Keibubapaan

Bahagia Bertambah, Wanna Ali Kini Bergelar Ibu

Share

Kelahiran cahaya mata sememangnya membawa kebahagiaan yang sukar digambarkan buat setiap pasangan yang bergelar ibu dan ayah.

Detik inilah yang sering dinanti penuh debar, doa dan harapan. Perasaan itu jugalah yang kini dirasai oleh Wanna Ali apabila selamat menyambut kelahiran zuriat pertamanya.

Aktres dan penyanyi tersebut kini sah bergelar ibu selepas melahirkan seorang bayi lelaki yang comel. Khabar gembira itu dikongsikan oleh ibunya yang juga produser terkenal, Ayu Puteh menerusi Insta Story miliknya.

Menurut Ayu, Wanna melahirkan bayi lelaki seberat 3.7 kilogram pada Subuh Isnin secara pembedahan. Berita tersebut nyata mengundang rasa syukur dan kelegaan apabila segala urusan dipermudahkan.

“Syukur Alhamdulillah,” luahnya ringkas, namun cukup menggambarkan rasa bahagia yang melimpah.

Untuk rekod, Wanna atau nama sebenarnya Nor Syazwana Mohd Ali, 29, mendirikan rumah tangga bersama Khairul Amri Khalid pada 9 Februari 2025 selepas tiga bulan mengikat tali pertunangan.

Kini, satu lagi babak indah bermula dalam kehidupan mereka bukan sekadar sebagai suami isteri, tetapi sebagai ibu.

Published by
Nor Yusoff