Keibubapaan

Bantuan Kasih Johor 2026: 22 Bantuan Penting Untuk Rakyat Johor Termasuk Untuk Anak OKU, Semak Sekarang!

Share

Bantuan Kasih Johor 2026 menawarkan pelbagai bentuk bantuan bagi meringankan beban rakyat Johor, termasuk suri rumah tidak bekerja, warga emas, anak OKU, penjaja, peniaga kecil dan beberapa golongan lain.

Sebagai rakyat Malaysia, terdapat pelbagai bantuan yang diberikan bagi meringankan beban keluarga. Dalam keadaan ekonomi yang mencabar ketika ini, ramai yang berdepan dengan beban kewangan dan peningkatan kos sara hidup.

Selain Kerajaan Persekutuan yang menawarkan pelbagai bentuk bantuan, beberapa kerajaan negeri turut menyediakan inisiatif khas untuk membantu rakyat di negeri masing-masing, termasuk Negeri Johor.

Seperti yang diketahui umum, semakan permohonan baharu dan rayuan Bantuan Kasih Johor (BKJ) 2026 Fasa 4 kini rasmi dibuka mulai 8 Ogos 2026 menerusi laman sesawang https://bkj.johor.gov.my.

Bantuan Kasih Johor 2026 (BKJ 2026) ialah inisiatif kebajikan rasmi Kerajaan Negeri Johor di bawah Belanjawan Johor 2026 yang diumumkan oleh Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi.

Cara Membuat Semakan Bantuan Kasih Johor 2026 Fasa 4

Cara buat semakan BKJ di portal rasmi Sistem Bantuan Kasih Johor

Bagi mereka yang ingin membuat semakan, ikuti langkah berikut:

  1. Layari portal rasmi Sistem Bantuan Kasih Johor 2026 di https://bkj.johor.gov.my.
  2. Masukkan nombor MyKad atau Kad Pengenalan anda.
  3. Lengkapkan pengesahan keselamatan atau captcha jika ada.
  4. Klik pada butang “Semak” untuk melihat status kelulusan permohonan atau rayuan anda.

Status semakan akan memaparkan inisiatif yang layak diterima oleh pemohon.

Perlu diingat, hanya satu inisiatif yang layak bagi setiap penerima.

Apa Itu Bantuan Kasih Johor 2026?

Bantuan Kasih Johor 2026 merupakan sebuah program kebajikan negeri yang bertujuan untuk:

Senarai 22 Inisiatif Bantuan Kasih Johor 2026 Fasa 4

Sebanyak 22 inisiatif Bantuan Kasih Johor (BKJ) Fasa Keempat dengan peruntukan sebanyak RM138 juta yang dijangka memanfaatkan lebih 600,000 Bangsa Johor telah diumumkan dalam Mesyuarat Pertama Bagi Penggal Persidangan Kelima Dewan Negeri Johor Yang ke-15.

Berikut adalah 22 inisiatif yang diumumkan:

1. Warga Emas Berusia 60 Tahun Ke Atas

Bantuan Tunai One-Off kepada warga emas yang berusia 60 tahun ke atas sebanyak RM200 seorang.

2. Suri Rumah Tidak Bekerja

Bantuan Tunai One-Off kepada suri rumah yang tidak bekerja sebanyak RM200 seorang.

3. Pasangan Baru Berkahwin Buat Kali Pertama Pada Tahun 2024 dan 2025

Bantuan Tunai One-Off kepada pasangan yang baru berkahwin buat kali pertama pada tahun 2024 dan 2025 sebanyak RM400 bagi setiap pasangan.

4. Penjaja Serta Peniaga Kecil

Bantuan Tunai One-Off kepada penjaja serta peniaga kecil yang berdaftar dan berlesen dengan PBT sebanyak RM300 seorang.

5. Murid OKU

Bantuan Tunai One-Off kepada murid OKU sama ada bersekolah atau tidak bersekolah sebanyak RM150 seorang

.

6. Anak Yatim

Bantuan Tunai One-Off kepada anak yatim di bawah Jabatan Pendidikan Negeri Johor sebanyak RM200 seorang.

7. Ketua Isi Rumah Miskin Berdaftar Dalam Sistem eKasih

Bantuan Tunai One-Off kepada Ketua Isi Rumah Miskin yang berdaftar dalam sistem eKasih sebanyak RM200 seorang.

