Bahaya bayi perempuan pakai ‘headband,’ ini tip mak ayah perlu tahu kalau nak pakaikan juga. Memakaikan bayi perempuan dengan aksesori kepala memang menarik. Nampak comel.
Tapi tahukah anda yang bayi boleh berisiko mengalami keadaan leher terjerut dan lemas!
Headband sebagai aksesori kepala membuatkan si kecil nampak comel. Tapi kalau tidak dipantau boleh jadi bahaya pula, silap-silap boleh menyebabkan kes kematian pula!
Bahaya Bayi Perempuan Pakai ‘Headband’
Trend ibu-ibu sekarang amat suka menggayakan bayi perempuan dengan pelbagi aksesori hiasan kepala. Pelik sangat kalau siapa yang ada bayi perempuan tapi tak menghias kepalanya.
Sebelum anda berasa pelik dengan sesetengah ibu yang jarang menghias kepala bayi perempuan mereka dengan ‘headband’ berbunga besar sekuntum atau reben merah menyala berlabuci berkelipan, sebaiknya anda pertimbangkan beberapa aspek dalam pemilihan aksesori kepala yang boleh mengundang risiko bahaya kepada perkembangan tumbesaran bayi dan keselamatannya.
Menurut Perunding Pediatrik Hospital Pakar KPJ Kajang, Dr. Nor Mahani Harun seperti dipetik dalam utusan online, pemakaian aksesori kepala tidak salah jika ibu bapa bijak memilih kesesuaian aksesori untuk bayi mereka.
Ini Tip Mak Ayah Perlu Tahu Kalau Nak Pakaikan Juga
Beberapa faktor berikut perlu dipertimbangkan sebelum memakaikan bayi anda aksesori kepala.
1. Jenis fabrik aksesori
Tulang bayi ketika usia selepas lahir sehingga 18 bulan amat sensitif, lembut dan masih dalam proses pertumbuhan menyebabkan tulang mereka mudah tercedera.
Jadi, risiko perkembangan tulang bayi terganggu boleh berlaku bergantung kepada jenis aksesori yang dipakaikan sama ada selamat atau tidak.
2. Tahap fleksibiliti regangan aksesori
Ads
TULANG DAN OTAK BAYI AKAN MEMBESAR SETIAP HARI DAN JIKA DIPAKAIKAN AKSESORI SEPANJANG MASA, DIBIMBANGKAN AKAN MEMBANTUTKAN PERKEMBANGAN TULANG BAYI SECARA TIDAK LANGSUNG WALAUPUN IA BUKAN PUNCA UTAMA.
3. Saiz aksesori
Headband bayi mesti ditukar setiap bulan kerana otak dan tulang bayi akan membesar dan ukur lilit kepala mereka juga berbeza setiap bulan.
Kalau anda masih memakaikan bayi aksesori kepala yang sama ketika dia baru lahir semasa bayi sudah berusia setahun, kemungkinan tumbesaran tulang kepalanya akan mempunyai masalah.
4. Tempoh masa pemakaian
Pemakaian aksesori terlalu lama atau kerap boleh mengganggu tumbesaran fizikal bayi dan dibimbangkan turut memberi kesan kepada bahagian dalaman.
Sebaiknya aksesori kepala hanya boleh dipakai selama satu hingga dua jam dan sebaiknya dimulakan selepas bayi berusia 18 bulan.
Ads
Comel memang comel tapi jangan sampai menyiksa si kecil
5. Kesan kepada kulit bayi
Penggunaan fabrik yang tidak sesuai untuk kulit bayi yang sensitif seperti bulu, renda berbiku dan tajam, mungkin boleh melukakan kulit bayi serta menyebabkan masalah alahan seperti ruam dan kegatalan.
Bahkan penggunaan manik dan labuci juga berisiko menyebabkan bayi yang sudah besar memasukkan ia ke dalam mulut atau hidung.
6. Risiko terbelit
Ibu bapa hendaklah mengawasi bayi semasa memakai aksesori kepala kerana bimbang boleh menutup hidung hingga menyebabkan sukar bernafas atau terjatuh sehingga ke leher lalu menyebabkan leher bayi terbelit dan tak boleh bernafas.
Maka terpulanglah kepada ibu bapa sama ada hendak meneruskan minat untuk memakaikan bayi mereka aksesori kepala atau tidak.
Ads
Jangan terlalu teruja dengan pujian rakan-rakan tentang kecomelan anak anda apabila memakai aksesori kepala.
Sebenarnya apa yang lebih penting adalah keselamatan nyawa dan keselesaan si manja berbanding penampilannya apabila dipakaikan aksesori kepala.
Pelakon, pengacara dan pelawak, Jihan Muse akhirnya mendedahkan wajah putera sulungnya selepas dua bulan bersalin dan melalui tempoh berpantang.
