“Baby Lato Lato” Isteri Selamat Bersalin, Harris Annuar Timang Bayi Perempuan!

Share

Sembilan bulan melalui pelbagai keinginan ketika hamil, akhirnya isteri kesayangan pelakon Harris Annuar selamat menimang cahaya sulung mereka pada malam semalam.

Menerusi Instagramnya, Harris berkongsi khabar gembira itu kepada pengikutnya yang mengikuti perjalanan kehamilan isterinya.

Isteri Harris, Asha Merican yang juga pelakon selamat melahirkan bayi perempuan mereka tepat jam 11.51 malam tadi di sebuah pusat perubatan swasta di Perlis.

“11.51PM 26/3/23 5 Ramadan. Alhamdulillah Ya Allah.

“Assalamualaikum wahai anakku, Aura Medina binti Mohd Harris @auraa.medina 💞 2.76KG,” tulis Harris berkongsi.

Apa yang menariknya, Harris sempat berseloroh dengan menyatakan anaknya itu merupakan baby lato-lato Asha kerana sebelum ini isterinya mengidam bermain lato-lato ketika sedang hamil.

“Baby Lato Lato @ashamerican,” tulis Harris berseloroh.

Menerusi hantaran itu, Harris turut berkongsi gambarnya bersama puteri kesayangan mereka yang sudah pun diberikan nama indah, Aura Medina.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan pengikutnya di Instagram menzahirkan rasa syukur dan gembira atas kelahiran puteri sulung mereka.

 

Menarik: Makan Bulan Nak Jadi Best Friend Balik” Sebaknya Tengok Anak Awal Ashaari Lepas Rindu!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Pa&Ma

IKLAN