Dalam kesibukan kerja, mesyuarat bertimpa dan segala tugasan rumah yang tak pernah habis, kadang-kadang kita terlupa betapa berharganya momen kecil bersama anak-anak.
Sebenarnya tak perlu pun aktiviti mahal atau plan gempak untuk eratkan hubungan, kadang-kadang duduk je depan TV, layan satu episod Didi and Friends pun dah cukup untuk cipta bonding yang anak-anak akan ingat sampai besar.
Bila mama papa turut menyanyi sama-sama, ketawa dengan telatah Didi dan kawan-kawan, percayalah anak-anak rasa disayangi, didengari dan sangat dihargai.
Belajar Sambil Menyanyi, Anak Pun Cepat Pandai Bercakap
Didi and Friends ni bukan sekadar kartun hiburan semata. Di sebalik lagu catchy dan warna-warni animasi yang comel tu ada banyak manfaat tersembunyi. Anak-anak yang sedang dalam fasa belajar bercakap sangat sesuai didedahkan dengan lagu-lagu dari siri ni.
Ads
Mereka akan belajar banyak perkataan baru faham konteks penggunaan dan perlahan-lahan mula berani menyebut sendiri sesuatu perkataan. Senang cerita, ia bantu perkembangan bahasa dengan cara yang menyeronokkan, tanpa tekanan.
Nilai Murni Dalam Setiap Lagu dan Cerita
Satu lagi sebab kenapa Didi and Friends jadi pilihan ramai ibu bapa kerana kandungannya penuh dengan nilai-nilai positif. Setiap episod ada mesej yang jelas tentang sikap hormat, berkongsi, jujur, tolong-menolong dan banyak lagi.
Anak-anak bukan saja belajar menyanyi tapi juga bagaimana nak jadi seorang insan yang baik. Dalam dunia sekarang yang serba pantas dan penuh cabaran nilai-nilai ni lah yang kita nak semai dari awal.
Tonton Bersama, Cipta Memori Yang Tak Akan Hilang
Benda paling bermakna datang dari detik yang paling ringkas. Duduk sama-sama di ruang tamu dengan popcorn dalam mangkuk, Didi and Friends di skrin sebenarnya itulah momen yang akan melekat dalam hati anak-anak.
Ads
Siri ini memang dicipta untuk tontonan seisi keluarga. Sekarang dah masuk musim ke-8 Didi and Friends S8: Storytime, Cerita Hebat Tak Henti-Henti! Dengan lebih banyak lagu dan cerita menarik yang pasti buat satu rumah terhibur.
Musim baru Didi & Friends ini membawa penonton cilik menyelusuri dunia magik dalam buku cerita dongeng tempatan. Setiap episod, Didi dan rakan-rakan akan masuk ke dalam kisah dongeng rakyat dan cerita kanak-kanak yang penuh pengajaran dari perlumbaan arnab dan kura-kura hingga ke legenda luar biasa!
Ads
Tengok trailer pun dah syok;
Apa lagi, cepat-cepatlah bersiap untuk pengembaraan menarik ini di mana cerita klasik dihidupkan semula dalam gaya ceria dan penuh warna Didi & Friends! Anak-anak bukan saja akan terhibur, tetapi juga belajar nilai murni dalam setiap kisah.
Jangan lepaskan peluang untuk tonton musim baharu ini!
Ada Astro Fibre, Pengalaman Menonton Jadi Lebih Sempoi
Apa gunanya nak tengok sama-sama tapi Wifi asyik sangkut? Jangan spoil mood! Solusinya? Langgan je Astro Fibre dengan kelajuan 500Mbps hanya RM90 sebulan, serius jimat dan berbaloi. Line stabil, gambar clear anak happy, mama papa pun tenang. Tak perlu marah-marah bila loading lambat sebab dengan Astro Fibre, semuanya lancar bak air sungai mengalir!
Strim Terus Didi and Friends Di Astro One & Sooka!
