Bakal melahirkan anak kedua tidak lama lagi, pelakon Elfira Loy menyatakan rasa teruja namun dalam masa yang sama bimbang untuk bersalin kali kedua kerana pengalaman yang pertama tidak semudah yang disangka.
Berkongsi kegusaran tersebut melalui akaun Instagram miliknya, menurut Elfira, dia bersyukur akan menyambut Hari Raya Aidilfitri berempat pada tahun ini.
Dalam pada itu, dia juga turut berasa risau akan mengalami situasi yang sama seperti kelahiran anak sulungnya yang tidak mudah.
Namun begitu, pelakon drama Ketika Cinta Merintih ini percaya semuanya akan berjalan lancar dengan izin Allah.
Sempat juga dia meminta tip yang untuk cepat bersalin dari pengikutnya di Instagram.
“It’s gonna be four of us soon celebrating raya this year. Syukur Alhamdulillah.
“As for now , i just wanna pray for a smooth delivery. Bila fikir fikir balik , takut sangat. Mine was not that easy last time , 2 hari contraction kuat. 10 hours in the labor room. Barulah Abang Rayyan keluar.
“But inshaallah with Allah’s will everythings gonna be okay this time.Tak sure tips apa yang betul betul berkesan nak cepat bersalin. Cuba share balik,” tulisnya di Instagram.
Di ruangan komen, hantaran Elfira meraih perhatian ramai warganet dan mereka turut berkongsi tip bersalin dengan pelakon tersebut.
Untuk rekod, Elfira mendirikan rumah tangga bersama Khairol Faris Anuar pada 1 Januari 2019. Pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Muhammad Rayyan Khalaf yang kini berusia dua tahun lebih.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Ads
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menanti detik melahirkan bayi sulung sememangnya cukup mendebarkan namun hati pastinya begitu teruja untuk melihat wajah si comel. Pelakon cantik, Tasha Shila kini juga sedang menanti detik kelahiran bayi sulungnya sedikit masa lagi.
Tasha di jangka akan bersalin tidak lama lagi memandangkan usia kandungan yang kini sudah pun memasuki sembilan bulan.
Bagi memohon doa agar kelahirannya dipermudahkan, Tasha dan suami mengadakan satu majlis solat hajat dan doa selamat agar segala urusan menanti cahaya mata sulung mereka dipermudahkan Allah SWT.
Menerusi Instagramnya, Tasha berkongsi beberapa keping gambarnya ketika majlis ringkas itu.
“Mohon doa kalian semoga kami dipermudahkan segala urusan dan diberikan kesihatan yang baik.
“Buat kalian semua, Tasha dan Atiq doakan juga kebahagiaan, kesihatan dan rezeki yang tidak terjangka akan datang, #doaselamat #solat hajat,” kongsinya ringkas.
Dalam pada itu, rata-rata seluruh peminat Tasha di Instagram turut mendoakan agar Tasha dipermudahkan sepanjang proses melahirkan bayi sulungnya kelak.
“Suka sangat bila tengok Tasha Shila lepas kahwin ni, makin berseri, then now mommy to be. So much love for her n new baby soon. Semoga dalam lindungan Allah SWT❤️
“Semoga dipermudahkan masa bersalin nanti Kak Tasha”.
“Syukur Alhamdulillah. Semoga ibu dan anak dalam lindungan Allah SWT.. Aamiin”
Semoga kelahiran cahaya mata pertama pasangan ini dipermudahkan kelak. Tak sabar menanti si comel yang bakar mewarnai hidup pasangan ini.
Terdahulu, Tasha dan suaminya, Muhammad Atiq Idris mendirikan rumah tangga pada 28 Februari 2020.
Pada Disember tahun lalu, Tasha mengumumkan kehamilannya yang ketika itu sudah pun berusia lima bulan. Semoga kelahirannya sedikit masa lagi dipermudahkan.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @tashashilla
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hasrat Puteri Sarah Liyana untuk menimang cahaya mata kedua bakal terlaksana apabila dia disahkan hamil lima minggu.
Isteri kepada pelakon dan pengarah Syamsul Yusof itu berkata, dia mula berusaha untuk mendapatkan zuriat kedua itu sejak anak pertamanya Syaikhul Islam berusia 11 bulan.
“Alhamdulillah saya disahkan hamil kira-kira lima minggu.
“Saya memang merancang untuk mendapatkan cahaya mata dan sudah mencuba sejak anak pertama berusia 11 bulan lagi,” ujarnya.
