Tiga minggu lalu, tular kisah Adik Ahmad Danial penghidap kanser otak Diffuse Instrinsic Pontine Glioma (DIPG) tahap empat apabila impian untuk menjadi anggota bomba tercapai. Hari ini satu perkhabaran duka menyatakan dia kini sudah kembali ke pangkuan Sang Pencipta. Sungguh indah pengakhirannya, dijemput pada pagi Jumaat yang mulia.
Sesetengah ibu ayah gemar membawa anak-anak untuk melakukan aktiviti luar seperti hiking dan sebagainya. Salah satu kebaikan aktiviti begini adalah anak-anak dapat diperkenalkan dengan alam sekitar.
Biarpun begitu, aspek keselamatan harus dititikberatkan kerana aktiviti luar terutamanya di hutan mungkin boleh mendatangkan bahaya kepada anak yang masih kecil.
Artikel yang dikongsikan di Detik.com melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun di Minahasa Tenggara Sulawesi Utara dilaporkan mengalami hiportemia. Kanak-kanak ini yang dikenali sebagai Muhamad Gifari dikatakan telah sesat selama dua hari selepas mengikut ibu ayahnya mendaki gunung.
Mangsa yang sesat ini telah ditemui bersama tujuh lagi pendaki dewasa di Gunung Soputan yang turut serta dalam ekspedisi tersebut. Menurut Ketua Basarnas Manado Monce Brury, kanak-kanak tersebut ditemui oleh pasukan SAR gabungan ketika mangsa berehat.
“Dia ditemui sedang berehat di tepi jalan dan apabila diperiksa didapai mengalami gejala hipotermia.”
Tambah Monce lagi, mangsa dan tujuh lagi pendaki dewasa yang lain didapati hilang pada hari Ahad 25 September yang lalu. Pasukan SAR telah dikerahkan untuk operasi menyelamat dalam kadar segera memandangkan salah seorang mangsa adalah kanak-kanak.
Walau bagaimanapun, pasukan penyelamat SAR hanya menjumpai kesemua pendaki yang tersesat itu sekitar jam 8.00 pagi semalam. Monce turut mengesahkan kesemua pendaki gunung yang tersesat itu ditemui dalam keadaan yang baik.
“Pasukan SAR telah memindahkan kesemua mangsa dan kanak-kanak itu dibawa turun dengan motorsikal memandangkan dia mengalami gejala hipotermia. kesemua mangsa berjaya dipindahkan dengan selamat.”
Kesemua mangsa yang terlibat berumur dalam lingkungan 18 – 27 tahun termasuk kanak-kanak tiga tahun tersebut.
Sepasang suami isteri maut manakala anaknya berusia tiga tahun patah kaki apabila kereta dinaiki mereka terlibat kemalangan selepas pasangan itu selesai mengundi dalam kejadian di Kilometer 46 Jalan Johor Bahru-Mersing pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superitendan Hussin Zamora berkata, kemalangan tersebut berlaku pada jam 12.08 tengah hari melibatkan kereta Perodua Alza dinaiki tiga beranak itu dan sebuah pacuan empat roda Toyota Hilux.
“Hasil siasatan mendapati mangsa yang menaiki Perodua Alza dalam perjalanan ke Skudai, Johor Bahru setelah selesai mengundi di Lok Heng dekat sini.
“Perodua Alza tersebut yang menghala ke Johor Bahru terbabas semasa melalui selekoh dan berpusing di laluannya sebelum masuk ke laluan bertentangan menghala ke Mersing.
“Perodua Alza itu kemudian bertembung Toyota Hilux tersebut dalam keadaan jalan basah akibat hujan,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Beliau berkata, akibat kemalangan itu, pemandu Perodua Alza iaitu lelaki berusia 37 tahun dan isterinya, berusia 31 tahun meninggal dunia di tempat kejadian manakala anaknya patah kaki kanan.
Sementara pemandu Toyota Hilux berkenaan yang berusia 60 tahun katanya, tidak mengalami kecederaan.
Menurut Hussin, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Sementara itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi, Penguasa Bomba Kanan II Mohd Rafi Mohd Normak berkata, seramai lapan anggota bomba dikejarkan ke tempat kejadian.
Mohd Rafi berkata, pasangan suami isteri terbabit tersepit di tempat duduk masing-masing.
“Anak mangsa dikeluarkan oleh orang awam dan dihantar ke hospital sebelum bomba tiba. Bomba mengeluarkan kedua-dua mangsa yang tersepit dengan peralatan khas.
“Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan yang hadir sebelum mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.
Berita baik buat seluruh rakyat Malaysia. Cuti Am Tambahan Aidilfitri yang diumumkan kerajaan menjadikan sambutan Hari Raya tahun ini lebih meriah dan dinanti-nantikan ramai. Pengumuman ini pastinya memberi kelegaan kepada rakyat yang sedang merancang perjalanan pulang ke kampung halaman serta mahu meluangkan masa lebih panjang bersama keluarga tercinta.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa cuti tambahan itu diberikan bagi memudahkan orang ramai membuat perancangan pulang ke kampung serta meluangkan lebih masa bersama keluarga ketika Hari Raya.
Menurut beliau, tarikh cuti tambahan tersebut bergantung kepada tarikh sebenar 1 Syawal yang akan diumumkan kelak.
Jika Aidilfitri jatuh pada Jumaat, 20 Mac, maka cuti tambahan akan diberikan pada Isnin, 23 Mac. Namun sekiranya Hari Raya disambut pada Sabtu, 21 Mac, cuti tambahan akan diberikan lebih awal iaitu pada Jumaat, 20 Mac.
“Sama ada Aidilfitri disambut pada Jumaat atau Sabtu, jangan bimbang, kita beri cuti tambahan Hari Raya.
“Kalau raya pada Jumaat, maka cuti tambahan pada Isnin 23 Mac, kalau raya pada Sabtu, cuti tambahan Jumaat, 20 Mac.
“Kita buat pengumuman awal supaya orang ramai boleh buat perancangan cuti Aidilfitri,” katanya pada perasmian Hari Pengguna Kebangsaan (HPK) 2026.
Pengumuman awal mengenai Cuti Am Tambahan Aidilfitri ini memberi banyak kelebihan kepada rakyat Malaysia. Antaranya ialah memudahkan orang ramai merancang perjalanan pulang ke kampung dengan lebih teratur.
Setiap kali menjelang Hari Raya Aidilfitri, lebuh raya utama negara biasanya mengalami kesesakan luar biasa kerana jutaan rakyat Malaysia pulang ke kampung halaman secara serentak. Dengan adanya pengumuman lebih awal, orang ramai boleh memilih waktu perjalanan yang lebih sesuai bagi mengelakkan kesesakan yang teruk.
Selain itu, pengumuman ini juga membantu mereka yang bekerja di sektor swasta atau perlu memohon cuti tambahan supaya dapat merancang cuti tahunan dengan lebih teratur.
Bagi yang merancang perjalanan pulang ke kampung halaman, pengumuman awal mengenai Cuti Am Tambahan Aidilfitri ini tentunya membantu untuk menyusun jadual perjalanan, mengelakkan kesesakan, serta merancang masa berkualiti bersama keluarga tercinta sepanjang bulan Syawal.