Ibu mana yang tidak bimbang setiap kali menghantar anak ke sekolah. Dengan doa dan harapan anak dapat mengaut ilmu sebanyak mungkin dan paling penting lebih terang hati untuk belajar dan enjoy di sekolah.
Penyanyi, Tasha Manshahar juga turut berdepan hal sama setiap kali menghantar anak sulungnya, Muammar ke sekolah. Namun rupanya ibu kepada dua cahaya mata ini mengamalkan doa yang diajarkan oleh suaminya, Raqib Majib.
Malah kongsi Tasha lagi menerusi Instagramnya, amalan doa dari Surah Ar- Rahman ayat 1-4 itu dibacakannya setiap kali menghantar anaknya ke sekolah.
“Mak-mak dulu ramai dah amal tapi zaman dorang takde socmed. I mula amal sebab tengok @ustazahasmaharun share. I nak share magicnya amalan ni dalam development anak-anak I terutama Muammar (since dia dah sekolah).
“Wallahi niat cuma nak memanfaatkan platform socmed yang ada follower tak seberapa ni supaya lebih ramai dapat amalkan sama. Benda baik kita kena kongsi. I uploaded on tiktok tp video ni kena removed.
“I amalkan masa sebelum Muammar start sekolah lagi sebenarnya usually sebelum tidur malam. Ni dah sekolah, I baca every time sebelum hantar dia ke sekolah.
Ads
Kadang terlupa, Muammar sendiri cakap “Mommy baca la doa dekat kepala abang”. Tangan kanan letak atas ubun-ubun anak, bacakan Surah ArRahman ayat 1-4, doa Rasulullah dekat Ibn Abbas, dan bolehlah tambah doa/niat lain. Semoga anak terang hati terima ilmu,” katanya berkongsi.
Malah kata Tasha lagi, kuasa hebat doa itu jelas pada anak sulungnya yang semakin kurang dramanya setiap pagi. Malah Muammar juga lebih seronok ke sekolah untuk bertemu kawan-kawan.
Menerusi video yang dikongsikannya, Tasha terlebih dahulu membacakan surah tersebut dan disusuli dengan doa khusus buat anaknya.
“Alhamdulillah, I perasan now Muammar lebih seronok ke sekolah. Honestly tiap pagi hantar school masih bergenang airmata. Tapi takde dah drama meraung dekat pagar.
Ads
“Ambil dia balik school happy je. Muammar cepat belajar. Kurang tantrum. Lebih senang nak ajak bincang. Of course dalam mendidik ni kena banyaaak sabar + selalu konsisten, tapi asbab amalan ni banyak Allah mudahkan I.
“Btw, I bacakan untuk Mateen juga sebelum tidur atau sebelum tinggalkan dia untuk I pergi kerja. Tapi apa-apa pun, tiada apa yang berlaku tanpa izin Allah. Jemput share doa-doa lain yang kita boleh amalkan sama untuk anak-anak.
Disclaimer: Muammar is just a 4y boy. He’s a smart boy masyaAllah Alhamdulillah. But, he’s not perfect. He has bad days too, just like other kids. Ada benda dia belum pandai.
“Let us not compare our children, who goes fast or who goes slow. Tak fair untuk dorang. Every child has their own pace.
Ads
“Sebagai ibu bapa, kita cuma perlu acknowldge setiap sekecil-kecil progress yang anak tunjukkan, hargai sekecil-kecil effort mereka, and continuously support them to do better every day. ❤️ Hope this helps,” kongsinya lagi.
Orang kata benda baik perlu dikongsikan bersama. Jom sama-sama kita amalkan!
Sejak bergelar ibu, Anzalna Nasir akui dia cepat tersentuh bila melihat keluarga yang ada anak kecil terpaksa ikat perut untuk makan dan keperluan anak pun tak dapat disediakan dengan sempurna.
Tambah lagi dalam situasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mungkin ia agak susah kerana semua aktiviti terpaksa dihadkan dan bagi ketua keluarga yang bekerja dan dibayar gaji hari mereka akan merasainya.
Namun melalui perkongsian di instagram Anzalna, dia ada menyatakan kesediaannya untuk membantu golongan yang benar-benar memerlukan terutama yang ada anak kecil untuk bantuan susu dan lampin pakai buang.
