Bapa buat ujian DNA, sangsi bila anak ‘terlalu cantik.’ Seorang lelaki di Vietnam yang sangsi mengenai kecantikan anaknya kerana dilihat tidak mewarisi rupa paras seperti dia dan isterinya telah mendorongnya untuk menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA).
Bapa Buat Ujian DNA, Sangsi Bila Anak ‘Terlalu Cantik’
Kecurigaan lelaki itu ternyata benar apabila ujian DNA berkenaan mengesahkan bahawa dia bukan bapa kandung kepada anak perempuan tersebut.
Bagaimanapun punca kejadian itu bukan disebabkan oleh isterinya yang ‘bermain kayu tiga’ sebaliknya anak sebenar mereka tertukar dengan bayi lain.
Selepas DNA itu disahkan, wanita yang dikenali sebagai Hong itu membawa diri bersama anak perempuannya berpindah ke ibu kota, Hanoi.
Tindakan itu memaksa anak perempuannya yang dikenali sebagai Lan berpindah sekolah, yang mana insiden itu secara tidak sengaja mendedahkan kebenaran di sebalik apa yang berlaku selama ini.
Di sekolah baharu Lan berkenalan dengan seorang kawan perempuan, yang didapati rekod kelahirannya sama dengannya dan dilahirkan di hospital yang sama.
Ads
Pada suatu ketika dalam satu majlis hari jadi ibu sebenar kepada Lan terkejut melihat Lan persis dirinya yang sekali lagi meminta ibu Lan membuat ujian DNA.
Sekali lagi, ujian itu mengesahkan bahawa mereka sebenarnya telah bertukar sejak lahir, mungkin disebabkan oleh kesilapan kakitangan hospital.
Kini, kedua-dua keluarga itu kerap menghabiskan masa bersama, tetapi laporan tidak mendedahkan sama ada mereka akan mengambil tindakan undang-undang terhadap hospital tersebut. – Agensi
Rumah tangga penyanyi, Adira Suhaimi dan suami, Datuk Seri Adnan Abu menemui noktah selepas suaminya, Datuk Seri Adnan Abu melafazkan cerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat. Ikatan perkahwinan pasangan ini terlerai selepas sembilan tahun hidup bersama.
Adnan atau lebih dikenali sebagai Datuk Red melafazkan cerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Rawang selepas penyanyi berkenaan memfailkan penceraian kerana mendakwa tidak lagi wujud persefahaman dalam perkahwinannya.
Pada 25 Oktober tahun lalu, Adira memfailkan penceraian kerana mendakwa tidak lagi wujud persefahaman dalam perkahwinannya.
Bagaimanapun, Adnan tidak bersetuju dengan permohonan dibuat isteri keduanya itu dan ingin menyelamatkan rumah tangga mereka.
Untuk rekod, Adira memfailkan permohonan cerai terhadap Adnan di mahkamah ini pada 1 April 2019 namun menarik semula permohonan itu bagi memberi peluang kedua kepada suami selain cuba berbaik demi anak-anak
Adira dan Adnan berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5 dan Ayob yang kini berusia dua tahun manakala perkahwinan Adnan bersama isteri pertama iaitu Datin Seri Sharifah Norshafila Hassim, mereka dikurniakan lima cahaya mata.
Perceraian ibu bapa boleh memberi kesan yang mendalam kepada anak-anak, dan kesan tersebut berbeza-beza bergantung pada usia anak, kepribadian, dan situasi keluarga.
Berikut adalah beberapa kesan umum yang mungkin dihadapi oleh anak-anak apabila ibu bapa mereka bercerai:
Emosi Yang Terganggu
Anak-anak boleh merasa sedih, marah, kecewa, atau bingung mengenai perceraian. Mereka mungkin juga berasa bersalah, dengan fikiran yang salah paham bahawa mereka mungkin menjadi penyebab perceraian tersebut.
Masalah Tingkah Laku
Beberapa anak mungkin menunjukkan masalah tingkah laku sebagai reaksi terhadap perceraian. Ini boleh termasuk pergaduhan, melanggar peraturan, atau menarik diri dari aktiviti sosial dan sekolah.
Gangguan emosi dan perubahan dalam rutin harian boleh menyebabkan penurunan prestasi akademik. Anak-anak mungkin mendapati sukar untuk memberi tumpuan pada pengajian mereka.
Perubahan dalam Hubungan Keluarga
Anak-anak mungkin merasa tertekan antara dua ibu bapa, terutama jika terdapat konflik berterusan atau persaingan untuk kasih sayang dan perhatian anak-anak.
Isu Kepercayaan dan Komitmen
Pengalaman perceraian ibu bapa boleh mempengaruhi pandangan anak-anak terhadap hubungan dan kepercayaan. Ini mungkin mempengaruhi kemampuan mereka untuk membina atau memelihara hubungan pada masa depan.
Masalah Kesihatan Mental
Anak-anak yang mengalami perceraian ibu bapa berisiko lebih tinggi mengalami masalah kesihatan mental seperti kebimbangan, kemurungan, dan rendah diri.
