Satu ketika dahulu, figura ini banyak membintangi drama tempatan atau telemovie. Kini kerjaya seninya kurang aktif kerana mahu menumpukan sepenuh perhatian kepada keluarganya.
Ibu beranak dua, Faralyna Idris menyatakan rasa bimbangnya kerana dikategorikan sebagai underweight selepas melahirkan anak keduanya, Fira Ayu, 1. Ketika anak sulungnya, Fira Anggun yang kini berumur empat tahun dilahirkan, Faralyna mengalami nasib yang sama.
Ads
Tidak mengamalkan sebarang diet, dia juga turut merasa pelik kerana berat badannya kini hanyalah 40kg. Tambahnya lagi, berat ini lebih ringan berbanding beratnya sebelum berkahiwn kerana ketika itu dia mempunyai berat 48kg.
Selepas melahirkan kedua-dua anaknya, berat badan Faralyna turun merundum. Dia turut merasakan situasi ini mungkin berlaku kerana dia menyusukan sepenuhnya kedua-dua puterinya itu.
Anak-anak kesayangan Faralyna, Fira Anggun dan Fira Ayu
Cerita ibu cantik ini juga, beratnya ketika hamil hanya naik sekitar 10kg sahaja. Doktor turut menegur Faralyna kerana masalah ini. Dia dinasihatkan untuk mengamalkan pemakanan sihat serta banyakkan minum susu dan makan sayur. Katanya lagi, dia bersyurkur kerana kesihatannya masih baik dan mampu menjaga kedua-dua orang anaknya yang kini sedang lasak.
Asalkan Faralyna sihat dan dapat menjalankan tanggung jawabnya sebagai seorang ibu tanpa gagal, Pa&Ma doakan yang terbaik untuk pelakon ini. Semoga dia berjaya menaikkan berat badannya dengan cara yang selamat dan kedua-dua orang anaknya membesar dengan sihat. You can do it, Faralyna!
Anak tak sihat atau demam, ibu paling susah hati. Situasi ini turut dirasai Noor Nabila selepas kehadiran Jebat Jayden empat bulan lalu.
Menurut Nabila, baru tahu dan faham macam mana perasaan seorang ibu bila tengok anak tak sihat.
“Sebelum ada anak, mungkin kita tak boleh nak selami perasaan seorang ibu tapi bila dah ada zuriat sendiri automatik jiwa rasa sensitif. Ibaratnya kehadiran anak telah mengubah kehidupan seorang wanita.
Menerusi posting di instagramnya, Nabila menyatakan selepas Jebat disuntik dia demam tapi alhamdulillah tak menangis atau merengek.
Cuma Jebat lebih banyak diam kerana badannya lemahnya. Kalau boleh tukar tempat dengan anak, Nabila lebih sanggup. Inilah orang kata kasih seorang ibu tiada batasnya.. macam ni la ya mak kita rasa kan? luah Nabila.
Pelakon dan juga selebriti, Tya Arifin berkongsi pengalamanya di instagram tentang saat-saat melahirkan anak kedua iaitu Azzahra Jiwa. Dia berkongsi jangkaan untuk melahirkan Azzahra sebenarnya pada 15 May, namun bayi perempuanya selamat dilahirkan pada tarikh yang diimpikan.
Tya yang juga menantu kepada penyanyi no.1 tanah air, Dato Seri Siti Nurhaliza berkata untuk melahirkan anak sudah tentu sangat takut namun ibu-ibu perlu sentiasa berfikiran positif dan berdoa agar apa yang dihajati tercapai.
Cerita tentang Persalinan Azzahra Jiwa. Due date Tya adalah tepat hari ini, 15 May 2019 ,40 weeks.
Tanggal 7 May Tya checkup dengan dokter, Dr. Suhaiza Salleh. Saat itu dr advice agar baby lahir tak besar , kita boleh awalkan persalinan. Dr pun sudah mengecek dinding rahim, etc dan mengatakan Tya sudah ready bila2 masa kalau nak bersalin , org kata dah cukup bulan.
Jadi Tya dan Ap bersepakat untuk memilih tarikh 9 May dan kita akan datang ke hospital pukul 9 pagi.
