Anak kecil kita sememangnya berbagai ragam ketika menangis. Ada yang mahu tidur buai sambil didodoikan, namun ada pula yang hanya mahukan alunan kecil selawat sehingga terlelap.
Lain pula kisahnya dengan anak kecil ini yang mahu dibacakan kiraan nombor oleh ibunya ketika hendak tidur. Malah bayi lelaki itu juga kelihatan tenang dan diam sebaik kiraan nombor disebut oleh ibunya. Memang lain dari yang lain.
Semuanya berlaku kerana dikatakan terkena kenan ibunya yang bekerja di bahagian kewangan sejak hamil lagi. Memang comel.
“Effect mommy kerja bahagian kewangan sejak pregnant. Dengan anak-anak sekali kenan dengan nombor,” katanya menerusi kapsyen di Tik Tok.
Ads
Menerusi video yang dikongsikan oleh seorang pengguna Tik Tik, @ajeraahazyzy, anak kecil itu yang menangis terus diam sebaik sahaja diperdengarkan nombor kepadanya.
Jarang-jarang berlaku kepada bayi lain, wargamaya turut meninggalkan pelbagai komen dan reaksi melihat telatah comelnya.
Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.
Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Baru-baru ini, seorang doktor menerima pesakit kanak-kanak perempuan berusia setahun empat bulan yang mengalami pendarahan di bahagian faraj.
Semuanya selepas bermain air banjir tanpa mengenakan lampin pakai buang.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, seorang doktor dari Klinik Safwa Pasir Tumboh berkongsi kisah pesakit yang dirawatnya ketika musim banjir.
Apa yang mengejutkan ujarnya, faraj kanak-kanak perempuan itu dimasuki lintah selepas membuat imbasan X-ray.
“Semalam tergempar dengan kes seorang kanak-kanak perempuan berusia 1 tahun 4 bulan datang ke kecemasan dengan pendarahan di faraj.
“Dalam sehari, 2 ke 4 kali tukar lampin sebab pendarahan.
“Bila periksa, tiada apa yang luka atau cedera. Sekali doktor kecemasan buat scan di bahagian pundi kencingnya ternampak benda bergerak-gerak.
“Ya Allah memang betul lintah dah masuk sampai situ,” katanya.
Ujarnya lagi, kanak-kanak itu difahamkan bermain air banjir dengan keadaannya yang tidak berlampin.
Dalam pada itu, doktor tersebut sempat menitipkan pesanan buat para ibu bapa untuk sentiasa memantau anak-anak ketika musim banjir.
“Hati-hati ibu bapa untuk sentiasa memantau anak-anak ketika musim banjir sekarang ini. Untuk keselamatan dan kesihatan anak-anak kita juga ya,” ujarnya lagi.
Isu autisme kini bukan lagi sesuatu yang asing dalam kalangan masyarakat moden. Dengan kemajuan dalam bidang perubatan dan psikologi, semakin ramai ibu bapa dan pendidik mula memahami spektrum ini dengan lebih mendalam. Menariknya, jauh sebelum istilah autisme diperkenalkan oleh dunia Barat, konsep seumpamanya telah pun disentuh dalam khazanah keilmuan Islam sejak berabad-abad dahulu dikenal dengan istilah al-‘atah, sebagaimana dibahaskan oleh para ulama klasik dalam karya mereka.
Sebagaimana perkongsian Ikon Anak Istimewa Selangor merangkap pelajar Doktor Falsafah di Jabatan al-Quran dan Sunnah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Nur Arif, menjelaskan menerusi pengamatannya, peningkatan kes autisme hari ini bukan semata-mata kerana bilangan penghidapnya bertambah, tetapi disebabkan kemajuan dalam aspek diagnosis serta kefahaman yang lebih mendalam terhadap spektrum gangguan ini.
Namun menerusi posting terbarunya, ikon tersebut mengeluarkan kenyataan yang agak ‘keras’ dan menyentuh sensitiviti ramai pihak terutama ibu bapa yang membesarkan anak autisme dengan penuh pengorbanan.
“Saya harap Allah tarik nyawa anak-anak autisme ini lebih awal sebab peningkatan dan kehadiran mereka ini tambah beban dan tiada manfaat untuk tamadun manusia. Saya simpati pada ibu bapa khususnya dan masyarakat umumnya. Anda semua terpaksa menanggung bala autisme ini daripada Tuhan.”
Kenyataan ini mendapat pelbagai reaksi daripada netizen, ada yang setuju dan ada juga yang mengecam keras pandangan itu. Sebahagian netizen berpendapat kenyataan tersebut sangat tidak wajar kerana anak-anak autisme juga adalah anugerah dan ujian Allah yang perlu diraikan dengan kasih sayang, bukan dihina.
Dalam pada itu, menerusi perkongsian berasingan beliau menjelaskan bahawa peningkatan jumlah kes autisme. Katanya, era 80-an, autisme difahami sebagai keadaan yang sangat berat, iaitu apabila seseorang kanak-kanak tidak bercakap dan duduk dalam dunia sendiri. Kini, definisi autisme makin meluas kanak-kanak yang boleh bercakap tetapi pelik, tidak faham emosi orang, ada isu sensori dan masalah rutin turut termasuk dalam spektrum autisme.
