak dalam kandungan ku semasa hari kelahiran nanti Ya Allah.
Ya Allah, jadikanlah anak kami sebagai penyeri hidup kami, jadikanlah anak ini sebagai penyejuk hati kami dan jadikanlah anak ini sebagai asbab untuk kami semakin bertaqwa kepadaMu dan sebagai asbab untuk kami sekeluarga ke Syurga Firdaus Mu Ya Allah.
Ya Allah, jadikanlah dia sihat yang sempurna dan berakal dan pandai, alim dan beramal.
Ya Allah, kuatkan dan tabahkanlah hati ku dan anak ini untuk menghadapi ujian Mu. Kasihanilah kami Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim.
Ya Allah, panjangkanlah umurnya sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan Hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.
. اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Doa untuk menyelesaikan sebarang masalah. Doa ni mak mertua kita tulis dan WhatsApp sendiri masa admit kat wad haritu. Terharu sangat. Terima kasih mak. Sayang mak.
Terjemahan : “Kelak kamu akan ingat kepada apa yang kukatakan kepada kamu. Dan aku menyerahkan urusanku kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Melihat akan hamba-hambaNya.”
Bag mami & bag baby. Kalau ikutkan hati, nak je bawa luggage, tapi macam over pulak.
Kita standby breast pump, takut tak boleh room in dengan baby sebab covid kan. Spectra 9 Plus ni ringan. Macam powerbank. Senang nak letak dalam bag. Dua machine yang lain tu, machine untuk check BP & check BSP. Memandangkan kita GDM On Diet, memang sentiasa kena bawa usung benda ni.
So mommy & ibu, ni optional tau. Nak bawa ke tak, terpulang. Kita jenis particularly sikit. Semua kalau boleh nak angkut sekali.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.