Adaptasi dengan Perubahan
Anak-anak perlu menyesuaikan diri dengan banyak perubahan, seperti berpindah rumah, berubah sekolah, atau hidup dengan satu ibu bapa atau dalam susun atur keluarga yang baru.
Penting untuk ibu bapa untuk menyokong anak-anak mereka sepanjang proses perceraian dengan menjaga komunikasi yang baik, memberi banyak sokongan emosi, dan jika perlu, mencari bantuan daripada profesional seperti kaunselor atau terapis.
Ini dapat membantu mengurangkan kesan negatif perceraian pada anak-anak dan membantu mereka menyesuaikan diri dengan kehidupan baru mereka.
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Mudah sahaja hanya klik link di bawah dan daftar.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hidup berumah tangga tidaklah semudah yang disangka. Ada pasang surutnya. Ada waktunya rumah tangga dilanda emosi, merajuk dan sebagainya. Semuanya gara-gara masih mencari kesesuaian diri bersama pasangan.
Tak mengapa, asalkan kuncinya sabar. Menurut Parenting Influencer, Mohd Fhais Salim, belajarlah untuk reda dalam berumahtangga. Kita tambahkan kekurangan pasangan. Barulah aman bahagia.
Antara pengajaran penting saya belajar dalam rumahtangga ialah REDHA. Tak semua benda akan berlaku ikut kehendak & KPI kita, walaupun kita ketua keluarga.
Kalau nampak pasangan kita cuai sikit, selalu sangat terlupa tutup suis lepas guna jangan bebel dia. Redha dan pergi je tutup suis tu.
Kalau nampak pasangan macam tak pandai memasak ke apa, jangan di besar besar ketidakpandaian dia pula, redha & tapau je la makanan senang.
Kalau nampak pasangan garang sangat, tak lembut macam orang lain. Redha & hiburkan selalu dia. Wanita garang ni biasa kat luar je, dalam hati dia ada taman.
Kalau nampak pasangan selalu leka melayan anak-anak, kita depan mata pun dia tak layan. Redha je la, tu anak kita juga yang dia layan.
Kalau nampak pasangan selekeh & comot bila kat rumah, tapi kat luar bukan main lawa lagi. Redha dulu pasti ada hikmahnya. Ibu mana yang boleh 24 jam cantik molek di rumah memang hebat la.
Tak semua akan berlaku ikut KPI kita!
Jika yang di harap adalah kesempurnaan, maka kelemahan pasti akan makin tersembul keluar. Jika yang di harap adalah pasangan memberi kita rasa bahagia, maka pasti akan ada rasa kecewa. Sebagai ketua keluarga ujian terbesar bukan cari duit, bukan beli rumah, bukan jaga anak-anak. Tapi ujian terbesar kita ialah SABAR..
Sabar bukan 1 hari, bukan 1 tahun, bukan 10 tahun tapi kena sabar sampai kiamalt. Itu la ujian terbesar kita.
Penyampai radio dan pelawak, Ajak Shiro dipuji wargamaya kerana tidak malu mendedahkan bakal mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ulangan bagi subjek Matematik tidak lama lagi.
Semuanya demi memberi semangat kepada anak sulungnya yang turut sama mengambil SPM tahun ini selain memperbaiki keputusan peperiksaannya yang terdahulu.
Idea dan kesungguhan bapa kepada tiga cahaya mata ini sudah semestinya dipuji ramai. Akui Ajak lagi, keputusan itu dibuat selepas melihat anak sulungnya, Jad Thaqif yang turut lemah dalam subjek Matematik tertekan ketika berada dalam kelas tambahan.
“Apabila hantar anak masuk tuisyen, saya nampak dia (anak sulung) agak tertekan, Jadi, saya cakap pada isteri untuk daftarkan saya sekali untuk ambil ulangan SPM subjek Matematik.
“Sudahnya saya belajar Matematik bersama anak dengan guru yang sama di pusat tuisyen berkenaan. Semasa guru itu mengajar anak, saya pun turut berada di sebelahnya. Saya tunjuk kepayahan saya, anak saya tengok saya bersusah payah, dia ikut apa yang saya buat,”ujarnya.
Meskipun sudah berusia kata Ajak, dia tetap mahu mengambil peperiksaan ulangan itu untuk dirinya selain memberi semangat kepada anaknya.
“Walaupun saya sudah tua, tapi saya tetap mahu ambil peperiksaan ulangan.
“Ilmu penting kerana orang akan pandang kalau kita berpelajaran. Saya sendiri pentingkan pelajaran anak-anak dan pesan pada mereka agar jangan ikut jalan seperti saya,” katanya lagi.
Semoga berjaya buat Ajak dan anak untuk kertas peperiksaan Matematik nanti.
Terdahulu, Ajak yang mendirikan rumah tangga bersama, Nur Afifah Amin dikurniakan tiga orang cahaya mata, Mohamad Jad Thaqif, Mohamad Had Thaqif dan Nada Soffea.
Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.
Bayi menggigit ketika menyusu boleh membuatkan mama terkejut dan sakit. Ketahui punca serta 8 cara berkesan untuk mengatasi masalah bayi menggigit ketika menyusu dengan lebih tenang.