Tidak mahu anak-anak merasa bosan di sekolah, banyak aktiviti yang dianjurkan untuk memupuk kreativiti mereka. Salah satunya adalah dengan meraikan Hari Kanak-Kanak Sedunia. Sesetengah sekolah mengetengahkan tema kerjaya untuk menjayakan sambutan ini.
Mengikut minat dan cita-cita, semua murid bersemangat menggayakan pelbagai jenis pakaian yang bersesuaian mengikut tema. Namun, kisah seorang ayah yang berkongsi di akaun TikTok tentang anak perempuannya yang dipanggil Auni, mendapat perhatian ramai.
Nak dijadikan cerita, anaknya berkeras untuk menjadikan pekerjaan si ayah sebagai kerjaya pilihan. Biarpun disuruh untuk memilih kerjaya yang lain, kanak-kanak perempuan itu tetap berkeras mahu pakai uniform ayahnya.
“Aku suruh dia cari baju lain dia pilih baju kerjaya ayah jugak. Alahai anak…dia kata ayah kerja ni pun bagi kami makan tempat tinggal..”
Melihat uniform ayahnya, dipercayai dia merupakan kakitangan di sebuah majlis perbandaran di negeri Perak.
Antara komen yang ditinggalkan warganet;
Ads
Dengan bangga Auni menyarungkan si ayah. Walaupun ayahnya menyuruh memilih kerjaya yang lain, Auni menolak. Katanya, dengan pekerjaan itulah ayahnya dapat memberi mereka sekeluarga makan dan tempat tinggal.
Ads
Melihat sikap Auni yang sangat menghargai dan bagga dengan ayahnya membuatkan ramai pihak tersentuh. Bagus didikan ibu ayah Auni, pasti dia akan membesar menjadi seorang anak yang merendah diri dan sentiasa menghormar orang lain.
Setiap pasangan ada cara tersendiri meraikan ulang tahun perkahwinan. Bagi pempengaruh media sosial, Dahlia Rizal, ulang tahun kedua perkahwinan menjadi lebih bermakna apabila beliau memilih untuk berkongsi rezeki dengan menghadiahkan penginapan mewah buat suami tercinta, Imran Aqil.
Menerusi perkongsian di TikTok, Dahlia dan Imran dilihat meluangkan masa berdua di Park Hyatt Kuala Lumpur, sebuah hotel eksklusif di ibu kota. Percutian singkat itu bukan sahaja mencipta momen romantis, malah menjadi simbol kasih sayang Dahlia yang mahu menghargai kehadiran suami di sisinya.
“Percutian ulang tahun di Park Hyatt. Untuk suami saya, harap awak suka. Cantik sangat. RM7,000 untuk dua malam,” tulis Dahlia.
Imran pula tidak ketinggalan meluahkan rasa terharu dengan usaha isterinya,
“Terima kasih sayang untuk penginapan ini.”
Bagi pasangan muda ini, ulang tahun perkahwinan bukan sekadar tarikh untuk diraikan, tetapi juga ruang untuk mereka menyemai kembali rasa cinta, mengukuhkan ikatan sebagai suami isteri dan ibu bapa.
Rezeki Keluarga Muda
Untuk rekod, Dahlia dan Imran mendirikan rumah tangga pada 9 September 2023. Setahun kemudian, rezeki mereka dilengkapkan dengan kelahiran cahaya mata sulung, Yusra, yang lahir pada 7 Mei lalu.
Sejak bergelar ibu, Dahlia dilihat semakin matang dalam perkongsian di media sosial, bukan sahaja tentang kehidupan berumah tangga tetapi juga perjalanan bergelar ibu muda. Momen cuti istimewa ini jelas menunjukkan bagaimana pasangan ini bijak menyeimbangkan antara peranan sebagai ibu bapa dan pasangan suami isteri.
