Membesarkan anak dizaman serba mencabar tidak mudah. Ditambah pula dengan kenaikan perbelanjaan seisi rumah yang bukan biasa-biasa. Semuanya perlukan pengorbanan dan kesabaran yang tinggi.
Disebabkan itulah, pelakon dan juga ibu kepada enam cahaya mata, Ozlynn Wati mahu fokus untuk membesarkan anak-anaknya dengan sebaiknya.
Akui Ozlynn lagi, apabila anak semakin membesar, semakin besar perbelanjaan yang harus diperuntukkan untuk mereka.
“Cukup la kan? Sudah la, banyak duit nak pakai wo bila anak dah besar ni. Education tak murah eh.
“3 boys 3 girls, kita kena bagi kasih sayang sama rata. Bila ada anak kecik kadang yang besar makin terabai, asyik kena beralah.
Ads
“So sekarang kita focus pada 6 ni je. Harap papa dan mama dapat berlaku adil pada korang,” kongsinya menerusi Instagramnya.
Menerusi entri yang sama juga, Ozlynn turut memuat naik gambar kesemua anak-anaknya yang cantik berpakaian sedondon putih.
Ibu kepada enam cahaya mata ini juga turut menitipkan doa buat semua ibubapa, dalam perjuangan mereka membesarkan anak.
Ads
“Semoga pada semua suami isteri yang sedang berusaha untuk mendapatkan zuriat sendiri, saya doakan semoga kalian diberikan rezeki anak yang tidak disangka-sangka.
“Pada yang berusaha menjaga anak tak kira ibu or ayah tunggal, semoga diberikan kekuatan dan ketabahan dalam membesarkan anak-anak.
“Pada anak-anak yang kehilangan ibu atau ayah, jangan berputus asa, semoga kita semua disatukan di syurga bersama selamanya❤️ #familyhanania,” katanya lagi.
Sakitnya hati bila tengok kotoran dan tahi lalat pada pakaian bayi susah nak hilang walaupun sudah dicuci menggunakan sabun khas
Mesti ramai ibu-ibu yang mengalami perasaan ini. Betul tak?
Sebelum mula basuh pakaian bayi, anda perlu baca dahulu labelnya yang ada menunjukkan cara membasuhnya. Setiap jenis fabrik bayi adalah berbeza cara basuhannya.
Sebaiknya basuh pakaian kotor bayi dengan segera dan elakkan terbiar beberapa hari. Ini kerana kesan kotoran boleh terus melekat pada pakaian dan lebih susah hendak dibersihkan serta berisiko tidak hilang bila dicuci.
Ada bermacam jenis kotoran pada pakaian bayi anda seperti air liur, kesan susu ibu atau susu formula, makanan dan kotoran lain.
Berikut adalah beberapa jenis kotoran pada pakaian bayi dan cara mudah membersihkannya. Oh ya, jangan lupa asingkan dulu pakaian bayi daripada pakaian orang dewasa kerana kulit bayi lebih sensitif.
1. Kotoran susu ibu, susu formula, makanan dan air liur
Rendam pakaian bayi dalam air bersih terlebih dahulu kemudian barulah letak pencuci pakaian bayi.
2. Kotoran daripada minyak bayi, krim dan minyak telon
Sebelum mencuci pakaian, taburkan tepung jagung atau bedak pada kotoran untuk menyerap minyak, biarkan lebih kurang 10-15 minit. Kemudian barulah cuci pakaian dengan sabun pencuci pakaian bayi.
3. Jus, jam buah & makanan bayi
Rendam pakaian dalam air yang dicampur 1 sudu kecil baking soda. Jangan tunggu sampai kotoran kering dan sudah melekat pada pakaian bayi kerana ia lebih susah hendak ditanggalkan. Selain itu anda boleh juga menggunakan cuka masak untuk menghilangkan kotoran ini. Caranya larutkan cuka dalam air paip dengan nisbah 1:3, kemudian baru cuci. Bila menggunakan cuka, ibu mesti lebih teliti semasa membilas pakaian anak supaya bau cuka hilang pada pakaian.
4. Kotoran air kencing
Campurkan 1 sudu besar campuran amonia dalam secawan air. Kemudian rendam pakaian kotor itu sebelum dicuci seperti biasa.
5. Kesan tahi lalat
Campur sedikit cuka ke dalam setengah liter air. Rendam semalaman pakaian bayi yang ada tahi lalat. Kemudian cuci pakaian seperti biasa menggunakan detergen. Sediakan air panas yang telah dicampur dengan perahan limau nipis.
Bilas pakaian yang sudah dibasuh dengan air panas campuran limau nipis. Biarkan beberapa saat kemudian cuci balik pakaian menggunakan pencuci pakaian yang sama. Bilas dengan air bersih.
Kalau tahi lalat masih ada buat sekali lag langkah merendam dalam perahan limau nipis hingga membilas dengan air bersih sampai kesemua tahi lalat hilang. Kemudian jemurlah pakaian tersebut sehingga kering.
Selamat mencuba!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 3 tahun meninggal dunia dipercayai didera oleh ibu serta kekasih ibunya minggu lalu.
Polis telah menahan pasangan kekasih tersebut setelah menerima laporan daripada pegawai perubatan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) bahawa mangsa dihantar ke hospital itu dalam keadaan tidak sedar diri sekitar jam 6.20 petang pada 24 Disember lalu.
Katanya, mangsa difahamkan dihantar oleh ibunya sendiri ke hospital berkenaan.
“Pemeriksaan mendapati kanak-kanak itu sudah meninggal dunia. Pemeriksaan juga menemui kesan lebam pada keseluruhan badan mangsa.