Saat itu, perasaan Tya campur aduk, “Happy-Nervous-Tak sabar-Takut-lain lainnya”
Kenapa Nervous-Takut?
Karena mungkin normal , namanya nak bersalin. Yang memperjuangkan hidup dan mati. Dan Tya ada pengalaman melahirkan baby berat 4kg, Arif. So perjuangan saat itu luar biasa
Kenapa Happy-Tak sabar?
Ya. Karena Allah telah menjawab doa Tya. Ia memberikan anak perempuan yang Tya doakan dari awal lagi. Alhamdulillah. Allah Maha Baik.
8 May, Pagi. dari pagi Tya sudah siapkan barang2 yang nak dibawa ke hospital. Malam.
Perasaan takut nervous (negative) Tya dah buang jauh jauh. Tya fokuskan semua pada kebahagiaan (positive). Malam itu, pukul 11, sebelum tidur.
Tya berhajat, berdoa pada Allah meminta kemudahan bersalin, di percepat dan di lancarkan. Sebelum menutup mata, di fikiran Tya, Tya membuat suatu ‘movie’ yang Tya nak dari alur cerita, apa yang terjadi pada persalinan nanti.
Tya bayangkan, seperti kita menton movie. Macam ni; “Tya akan datang ke hospital, tya sudah merasa ada kontraksi, dokter datang dan Tya dah bukaan 4. Setelah itu, beberapa menit, merasai kontraksi. Dokter datang dan cek Tya dah bukaan 8, dan terus Tya siap bersalin.
Tya akan push push tapi tak lama, dan keluar lah baby. Semua akan relax, happy, dan positive. Dipermudah dipercepat.” Dan Tya pun tawakal dan tidur.
Sekitar pukul 3 pagi, Tya seperti mendapat kontraksi, awalnya Tya anggap itu kontraksi palsu. Karna due date Tya adalah 15 May.
Tya cobakan tidur kembali. Tapi kontraksi datang lagi, bercak2 flek/air keluar. Agaknya Tya kira, kontraksi itu setiap 10 menit datang . Semakin cepat.
Tya sudah tak tahan. Akhirnya pukul 5.30 pagi Tya minta Asyraf utk ke hospital skrg juga. Karna Tya sudah tak boleh tahan kalau nak tunggu jam 9 pagi, sesuai appointment tgl 7 hari itu.
Sampailah ke hospital, Tya masuk labour room agak pukul 7. Dan nurse pun cek kontraksi dan bukaan Tya, ternyata Tya sudah bukaan 4.
Dr. Suhaiza datang mengecek dan menyiapkan alat2 persalinan. Tya juga ambil epidural utk mengurangi rasa sakit saat kontraksi. Saat itu, Tya relax, tarik nafas, berdoa. Sampailah Tya panggil dokter kalau Tya merasa sakit kontraksi. Dr masuk dan mengecek bukaan, ternyata bukaan sudah lengkap dan Tya sudah siap bersalin.
Semua team dokter datang. Dan membantu persalinan Tya, dan Masa tya push, Tya tgk jam pukul 9.15. Tya bernekat dalam hati, lagi 5 menit baby akan keluar. Bismillah Ya allah. Dan Allah mendengar . Tepat 9.21 Azzahra Jiwa keluar melihat dunia.
Dengan bantuan Dr Suhaiza yang amat profesional dan team nya. Betapa bahagianya Tya… Semua berjalan lancar, apa yang Tya inginkan tercapai. Allah Maha Baik.
Buanglah Negativity
Jadi, buanglah ke negative an itu ya Moms. Semua tergantung apa yang kita fikirkan dan inginkan. Fikirkan yang baik baik. Berprasangka lah baik kepada Allah. Selepas itu, jangan lupa bertawakal, berserah diri, itu yang penting.
Apapun yang terjadi , ingat, itu adalah yang terbaik untuk kita dari Allah. Good luck Moms
Rata-rata netizen bersetuju dengan perkongsian Tya. Mindset perlu betul dan ada juga yang berpengalaman seperti Tya hadapi. Banyakkan berdoa dan jauhkan sebarang bentuk negativiti.
Sama Macam Saya
Sangat setuju, mindset yang baik-baik pasti terjadi
Ibu hamil yang sedang menunggu masa bersalin tentunya tidak dapat lari dari dihantui kebimbangan koyakan pada bahagian perineum atau digunting (episiotomi) ketika bersalin.