“Sangat bersyukur dengan bantuan yang diberikan oleh kerajaan dan tak salah sekiranya kalau kita juga membantu mereka yang memerlukan.
“Anzalna dan keluarga ingin berkongsi rezeki nak belanja susu dan diapers untuk keluarga yang dalam kesempitan. Please DM atau comment di bawah. Tolong jangan private kan page. Thank you!” tulis Anzalna pada satu entri di Instagram miliknya.
Jadi, jika anda memerlukan bantuan atau jika anda tahu ada sesiapa yang memerlukan bantuan susu serta lampin pakai buang untuk anak-anak mereka, segeralah hubungi Anzalna.
Mungkin bantuan ini tak seberapa tetapi sekurang-kurangnya ia dapat meringankan beban keluarga yang memerlukan.
Melalui hashtag di kapsyennya, Anzalna turut menulis ‘Kita Memahami Susu Dan Diapers Sangat Penting Sejak Ada Anak’.
Semoga Anzalna dan keluarga terus dimurahkan rezeki dan dapat lagi membantu orang lain pada masa akan datang.
Sebelum ini pun, Anzalna dah beberapa kali membantu keluarga yang memerlukan terutama yang ada anak kecil dengan membelanjakan barangan keperluan selain mendermakan pakaian anaknya, Eidrees.
Sumber: Ig Anzalna Nasir
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sepanjang proses membesar, sudah tentu anak-anak banyak ragamnya. Ada masa mereka akan buat perangai yang menyebabkan ibu ayah rasa marah. Permainan emosi begini bukan sahaja mempengaruhi tumbesaran mereka, tetapi ia mengganggu perhubungan antara parents dan anak-anak. Walaupun begitu, usahlah dibentak atau dimarahi, apatah lagi dengan perkataan-perkataan yang tidak elok didengar.
Tidak dinafikan, antara perkara lain yang membuatkan kita stres adalah hubungan dingin dengan pasangan. Mungkin mereka ada buat perkara-perkara yang kita kurang gemar. Sudah dinasihatkan tetapi tiada perubahan. Kalau banyak kali ditegur, nanti boleh buat bergaduh pula.
Sumber foto: www.freepik.com
Untuk melembutkan hati anak atau pasangan tidak mudah. Kita harus konsisten mendoakan yang terbaik buat mereka. Berikut adalah perkongsian dari Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood tentang amalan yang dapat membantu melembutkan hati anak-anak atau insan yang disayangi.
TIP LEMBUTKAN HATI INSAN YANG DISAYANGI
#Mulakan dengan membawa Surah Fatihah sebanyak 3 kali.
#Kemudian lengkapkan dengan Ayat Kursi sebanyak 3 kali.
#Sempurnakannya dengan menyebut selawat Nabi sebanyak 3 kali.
#Usah dilupakan dengan tambahan Surah Taha ayat 1-5 dan baca surah ini sebanyak 3 kali.
#Akhir sekali sudahkannya dengan Surah Al Fath ayat 1-5 yang dibaca sebanyak 3 kali.
#Kemudian hembuskan tiga kali di atas kepala dan ubun-ubun. In shaa Allah dengan izin Allah, mujarab lembutkan hati anak-anak dan pasangan kita. Juga ibubapa kita.
UNTUK BAHAGIA, HARUS BAHAGIAKAN ORANG LAIN
Bila hati anak dan pasangan lembut, barulah hidup makin terasa bahagianya. Untuk kita merasa Bahagia, kitalah yang terlebih dahulu harus membahagiakan orang lain.
Sesuatu yang diberi dan tidak akan berkurang adalah KEBAHAGIAAN. Bahagiakanlah orang lain lalu engkau akan bahagia. Ada seorang sahabat yang datang menemui Nabi صلي الله عليه وسلم:
Dia mengeluhkan akan kerasnya hatinya, dia tidak merasakan kebahagiaan.
Maka jawab Nabi SAW,
“Jika engkau ingin hatimu menjadi lembut, bahagia, tenang, maka berilah makanan kepada fakir miskin dan usapkan tanganmu di kepala anak yatim.”
Orang yang paling bahagia adalah Rasulullah صلي الله عليه وسلم apabila seluruh waktunya dalam rangka untuk umatnya.