8. Pemandu Bas dan Van Sekolah

Bantuan Tunai One-Off kepada pemandu bas dan van sekolah sebanyak RM200 seorang.

9. Penerima Bantuan Am Kerajaan Negeri Johor

Bantuan Tunai One-Off kepada penerima Bantuan Am Kerajaan Negeri Johor di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM300 seorang.

10. Jawatankuasa Masjid dan Surau

Bantuan Tunai One-Off kepada Jawatankuasa Masjid dan Surau sebanyak RM200 seorang

.

11. Pegawai Agama Bertauliah Tidak Berelaun

Bantuan Tunai One-Off kepada Pegawai Agama Bertauliah Tidak Berelaun sebanyak RM200 seorang.

12. Pegawai Keselamatan dan Pekerja Pembersihan

Bantuan Tunai One-Off kepada Pegawai Keselamatan dan Pekerja Pembersihan Hospital serta di fasiliti Jabatan Agama Islam sebanyak RM200 seorang.

13. Pengusaha Homestay Berdaftar di Negeri Johor

Bantuan Tunai One-Off kepada Pengusaha Homestay Berdaftar di Negeri Johor sebanyak RM300 seorang.

14. Sukarelawan Penggali Kubur Islam Negeri Johor

Bantuan Tunai One-Off kepada Sukarelawan Penggali Kubur Islam Negeri Johor sebanyak RM200 seorang.

15. Persatuan Belia Negeri Berdaftar Dengan ROY

Bantuan Tunai One-Off kepada Persatuan Belia Negeri yang berdaftar dengan ROY sebanyak RM5,000 bagi setiap persatuan.

16. Persatuan Sukan Negeri Johor

Bantuan Tunai Subsidi Pentadbiran kepada Persatuan Sukan Negeri Johor sebanyak RM5,000 bagi setiap persatuan.

17. Jurulatih, Atlet, Pegawai dan Urusetia SUKMA 2026

Bantuan Tunai One-Off kepada jurulatih, atlet, pegawai dan urusetia SUKMA 2026 sebanyak RM200 seorang.

18. Atlet SUKMA Johor Yang Melanjutkan Pengajian ke IPTA/IPTS

Bantuan Tunai One-Off kepada atlet SUKMA Johor yang melanjutkan pengajian ke IPTA/IPTS sebanyak RM1,000 seorang.

19. Anggota Sukarelawan Tetap RELA

Bantuan Tunai One-Off kepada Anggota Sukarelawan Tetap RELA sebanyak RM200 seorang

.

20. Anggota Sukarelawan Tetap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia

Bantuan Tunai One-Off kepada Anggota Sukarelawan Tetap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sebanyak RM200 seorang.

21. Anggota Bomba Bantuan

Bantuan Tunai One-Off kepada Anggota Bomba Bantuan sebanyak RM200 seorang.

22. Setiausaha JPKK Negeri Johor dan Setiausaha Kampung Baru Cina

Bantuan Tunai One-Off kepada Setiausaha JPKK Negeri Johor dan Setiausaha Kampung Baru Cina sebanyak RM200 seorang.

Artikel trending: “Saya Takut Bila Ada Anak Sendiri, Hati Saya Akan Berubah” Madammu Kongsi Dilema Besarkan 3 Anak Tiri

Artikel viral: Lebih 25 Manfaat Bila Ada Kad OKU Untuk Anak Disleksia, Autisme Dan ADHD, Ibu Ayah Jangan Malu Daftar!

Artikel: Pelajar 12 Tahun Meninggal Mengejut Selepas Latihan Silat, Mengadu Sakit Kepala Sebelum Rebah

Kaedah Bantuan Disalurkan

Bantuan akan disalurkan secara tunai kepada penerima yang layak.

Penerima akan menerima notifikasi melalui SMS atau akan dihubungi oleh agensi berkaitan mengenai tarikh, masa dan lokasi penyerahan bantuan.

Justeru, rakyat Johor yang ingin mengetahui status kelayakan masing-masing boleh membuat semakan permohonan atau rayuan Bantuan Kasih Johor 2026 Fasa 4 menerusi portal rasmi di https://bkj.johor.gov.my.

Sumber: ecentral

Published by
Nor Yusoff