Satu lagi pasangan yang sedang menghitung hari kelahiran bayi mereka adalah Datuk Jamal Abdillah dan isteri, Datin Zai Izzati Khiruddin yang bakal bersalin pada 14 April ini.
Sumber foto: Instagram ztkdja_
Tarikh tersebut telah ditetapkan oleh doktor dan isteri Datuk Jamal akan melahirkan melalui kaedah pembedahan. Atas nasihat doktor, isteri Datuk Jamal tidak menyarankan untuk tidak hamil lagi selepas kelahiran keempat ini.
Melalui laporan di Berita Harian, hal ini disebabkan kesemua anak Datuk Jamal dan Datin Zai dilahirkan secara pembedahan.
“Alhamdulillah, kami sudah ada empat, cukuplah. Doktor pun beri nasihat dan tidak membenarkan isteri hamil sebab anak dilahirkan secara pembedahan termasuk yang keempat ini. Saya bersyukur kesihatan bayi perempuan dalam kandungan isteri baik-baik saja.”
Datuk Jamal juga turut memberitahu yang kelahiran anak bongsu mereka terpaksa diawalkan atas faktor-faktor kesihatan bayi dalam kandungan.
Ads
“Aidilfitri ni saya sekeluarga akan menyambut bersama cahaya mata baharu. Kalau ikutkan saya nak tarikh 1 April untuk isteri bersalin sempena tarikh anniversary kami yang keenam, tapi doktor maklumkan tarikh tu tak sesuai dan tetapkan tarikh 14 April.”
Sumber foto: Instagram ztkdja_
Pelantun lagu popular, Azura, ini juga memberitahu dia dan isteri sudah mempunyai nama yang sesuai untuk bayi perempuan mereka selepas menapis dan menerima pandangan daripada peminat. Terdahulu, Datuk Jamal membuka peluang kepada para peminatnya untuk emncadangkan nama untuk bayi perempuannya ini.
“Tak dinafikan banyak cadangan nama yang diberikan menerusi DM di Instagram. Jumlahnya beratus juga tapi saya dah dapat nama yang sesuai dan ada makna baik untuk anak. Cuma nama ini biarlah dirahsiakan dulu. Saya akan umumkan selepas bayi lahir dan dah ada depan mata. Barulah seronok.”
Ads
Sekadar recap, Datuk Jamal dan isteri telah berkawin pada 1 April 2017 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Nur Azura Yamani, El Isaac Yamani dan Iskandar Rayyan Yamani.
Kebiasaannya kita menganggap ruam sekadar tanda ringan yang berlalu begitu saja. Namun, demam campak atau measles bukanlah penyakit ringan, ia adalah jangkitan serius yang menjangkiti jauh lebih kronik dan berbahaya daripada sekadar ruam pada kulit.
Measles sebenarnya bukanlah chicken pox, malah gejalanya jauh berbeza. Antara tanda-tanda utama ialah:
* Demam tinggi secara tiba-tiba
* Batuk, selsema dan mata merah
* Tompok putih kecil di dalam mulut (Koplik spots)
* Ruam merah bermula di muka sebelum merebak ke seluruh badan
Yang menakutkan, satu kes measles boleh menjangkiti sehingga 90% orang di sekelilingnya yang belum divaksin. Bila wabak tercetus, kanak-kanak paling terdedah kepada komplikasi serius seperti:
* Radang paru-paru (pneumonia)
* Radang otak (encephalitis)
* Kematian
Inilah sebab measles digeruni dalam dunia kesihatan awam.
Bukan semua demam ruam itu measles. Ia perlu disahkan dengan ujian makmal (IgM & RT-qPCR) sebelum boleh diklasifikasikan. Selepas pengesahan, barulah pasukan kesihatan awam akan bertindak:
* Menyiasat punca jangkitan
* Mengenal pasti serta memantau semua kontak rapat
* Menjalankan Active Case Detection – turun ke kawasan perumahan untuk mencari individu bergejala yang mungkin tidak dibawa ke klinik
Measles adalah penyakit yang boleh dicegah sepenuhnya dengan imunisasi. Vaksin MMR (Measles‑Mumps‑Rubella) adalah sangat penting, bukan sahaja untuk melindungi individu, tetapi juga untuk membina imuniti kelompok (herd immunity) dalam komuniti.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kita semua tahu mengenai kebaikan penyusuan susu ibu sama ada pada anak mahupun ibu itu sendiri. Tetapi tahukah anda, susu badan juga boleh mengurangkan risiko obesiti pada si manja?
Kebaikan penyusuan susu ibu
Penyusuan susu ibu sememangnya memberikan banyak faedah. Sebelum ini pun, sudah ada yang mengatakan kaitan susu badan dengan peranannya mencegah masalah kegemukan dalam kalangan kanak-kanak.
Cuma, bukti yang diperolehi tidak begitu jelas dan agak kabur. Pun begitu, berdasarkan penyelidikan terkini mengesahkan, penyusuan secara eksklusif kepada anak yang terdedah dengan risiko obesiti secara genetik boleh memberikan kesan yang baik.