Rasulullah صلي الله عليه وسلم telah menjelaskan dalam satu hadith:
“Amal yang paling dicintai Allah SWT iaitu rasa senang yang engkau masukkan ke dalam hati seorang muslim, atau engkau hilangkan rasa laparnya, atau engkau lunaskan hutang-hutangnya, atau engkau hilangkan kesulitannya.
Sungguh, aku menemani saudaraku untuk memenuhi keperluannya lebih aku sukai daripada i’tikaf di Masjid Nabawi selama sebulan.” [HR. at-Thabrani]
Sumber foto: www.freepik.com
Maka lembutkanlah hati orang-orang yang kita sayang dan bahagiakanlah mereka yang berada di sekitar kita agar kita lebih merasakan kebahagian. Jom azam untuk sama sama perbaiki akhlak dengan mencontohi akhlak Baginda Nabi SAW.
Untuk anak-anak, cubalah kaedah ini untuk membentuk keperibadian yang baik dalam diri mereka. Senjata paling berkuasa adalah doa ibu terhadap anak-anak:
1) Sentiasa keluar perkataan positif dan elak perkataan negatif
Perlu ingat andai perkataan negatif yang ibu ayah label pada anak-anak kerana perasaan marah yang membara di atas kesilapan mereka, bimbang perkataan negatif itu jadi mustajab. Macam mana? Tolonglah elakkan demi kebaikan anak.
Sebaiknya ibu ayah amalkan perkataan yang baik-baik walaupun dalam keadaan nak marah seperti anak bertuah, anak baik, anak mama sayang, anak abah sayang, anak syurga. Insya-Allah jika kata-kata ini sentiasa keluar dari mulut ibu ayah ia seolah-olah satu doa yang baik untuk kesejahteraan anak itu.
2) Tegur anak dengan penuh hikmah dan kasih sayang
Anak-anak ujian dari Allah untuk melihat sejauh mana kesabaran ibu ayah dalam mendidik amanah yang diberikan-Nya. Kena ingat nak marah sekalipun, tegurlah dengan berhemah.
Sumber foto: www.freepik.com
Percayalah setiap kesabaran Allah gantikan dengan ganjaran yang lebih baik buat ibu ayah. Sentiasa positifkan jiwa dan minda.
3) Amalkan sebut nama Allah dan Rasulullah S.A.W
Contoh anak ibu sayang Allah tak, anak ibu sayang Rasulullah S.A.W tak. Kalau sayang Allah dan nabi jangan tinggal solat. Jangan lawan cakap mak ayah sebab semua nak masuk syurga dan nak dapat syafaat Rasullullah S.A.W.
Jika anak dah terbiasa, secara automatik anak faham dan apa yang dia kena lakukan mestilah yang baik-baik dan perlu dengar cakap orang tua. Ulang dan ulang, lama-kelamaan akan meresap masuk dalam jiwa anak.
4) Banyak berdoa supaya anak sentiasa lembut hati
Nak lembutkan hati anak, ibu ayah kena sentiasa berdoa tanpa putus asa. Doa adalah senjata utama untuk semua dan jika diamalkan selalu keberkatan itu akan diperoleh.
Sumber foto: www.freepik.com
Percayalah ibu bapa yang sayangkan anak jika terus mengamalkan 4 tip ini, anda akan lihat hasilnya. Paling penting ibu bapa kena sentiasa muhasabah diri dan memperbaiki kelemahan masing-masing.
Semestinya bercuti merupakan aktiviti yang amat disukai oleh kanak-kanak. Mana tidaknya, inilah masa untuk mereka bersuka ria! Lazimnya percutian pendek seperti satu hari dua malam atau dua hari tiga malam merupakan kelaziman buat mereka yang mempunyai keluarga.
Namun tempoh itu akan meninggalkan ‘igauan ngeri’ jika ada anak-anak mula ‘buat hal’. Bagaimanapun ada caranya untuk mengelak atau mengendalikan anak-anak seumpama ini semasa bercuti atau melancong.
Perancangan awal
Sebelum memulakan perjalanan, anda telah membuat perancangan yang rapi tempat atau lokasi secara tepat yang bakal dilawati. Tempat yang dilawati mestilah selamat dan cuaca yang tidak terlalu panas atau sejuk. Lokasi sama ada pusat peranginan, taman tema, pantai atau air terjun.
