Apabila mempuyai anak (sama ada yang bayi atau pun sudah besar sedikit), mencuci pakaian adalah sesuatu yang sukar. Maklum sajalah, macam-macam kesan kotoran yang ada pada baju. Nak dibasuh pun perlu betul caranya agar kainnya tidak rosak atau luntur warna.
Untuk ibu yang mempunyai bayi, anda perlu baca dahulu labelnya yang ada menunjukkan cara membasuhnya. Setiap jenis fabrik bayi adalah berbeza cara basuhannya. Membersihkan baju bayi lebih renyah kerana ia tidak boleh dicampur dengan pakaian lain dan perlu menggunakan sabun khas.
Sebaiknya basuh pakaian kotor bayi dengan segera dan elakkan terbiar beberapa hari. Ini kerana kesan kotoran boleh terus melekat pada pakaian dan lebih susah hendak dibersihkan serta berisiko tidak hilang bila dicuci.
Ada bermacam jenis kotoran pada pakaian bayi anda seperti air liur, kesan susu ibu atau susu formula, makanan dan kotoran lain.
Berikut adalah beberapa jenis kotoran pada pakaian bayi dan cara mudah membersihkannya. Oh ya, jangan lupa asingkan dulu pakaian bayi daripada pakaian orang dewasa kerana kulit bayi lebih sensitif!
Ads
1. Kotoran susu ibu, susu formula, makanan dan air liur
Rendam pakaian bayi dalam air bersih terlebih dahulu kemudian barulah letak pencuci pakaian bayi. 2. Kotoran daripada minyak bayi, krim dan minyak telon
Sebelum mencuci pakaian, taburkan tepung jagung atau bedak pada kotoran untuk menyerap minyak, biarkan lebih kurang 10-15 minit. Kemudian barulah cuci pakaian dengan sabun pencuci pakaian bayi.
3. Jus, jam buah & makanan bayi
Rendam pakaian dalam air yang dicampur 1 sudu kecil baking soda. Jangan tunggu sampai kotoran kering dan sudah melekat pada pakaian bayi kerana ia lebih susah hendak ditanggalkan. Selain itu anda boleh juga menggunakan cuka masak untuk menghilangkan kotoran ini. Caranya larutkan cuka dalam air paip dengan nisbah 1:3, kemudian baru cuci. Bila menggunakan cuka, ibu mesti lebih teliti semasa membilas pakaian anak supaya bau cuka hilang pada pakaian.
Ads
4. Kotoran air kencing
Campurkan 1 sudu besar campuran amonia dalam secawan air. Kemudian rendam pakaian kotor itu sebelum dicuci seperti biasa.
5. Kesan tahi lalat
Campur sedikit cuka ke dalam setengah liter air. Rendam semalaman pakaian bayi yang ada tahi lalat. Kemudian cuci pakaian seperti biasa menggunakan detergen. Sediakan air panas yang telah dicampur dengan perahan limau nipis.
Bilas pakaian yang sudah dibasuh dengan air panas campuran limau nipis. Biarkan beberapa saat kemudian cuci balik pakaian menggunakan pencuci pakaian yang sama. Bilas dengan air bersih.
Kalau tahi lalat masih ada buat sekali lagi langkah merendam dalam perahan limau nipis hingga membilas dengan air bersih sampai kesemua tahi lalat hilang. Kemudian jemurlah pakaian tersebut sehingga kering.
Jika anda mahu mencuci baju bayi menggunakan tangan, penuhkan besen dengan air suam dan masukkan sedikit sabun pencuci khas untuk pakaian anak. Kemudian celupkan baju yang mahu dibersihkan di dalam air suam tersebut dan biarkan terendam selama 10-20 minit. Celup-celup dan gosok lembut kesan kotor pada baju itu.
