Wanita cekal ini, Siti Amalina Ariffin, atau lebih dikenali sebagai DJ Lin. Kegagalan dalam perkahwinan pertama tidak pernah mematahkan semangatnya. Sebaliknya, ia menjadi titik mula untuk dia bangkit dan terus melangkah mencari bahagia.
Kini, mahligai baru bersama suami tercinta, Ikhwan Fatana, menjadi sumber kekuatan buat dirinya untuk terus membesarkan dua cahaya mata tersayang, Idrus dan Musa. Setiap langkah dan senyuman anak-anak menjadi motivasi terbesar dalam hidup DJ Lin anak-anaklah yang mengajarnya erti kesabaran, cinta tanpa syarat dan keazaman.
Sempena Top Mom Influencer 2025 oleh Pa&Ma, kisah inspirasi DJ Lin diangkat sebagai contoh keibuan moden yang menggabungkan kekuatan spiritual, keibuan yang mendalam dan juga pengaruh positif sebagai personaliti media sosial.
Membina Semula Bahagia
DJ Lin berkongsi kisah manis tentang bagaimana perkenalannya dengan Ikhwan bermula daripada rakan biasa yang sering berjumpa di masjid, akhirnya menjadi pasangan hidup. Ikhwan bukan sahaja menerima DJ Lin seadanya, malah hadir sebagai figure ayah yang sangat penyayang dan bertanggungjawab untuk anak-anak Lin, terutamanya Idrus.
Perkahwinan mereka yang sederhana, bertemakan minimalis dan klasik, menggambarkan nilai kasih yang tulus, bukan sekadar luaran yang gah. Lebih indah, Ikhwan juga menjadi insan yang memperkenalkan dan menggalakkan Idrus dalam sukan bola sepak aktiviti yang kini menjadi minat anak sulung DJ Lin.
Dalam perkahwinan barunya, DJ Lin menghadapi kehamilan anak keduanya dengan pelbagai cabaran. Menghidap Chronic Fatigue Syndrome dan anxiety disorder, beliau tetap memilih untuk melahirkan secara normal. Dengan sokongan Ikhwan yang tidak berbelah bagi, pengalaman kelahiran ini menjadi satu kenangan penuh emosi dan kekuatan.
Ads
Walaupun melalui proses induce dan epidural, Lin berjaya melahirkan Musa secara normal, sesuatu yang tidak pernah dibayangkannya sebelum ini. Ikhwan menyaksikan seluruh proses kelahiran, dan ini menjadi titik insaf dan penghargaan yang mendalam terhadap pengorbanan seorang isteri dan ibu.
Anak Aktif, Ibu Proaktif: Pendidikan, Sukan & Doa
DJ Lin seorang ibu yang sangat menitikberatkan perkembangan anak-anak secara holistik. Beliau mengamalkan pendekatan Montessori dan selalu berkongsi momen anak-anak dengan kapsyen disertakan surah-surah pendek sebagai bentuk perlindungan dan ingatan kepada Allah, agar pujian kepada anak-anak disusuli dengan zikir dan doa, bukan sekadar kekaguman kosong.
Ads
Musa, walaupun masih kecil, sudah menunjukkan perkembangan yang sangat pantas, berkat masa berkualiti yang dihabiskan bersama ayahnya setiap hari. Idrus pula, sebagai abang, sangat penyayang dan melindungi adiknya, serta mengamalkan nilai-nilai baik yang ditanam sejak kecil seperti menjauhkan skrin dan mengutamakan pembacaan serta komunikasi.
Dalam pada itu, Lin meluahkan ketakutannya yang paling besar iaitu anak-anak mengalami trauma zaman kanak-kanak, khususnya akibat perpisahan lampau. Namun beliau menerima segala ujian sebagai takdir Allah yang membentuk dirinya hari ini.
Beliau tidak mahu mengubah apa-apa daripada masa silam kerana setiap pengalaman, walau perit, telah menjadikannya seorang wanita, ibu, dan isteri yang lebih tabah dan matang.