Tempah penginapan
Tempat penginapan ditempah lebih awal. Perjalanan yang jauh menjadikan kanak-kanak mudah letih. Keadaan akan menjadi lebih tidak terkawal sekiranya anda tidak dapat menyediakan segera tempat untuk mereka berehat dan melakukan aktiviti yang disukai semasa sampai di tempat yang dituju.
Mesti ada peraturan
Jelaskan kepada anak bahawa biar di mana pun mereka berada, peraturan tetap ada, sekalipun pergi bercuti. Oleh itu, jelaskan beberapa peraturan yang ditetapkan semasa bercuti misalnya tidak membuang bising di lobi hotel, tidak berebut semasa mengambil makanan semasa di hotel dan beberapa peraturan lain. Malah sentiasa mewujudkan ‘peraturan’ sebelum bergerak sesuatu tempat yang ingin dilawati. Dalam masa yang sama anda boleh menyelitkan beberapa peraturan yang perlu diikuti semasa percutian tersebut.
Senarai aktiviti
Aktiviti yang dirancang tidak terlalu padat. Makin kurang aktiviti yang di rancangan makin kurang tekanan pada anak. Percutian adalah sesuatu yang menggembirakan anak-anak. Oleh itu, jangan jadikan ia sesuatu mimpi ngeri buat anak anda.
Jangka masa
Sekiranya anda merancang untuk melancong dalam jangka masa yang lama dan jauh, mulakan dengan membawa anak melancong dalam tempoh masa yang pendek. Tujuannya adalah untuk melihat sikapnya sama ada mudah menerima perubahan atau tidak. Kesan daripada itu, anda akan ketahui tindakan yang boleh diambil bagi membantu mengawal tingkah lakunya.
Persiapan minda
Sediakan minda anak untuk berjalan jauh atau melancong. Sekurang-kurangnya seminggu sebelum perjalanan bermula. Berbincang dengan anak tentang percutian dan tunjukkan gambar tempat yang bakal dikunjungi. Secara tidak langsung mereka akan mempunyai perasaan gembira untuk pergi bercuti dan sentiasa mendengar arahan anda.
7. Sedia kamera
Beri anak kamera untuk kegunaan mereka sendiri. Banyak terdapat di pasaran kamera yang murah dan senang digunakan. Tingkah laku yang tidak diingini dapat dialih bila kanak-kanak sibuk mengambil gambar yang dilihatnya atau yang diminatinya. Kesibukan dengan aktiviti baru ini membuatkan mereka ceria sepanjang percutian.
Permainan kegemaran
Bawa bersama mainan yang digemarinya Anda memasukkan mainan tersebut dalam beg kecil. Mudah untuk anda mencarinya apabila diperlukan oleh anak anda. Mainan yang digemari akan dapat membantu mengalih perhatian anak anda daripada menunjukkan tingkah laku yang tidak diingini.
Muat turun permainan
Bagi anak yang lebih besar, anda boleh sediakan permainan muat turun di tablet anak anda. Pastikan juga anda telah memasukkan beberapa permainan atau program yang mencukupi serta menarik. Namun hadkan permainan ini kerana kanak-kanak tidak digalakkan melihat skrin tablet dalam tempoh yang lama.
Pakaian selesa
Sepanjang perjalanan anak memakai pakaian yang selesa. Pakaian tersebut sebaik-baiknya mudah ditanggalkan dan fabrik yang tidak terlalu panas atau sejuk. Ia juga tidak terlalu ketat atau longgar supaya mudah untuk bergerak dengan aktif. Cara ini mengelak anak meragam disebabkan rasa panas dan tidak selesa.
Makanan
Kadang kala anak-anak mula membuat perangai atau tidak dengar cakap apabila mula berasa lapar. Bawa bekalan makanan ringan, buah-buahan dan roti yang secukup sepanjang perjalanan. Jika perlu bawa beg tahan sejuk supaya anak-anak dapat minum minuman yang sejuk semasa perjalanan.
12. Kotak pertolongan cemas
Pelbagai ubat-ubatan ada dalam kotak pertolongan cemas termasuk ubat demam dan sebagainya. Juga jangan lupa membawa ubat yang sepatutnya terutamanya jika anda mempunyai anak-anak yang mempunyai jadual pengambilan ubat-ubatan.