Tidak perlu digosok kasar kerana akan merosakkan kain atau menyebabkan ia meregang. Kemudian dibilas dnegan air sejuk. Perah lembut dan bolehlah dijemur. Elakkan dijemur di kawasan yang terlalu panas (terus di bawah sinaran matahari). Pastikan anda segera bersihkan kesan kotoran pada baju bayi, jangan ditangguh kerana ia akan ‘melekat’ dan sukar dibersihkan. Selamat mencuba!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ramai isteri yang mengambil peluang untuk mencari pendapatan tambahan secara bekerja di pejabat atau berniaga di rumah bagi suri rumah.
Pendapatan yang ada mungkin disimpan atau digunakan untuk menampung keperluan seharian demi membantu meringankan bebanan suami.
Bukan semua suami yang tak pandai menghargai isteri, ramai je yang tahu menghargai dan membalas balik jasa isteri. Tapi masih ada sesetengah suami yang mengambil kesempatan di atas kebaikan isteri. Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin.
Jaga dan hargai sahaja isteri yang membantu setiap bulan tu, tak perlu nak sakiti hati dia dengan perangai yang entah apa-apa.
Isteri mempermudahkan urusan suami bukan untuk suami mengambil mudah dengan bantuan tu. Jangan bagi ada rasa selesa langsung dalam diri bila isteri tu sanggup bagi serba serbi terutamanya bab kewangan.
Dia tak nak suami dia susah, sebab tu dia tak kisah.
Maka, kita sebagai suami jangan menyusahkan dia pulak. Berterima-kasihlah dengan isteri yang dah banyak berkorban untuk suaminya tu. Nanti bila dah senang, jangan lupa siapa yang ada ketika kita susah dan jangan lupa siapa yang “menyenangkan” kita.
Untuk mencapai kebahagiaan antara suami isteri, Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki ada berkongsikan doa yang perlu dibaca antara suami isteri dan setiap anak pun boleh amalkan juga untuk ibu bapa.
Semoga setiap suami isteri saling mendoakan dan setiap anak dan ibu ayah tetap mendoakan. Doa ini boleh dibaca untuk satu keluarga agar cenderung mencintai Allah dan menekuni ajaran Nabi Muhammad SAW.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seorang kanak-kanak berusia dua tahun lima bulan meninggal dunia semalam dipercayai akibat dijangkiti penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD).
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata kematian kanak-kanak itu disebabkan oleh jangkitan paru-paru yang teruk dengan jangkitan HFMD dan sampel klinikal diambil untuk ujian pengesahan bagi mengetahui penyebab kematian.
Katanya, mangsa dari Kampung Pangtray, Daro, Mukah di Sarawak, mula mengalami demam pada Selasa lalu dan menunjukkan tanda-tanda seperti ruam di tapak tangan dan kaki serta ulser dalam mulut pada keesokkan harinya.
Beliau berkata kanak-kanak tersebut dibawa ke Klinik Kesihatan Daro pada hari berikutnya sebelum dirujuk ke Hospital Daro malam tadi.
Bagaimanapun, keadaan mangsa tidak stabil sebelum dihantar ke Hospital Sibu untuk rawatan lanjut sebelum meninggal dunia pada jam 2.08 pagi ini, katanya dalam satu kenyataan.
Justeru, beliau menasihatkan orang ramai yang mempunyai anak-anak kecil mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengurangkan risiko daripada dijangkiti penyakit berkenaan.
Malah menurut ibu arwah adik Farhan Lukman Abdullah, Mastura Ali, arwah seorang kanak-kanak yang aktif dan tiba-tiba berubah menjadi lemah dan hilang selera makan.
“Sebelum itu, dia memang aktif dan sering bermain bersama kakaknya. Malah arwah juga rapat dengan anak saudara saya yang lain.
“Bagaimanapun, selepas dijangkiti penyakit tersebut, keadaannya mula lemah dan tiada selera makan. Pada waktu malam pula, dia sering menangis dan tidak boleh tidur lena,” katanya.
Katanya, Farhan dikejarkan ke Hospital Daro tiga hari lalu, namun kemudiannya dirujuk ke Hospital Sibu apabila keadaan kesihatannya semakin merosot.