Mulalah terbayang besar mana akan terkoyak, berapa banyak jahitan akan dijahit dan macam–macam lagi. Kebiasaannya ibu-ibu akan panik dan lupa teknik–teknik yang dipelajari sebelum ini untuk meneran dengan betul ketika bersalin.
Sebagai persediaan awal, ibu yang sedang menunggu hari tak kiralah untuk kelahiran anak pertama, kedua atau seterusnya kena pastikan teknik meneran betul supaya tak penat dan ada tenaga sehingga anak selamat dilahirkan tanpa sebarang komplikasi.
Perkongsian dari Jururawat, Rosnalizawati Hamzah mengenai teknik meneran yang betul sebagai persediaan awal.
Teknik Meneran
Ibu A: “Misi, saya ni dah 10 tahun tak beranak. Macam mana ni? Saya dah lupa macam mana nak teran,”
Ibu B: “Misi, walaupun saya baru beranak tahun lepas, tapi saya pun dah lupa macam mana nak teran. Betul la orang tua-tua kata bila beranak je, satu urat putus,”
Tahun lepas ke, 20 tahun lepas ke, sama juga. Tak semua ibu akan ingat macam mana dia meneran dan bersalin dulu. Tak perlu nak percaya sangat. Kalau bersalin 12 kali, takkanlah 12 urat dah putus? Haaa..kann. kena tulis surat wasiat dah.
Sakit bersalin bukan seperti sakit jatuh basikal. Bukan seperti sakit buasir. Bukan seperti sakit patah kaki. Apabila ibu di dalam keadaan sakit hendak bersalin, ibu cenderung untuk berada di luar kawalan. Itulah peranan suami di disisi. Memberi semangat, dorongan, kata-kata positif dan beri sedikit urutan pada isteri. Ingat ya, bukan cuma berada di sebelah dan bermain mobile legend.
Ibu yang berada di dalam proses bersalin, bermula dari sakit kontraksi yang tetap dan teratur, sila bertenang dan jangan panik. Apabila pintu rahim telah membuka sepenuhnya (10 sentimeter), jangan mengamuk. Ini yang anda harus lakukan:
1) Chin To Chest (Dagu ke dada) Semasa hendak meneran, pegang kedua-dua pergelangan kaki atau ibu boleh berpaut pada pemegang yang disediakan. Angkat kepala dan rapatkan dagu hingga mencecah ke dada. Minta suami bantu anda dengan membantu mengangkat kepala anda semasa meneran.
2) Teran bila sakit Apabila anda merasa kontraksi itu ada, teran dengan sekuat hati seperti kita hendak membuang air besar dan elakkan meneran pada muka kerana ia hanya akan membuatkan ibu merasa penat dan kurang tenaga untuk meneran. Apabila tiada rasa sakit kontraksi, jangan meneran tetapi rehat. Simpan tenaga untuk kontraksi seterusnya. Teran sekurang-kurangnya 10 saat ya!
3) Elakkan menjerit Menjerit semasa hendak meneran tidak akan membawa apa-apa kelebihan melainkan ibu hanya akan mendapat sakit tekak dan penat. Saya tak tipu tau.
4) Jangan angkat punggung Ini adalah perkara yang selalu ibu terlupa dan kebanyakannya memang akan lakukan. Elakkan mengangkat punggung semasa meneran bagi mengelakkan kekoyakan hingga ke dubur. Apabila meneran, jururawat telah memberi arahan kepada anda supaya meletakkan punggung ke bawah, itu bermakna anda memang telah mengangkat punggung anda sangat tinggi.
5) Arahan Dengar arahan doktor dan jururawat
6) Yakin Yakini diri sendiri. Jangan putus asa ya.
7) Doa Banyakkan berdoa mengikut kepercayaan masing-masing. Bagi yang beragama Islam, banyakkan berdoa, istigfar dan berselawat. InsyaAllah, semoga segala urusan akan dipermudahkan.
Pemilihan makanan sebelum bersalin sangat penting untuk membekalkan tenaga, mengelakkan keletihan dan membantu ibu melalui proses kelahiran dengan lebih selamat.