Tahniah diucapkan buat penyanyi, Azmi Saat yang telah selamat menimang cahaya mata perempuan selepas isterinya, Nazira Muhammad selamat melahirkan bayi mereka petang tadi.
Melalui Instagramnya, Azmi berkongsi kegembiraan itu kepada semua pengikutnya di media sosial.
Pernah melalui detik duka sebaik kelahiran bayi sulungnya tidak lama dulu, kini Azmi dan isteri sekali lagi diberikan rezeki Allah untuk menimang zuriat sendiri.
“Alhamdulillah. Pukul 3:28 tadi isteri saya selamat melahirkan anak perempuan kami.
Ads
“Baby dan Ibu kedua-duanya sihat. Semuanya dipermudahkan Allah,” kongsinya penuh rasa syukur dan gembira.
Bahkan bayi perempuan comel seberat 3.62kg yang begitu dinantikan semua itu juga sudah pun diberikan nama, Khalisa Insyirah binti Khairul Azmi.
Meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga, Azmi juga turut mendoakan agar perjalanan anak kecilnya itu dipermudahkan malah menjadi anak yang sihat dan solehah.
Ads
“Baby gebu. Beratnya 3.62 KG. Moga Khalisa Insyirah binti Khairul Azmi membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah.
“Terima kasih kalian yang tak jemu mendoakan kebahagiaan kami,” tulisnya lagi.
Ads
Terdahulu, awal pagi tadi, Azmi berkongsi rasa terujanya untuk menimang cahaya mata yang dinantikan sekian lama selepas pemergian anak sulungnya, Khairul Afnan yang meninggal dunia dua tahun yang lalu.
Perkembangan gigi anak adalah proses transformasi berterusan sehingga mereka memasuki alam dewasa.
Jenis gigi anak
Terdapat empat jenis gigi utama. Setiap satunya adalah unik serta memberi fungsi dan kegunaan yang berbeza:
−Gigi kacip adalah gigi depan atas dan bawah. Apabila kita menggigit makanan, gigi kacip akan berfungsi seperti gunting untuk memotong makanan tersebut.
−Gigi taring adalah tajam dan mengapit gigi seri pada rahang atas dan bawah. Gigi taring berfungsi untuk mengoyak makanan.
−Gigi geraham depan adalah gigi yang mempunyai permukaan rata pada bahagian belakang mulut di sebalik gigi taring dan berfungsi untuk menghancurkan makanan.
−Gigi geraham belakang terletak di bahagian belakang dan lebih besar daripada gigi geraham depan. Jenis gigi ini juga rata dan juga digunakan untuk menghancurkan makanan.
Gigi sebelum lahir
Semasa dalam kandungan, bayi sudah mula membentuk gigi pada awal kehamilan. Hakikatnya, tisu pertama tunas gigi bayi terbentuk pada minggu keenam semasa dalam rahim ibu.
Enamel mula untuk berkembang apabila fetus berada pada usia tiga ke empat bulan. Apabila bayi lahir, mereka selalunya sudah mempunyai 20 gigi susu di bawah gusi.
Gusi selepas lahir
Kanak-kanak bermula fasa tumbuh gigi (teething) sekitar usia mereka enam bulan. Ini adalah proses di mana gigi susu hendak keluar melalui gusi bagi membolehkan gigi berfungsi.
Kanak-kanak selalunya tumbuh semua 20 gigi susu sebelum usia mereka 24 bulan. Gigi bayi selalunya akan keluar dalam turutan tertentu termasuklah gigi kacip, gigi geraham depan, gigi taring dan gigi geraham belakang.
Gigi geraham belakang kekal mula tumbuh pada usia kanak-kanak 5 tahun. Gigi geraham ini berada di bahagian belakang dan tumbuh terakhir sekali.
Seterusnya, gigi kacip tengah pada rahang bawah akan tercabut dan digantikan dengan gigi kacip kekal. Meskipun ini adalah turutan standard, namun setiap kanak-kanak mengalami pertumbuhan gigi berbeza dan giginya boleh tercabut pada masa atau turutan yang berbeza.
Dari usia 5 hingga 11 tahun, kanak-kanak akan hilang gigi susu yang lain dan digantikan dengan gigi kekal.
Kanak-kanak akan tumbuh gigi geraham belakang kedua sekitar usia 11 atau 12 tahun. Ini adalah gigi paling belakang yang tumbuh sebelum gigi bongsu, sekitar usia anak 17 hingga 21 tahun.
Namun, bukan semua orang akan tumbuh gigi bongsu. Walau bagaimanapun, jika semua gigi sudah terbentuk, maka terhasil 32 batang gigi secara keseluruhannya bagi orang dewasa.
Bagaimana untuk menangani kehilangan gigi?
Walaupun ia merupakan proses semulajadi, namun kehilangan gigi boleh jadi menyakitkan untuk kanak-kanak, terutamanya bagi anak kecil. Namun, sesetengah kanak-kanak juga ada yang tidak merasai kesakitan semasa gigi tercabut.
Sebagai ibu bapa, anda perlu membantu anak menangani proses ini secara fizikal dan emosi. Setiap ibu bapa perlu menenangkan anak mereka dengan cara menerangkan bahawa setiap kanak-kanak akan merasai pengalaman proses kehilangan gigi untuk tumbuh gigi kekal.