Dah ada Wifi power, apa lagi? Strim je terus Didi and Friends musim terbaru kat Astro One dan sooka. Bila-bila masa di mana-mana pun boleh layan. Tak kisah pagi atau malam mahupun hujung minggu yang penting,momen bersama tu tetap jadi keutamaan. Jadi, tunggu apa lagi? Jom langgan sekarang dan cipta keterujaan menonton Didi and Friends bersama anak-anak tersayang!
Lagu Didi and Friends musim terbaharu ni best lah!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Alhamdulillah… ”Itulah luahan penuh syukur dan bangga oleh Angkasawan Negara, Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Shukor, apabila anak keduanya, Sophea Natasha, 12 tahun, terpilih menyertai Program Bakat Olimpik.
Terpilih ke Program Bakat Olimpik
Menerusi laman Instagram milik angkasawan, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha, beliau ada kongsikan perkembangan terbaharu mengenai anak keduanya.
Beliau kini terpilih menyertai Program Bakat Olimpik, sebuah inisiatif yang bertujuan mengasah dan membimbing atlet muda berpotensi tinggi untuk mewakili negara di peringkat antarabangsa.Pemilihan ini adalah hasil daripada dedikasi, disiplin, dan semangat juang yang ditunjukkan oleh Tasha dalam setiap latihan dan pertandingan yang disertainya.
Figura terkenal ini juga turut menyatakan latihan akan menjadi lebih mencabar kerana jadual Tasha agak padat dengan aktiviti harian yang perlu dijalankan.
“Tapi ini juga bermakna, latihan akan menjadi lebih mencabar. Pagi jam 5.30 – 7.30, malam jam 7.00 – 9.30, 6 kali seminggu, Bermula minggu depan.
“Tak pasti macam mana Tasha nak hadap semua ni. Daddy pun pening. Pagi pergi sekolah sekolah kebangsaan, petang pula sekolah rendah agama, subuh dan malam, di kolam renang.
“Sekarang pula, Tasha sedang bersiap untuk Kejohanan MSSD. Acara 200m dan 1200m, Latihan setiap hari sepanjang cuti sekolah. Minggu ini juga ada Pertandingan Matematik Olimpik. Memang huru-hara jadinya,” katanya.
Walaupun penuh dengan aktiviti yang perlu dilakukan namun Sheikh Muszaphar dan isteri sentiasa menyokong minat anak perempuannya itu.
“Beliau turut menyatakan bahawa perjalanan untuk berjaya pastinya memerlukan pengorbanan, komitmen dan disiplin agar setiap impian yang dikejar dapat direalisasikan dengan penuh bermakna serta mampu membentuk jati diri yang kukuh dalam menghadapi cabaran mendatang.
“Tapi kami tahu, Tasha boleh! Mommy dan Daddy sentiasa di sini, menyokongmu dengan sepenuh hati, mendoakan dari jauh dan sentiasa bersorak dalam diam.
“Perjalanan ini perlukan pengorbanan, komitmen sepenuhnya, disiplin dan usaha yang konsisten. Daddy sangat bangga denganmu, Tasha. Semoga impianmu untuk menjadi seorang atlet Olimpik satu hari nanti akan menjadi kenyataan,” jelasnya.
Inspirasi Buat Semua
Kisah Tasha adalah bukti bahawa dengan sokongan keluarga, dedikasi, dan peluang yang tepat, anak-anak kita mampu mencapai kejayaan luar biasa.Semoga kejayaan Tasha menjadi pembakar semangat kepada ibu bapa dan anak-anak di seluruh negara untuk terus berusaha dan tidak pernah berputus asa dalam mengejar impian.
Tahniah diucapkan kepada Sophea Natasha dan keluarga atas pencapaian gemilang ini.Semoga terus cemerlang dan menjadi kebanggaan negara di pentas dunia!