Maknanya, lebih ramai orang dahulu yang tidak dikira autisme, kini dikategorikan sebagai penghidap autisme. Alat saringan juga semakin canggih, dan kini ramai doktor terlatih dalam diagnosis autisme.
Sungguhpun begitu, Islam sebenarnya telah mendahului dunia Barat dalam memahami kelainan ini. Dalam Islam, terdapat satu istilah yang disebut sebagai al-‘atah yang sangat mirip dengan autisme. Ciri-ciri ini telah lama dihuraikan oleh fuqaha’ Islam.
Para fuqaha’ mendefinisikan al-‘atah sebagai seseorang yang kurang kefahaman, pertuturan bercampur aduk dan kurang jelas serta pengurusan diri yang tidak efisien secara semula jadi (Abdul Qadir Awdah, Al-Tasyri’ al-Jinaiy al-Islamiyy).
Imam al-Jurjani dalam al-Ta’rifat mentakrifkan al-‘atah sebagai kekurangan pada akal, tetapi tidak sama seperti gila. Sebahagian pertuturannya seperti orang waras dan sebahagian lagi seperti tidak waras — sama seperti individu autisme yang mampu bercakap, tetapi pelik dalam tindak tanduknya.
Ulama terkemudian seperti Dr Abd Karim Zaidan menjelaskan bahawa al-‘atah ini adalah kelainan akal yang menyebabkan seseorang sukar memahami arahan dengan jelas, dan pertuturannya tidak dapat difahami sepenuhnya. Dari sudut hukum, mereka disamakan dengan kanak-kanak dalam hal akal.
Dari sudut perubatan pula, sebahagian penghidap autisme mempunyai jurang antara usia biologikal dan usia mental. Sebagai contoh, badan 30 tahun tetapi mental setara dengan usia 10 tahun. Walau bagaimanapun, tahap ini berbeza mengikut fungsi dan kemampuan individu autisme itu sendiri.
Ibnu Nujaym turut menjelaskan dalam kitabnya Al-Bahr Al-Raiq tentang keadaan orang dewasa tetapi berakal seperti kanak-kanak. Menurut beliau, al-‘atah mempunyai dua hukum: bila melibatkan akal, mereka dihukum seperti kanak-kanak; tetapi jika melibatkan syahwat, hukum mereka seperti orang dewasa. Oleh itu, walaupun akalnya seperti kanak-kanak, hukum-hakam berkaitan aurat dan wuduk tetap terpakai.
Kesimpulannya, walaupun pada era 80-an seseorang yang mempunyai ciri autisme tidak dikira sebagai autistik kerana kriteria diagnostik masih sempit, namun dalam Islam mereka sudah termasuk dalam kategori al-‘atah. Jelas bahawa Islam telah lama mendahului dunia Barat dalam memahami fenomena ini.
Rasulullah SAW bersabda: “Diangkat pena daripada tiga golongan: kanak-kanak sehingga baligh, orang tidur sehingga dia terjaga, dan orang al-‘atah sehingga dia faham.”
Perbahasan ini menunjukkan bahawa individu autisme bukan bebanan, tetapi ujian dan amanah yang memerlukan kefahaman dan kasih sayang, sebagaimana yang telah digariskan oleh Islam sejak dahulu lagi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bapa mana yang tidak bangga bila mana anak kesayangan sudah punya keyakinan dirinya sendiri dan mempamerkan kematangan walaupun masih lagi kecil. Bagi Zahiril Adzim, melihat perkembangan anak sulungnya, Nadi Anaqi yang semakin membesar membuatkan dirinya merasa bangga.
Terbaru Zahiril Adzim berkongsi cerita mengenai anak kesayangannya yang berhasrat memasuki pertandingan Beyblade. Suami kepada Shera Aiyob ini mengakui dia bangga bila mana anaknya memilih platform yang tepat dan bukan hanya sekadar bermain semata-mata.
Paling menarik walaupun masih kecil, Anaqi memberanikan diri untuk menyertai pertandingan walaupun tidak meraih kemenangan.
Walaupun dapat No 11 dalam BeyBlade Tournament tapi Daddy cukup bangga dengan keberanian dengan keinginan dia yang request sendiri untuk masuk bertanding. Semangat bersaing di platform yang betul tu yang Daddy proud sangat.
Lepas tu bila kalah pun dia releks je, takde koyak – koyak pun macam Daddy.
Kalau Daddy mesti dah spectate enemy lepas tu report cakap enemy tu hacker,” kongsinya di instagram.
Tahniah buat Anaqi. Walaupun hanya memperolehi tempat ke 11 namun ianya satu pencapaian yang cukup membanggakan. Keberanian untuk menyertai satu-satu pertandingan seharusnya dipuji.
Dalam pada itu, pengikutnya di instagram juga turut mengucapkan tahniah atas kesungguhan dan keberanian Anaqi.
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...