Bagi melegakan kesakitan akibat kehilangan gigi, anda boleh letakkan ubat anti-keradangan atau kompres-dingin tanpa preskripsi bagi melegakan ketidakselesaan.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pertama kali menatap cerianya anak ini, penulis terdetik tentu dia mendapat semangat positif dari orang sekeliling. Jadi benarlah tanggapan itu, anak ini mempunyai ibu ayah yang sangat positif dan bersemangat. Sangkaan penulis, ibu ini mempunyai latar belakang dalam terapi cara kerja. Tapi sangkaan ini meleset, kerana katanya dia tidak mempunyai pendidikan formal dalam bidang itu.
Saidah telah berkongsi tentang terapi dan aktiviti homeschooling yang dilakukan kepada anaknya, Darwisy dan Zara.
Terapi dan homeschooling cara kami.
Tujuan lebih tertumpu pada Darwisy putera istimewa Cerebral Palsy saya.
10 point yang WAJIB buat setiap hari. Setiap masa/sesi didalam jadual harian punya misi yang berbeza untuk dicapai.
Jika sebelum ini, pointnya sedikit tetapi tahun ini ditingkatkan dan perlu ditulis/diprint begini supaya tidak lupa dan leka.
Point yang boleh dikatakan yang paling lemah adalah berkaitan persepsi visual.
Point ini yang baru dijodohkan pada tahun lepas selepas seorang sahabat yang sungguh baik hati memberitahu saya berkenaan isu ini.
Beginilah cabarannya besarkan anak istimewa ini. Lain tahun lain cabarannya. Makin digali ilmu makin jumpa term yang baru atau isu yang tak disangka.
Tak mudah tapi tak bererti susah, hanya terdapat cabaran.
Terkini, Darwisy sedang melalui pelbagai stimulasi dengan Saidah di rumah, sesi belajar dan terapi dengan teacher mama!
Journey of little fighter darwisy hakimi.
Sesi belajar dan terapi dirumah bersama teacher mama dihari pertama tahun 2019.
•Sesi pagi pertama Brushing technique Stretching Oral motor stimulation Anat Baniel Method (ABM)
• Sesi pagi kedua Latihan fonik- Kenal abjad dan membaca (tujuan utama betulkan sebutannya). Latihan fizikal- wheel barrow, kuatkan otot tangan guna peanut stability ball. Latihan untuk kemahiran motor halus- fokus lebih pada penggunaan tangan kanan Belajar subjek bahasa melayu.
Sesi pagi memang dia fokus, ajar kemas mainan lepas sudah main. Letak ditempat yang betul. Untuk didiknya jadi seorang yang bertanggungjawab dan juga bagus untuk fokus matanya.
• Sesi petang pertama Belajar subjek sains, matematik dan bahasa inggeris. Belajar menulis dan mewarna.
Lepas itu beri dia rest dan bermain ikut suka. Zara pun sudah balik.
Sekarang ni memang musim anak-anak tak sihat. Mudah sangat terkena demam, selesema dan batuk. Manalah kita tak risau kan? Tempoh hari kes jangkitan HFMD meningkat diikuti dengan influenza. Ibu ayah mungkin keliru kerana simptom influenza dan selesema lebih kurang sama. Nak beri ubat atau tidak, risau sakit berlanjutan. Banyak yang difikirkan bila anak tak sihat.
Bila dibawa ke klinik, doktor beritahu tak ada apa yang perlu dirisaukan kerana ia cuma demam selesema yang biasa. Mungkin ada yang masih ragu-ragu dan mahu pemeriksaan lanjut dibuat. Tambah pula dengan musim pelbagai penyakit sekarang ni, memang risau!
Menurut perkongsian di akaun Tiktok dodosentoso yang merupakan seorang Juru Makmal bertauliah, ada beberapa simptom yang boleh diperhatikan untuk membezakan jangkitan influenza atau demam selesema biasa.
Di dalam videonya itu, beliau menasihatkan untuk ibu ayah membawa anak yang tidak sihat untuk mendapatkan pemeriksaan dari doktor di klinik.
“Sebenarnya nombor satu, at least kalau kita tak ada knowledge pergilah jumpa dengan doktor yang berpengalaman. Berpuluh-puluh tahun tengok orang demam, in sha Allah dia boleh tahu ini demam virus biasa melalui simptom.”
Tambahnya lagi, tak semestinya akan buat swab test influenza. Kalau ada, lebih bagus tetapi mungkin sesetengah klinik sudah kehabisan stok atau tidak menyediakan servis tersebut. Melalui clinical judgement berdasarkan pengalaman doktor, mereka boleh tahu jenis demam yang anak hidapi.
Sekiranya anak mengalami influenza, suhu badan ketika demam adalah tinggi, sama seperti demam selesa biasa. Suhu badan boleh mencapai 38 darjah selsius. Namun begitu sekiranya influenza, anak mungkin akan mengalami kelesuan yang berlanjutan sehingga 2-3 minggu. Sakit sendi juga mungkin ke tahap sederhana atau teruk. Sekiranya demam selesema biasa, rasa letih sangat ringan dan batuk juga mungkin tiada.
Untuk influenza, tiada tanda selesema atau hidung sedikit berair tetapi mengalami batuk teruk. Penghidap influenza juga akan kerap bersin dan mengalami sakit tekak sederhana atau teruk. Berbeza dengan demam selesema biasa, hanya akan bersin sesekali dan mungkin tidak mengalami sakit tekak. Sekiranya anak mengalami influenza mereka mungkin akan mengalami sakit kepala yang sederhana atau teruk tetapi penghidap demam selesema hanya merasai sakit kepala yang ringan.
Di dalam videonya juga, beliau menyarankan ibu ayah untuk bawa anak-anak berjumpa doktor jika tidak sihat dan elakkan memberi ubat sedia ada di dalam peti sejuk kepada mereka.
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...