13. Elak makanan manis
Semasa perjalanan elak daripada memberi gula-gula atau makanan manis pada anak. Pemberian gula hanya akan membantu merangsang kanak-kanak aktif. Ia akan membuat anak anda sukar dikawal seperti tidak duduk diam terutama sekali bagi anak yang berusia satu hingga empat tahun.
Makanan biasa dimakan
Sekiranya anda melancong ke tempat yang belum pernah anda kunjungi, anak anda mungkin akan mengalami kejutan daripada segi makanan. Mereka mungkin tidak selesa dengan ‘makanan baru’ itu. Akibatnya anak tidak mahu makan. Situasi lapar boleh menyebabkan anak tidak selesa dan menunjukkan tingkah laku yang tidak diingini. Jadi untuk mengatasi masalah ini, anda harus bersedia dengan makanan yang dimasak sendiri atau makanan yang biasa dimakan oleh anak.
Perjalanan malam
Memulakan perjalanan pada waktu malam adalah digalakkan. Waktu malam adalah waktu tidur buat anak-anak. Situasi ini juga dapat membantu mengelakkan anak anda dari bosan semasa berada dalam perjalanan.
16. Melancong dengan minda terbuka
Semasa melancong anda dan anak mungkin akan bertemu dengan perkara atau peristiwa yang di luar dugaan anda. Jangan cepat membuat kesimpulan yang negatif tentang sesuatu yang bertentangan dengan budaya sendiri. Jangan cepat menilai dan cuba sedaya mungkin mencari perkataan yang boleh mengalih rasa ketakutan atau tidak selesa anak anda.
17. Persekitaran tenang
Melancong ke tempat yang sesak dengan orang ramai membuatkan anak tidak berasa selesa. Cara ini membuatkan anak berasa rimas. Bawa anak ke kawasan yang tenang, nyaman dan damai. Itulah percutian buat anak. Jika anda bercadang untuk membeli belah di kawasan yang sesak, seharusnya tinggal sementara anak di hotel.
18. Tidak ke kedai permainan
Jika anda dalam percutian bajet. Elakkan membawa anak singgah ke kedai permainan atau cenderahati yang berdekatan dengan hotel. Kebiasaan harga yang di tempat seumpama ini agak mahal. Cara ini mengelak anak meragam apabila permintaannya tidak dipenuhi.
19. Lokasi lawatan
Pergi bercuti memang menjadi kegemaran kanak-kanak. Namun tempat lawatan atau aktiviti lebih berbentuk orientasi kekeluargaan dan kanak-kanak. Jangan lupa, kawasan yang menawarkan kolam renang dan taman permainan tema. Kanak-kanak pastinya sepanjang hari berseronok dan gembira.
20. Dalam pesawat
Jika anda memilih untuk menaiki kapal terbang untuk ke destinasi percutian, anak akan mengalami perubahan tekanan dalam kapal terbang semasa berlepas atau mendarat. Ia mungkin akan membuatkan mereka meragam atau menangis dan menunjukkan tingkah laku yang tidak diingini. Oleh itu, tip untuk mengelak daripada berlaku ialah berikan sesuatu untuk diminum atau berikan lollipop pada anak yang lebih besar.
21. Beg kecil
Jika anda mempunyai beberapa orang anak yang masih kecil, masukkan pakaian setiap anak-anak ke dalam plastik secara berasingan sebelum anda memasukkan kesemuanya dalam beg besar anda. Keadaan ini akan memudahkan dan mempercepatkan tindakan anda semasa mengurus anak kecil tersebut. Dan secara tidak langsung dapat mengelakkan anak daripada menunjukkan tingkah laku yang tidak diingini.
22. Berhenti rehat secukupnya.
Sekiranya anda melakukan perjalanan hampir separuh hari dengan menggunakan kereta, anda perlu singgah berehat, sekurang-kurangnya dua jam sekali. Kanak-kanak memerlukan masa antara 15 hingga 30 minit untuk menghilang rasa letih, lenguh dan juga untuk bermain seketika sebentar.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
“Kami Tak Pernah Berhenti Mencari Abang dan Keluarganya”
Kehilangan insan tersayang adalah ujian yang amat berat, apatah lagi apabila melibatkan satu keluarga yang hilang tanpa...