Jihan dan suami, Ungku Hariz memperkenalkan bayi comel mereka dalam majlis aqiqah dan cukur jambul yang diadakan di Dewan Seri Hatinie Shah Alam, semalam.
Pada majlis yang dihadiri keluarga dan rakan terdekatnya itu, pasangan ini turut berkongsi nama yang telah dipilih buat anak mereka iaitu Ungku Arsalan Haq. Bayi lelaki Jihan juga turut mempunyai gelaran manja-Baby Ninja.
Sebelum ini Jihan dan suami mengambil keputusan untuk tidak mendedahkan wajah anak mereka terlebih dahulu sehingga ada peminat seakan-akan tak berpuas hati.
Dengan pendedahan ini, pastinya peminat gembira selepas menanti lebih dua bulan lalu semenjak Jihan bersalin pada 25 Januari lepas.
Terdahulu, Jihan yang bersalin secara pembedahan telah melahirkan bayi sulungnya dengan berat 3.85 kilogram di sebuah hospital swasta di Shah Alam.
Sumber: instagram Jihan Muse & Ungku Arsalan Haq
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bagi mana-mana pasangan yang baru berkahwin, kehadiran cahaya mata pastinya menjadi satu momen indah dan setiap ibu bapa sebolehnya mahu melihat anak di depan mata 24 jam.
Justeru apabila tidak dapat bersua beberapa hari, sudah tentu rasa rindu itu sukar untuk diungkapkan.
Begitulah yang dilalui oleh pelakon berbakat besar, Sharnaaz Ahmad, apabila perlu berjauhan dengan anaknya, Jebat Jayden Ahmad, dua bulan, selama tujuh hari baru-baru ini.
Jelas Sharnaaz, 33, dia terlibat dengan penggambaran supertele, Wangi di Manchester, England.
“Pada mulanya saya fikir ia tidak akan memberi apa-apa kesan kepada saya, tetapi selepas dua hari, saya mula rasa tidak keruan.
“Disebabkan rindu, boleh dikatakan setiap dua ke tiga jam sekali saya akan membuat panggilan video untuk melihat anak.
“Memang kalau boleh nak lihat dia sentiasa di depan mata,” katanya.
Tambah suami kepada Noor Nabila, perjalanan dan pengalaman menjadi seorang bapa sememangnya indah.
“Memang seronok menjadi ayah, melihat anak membesar di depan mata.
Walaupun masa agak terhad kerana saya perlu bekerja tetapi setiap masa kalau boleh mahu diluangkan bersamanya.
“Kalau tak ada sebarang kerja atau urusan, saya lebih suka berada di rumah bersamanya.
“Jebat pun semakin manja sekarang, suka berdukung. Rutin saya bersamanya banyak ketika waktu malam, saya akan beri dia susu apabila dia bangun.
“Waktu siang pula dia lebih banyak bersama Nabila,” kongsinya.
Sumber: Sinar Harian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Membuat aktiviti-aktiviti menarik di rumah bukan sahaja dapat mengeratkan lagi hubungan ibu bapa dan anak-anak, malah ia juga dapat membantu si kecil untuk belajar dan meneroka. Namun pasti sukar untuk dapatkan fokus daripada mereka kan?
Ada yang hanya bertahan beberapa minit sahaja dan selepas itu mereka mula bermain atau membuat perkara lain. Untuk ibu dan ayah yang mungkin ketandusan idea apakah aktiviti yang boleh lagi dilakukan dengan anak-anak, apa yang disarankan oleh Patologis Pertuturan dan Bahasa iaitu membuat aktiviti matching color batang aiskrim dapat membantu anak-anak untuk lebih fokus.
Buat mommy daddy yg ketandusan idea nak buat aktiviti apa dengan anak-anak, haaa meh try aktiviti ni!
Jom buat aktiviti – matching color batang aiskrim
Cara bermain :
1 . Mommy daddy tebuk lubang pada kotak tidak kisah secara menegak, melintang atau serong. Cara potongan yang berbeza ini membantu anak untuk mengawal tangan bagi memasukkan batang aiskrim nanti.
Beri satu persatu batang aiskrim kepada anak dan bantu sekiranya mereka tidak pandai untuk masukkan ke dalam lubang.
Boleh bermain secara bergilir-gilir dengan adik beradik atau dengan mommy daddy sendiri. (bantu dari segi kemahiran menunggu giliran)
Nampak mudah bukan? Tapi buat anak-anak yang susah untuk fokus, susah untuk mendengar arahan…aktiviti ini sangat mencabar.. kerana aktiviit ini memerlukan fokus dan juga kemahiran koordinasi mata dan tangan
* anak umur 1 tahun ke atas dah sesuai dah untuk buat aktiviti ni, cuma bantu mereka jika masih sukar dan tidak pandai.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berita Bung Moktar meninggal dunia mengejutkan negara. Ketahui perjalanan hidup, keluarga, legasi politik dan sisi peribadi tokoh Sabah ini yang dikenang ramai.