Seperti orang dewasa, bayi juga boleh mengalami kencing kotor. Ibu dan ayah perlu lebih peka dengan sebarang perubahan pada anak. Antara perkara yang boleh diperhatikan adalah seperti bau air kencing yang busuk, terdapat kesan darah pada air kencing, mengalami muntah-muntah dan banyak lagi.
Sumber foto: www.freepik.com
Melalui penulisannya, Dr Ahmad Luqman Bukhari berkongsi tentang masalah kencing kotor dalam kalangan bayi.
Dah banyak hari sebenarnya baby perempuan umur 6 bulan tu demam.
Masa mula demam, ibu ayahnya dah bawa ke klinik lalu dibekalkan ubat antibiotic. Kata doktor, boleh jadi sebab jangkitan kuman dekat telinga.
Namun tetap tak sembuh.
Demam berterusan, menyusu dah makin kurang akhirnya bayi tu jadi lembik dan tak aktif. Bila dibawa ke hospital, pemeriksaan jantungnya berdegup sangat laju manakala tekanan darahnya rendah.
Patutlah tak bermaya, rupanya bayi malang tu dah mengalami dehydrated yang teruk!
Beberapa test segera dilakukan untuk cari punca jangkitan tu.
Salah satunya doktor terpaksa masukkan tiub plastic halus melalui salur kencing bayi perempuan tadi untuk keluarkan sample urine.
Ads
Sebaik saja tiub tu dimasukkan, mengalir keluar air kencing warna keruh susu dan bila ujian lab dilakukan, rupa-rupanya anak tu dah terkena penyakit kencing kotor!
Anak kecil mudah sangat sebenarnya dapat jangkitan ni.
Sumber foto: www.freepik.com
Ada satu study yang dibuat oleh research committee dari American Academy of Paediatrics beritahu, 9 per 100 bayi bawah usia 60 hari yang demam panas puncanya kerana penyakit kencing kotor.
Itu sebab saya nak share ilmu mahal yang ramai orang tak tahu ni tapi sebenarnya boleh elakkan jangkitan pada salur kencing baby:
✅ Cepat-cepat tukar lampin anak kalau dah berak.
Jangan duk tunggu sebab dalam najis baby tu ada banyak kuman. Kalau terbiar lama, nanti kuman tu berpindah ke kawasan salur kencing baby lalu akibatkan jangkitan kencing kotor.
✅ Make sure kalau pakai wet tissue, guna sehelai untuk sekali lap je. Jangan ulang-ulang lap 2-3 kali guna wet tissue yang sama.
✅ Masa lap tu, lap dari bahagian depan ke belakang. Jangan amalkan lepas lap najis pada bahagian bontot, pergi pulak lap bahagian kemaluan bayi guna tisu yang serupa.
Tak pasal-pasal bakteria E. Coli dalam najis tu berjangkit pulak ke salur kencing baby.
Tips ni semua simple je tapi kalau tak buat betul-betul boleh risikokan kesihatan dan nyawa bayi kita.
Dah siap baca tolong #share ilmu ni dengan pasangan masing-masing ya. Semua ibubapa wajib tahu pasal benda ni.
Hanis Zalikha masih dalam fasa berpantang bersalin anak keduanya. Namun ramai yang tertanya-tanya bagaimana selebriti ini boleh slim dalam masa yang singkat dan mempunyai perut yang rata.
Hanis yang melahirkan anak keduanya, Alisa Aisyah pada 24 Mei 2019 lalu berkongsi foto dirinya bersama suami, Hairul Azreen telah keluar berdua tanpa anak-anak untuk menonton teater. Hanis berkongsi sekeping foto bersama Hairul dengan kapsyen berikut;
“Bila Alisa bagi kita keluar rumah kejap, kita cari peluang tidur walaupun berdiri.”
Selepas anak sulung dijangkiti Covid-19, anak bongsu kepada pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahirah pula dijangkiti virus tersebut.
Melalui perkongsian Sharifah Shahirah di Instagram, semasa anak sulungnya Allisya dijangkiti virus tersebut dia tidak dapat bersua muka dengan anaknya itu, namun bila anak bongsunya pula yang kena, dia terpaksa menyentuh dan bersama anak bongsunya adeena yang sering menangis kerana inginkan dia sentiasa bersamanya.
“Anak sulong dah settle…anak last lak…kena
“So nak tak nak kena jugak sbb nak mama,” kongsinya.
Dalam perkongsiannya yang lain, penyampai radio yang turut mesra disapa dengan nama Shiera ini juga menyatakan bahawa dengan situasi terkini penularan virus Covid-19, semua perkara perlu berjalan seperti biasa mengikut norma baharu walaupun terpaksa bekerja seperti biasa.
“Pastu mak dia nak jaga camna?
“Mak dia kena jaga kenalaa kan dah tentu …kena kerja..lalalalala..kena biasakan…semua biasakan,” tulisnya lagi.
Di ruangan komen, ramai yang mendoakan Adeena supaya cepat sembuh.