Ads
Dalam titipan pesanan menyentuh hati kepada anak-anaknya
“Ibu tak minta penghargaan, cuma doakan ibu dan papa. Ibu harap Musa dan Idrus membesar jadi insan berguna dan jadi asbab ibu masuk syurga. Ibu sayang kamu berdua, dan mungkin ada adik lagi lepas ni. Moga kita disatukan di syurga Allah, insya-Allah.”
DJ Lin membuktikan bahawa bahagia itu benar-benar satu pilihan. Dalam dunia yang penuh cabaran, beliau tidak hanya menjadi ibu dan isteri yang kuat, tetapi juga seorang influencer yang memberi nilai dan inspirasi sebenar. Dari parenting, kesihatan anak, pendidikan spiritual dan emosi DJ Lin membawa erti sebenar seorang Top Mom Influencer 2025.
Untuk semua ibu di luar sana, kisah DJ Lin ini adalah sebuah kisah inspirasi bahawa kita tidak sempurna, tetapi setiap usaha kita, dengan cinta dan doa itulah yang menjadikan kita ibu yang terbaik.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tidak mahu berpisah dengan ayahnya, tangisan dan pelukan anak perempuan jutawan, Datuk Aliff Syukri semasa bapanya berangkat mengerjakan haji semalam mengundang hiba wargamaya.
Menerusi Instagramnya, Datuk Aliff memuat naik video momen menyentuh hati itu. Akui Datuk Aliff lagi, dua anak perempuannya, Raudah dan Qadejah sememangnya cukup rapat dengannya.
“Cinta hati pertama anak perempuan. Raudah dan @qadejah_terlajaklaris. Sebulan abah tinggalkan anak-anak abah.
“Abah sayang anak abah semua. Sungguh sedih nak meninggalkan keluarga kecil bila saya menunaikan haji,” kongsinya.
Malah menurut Datuk Aliff lagi, berbanding anak lain yang sudah semakin membesar, anaknya Raudah Arshiyah yang baru berusia tiga tahun cukup manja dengannya malah setiap malam tidur bersamanya.
“Banyak-banyak anak saya, Raudhah ni paling manja dengan saya. Setiap malam tidur dengan saya tak tahu saya nak cakap macam mana.
“Rindunya saya dengan anak dara kecil saya semoga Allah jaga dia baik-baik. Korang boleh rasa tak apa saya rasa sekarang ni bila tinggakan Raudha?,” kongsinya lagi.
Tangisan dan pelukan Raudah yang kemas membuatkan wargamaya hiba. Apalagi kala dipujuk ibunya, Datin Sri Shahida ketika di lapangan terbang semalam.
Dalam pada itu, menjengah di ruangan komen rata-rata pengikut usahawan berjaya itu bukan saja mendoakan Datuk Alif yang pergi mengerjakan haji bahkan turut mendoakan Raudah agar tidak bersedih hati bila berpisah dengan ayahnya.
@shahidadherbs2 Alhamdulillah….hari ni rasa gembira syukur dapat melihat suami saya mengerjakan ibadah haji bersama anak sulung saya Ammar Ahyan,turut serta bonda dan kedua ibu bapa saya dapat juga rezeki menunaikan haji tahun ni… Rasa sayu,rasa hiba. Semua rasa bermain di fikiran.. Doa saya sentiasa mengiringi mereka semua agar selamat dan dapat melakukan ibadah dengan penuh tawaduk dan khusyuk. #haji2023#fypシ゚viral🖤♬ bunyi asal – Nur Shahida Mohd Rashid
Terdahulu, Datuk Aliff Syukri berangkat menunaikan haji bersama anak sulungnya, Ammar Ahyan dan juga kedua ibu bapa mentuanya.
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINIhttps://toko.ideaktiv.com/product/mummy-me-time/
Suami isteri baru selesai sesi forografi hari raya meninggal dunia kemalangan. Sepasang suami isteri yang terlibat dalam nahas jalan raya di Kampung Merbau Kudung, Jalan Teloi Timur dipercayai baru sahaja selesai merakam gambar kenangan sempena Hari Raya.
