
Sebelum si kecil hadir, apa kata ambil peluang untuk bercuti berdua dengan pasangan. Percutian ini, dikenali sebagai babymoon, semakin popular di kalangan bakal ibu bapa yang ingin menikmati masa berkualiti bersama sebelum kehidupan berubah dengan kehadiran bayi.
Ramai diantara kita yang membuat keputusan untuk bercuti ketika berada dihujung kehamilan atau di trimester ketiga tapi betul ke masa ini paling sesuai?
Pakar dari American College of Obstetrics and Gynecology percaya bahawa waktu paling selamat untuk travel ialah antara 18 hingga 24 minggu kehamilan. Jadi, masa terbaik untuk pergi babymoon adalah semasa trimester kedua.
Trimester kedua kehamilan dianggap waktu paling sesuai untuk babymoon kerana pada masa ini, kebanyakan ibu hamil sudah melepasi fasa morning sickness dan mempunyai lebih tenaga.
Malah risiko kelahiran pramatang juga lebih rendah berbanding trimester ketiga. Diwaktu tenaga lebih kuat, ibu pastinya lebih bersemangat malah lebih gembira untuk bercuti.
Pilih destinasi yang tidak terlalu jauh perjalanannya, cukup hanya beberapa jam sudah memadai.
Elakkan kawasan yang terlalu terpencil atau mempunyai kemudahan perubatan yang terhad. Pastikan juga cuaca di destinasi tersebut selesa dan tidak ekstrem.
Contoh destinasi yang sesuai termasuk pantai yang tenang, resort spa, atau kawasan pergunungan yang sejuk. Yang penting, tempat itu membolehkan anda berehat dan menikmati masa bersama pasangan.
Berehatlah sebaik mungkin dan tenangkan diri dan minda ibu. Elak lakukan aktiviti yang terlalu banyak hingga membuatkan ibu kepenatan.
Aktiviti sesuai
Elakkan aktiviti lasak seperti sukan air atau mendaki. Sebaliknya, pilih aktiviti santai seperti berjalan di pantai, spa, atau yoga prenatal.
Babymoon adalah peluang untuk anda dan pasangan mengukuhkan hubungan sebelum menyambut kehadiran ahli keluarga baru. Dengan perancangan yang rapi dan pemilihan destinasi yang sesuai, babymoon boleh menjadi kenangan manis yang akan dikenang sepanjang hayat.
Baca lagi: Bayi Baru Lahir Boleh Dijangkiti Denggi Dari Ibu, Jangan Ambil Mudah Jika Demam Ketika Hamil
RM100 Sebulan Untuk Rakyat Selangor, Semak Kelayakan Anda Sekarang!
MyKad Lebih Selamat, 3 IC Lama Ni Wajib Tukar Dahulu!