“Baby Nak Keluar Baru Dapat Masuk Bilik Bersalin” Issey Syukur Dapat Sambut Kelahiran Anak!

Share

Penantian penyampai radio, Issey Fazlisham selama sembilan bulan untuk bergelar ayah akhirnya membawa kegembiraan bila mana isteri tercintanya, Noor Aimi Jamel selamat melahirkan bayi lelaki mereka semalam.

Lebih manis lagi bila mana anak pertama itu dilahirkan pada hari kebangsaan kita, 31 Ogos.

Berkongsi perkhabaran itu menerusi Instagram, sekeping gambar yang dikongsikan Issey jelas mempamerkan rasa terharunya kala memangku bayi sulungnya itu.

Kata Issey, dia bersyukur apabila diberikan peluang untuk menemani isterinya menyambut kelahiran cahaya mata mereka yang dilahirkan di sebuah pusat perubatan di Shah Alam.

“Alhamdulillah isteri selamat bersalin dah, perasaan saya sangat seronok dan bersyukur.

“Sekarang SOP agak ketat, saya tak boleh masuk awal, masa baby nak keluar baru dapat masuk. Syukur saya dapat menyambut kelahiran anak saya.

“Alhamdulillah isteri melahirkan anak secara normal. Dia masuk wad bersalin pukul 7.30 pagi dan 1.48 petang tadi selamat bersalin,” katanya berkongsi.

Sudah ada nama untuk bayi

Menariknya kata Issey lagi, dia sebenarnya tidak menyangka isterinya melahirkan bayi sulung mereka pada hari begitu bermakna.

“Sebenarnya tak sangka dapat tarikh cantik 31 Ogos ni, sebab doktor kata kemungkinan isteri saya akan melahirkan pada hujung Ogos atau awal September,”kongsinya lagi.

Berkongsi rasa terujanya, kata Issey dia dan isteri sudah pun menyediakan nama untuk bayi sulung mereka dan bakal berkongsi dalam masa terdekat.

“Nama anak kami sudah ada, Insyallah akan diumumkan dalam masa terdekat ini,”katanya lagi.

Semalam menerusi Instagramnya, Issey turut berkongsi perkhabaran gembira itu menerusi Instagramnya beserta dua keping gambarnya bersama bayi.

“31 Ogos 2021. Jam 1.48 PM. Kamu telah merdeka dari perut ibu. Lahirlah zuriat Issey yang pertama.

” Puteraku, Semoga menjadi anak yang soleh dan berbakti kepada keluarga, agama dan negara. Selamat Hari Kebangsaan sayang. Anak Merdeka,” tulisnya dikapsyen.

Tidak hanya sekeping gambarnya bersama bayi bahkan sekeping gambar bayi tersayang turut sama dikongsikan Issey sebagai tanda simbolik kelahiran bayi merdeka.

 

Tahniah buat Issey sekeluarga!

Terdahulu Issey mendirikan rumah tangga bersama isterinya pada 22 Disember 2019. Issey dan isteri turut mempunyai tiga orang cahaya mata melalui perkahwinan terdahulu isterinya, Muhammad Uqashah, Muhammad Qayyum dan Cataleya Humairah.

Menarik: Hari-Hari Tengok Susu Terbuang Macam Tu Saja, Anak Tolak Direct Feed, Shakila Khoriri Reda

Tinggal lagi 6 hari sahaja webinar Mama Tak Penat Susukan Anak akan berlangsung. Tahniah & terima kasih admin ucapkan kepada 1000 orang yang sudah mendaftar sebagai peserta webinar terbesar ini.

Mohon semua peserta untuk join Telegram Group Mama Tak Penat Susukan Anak di https://t.me/joinchat/a_u8xHQS-09mZDA1 kerana kita akan update segala info, itinerary webinar, pemenang cabutan bertuah, cara nak menang hadiah kuiz semasa webinar. Jadi penting ya untuk semua peserta join Telegram webinar.

Bagi yang belum daftar sebagai peserta webinar, anda boleh daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ kemudian terus join grup Telegram webinar ya.

Mama jom rileks jap, klik link NI!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Sumber: Mstar & @isseyfazlisham

IKLAN