Dalam pada itu, Puteri Sarah berkata, pada awalnya doktor meminta dia untuk memberi ruang dan jarak sehingga anak pertama berusia setahun.
“Doktor minta saya untuk cuba hamil lepas anak saya setahun tapi saya cakap dengan Syamsul saya sudah berusia 33 tahun dan kalau boleh mahu anak segera.
“Jadi saya terus sahaja mencuba dan tidak sangka rezeki itu datang pada masa kami dua-dua sedang sibuk.
“Syamsul sibuk dengan filem Munafik dan balik rumah dua hari sekali sahaja, saya pula sibuk dengan produk kosmetik yang bakal dilancarkan tidak lama lagi,” ujarnya.
Dalam pada itu, pemilik nama sebenar Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 33, berkata, doktor menasihatkan agar banyak berehat dan tidak melakukan kerja berat.
Ujarnya lagi, setakat ini dia belum mengalami alahan seperti kebiasaan dilalui wanita hamil.
“Doktor tak benarkan saya dukung anak atau lakukan kerja-kerja berat. Tapi saya dukung juga curi-curi.
“Sekarang saya belum lagi muntah-muntah, mungkin masih awal kerana ketika hamil anak pertama juga saya mula alahan pada bulan ketiga,” ujarnya.
Pasangan ini berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan seorang cahaya mata Syaikhul Islam yang kini berusia 1 tahun 3 bulan.
Sumber: Mstar
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pada waktu ibu sudah dapat merasai pergerakan bayi dalam kandungan, doktor atau juru rawat akan meminta para ibu untuk mencatat jumlah serta masa gerakan bayi. Jangan ambil remeh soal ini kerana ia dapat membantu para ibu untuk mengenal pasti sekiranya terdapat sebarang masalah dengan bayi.
Banyak cara yang boleh digunakan untuk membuat catatan, bukan sahaja dengan menulisnya di dalam buku pemeriksaan tetapi juga boleh disimpan dalam aplikasi notes di telefon pintar.
Merasa pergerakan bayi dalam kandungan untuk kali yang pertama adalah detik yang sangat mengujakan dan memang sangat istimewa buat ibu.
Macam mana pergerakan bayi yang dikatakan normal ?
Kebanyakan wanita hamil akan pertama kali merasakan pergerakan bayi mereka ketika 18 hingga 20 minggu usia kandungan. Walau bagaimanapun, jika ini adalah kandungan yang pertama, ibu mungkin akan mula menyedarinya dalam kira-kira minggu ke-18 hingga minggu ke-20, atau lebih lewat. Sebaliknya jika anda pernah hamil sebelum ini, pergerakan bayi boleh dirasai daripada kira-kira minggu ke-15 dan minggu ke-18.
Gerakan menendang, atau perasaan ketukan lembut pada perut anda, tanpa anda sedari sebenarnya adalah sebenarnya pergerakan bayi itu.
Dengan perkembangan bayi, kebiasaannya pergerakan bayi juga akan turut berubah. Bayi anda akan bergerak lebih agresif sewaktu tengah hari dan petang. Manakala pada awal pagi dan malam, bayi anda akan mempunyai masa ‘tidur’ yang kebiasaannya dalam jangka masa 20 hingga 40 minit dan tidak melebihi 90 minit. Pada ketika ini bayi anda tidak akan bergerak. Bayi juga macam kita, perlukan masa berehat sebentar.
Pergerakan bayi akan meningkat sehingga 32 minggu kandungan dan kadar pergerakan akan menjadi statik sehingga saat dijangka bersalin. Menjelang penghujung kehamilan, bayi anda akan berehat selama kira-kira 45 minit sekali. Waktu rehatnya ini mungkin bagi anda terasa lebih panjang kerana anda tidak akan dapat merasa setiap pergerakan yang dilakukannya.
Lazimnya, jika anda terlalu sibuk dengan kerja seharian, ibu mungkin terlepas mengira atau merasakan pergerakan bayi anda. Walau bagaimanapun, apa yang paling penting adalah ibu perlu merasa pergerakan bayi sehingga saat kelahirannya.
Apakah kepentingan pergerakan bayi?