Inspirasi Buat Pasangan Lain
Ramai warganet yang menzahirkan rasa kagum dengan cara Dahlia meraikan ulang tahun perkahwinannya. Walaupun memilih lokasi mewah, mesej yang terserlah adalah bagaimana pasangan ini menghargai satu sama lain dengan cara tersendiri.
Dalam kehidupan berumahtangga, bukan nilai wang ringgit semata-mata yang menjadi ukuran, tetapi niat untuk membahagiakan pasangan dan mencipta kenangan indah yang boleh dikenang bersama anak-anak kelak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pasangan selebriti popular Indonesia, Aurel Hermansyah dan Atta Halilintar yang mengumumkan kehamilan anak kedua mereka bulan lalu kini mengumumkan jantina anak kedua mereka.
Melalui Instagramnya, baik Aurel mahupun Atta turut memuat naik video serta beberapa keping gambar pada majlis pengumuman jantina itu.
Pasangan selebriti yang juga anak dan menantu penyanyi ternama, Kris Dayanti ini meraikan kelahiran bakal anak perempuan kedua itu dalam sebuah majlis gilang gemilang bersama ahli keluarga.
“Masya Allah! It’s a girl guys,” tulis Aurel melalui kapsyennya.
Bahkan kongsi Aurel dan Atta lagi menerusi Instagram mereka, anak perempuan kedua itu sememangnya ditunggu orang mereka dan seluruh ahli keluarga The Atta Family, The Hermansyah, Gen Halilintar dan The Lemos.
“Allahuakbar. Anak ini dicintai dan ditunggu semuanya,” tulisnya di Instagram.
Pada majlis yang turut bersiaran langsung di Youtube itu, Atta dan Aurel mengenakan pakaian bertemakan warna pastel berona merah jambu dan kebiruan.
Begitu juga seluruh ahli keluarga lain yang turut sama mengenakan pakaian berona sama.
Di awalnya, ayah dan ibu termasuklah Kris Dayanti, Anang dan Ashanty diberikan penghormatan untuk membuka kotak hadiah ketika pengumuman itu sehinggalah akhirnya asap berona merah jambu dilepaskan tanda pengumuman bayi perempuan.
Semoga kelahiran anak kedua ini menambahkan lagi kebahagiaan pasangan selebriti ini dan seluruh keluarga.
Terdahulu, Aurel dan Atta Halilintar selamat menimang cahaya mata sulung mereka, Ameena Hanna Nur Atta pada 22 Februari 2022.
Sebelum hantar masuk asrama, ambil kira perasaan anak. Menghantar anak ke asrama adalah satu keputusan besar yang memberi kesan mendalam kepada kehidupan anak dan ibu bapa.
Sebelum Hantar Masuk Asrama, Ambil Kira Perasaan Anak
Walaupun asrama sering dikaitkan dengan peluang pendidikan yang lebih baik serta membentuk kemahiran berdikari, keputusan ini perlu dibuat dengan berhati-hati. Satu aspek yang sering terlepas pandang ialah perasaan anak terhadap perubahan ini. Sebagai ibu bapa, kita perlu ambil kira emosi dan kesiapsiagaan anak sebelum membuat keputusan yang besar ini.
Mengapa Perlu Ambil Kira Perasaan Anak?
Perkembangan Emosi yang Stabil
Anak-anak yang dihantar ke asrama berdepan dengan perubahan besar dari segi persekitaran, rutin, dan orang sekeliling. Jika mereka tidak bersedia, ini boleh mengganggu kestabilan emosi mereka. Kanak-kanak yang terlalu muda atau belum cukup matang mungkin berasa sunyi, takut, atau terasing. Kestabilan emosi penting dalam membentuk keyakinan diri, keupayaan untuk menghadapi cabaran, serta ketahanan mental dalam situasi yang berbeza.
