Bakal bergelar ibu tidak lama lagi, penyanyi dan juga pengacara Kaka Azraff baru-baru ini telah membuat kejutan untuk peminatnya dengan mengumumkan jantina anak dalam kandungan. Usia kandungan Kaka kini berusia lapan bulan, nampaknya Kaka dapat menjalani tempoh kehamilan dengan baik dan lancar.
Menerusia perkongsian di Insta storynya, Kaka dan suami, Adam Azriff telah mengadakan satu majlis Baby Shower di sebuah kafe yang terletak di Subang, Selangor pada malam Ahad yang lalu.
Menerusi video dan gambar yang dikongsikan itu, pelantun lagu ‘Sibuk’ ini dilihat mula memecahkan belon berbentuk berlian yang merupakan simbolik untuk bayi yang dikandungnya itu. Semua yang hadir menunggu dengan penuh debaran dan akhirnya kertas berwarna biru yang jatuh bertaburan.
Rata-rata yang hadir pada majlis tersebut bersorak gembira sebaik sahaja Kaka mengumumkan jantina anak yang bakal dilahirkan nanti. Untuk makluman, warna biru adalah simbolik bagi bayi lelaki, manakala warna merah jambu pula simbolik untuk bayi perempuan.
Ads
Dalam perkongsian yang lain di Instagram miliknya, Kaka turut menyatakan rasa syukur kerana dikurniakan dua orang ibu yang penyayang (ibu kandung dan ibu mentua)
“Ma QUEENS My marriage gave me more than a husband ; It gave me a second mom thank you for everything Mummy! @shinafie69 .Love you both! Mama & Mummy #genderReveal”
Perkongsiannya itu turut mendapat perhatian para peminat Kaka. Ramai yang mengucapkan tahniah dan mendoakan urusan melahirkan bayi yang dikandung berjalan dengan lancar.
Ads
Tahniah diucapkan kepada Kaka Azraff dan suami. Semoga segala urusan melahirkan akan berjalan dengan lancar nanti!
Oleh kerana berada di trimester awal kehamilan, Diana mengakui agak sukar dan mencabar ketika melakukan misi kemanusiaan di Bosnia.
Bagaimanapun Diana bersyukur kerana dikurniakan teammates yang banyak membantu dan menghulurkan pertolongan.
Keadaan jalan di sana yang berbukit bukau dan bersimpang siur seperti perjalanan hendak ke Cameron Highland selain tempoh masa perjalanan melebihi 6 jam membuatkan dia kerap pening kepala dan mual.
“Syukur ada teammates yang selalu bagi Diana balm, bawak asam-asam dan kudap-kudap, bagi baju buat bantal, belikan air dan aiskrim bila kereta berhenti, urut belakang badan Diana dan menjadi tempat Diana menangis bila rasa tak larat. Alhamdulillah sangat,” kongsinya di Instagram.
Ibu Khawlah dan Khadija ini turut berkongsi reaksi kedua anaknya apabila mengetahui mereka bakal mendapat adik.
Lucunya anak pertama Diana yang awalnya teruja untuk melihat ujian imbasan si adik akhirnya menjadi takut apabila melihat video imbasan berwarna biru.
Diana berdoa agar kehamilan ketiganya ini dipermudahkan segalanya dan dikurniakan seorang lagi anak yang soleh dan sihat sebagai penyejuk mata dan hati serta pengikat kasih sayangnya dan suami.
Diana antara selebriti yang menyertai kempen misija4bosnia yang dijalankan bertujuan untuk mengumpul dana bagi projek-projek kemudahan dan pembangunan di Bosnia.
Lain-lain selebriti yang turut terlibat dalam Squad Celebrity Global Volunteer adalah Ashraf Muslim, Farah Fauzana, Farah Lee, Irma Hasmie, Lufya dan ramai lagi.
Masalah ‘terlalu’ subur sememangnya berlaku menyebabkan ramai wanita hamil tanpa di rancang. Sehebat mana pun cara perancangan keluarga, tidak ada cara yang dapat menjanjikan keberkesanan 100%.
Pil perancang keluarga masih merupakan cara yang paling popular dan kurang risiko untuk menyebabkan bayi abnormal atau lahir pramatang. Namun begitu ia memerlukan disiplin yang ketat.
Pil hendaklah dimakan sebiji setiap hari selama 21 hari, diikuti dengan 7 hari “rehat”. Setelah rehat 7 hari, sambung semula dengan sekotak pil perancang yang baru. Perlu disiplin dan tidak boleh lambat makan pil tersebut walau sekali pun. Jika anda memakan jamu dan herba sewaktu mengamalkan kaedah pil perancang, ia boleh mengurangkan keberkesanan pil tadi dan mudah “termengandung”.
Bagi suntikan Depo-provera, peluang hamil hanya sebanyak 1%. Wanita boleh hamil ketika menggunakan suntikan Depo provera jika beliau lupa atau lambat datang ke klinik untuk mengambil suntikan mengikut jadual ( iaitu satu suntikan setiap 12 minggu). Bagi kes IUCD pula, sama ada anda menggunakan IUCD ( copper) atau IUD ( Mirena), risiko mengandung adalah satu hingga tiga dalam 100 pengguna. Dalam kebanyakan kes hamil ketika menggunakan alat ini ialah ia telah bergerak dari tempat asal dan ada kalanya jatuh keluar dari rahim. Bagi menentukan cara-cara yang sesuai , saya mencadangkan panda bertemu dengan doktor atau staf di klinik yang berdekatan atau klinik Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara. Berbincanglah dengan mereka cara-cara lain yang ada seperti kaedah ini.