“Susulan itu, pada 25 Disember lalu (Sabtu), Bahagian Siasatan Jenayah IPD Klang Selatan membuat tangkapan dua individu iaitu ibu mangsa berusia 27 tahun serta lelaki dipercayai teman wanita berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Hoong Fong berkata, siasatan mendapati terdapat kesan lebam pada keseluruhan badan mangsa dan disyaki didera serta dipukul dengan menggunakan kayu, tali pinggang serta penyangkut baju sehingga meninggal dunia.
Katanya, kedua-dua suspek itu direman selama enam hari bermula Sabtu sehingga Khamis ini untuk siasatan lanjut.
“Kes masih dalam siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan kertas siasatan akan dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat untuk arahan selanjutnya,” katanya.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Usia 1 hingga 3 tahun fasa anak memang tengah banyak akal, banyakkan bersabar ye mak ayah. Fasa pertumbuhan yang sangat ‘menyeronokkan’ bagi anak kecil ialah ketika berumur 1 hingga 3 tahun.
Mak ayah boleh nampak betapa pesatnya mereka berkembang. Tubuh badan meninggi, belajar berjalan/ berlari/ melompat, boleh makan sendiri, boleh faham arahan mudah dan suka berbual.
Disebabkan pertumbuhan pesat mereka ini, adakalanya ibu bapa mudah jadi stres dan frust bila anak tak dengar kata atau banyak kerenah. Jadi, apa sebenarnya yang kita kena buat ini?
Jom kita teliti dan amalkan 7 teknik mudah ini. (dirumuskan hasil dari bacaan, pengamatan dan saranan pakar-pakar kesihatan kanak-kanak seluruh dunia).
Apa yang selalu kita lihat dan kita dengar adalah ibu bapa bising anak tak nak makan itu ini. Jenuh berpaksa baru lah bercuit sikit. Jangan begitu ya ibu bapa sekalian! Memang kita mahu anak makan makanan yang berkhasiat, tapi tak perlu sampai memaksa dan buat peraturan itu ini. Tambah pula kalau anak itu berlebihan berat badan, jangan disekat pemakanannya, sebaliknya satu keluarga perlu sama-sama perhati dan wujudkan budaya makan yang sihat. Asalkan pilihan makanan yang ada ok dan nampak seronok di mata mereka, biarkan saja anak pilih apa yang mereka nak makan.
Jangan terburu-buru untuk ‘toilet training’
Tak perlu kalut-kalut dengan toilet training anak. Kita mungkin dah sedia tapi anak belum lagi. Nasihat untuk berjaya:
1) Pastikan anak diajar dan tahu masa bila nak beritahu emak ayah iaitu SEBELUM nak kencing atau berak, bukan bila mereka dah selamat ‘membuang’.
2) Anak sendiri ada perasaan nak bersihkan diri dan suka keadaan bersih itu, baru senang nak diajar.
Puji kelakuan anak yang baik.
Ambil berat penjagaan gigi anak
Inilah masanya nak ajar anak berus gigi pagi malam, kumur-kumur lepas makan dan biasakan anak jumpa doktor gigi. Waktu umur tengah lasak ni lah anak senang dapat kaviti gigi (gigi rosak dan berlubang) dan gigi mereka pun mudah tercabut. Akar gigi susu anak adalah pembuka jalan kepada gigi kekal yang akan datang, jadi kena jaga baik-baik! Nanti jenuh bila dah besar panjang kena pakai gigi palsu pula sebab masa kecil tak jaga gigi elok-elok, habis semua rongak dan rosak.
Set waktu tidur anak
Waktu tidur anak adalah waktu tubuh badannya berehat dan menghasilkan hormon untuk membesar. Jadinya, kalau anda dan suami berdua tinggi lampai tapi anak kecik kemetot je, itu tandanya tak cukup tidur la tu! (ataupun tak cukup zat pemakanan). Kita perlu tetapkan waktu tidur yang tetap, tapi beri kelonggaran tambah tolak 30 minit. Waktu tidur yang tetap membantu menenangkan anak dan memudahkan proses untuk mereka tidur.
Rajin-rajinkan diri bersembang dengan anak
Umur 1-3 tahun adalah waktu terbaik untuk mereka belajar bahasa dan bertutur. Sembang kecil-kecilan pun ok. Contohnya, bila anda bawa anak ke shopping mall, cerita je apa yang anda nampak, apa yang anda nak beli, apa yang orang lain sedang buat. Macam-macam benda kita boleh cerita – warna, saiz, rupa, bau, apa-apa lah. Saya suka bawa anak saya Adam beli barang dapur dan kemudian cerita dan bagi Adam pegang sayur, buah-buahan, bawang, ayam, ikan dan lain-lain. Bila Adam berminat nak tegur orang lain pun saya galakkan (dengan syarat saya pun ada sekali dan keadaan semuanya selamat dan terkawal).
Jangan terlalu strict dengan diri anda sendiri
Tidak ada siapa yang sempurna, dan tidak ada siapa yang sentiasa betul. Sepertimana kita berikan ruang untuk anak-anak membesar dan belajar daripada kesilapan, kita pun perlu beri ruang pada diri sendiri juga. Jadi ibu bapa ni suatu kerja yang tak ada siapa nafikan ia susah dan sangat menuntut masa, jiwa dan raga seseorang! Kalau penat dan perlu time out raikan diri sendiri, by all means do it. Untuk besarkan anak-anak yang sihat gembira, si ibu dan si bapa kena sihat gembira dulu!
Pemilihan makanan sebelum bersalin sangat penting untuk membekalkan tenaga, mengelakkan keletihan dan membantu ibu melalui proses kelahiran dengan lebih selamat.