Membentuk Rasa Percaya dan Sokongan
Perbincangan bersama anak tentang keputusan untuk ke asrama boleh mengeratkan hubungan ibu bapa-anak. Dengan melibatkan mereka dalam perbincangan, mereka akan rasa lebih dihargai dan dipercayai. Ini juga menunjukkan bahawa ibu bapa menghormati pendapat dan perasaan mereka. Rasa percaya dan sokongan ini akan memudahkan anak untuk menghadapi cabaran hidup di asrama dengan tenang.
Menggalakkan Kematangan dan Persediaan Mental
Anak yang diberikan ruang untuk menyuarakan pendapat mereka lebih bersedia dari segi mental. Mereka akan tahu apa yang diharapkan dan lebih bersedia menghadapi perubahan ini. Proses perbincangan ini memberi mereka peluang untuk memahami cabaran dan manfaat hidup di asrama, sekaligus menggalakkan mereka untuk melihat dari perspektif yang lebih matang.
Langkah-Langkah untuk Mendekati Anak Sebelum Keputusan Dibuat
Berbincang Secara Terbuka
Mulakan perbincangan dengan anak secara terbuka dan tanya perasaan mereka tentang kemungkinan tinggal di asrama. Elakkan nada memaksa dan beri peluang untuk mereka meluahkan pandangan serta kerisauan mereka. Jika mereka menolak, ambil masa untuk memahami sebab di sebalik penolakan tersebut.
Terangkan Kebaikan Dan Cabaran Asrama
Jelaskan kepada anak mengenai kebaikan asrama, seperti peluang belajar yang lebih baik, membina persahabatan baru, dan kemahiran hidup berdikari. Namun, jangan abaikan cabaran yang mungkin mereka hadapi. Dengan memberikan gambaran yang realistik, anak dapat membentuk harapan yang tepat dan bersedia secara mental untuk menghadapi perubahan tersebut.
Luangkan Masa Untuk Lawatan Asrama
Bawa anak untuk melawat asrama terlebih dahulu jika itu adalah pilihan yang boleh dibuat. Lawatan ini akan membantu mereka membayangkan kehidupan di sana dan mengurangkan rasa kekok atau takut. Melalui lawatan, mereka boleh melihat keadaan bilik, kelas, kantin, dan persekitaran asrama. Ini boleh menjadi satu pengalaman yang dapat membantu mereka membuat keputusan dengan lebih yakin.
Berikan Sokongan Emosi Berterusan
Sokongan tidak berhenti selepas anak ke asrama. Jadikan komunikasi sebagai keutamaan. Sediakan waktu tetap untuk berhubung dengan mereka melalui telefon, pesanan, atau lawatan jika dibenarkan. Tanya tentang pengalaman mereka, kawan-kawan baru, dan pembelajaran di sana. Ini akan membantu mereka menyesuaikan diri dengan lebih cepat dan mengurangkan kerinduan terhadap keluarga.
Beri Kebebasan untuk Menyuarakan Ketidakpuasan
Tidak semua anak akan beradaptasi dengan segera. Sesetengah mungkin berasa tidak selesa dan ingin pulang dalam masa yang singkat. Beri mereka ruang untuk menyuarakan perasaan ini tanpa rasa takut atau rasa bersalah. Jika keadaan tidak sesuai, pertimbangkan semula keputusan dengan hati terbuka. Ingat bahawa kesejahteraan emosi anak adalah lebih penting daripada keinginan ibu bapa.
Keputusan untuk menghantar anak ke asrama perlu dibuat dengan teliti dan bijak. Setiap anak adalah unik, dan tidak semua kanak-kanak bersedia untuk meninggalkan rumah dan hidup di asrama. Oleh itu, ambil kira perasaan anak serta kesiapsiagaan emosi mereka. Sebagai ibu bapa, sokongan kita adalah kunci kepada kejayaan mereka.
Berita Bung Moktar meninggal dunia mengejutkan negara. Ketahui perjalanan hidup, keluarga, legasi politik dan sisi peribadi tokoh Sabah ini yang dikenang ramai.