Untuk kaedah BTL dan vasektomi, keberkesanan juga bukanlah 100%.
Sebelum anda memilih BTL, anda memerlukan perbincangan dengan doktor pakar yang melakukannya kerana risiko pembedahan, risiko kehamilan dan kehamilan luar rahim sering dikaitkan dengan kaedah ini. Bagi wanita Islam pula, masalah hukum atau fatwa juga perlu diambil kira sebelum melakukan BTL.
Jika ada 100 wanita hamil, 30 orang daripada mereka dikatakan hamil tanpa dirancang. Dianggarkan 20 orang (65%) daripada mereka “termengandung” sewaktu menggunakan alat atau ubat pencegah kehamilan. 65% daripada wanita tersebut menggunakan kaedah pencegahan kehamilan cara azal/coitus interuptus / kiraan kalendar (23%), pil perancang (21%), kondom (21%) dan alat dalam rahim atau IUCD (9%).
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibu mana yang tidak merasa sedih, sudah disahkan hamil kemudian gugur pula. Biarpun sudah menjaga kandungan sebaik mungkin, tahu-tahu saja ada ketulan darah keluar. Ada juga sesetengah kes, si ibu tidak perasan yang dia sedang mengandung kemudian aktif membuat kerja-kerja berat. Sebaik tahu diri hamil, kandungan sudah tidak kuat dan gugur.
Apabila berlaku hal seperti ini, ibu akan menyalahkan diri sendiri dan merasa tertekan. sebenarnya keguguran yang berlaku bukanlah sesuatu yang kita minta, ia adalah dugaan dari Allah SWT dan mungkin ada ganjaran yang lebih baik menanti selepas itu.
Keguguran adalah perkara biasa dan dialami oleh kebanyakan wanita. Ia bukanlah sesuatu yang perlu dirisaukan tetapi jika berlaku tiga kali berturut-turut keadaan ini dikenali sebagai habitual miscarriage. Ia adalah satu situasi yang tidak normal. Melalui penulisannya, Dr Zubaidi Hj Ahmad menjelaskan tentang hal keguguran ini.
Keguguran di awal kehamilan sering berlaku pada wanita yang hamil, dan ia bukanlah suatu hal yang merisaukan. Tetapi keguguran berlaku sebanyak tiga kali berturut-turut, maka ia adalah suatu yang tidak normal. Keadaan ini dikenali sebagai habitual miscarriage.
Selalunya doktor akan melakukan pemeriksaan dan ujian yang lebih lengkap bagi mengetahui punca keguguran berulang. Walaubagaimana pun tidak semua punca keguguran dapat dikenal pasti dengan pemeriksaan yang dilakukan.
Kebiasaannya punca keguguran di awal kehamilan ialah akibat “janin yang lemah”, ini bermakna janin itu mempunyai masalah genetik atau kromosom yang mengakibatkan janin tersebut tidak dapat membesar dengan baik dan akhirnya tidak dapat hidup dan dikeluarkan dalam proses keguguran.
Selain itu ia mungkin berpunca dari dari penyakit seperti endometriosis dan fibroid. Jangkitan kuman pada wanita yang hamil seperti jangkitan cytomegalo virus (CMV), herpes simplex (HSV) dan rubella boleh menyebabkan kerosakan pada janin dalam rahim sehingga menyebabkan keguguran.
Selain itu sejenis parasit toksoplasmosis yang biasa terdapat pada pada badan kucing boleh menyebabkan keguguran. Oleh itu, bagi wanita yang sering mengalami keguguran dan memelihara kucing, perlulah sentiasa berhati-hati. Pastikan kucing peliharaan itu dijaga dengan baik dan bersih.
Penyakit seperti darah yang pekat, diabetes dan tekanan darah tinggi yang tidak dikawal, pada setiap kali kehamilan juga boleh menyebabkan keguguran berulang di awal kehamilan.
Oleh itu saya menggalakkan supaya dapat menjalani pemeriksaan yang lebih terperinci bagi mengesan masalah yang dihadapi. Seseorang wanita yang ingin hamil sepatutnya mengamalkan pemakanan berkhasiat dari peringkat awal lagi, mengambil juga asid folik dan vitamin.
Jika berkemampuan, ambillah cuti rehat pada peringkat awal kehamilan. Mereka digalakkan berehat, banyakkan baring dan tenangkan fikiran. Kurangkan stress dari segi fizikal dan mental. Doktor selalunya akan memberikan ubat hormon progesteron untuk merehatkan rahim dan mengurangkan berlakunya kejang rahim bagi mengurangkan risiko keguguran.
Kuatkan semangat dan jangan melayani pemikiran negatif. Banyak berdoa, solat hajat dan bersedekah. Insha ALLAH, ALLAH akan membantu hambaNYA yang berusaha.
Ketika isteri mengalami keguguran, jelas sekali emosinya terjejas. Sebagai suami, pastikan anda sentiasa dengannya dan terus memberi isteri semangat. Setiap pasangan pasti menginginkan zuriat, tetapi jika si isteri mengalami keguguran dan kalian masih belum mempunyai anak, teruskan berusaha dan kuat menghadapi ujian ini.
Semoga dengan semangat dan usaha tanpa henti itu akan membuahkan hasil yang dinanti-nantikan suatu hari nanti.