Sementara itu, saudara rapat yang enggan namanya dikenali menyifatkan pemergian arwah sebagai satu kehilangan besar untuk keluarga mereka.
“Masih terbayang keletah dan wajah riang Farhan ketika bermain bersama anak saya. Kini, dia tiada lagi dan meninggalkan kami buat selama-lamanya. Biar pun terasa kehilangannya, kami sekeluarga reda dengan ketentuan Ilahi,” katanya.
Jenazah Allahyarham dibawa pulang ke Kampung Pangtray, Daro sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Lemang Pek pada 2.30 petang semalam.
Sumber: Bernama & Metro
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hujung tahun ni memang ramai yang ambil peluang untuk bercuti ke luar negara. Bagi yang nak bawa keluarga terutamanya anak-anak kecil pasti pelbagai persediaan di buat sebelum memulakan perjalanan. Ini semua penting bagi memastikan segalanya berjalan lancar ketika percutian berlangsung.
Bukan sahaja perlu bersedia dari segi kewangan, pakaian yang sesuai, makanan yang perlu dibawa selain kelengkapan anak-anak, persediaan dari segi kesihatan juga perlu diambil kira sebelum melancong.
Seperti yang dilakukan oleh wanita yang dikenali dengan nama Amira Ashikin Isni menerusi perkongsian yang dibuat di Facebook Road To Korea. Ibu ini mendapatkan suntikan buat diri dan keluarganya sebelum melancong ke Korea.
Mungkin ramai yang takt ahu rupanya banyak pilihan jenis vaksin untuk pengembaran, pelajar, suka makan dan juga Jemaah haji/umrah. Pengambilan vaksin untuk ke luar negara ini boleh kita semua dapatkan di hospital atau klinik terpilih.
Berikut perkongsian yang dibuat oleh wanita tersebut:
Ambil Vaksin Sebelum Travel
Alhamdulillah selesai sesi pengambilan Vaksin Influenza kami seisi keluarga.
Yang nak ke luar negara boleh dapatkan suntikan Vaksin Influenza di mana-mana klinik atau hospital.Tahan untuk setahun.Yang area KL, KPJ Tawakal ada sediakan special promo cuma RM60 sahaja untuk satu suntikan sehingga hujung Disember.
Sebenarnya ada banyak vaksin yang lain lagi untuk tambahan yang boleh diambil.
Untuk kanak-kanak 4 tahun ke bawah refer doc pakar dulu ya. Harga murah sedikit dari harga promo kalau di KPJ Tawakal.Boleh minta doc sediakan bekalan ubat-ubatan yang sesuai untuk anak-anak kita.
Disarankan pengambilan vaksin influenza atau mana-mana vaksin untuk ke luar negara adalah 14hari sebelum tarikh.Jangan esok nak pergi hari ni baru suntik tau,takut demam ke apa.
Ubat-Ubatan yang diminta untuk bekalan anak-anak
Suntik di sini di Wellness Center.Sila call untuk buat appoitment.Untuk Kanak-Kanak 4 tahun ke bawah kena suntik dengan doc pakar
Sila ambil brosur ini ya,tambah pengetahuan vaksin-vaksin apa yang digalakkan ambil kalau pergi melancong setiap negara.Vaksin Umrah/Haji pun ada cadangan vaksin yang disyorkan
Anak-anak memang akan menangis tapi biasanya kejap sahaja, lepas tu dah gembira balik boleh bermain
Orang dewasa pun jangan lupa ambil vaksin
Memang tak wajib untuk setiap yang nak melancong tu ambil, tapi kalau nak buat langkah pencegahan apa salahnya kan. mencegah tu kan lebih baik dari merawat!
Berita Bung Moktar meninggal dunia mengejutkan negara. Ketahui perjalanan hidup, keluarga, legasi politik dan sisi peribadi tokoh Sabah ini yang dikenang ramai.