Semasa kehamilan, pergerakan bayi yang baik memberikan isyarat kepada ibu bahawa bayi berada dalam keadaan yang baik dan memuaskan. Jika berlaku perubahan pada pergerakan bayi, ianya mungkin tanda-tanda awal bayi anda tidak sihat dan memerlukan perhatian doktor. Maka bersegeralah ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Jangan tunggu esok lusa atau minggu depan.
Berapakah tendangan yang patut ibu rasakan dalam satu hari?
Tidak ada jumlah tendangan yang tetap yang perlu anda rasa. Sebenarnya tak perlu pun untuk tulis rekod tentang carta pergerakan bayi, asalkan ibu rasa pergerakan bayi pada setiap hari adalah sama seperti hari-hari kebiasaanya. Ada ibu terlupa nak catat carta pergerakan, sebab terlalu sibuk dengan kerja seharian. Tak mengapa persepsi ibu yg penting. Ibu lebih tahu bayinya bergerak ok atau tak.
Ibu digalakkan untuk memahami corak pergerakan bayi anda. Semakin lanjut kehamilan anda, semakin mudah untuk anda mengenal pasti corak pergerakan bayi. Setiap bayi mempunyai corak tidur dan jaga (awake) yang berlainan; lambat laun anda dapat mengenal pasti apa yang normal bagi bayi anda. Jika anda mengesan sebarang ketaknormalan pada coraknya, sila dapatkan perhatian doktor dengan segera.
Apakah yang perlu saya lakukan jika pergerakan bayi kurang atau tidak memuaskan?
Sentiasa dapatkan perhatian doktor dengan segera. Jangan abaikan pula masalah ini dengan mengambil keputusan untuk menyambung tidur. Bayi mungkin dalam bahaya.
Pemeriksaan serta bentuk rawatan yang akan diberikan kepada anda bergantung kepada usia kandungan anda.
Usia kandungan kurang 24 minggu
Kebanyakan wanita hamil hanya menyedari pergerakan bayi mereka dalam usia kandungan 18 hingga 20 minggu. Jika pada 24 minggu, anda masih tidak merasai pergerakan bayi, anda seharusnya menghubungi kakitangan perbidanan (doktor atau jururawat) dan mereka akan memeriksa degupan jantung bayi dan akan menjalankan ujian ultrasound untuk memastikan bayi dalam keadaan yang baik.
Usia kandungan berusia 24 hingga 28 minggu
Kakitangan perbidanan akan memeriksa degupan jantung bayi anda. Anda akan menjalani pemeriksaan keseluruhan antenatal, tekanan darah ibu dan kehadiran albumin dalam air kencing akan turut diperiksa. Ketinggian rahim juga akan diukur; jika tinggi rahim ini lebih kecil daripada usia kandungan anda, ujian ultrasound akan dilakukan untuk mengetahui kadar perkembangan bayi, dan seterusnya akan ditandakan ke atas graf tumbesaran bayi.
Anda seharusnya menghubungi kakitangan perbidanan terdekat anda secepat mungkin. Jangan berlengah lagi, mahupun menunggu hari esoknya untuk mengambil tindakan. Anda akan ditanya sekali lagi mengenai pergerakan bayi anda. Degupan jantung bayi akan diperiksamenggunakan mesin CTG selama 20 minit. Sekiranya keputusan pemeriksaan CTG adalah normal, bayi anda berada dalam keadaan yang baik dan ada akan dibenarkan pulang selepas pemeriksaan ultrasound menunjukkan kuantiti air mentuban mencukupi dan kadar pembesaran bayi anda normal.
Jika terdapat masalah pada CTG ataupun ujian ultrasound, doktor akan berbincang dengan ibu mengenai rawatan susulan yang diperlukan. Jika bayi berada dalam keadaan bahaya, bayi anda mungkin perlu dilahirkan dengan kadar segera. Ini semua bergantung pada usia kandungan serta tahap perkembangan bayi tersebut.
Bagaimana jika setelah saya dibenarkan pulang, pergerakan bayi kembali mengurang?
Jika anda dibenarkan pulang, anda seharusnya mengambil tahu pergerakan bayi anda dari masa ke semasa. Jika berulangnya masalah pergerakan bayi kurang, jangan berasa ragu-ragu untuk ke hospital dengan SEGERA, biarpun masalah anda ini berulang-ulang untuk yang ke sekian kalinya. Kami sedia membantu anda.
Ingat, jangan tunggu esok, lusa, tulat, minggu depan kalau baby kurang gerak. Jumpa Dr segera. Terima kasih Ibu atas keprihatinan anda !
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.