Ini terutamanya apabila melibatkan aspek nilai indeks jisim badan (BMI) ketika dewasa kelak. Melalui kajian yang dijalankan menunjukkan, penyusuan susu ibu secara terus atau langsung daripada payudara kepada bayi dapat mengurangkan risiko obesiti pada tahap terendah.
Penyusuan itu perlulah dilakukan untuk tempoh 3 bulan pertama kehidupan si kecil.
Kajian mengenai susu badan & risiko obesiti
Kajian tentang manfaat susu badan dalam menurunkan masalah kegemukan ini melibatkan sekumpulan 5,266 bayi yang mempunyai risiko genetik mengalami obesiti yang tinggi.
Risiko obesiti
Dalam penyelidikan tersebut mendapati bayi yang mendapat penyusuan susu ibu secara eksklusif untuk tempoh 5 bulan pertama kehidupan mempunyai pengaruh besar dalam mengurangkan BMI.
Malangnya, kebaikan susu badan ini hanya dapat dinikmati oleh bayi yang diberikan penyusuan secara eksklusif untuk tempoh 3 bulan pertama kehidupan.
Manakala, bayi yang diberikan penyusuan campuran – susu formula dan susu ibu – tidak mendapat manfaat perlindungan yang sama.
Masalah kegemukan kanak-kanak
Obesiti, walaupun dialami pada zaman kanak-kanak, tetap boleh menyebabkan keadaan yang mengancam nyawa seperti masalah diabetes atau penyakit jantung.
Kebanyakan pakar bersetuju bahawa pemberian makanan yang diproses, peningkatan jumlah masa yang dihabiskan untuk bermain permainan video atau menonton TV dan isu kegemukan dalam kalangan ibu bapa sebagai antara penyebab utama obesiti kanak-kanak.
Pun begitu, salah satu penyebab utama kegemukan kanak-kanak adalah faktor genetik kanak-kanak. Menurut pakar pemakanan pediatrik, seorang bayi boleh mempunyai kecenderungan untuk berdepan masalah obesiti disebabkan faktor genetik.
Ini terutamanya jika terdapat ahli keluarga terdekat seperti ibu, ayah, adik-beradik atau datuk nenek berdepan masalah kegemukan atau mengalami isu dengan pengurusan berat badan.
Pelbagai inisiatif telah dilakukan untuk membendung risiko obesiti kepada kanak-kanak. Antaranya adalah melalui penyusuan susu ibu yang boleh dilakukan mulai hari pertama kehidupan anak.
Susu ibu juga dipercayai dapat membantu menjaga nilai BMI anak anda walaupun terdapat komponen genetik melibatkan obesiti dalam keluarga.
Tetapi bagaimana penyusuan susu ibu secara eksklusif boleh mengurangkan peratusan risiko obesiti?
Penyusuan susu ibu vs kadar obesiti
Mesti ada dalam kalangan anda yang ingin tahu hubungan antara proses penyusuan secara eksklusif dengan penurunan risiko anak untuk mengalami obesiti, kan?
Mulanya, hubungan antara kedua-dua perkara ini kelihatan agak kabur. Pun begitu, 2 sebab ini dipercayai faktor utama menyebabkan bayi yang diberikan penyusuan susu badan mempunyai kadar BMI lebih rendah ketika dewasa nanti.
Pertamanya, susu badan secara positifnya dipercayai boleh mempengaruhi bakteria usus. Secara asasnya, ia menyokong pertumbuhan bakteria sihat di dalam semua sistem pencernaan tubuh.
Sebahagian bakteria usus ini mempunyai peranan dan tanggungjawab dalam perkara seperti metabolisma tenaga, fungsi gen serta sistem imun.
Mempunyai mikrobioma usus yang sihat – campuran bakteria, virus, dan kulat hidup dalam sistem pencernaan tubuh – dilihat dapat mempengaruhi berat badan seseorang individu ketika meningkat dewasa.
Sebab yang kedua, bagaimana penyusuan susu ibu boleh menjadi penyebab kepada penurunan BMI adalah berkaitan dengan aspek mekanik.
Jika anda boleh mengingati bagaimana penyusuan badan berfungsi, jelas bahawa bayi yang bertanggungjawab terhadap berapa banyak susu yang akan diminum dan bila.
Bayi akan menyusu mengikut keperluan tubuhnya. Lama-kelamaan, jumlah susu yang dihasilkan juga akan bersesuaian dengan permintaan bayi.
Sebaliknya, bayi yang menyusu dengan susu botol, selalunya ibu bapa akan ‘memaksa’ si manja menghabiskan susu dalam botol, walaupun jumlah yang dibancuh melebihi keperluan mereka.
Perbuatan ini secara tidak langsung memberikan maklum balas kepada tubuh bayi bahawa mereka harus terus makan walaupun tidak lapar.
Peranan ibu bapa
Semestinya ibu bapa bertanggungjawab dalam mengatasi masalah obesiti pada kanak-kanak yang berisiko secara genetik.