Suami Isteri Baru Selesai Sesi Fotografi Hari Raya Meninggal Dunia Kemalangan
Mangsa, Lokman Hakim Mohd Shukri, 23, dan isterinya, Intan Suraya Zaidi, 24, dikatakan baru pulang dari sesi fotografi di Parit Panjang, Baling, dan sedang dalam perjalanan ke kediaman mereka di Kampung Kuala Teloi Batu Lima ketika insiden berlaku.
Pemilik Bromie Studio, Muhammad Suhaimi Yahaya, 35, memaklumkan bahawa pasangan tersebut hadir ke studionya sekitar jam 11 pagi dan sesi fotografi berlangsung selama lebih kurang setengah jam.
Gambar kenangan pasangan suami isteri yang baru dirakam sebelum kejadian.
Menurutnya, pasangan itu kelihatan sangat ceria dan gembira sepanjang sesi bergambar berlangsung.
“MEREKA NAMPAK TERUJA KERANA DAPAT GAMBAR RAYA YANG SIAP DICETAK HARI ITU JUGA. SAYA TURUT MENGHANTAR SALINAN GAMBAR KE TELEFON BIMBIT MEREKA YANG MENGGUNAKAN JENAMA IPHONE. SEMASA BERGAMBAR, MEREKA BANYAK KETAWA DAN SANGAT RIANG.
“Beberapa ketika kemudian, saya benar-benar terkejut apabila dimaklumkan mereka telah terkorban dalam kemalangan,” katanya.
Tambah Suhaimi, beliau pernah menjadi jurufoto untuk majlis perkahwinan pasangan tersebut pada Jun tahun lalu.
Katanya lagi, arwah berdua merupakan insan yang sangat baik dan kelihatan sangat bahagia.
“Saya tidak menyangka bahawa sesi kali ini merupakan kenangan terakhir mereka yang sempat saya abadikan,” ujarnya.
Keadaan kereta pasangan suami isteri yang terlibat dengan kemalangan tersebut.
Difahamkan, kejadian tragis yang berlaku sekitar jam 4.16 petang itu melibatkan sebuah kereta Perodua Myvi yang dinaiki pasangan terbabit. Kenderaan tersebut dipercayai hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah lori muatan 10 tan.
Akibat perlanggaran itu, kedua-dua mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Bagi memeriahkan lagi sambutan Aidil Fitri tahun ini, kerajaan mengumumkan pemberian Rebat Rahmah Aidilfitri, satu insentif khas berupa tambahan kuota data minimum 5GB secara percuma kepada semua pengguna telekomunikasi pascabayar dan prabayar.
Rebat Rahmah ini diberikan kepada warga Malaysia bagi mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan pada 1 Syawal ini.
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata, kos tambahan kuota itu ditanggung sepenuhnya oleh syarikat telekomunikasi.
“Ini adalah insentif kali pertama diperkenalkan khususnya Kementerian Komunikasi iaitu tambahan kuota data minimum 5GB kepada semua pengguna pascabayar dan prabayar, warga Malaysia.
“Tambahan kuota data ini sah bagi tempoh 24 jam, tertakluk kepada terma dan syarat penawaran syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi,” katanya pada sidang media pasca mesyuarat Kabinet.
Datuk Fahmi Fadzil yang juga jurucakap kerajaan Perpaduan berkata, usaha Kementerian Komunikasi dengan kerjasama strategik syarikat telekomunikasi itu sejajar dengan hasrat kerajaan Madani dalam menitikberatkan nilai ihsan kepada rakyat.
Menurutnya, ia juga penting dalam mengeratkan silaturahim menerusi komunikasi dalam talian sempena sambutan Aidilfitri.
“Insentif ini dijangka memberi manfaat kepada sekitar 45 juta pemegang akaun berdaftar di negara ini,” katanya.
Maklumat lanjut mengenai insentif rebat Rahmah Aidilfitri akan diumumkan oleh syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.