Untuk rekod Shiera mendirikan rumah tangga bersama Zulkifli Azahari atau Ijoy pada 2003 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Audrra, Airell, Airra dan Adeena. Shiera juga mempunyai seorang anak daripada perkahwinan yang terdahulu bersama Jatt, Black Dog Bone yang diberi nama Allisya Tahir.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sejak bayi melihat dunia buat pertama kali, tubuh kecilnya sedang belajar menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu yang penuh cabaran. Dalam tempoh inilah, susu ibu menjadi anugerah paling berharga dan merupakan makanan lengkap, perlindungan semula jadi dan sentuhan ajaib yang hanya datang daripada seorang ibu.
Khasiat susu ibu bukan sekadar nutrisi asas, tetapi perlindungan menyeluruh yang membantu bayi membesar dengan lebih sihat dan kuat.
Tidak hairanlah penyusuan eksklusif selama enam bulan pertama sangat digalakkan oleh pakar kesihatan. Namun, jika rezeki masih ada, meneruskan penyusuan sehingga usia dua tahun membawa lebih banyak kebaikan untuk tumbesaran, kesihatan dan perkembangan emosi si manja. Susu ibu bukan sekadar “makan dan kenyang”. Ia adalah vaksin pertama bayi, pelindung yang menguatkan pertahanan tubuhnya sebelum dia mengenali dunia luar.
14 Khasiat Susu Ibu Untuk Bayi Yang Setiap Mama Patut Tahu
Berikut adalah 14 khasiat luar biasa susu ibu yang bermanfaat untuk kesihatan, kecerdasan dan perkembangan emosi bayi.
1. Vaksin pertama bayi
Susu awal ibu (kolostrum) adalah “emas cair” yang dipenuhi antibodi semula jadi, sel darah putih dan faktor imun yang bertindak seperti imunisasi pertama bayi. Ia melindungi bayi daripada jangkitan, menguatkan sistem biologi dan memastikan bakteria baik dalam usus kekal stabil.
2. Kulit lebih sihat
Khasiat susu ibu membantu kulit bayi kekal lembap secara semula jadi serta mengurangkan risiko masalah kulit seperti ekzema dan ruam.
3. Lindungi tekak
Dengan kandungan antibodi yang tinggi, bayi lebih terlindung daripada jangkitan tekak—antara punca utama demam dan ketidakselesaan.
4. Kurangi jangkitan telinga
Susu ibu mampu mengurangkan risiko jangkitan telinga yang sering menyebabkan bayi tidak selesa, sukar tidur dan hilang selera makan.
Gambar Hiasan AI
5. Penglihatan lebih baik
Vitamin A dan E dalam susu ibu membantu perkembangan penglihatan yang lebih tajam serta mengurangkan risiko penyakit mata.
6. Tingkatkan kecerdasan otak
Susu ibu kaya dengan protein dan omega-3 mudah hadam, penting untuk perkembangan saraf dan mental. Kajian Cambridge dan Flinders mendapati bayi yang disusukan mempunyai IQ 7–10 mata lebih tinggi berbanding biasa.
7. Perkembangan mulut yang baik
Zat lengkap dalam susu ibu membantu menguatkan otot muka dan menyokong perkembangan struktur mulut yang sihat.
8. Latih deria rasa
Susu ibu berubah mengikut makanan ibu—membantu bayi belajar menerima pelbagai rasa. Ini memudahkan proses peralihan kepada makanan pejal nanti.
9. Lindungi saluran pernafasan
Kolostrum dan komponen bioaktif dalam susu ibu mengurangkan risiko jangkitan pernafasan, pneumonia, batuk dan selesema.
10. Jantung lebih sihat
Susu ibu membantu menjaga paras kolesterol ketika bayi membesar. Ia juga menyokong degupan jantung yang lebih stabil serta mengurangkan risiko penyakit jantung apabila dewasa.
11. Baik untuk buah pinggang
Kandungan garam dalam susu ibu sangat rendah dan sesuai dengan fungsi buah pinggang bayi yang masih belum matang.
12. Pelindung saluran kencing
Susu ibu mengandungi agen anti-jangkitan yang mengurangkan risiko UTI dan jangkitan kuman lain.
13. Mudahkan sistem penghadaman
Kolostrum membantu melindungi bayi daripada cirit-birit, sembelit serta memudahkan bayi membuang mekonium pada hari-hari awal kehidupan.
14. Eratkan jalinan emosi
Inilah khasiat paling istimewa. Dakapan, sentuhan dan pandangan semasa menyusu membentuk ‘bonding’ yang kuat antara ibu dan bayi. Bayi berasa selamat, disayangi dan tenang asas penting tumbesaran emosi yang sihat.
Susu Ibu, Rezeki Hebat Untuk Anak
Penyusuan adalah perjalanan penuh cabaran bagi ramai mama, namun setiap titis yang berjaya diberikan adalah satu nikmat dan kebaikan untuk si manja. Jika rezeki mengizinkan, teruskanlah penyusuan sehingga dua tahun. Tubuh kecil mereka akan berterima kasih kepada anda hari ini dan pada masa hadapan.💗
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.