Berikut adalah 4 perkara dapat anda praktikkan untuk memberi anak permulaan yang terbaik dalam hal kesihatan sepanjang hayat:
Pemakanan seimbang
Jadi contoh terbaik dalam aspek pemakanan sihat. Masukkan banyak buah dan sayuran segar ke dalam diet keluarga anda. Jadikan ia sesuatu yang menyeronokkan dengan memberikan anak peluang memilih beberapa resepi untuk dicuba
Hadkan makanan yang diproses, gula tinggi dan lemak tepu. Pengambilan garam, gula, dan lemak yang tinggi dalam makanan ini selalu menjadi punca peningkatan risiko obesiti pada masa kanak-kanak
Buatkan anak-anak aktif. Libatkan mereka dalam sukan pada usia muda, dan tunjukkan minat terhadap sukan mereka. Lakukan aktiviti bersama keluarga seperti menaiki basikal atau berjalan kaki bersama. Sediakan juga permainan aktiviti fizikal yang menyeronokkan di rumah
Jangan mempermainkan isu berkaitan makanan. Ia tidak boleh dijadikan ganjaran ataupun hukuman
Jika terdapat sebarang pertanyaan, dapatkan rundingan dan nasihat daripada doktor pakar untuk langkah pencegahan yang lebih baik.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Melalui pengalaman keguguran sememangnya cukup menyedihkan bagi seorang ibu hamil. Perlukan sokongan emosi yang cukup kuat dari orang-orang sekeliling. Ditambah pula dengan kerisauan sama ada sudah sembuh sepenuhnya ataupun belum.
Ramai wanita tertanya-tanya bagaimana nak tahu jika rahim sudah benar-benar bersih selepas keguguran? Berikut adalah tanda-tanda penting yang boleh diperhatikan.
1. Pendarahan Semakin Berkurang dan Berhenti
Selepas mengalami keguguran, pendarahan adalah normal. Ia petanda rahim sedang membersihkan sisa-sisa tisu kehamilan. Tapi kalau semuanya dah kembali pulih, pendarahan juga makin kurang dan kuantiti juga makin sedikit. Biasanya ia akan ambil masa satu hingga dua minggu, bergantung pada jenis keguguran dan kondisi badan ibu.
– Pendarahan makin ringan
– Tak ada darah beku besar keluar
– Warna darah berubah dari merah terang kemudian jadi coklat dan akhirnya tiada langsung
2. Sakit Perut atau Kejang Semakin Hilang
Awal-awal keguguran memang akan rasa macam senggugut yang agak kuat. Tapi bila rahim dah kosong dan mula sembuh, perlahan-lahan rasa sakit akan menjadi semakin berkurangan. Kalau masih sakit berpanjangan atau tiba-tiba makin teruk, jangan tangguh dan jumpa doktor segera.
– Rasa sakit hilang atau ringan sangat
– Tiada tekanan di bawah perut
– Badan rasa lebih selesa, kurang tegang
3. Tiada Lagi Lendir atau Ketulan Darah Keluar
Mula-mula mungkin akan keluar lendir berdarah atau ketulan kecil dan ini adalah normal. Tapi bila rahim sudah semakin bersih, ia petanda bahawa tiada lagi ketulan darah atau pun lendiran dari faraj. Perlu diingatkan bahawa jika lendir berbau atau disertai demam, cepat-cepat dapatkan rawatan. Mungkin ada jangkitan.
– Tiada lagi ketulan atau sisa keluar
– Lendir faraj jadi jernih atau warna biasa
– Bau pun kembali normal
4. Kitaran Haid Kembali Seperti Biasa
Kalau haid sudah pun kembali dalam empat hingga enam minggu selepas keguguran, itu tanda rahim tengah berfungsi normal semula.
– Period pertama biasanya jadi ‘signal’ rahim dah ready
– Kitaran mungkin sedikit tak stabil awal-awal, tapi akan pulih dalam beberapa bulan
5. Ujian Kehamilan Dah Tunjuk Negatif
Hormon hCG (hormon kehamilan) akan menurun secara berperingkat. Bila rahim kosong, ujian air kencing biasanya sudah pun menunjukkan tanda negatif. Malah doktor biasanya akan pantau progres ni, terutama jika keguguran berlaku secara semula jadi (tanpa D&C).
– Ujian air kencing dah tunjuk negatif
– Ujian darah pun boleh bantu sahkan hormon sudah turun
6. Pemeriksaan Doktor Sahkan Rahim Dah Kosong
Yang paling tepat, dapatkan pemeriksaan perubatan. Jangan hanya bergantung pada tanda fizikal.
– Pemeriksaan fizikal
– Ultrasound untuk tengok masih ada sisa tisu atau tak
– Ujian darah untuk pastikan hormon hCG dah turun
Doktor akan berikan kepastian dan nasihat sama ada perlu rawatan lanjut atau tidak.
Keguguran bukanlah pengakhiran. Tapi ia fasa pemulihan yang perlukan masa, sokongan dan kepekaan terhadap tubuh sendiri. Jangan terlalu keras pada diri sendiri. Dengarlah tubuh badan anda dan dapatkan bantuan bila perlu.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!