Putu piring kebiasaannya berwarna putih namun putu piring ini paling istimewa kerana bukan hanya menggunakan gula merah dan campuran tepung pulut ke dalam adunannya bahkan penambah rasa air pandan buat rasa putu piring bertambah sedap.
Macam mana rasanya? Jom cuba perkongsian resipi Pn Iedaa Jahaya ini. Memang sedap!.
Putu beras gula merah pagi ini. Saya tak guna beras cuma guna tepung beras dan tepung pulut. Alhamdulillah sedap.Bahan dan cara penyediaan putu piring gula merah:
Matematik mungkin menjadi satu matapelajaran yang menyeronokkan bagi sesetengah kanak-kanak, mungkin juga menjadi satu mimpi ngeri bagi sekelompok kanak-kanak yang lain. Persepsi ini bergantung kepada keseluruhan penerimaan kanak-kanak tersebut terhadap subjek matematik bergantung kepada pelbagai faktor seperti cara pengajaran, penyampaian ilmu yang mudah dan berkesan serta suasana kelas matematik itu sendiri.
Seperti perkongsian Angkasawan pertama negara, Dr Sheikh Muszaphar, matematik sangat penting dalam kehidupan kanak-kanak untuk membina kemahiran berfikir dan daya fokus yang tahan lama. Namun cara mendidik anak-anak untuk sukakan matematik haruslah betul dan bukan paksaan.
“Loving Maths. Sangat penting untuk buat aktiviti matematik setiap hari dengan anak-anak.
“Ianya sangat membantu untuk meningkatkan daya fokus anak-anak.
“Lagi kerap mereka lakukan aktiviti kira-kira, lagi bagus untuk mereka.
“Practice makes perfect! Dan lakukan aktiviti ini secara santai.”
Tambah bapa kepada 6 orang cahaya mata ini, aktiviti melibatkan matematik ini boleh didedahkan seawal usia bayi lagi dengan menggunakan Flash Card.
“Untuk bayi, mama ayah boleh mulakan dengan menggunakan FlashCards. Mulakan dengan titik dan nombor.”
Flashcard boleh menunjukkan kepada anda apakah yang bersamaan dengan 2 + 2, tetapi membiarkan anak-anak mendapat pengalaman secara langsung dengan mengira, mungkin berfungsi dengan lebih baik. Tentukan pilihan pembelajaran anak anda dengan mencuba kedua-dua flashcard dan pengalaman secara langsung.
Sesetengah kanak-kanak belajar dengan lebih baik dengan melihat jawapan pada kad atau mengira gambar pada kad. Individu lain tidak akan benar-benar mendapatkan konsep matematik sehingga anda membiarkan mereka mengira objek fizikal. Campurkan pelajaran matematik anda untuk melihat kaedah mana yang paling berkesan untuk anak anda.
Jadikan Rutin
“Kami lakukan matematik dengan anak-anak setiap hari. Setiap hari mereka makin bagus dan cepat belajar. Dan mereka tak perlu mengira pun tapi terus dapat beri jawapan sama macam kita orang dewasa.”
Gunakan matematik dalam rutin harian anda. Bantu anak anda memanfaatkan pelajaran matematik anda apabila anda memasukkannya ke dalam kehidupan seharian anda sambil menetapkan matlamat yang boleh dicapai dalam pembelajaran.
Pada lampu isyarat merah, berapa banyak kereta berwarna biru yang anda lihat?
Di kedai runcit, berapa banyak biskut yang dapat dibeli jika kita hanya mempunyai RM10?
Di klinik, berapa ramai kanak-kanak yang akan masih tinggal di bilik menunggu apabila tiga dipanggil masuk berjumpa doktor?
Jika kita hanya makan 1/4 daripada makanan tengahari kita, berapa banyak yang masih tinggal?
Berapakah harga lampin sekiranya ia mendapat diskaun sebanyak 25%?
Jadi perkenalkan matematik pada anak-anak seawal yang boleh supaya mereka mencintai ilmu matematik!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.