Bapa ditahan biar anak umur 6 tahun bergayut dikenderaan. Polis menahan lelaki yang membiarkan anak lelakinya berusia enam tahun bergayut pada sebuah kenderaan pacuan empat roda di Nilai, seperti rakaman video yang tular di akaun Twitter.
Bapa Ditahan Biar Anak Umur 6 Tahun Bergayut Dikenderaan
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Abdul Malik Hasim berkata, tangkapan ke atas lelaki berkenaan selepas polis terkesan dengan rakaman video tular terbabit pada jam 11.10 pagi tadi.
“Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai telah mengambil langkah dengan mengesan dan menahan pemandu kenderaan pacuan empat roda tersebut dan membawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai.
“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku melibatkan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Nissan Navara yang dipandu oleh seorang lelaki warganegara asing berumur 38 tahun di kawasan Bandar Baru Nilai.
“Kanak-kanak lelaki yang bergayut di pintu sebelah pemandu itu merupakan anak kepada pemandu tersebut yang berumur enam tahun.
“Perbuatan kanak-kanak tersebut adalah sekadar suka-suka dan menjadi kebiasaan kanak-kanak tersebut, membuat permintaan kepada bapa beliau untuk berdiri di luar kenderaan ketika bapanya memandu,” katanya.
Terdahulu, tular satu video rakaman berdurasi 27 saat yang di muat naik menerusi akaun Twitter #Update1111 (https://x.com/update11111/status/1880233849009107310s=48) memaparkan kenderaan dipandu dengan keadaan seorang kanak-kanak bergayut pada sebuah kenderaan pacuan empat roda berwarna perak.
Setelah tujuh minggu mengharungi cabaran demi cabaran, kini Ratu Hijabista bakal melabuhkan tirainya malam ini. Namun siapakah pemilik gelaran Ratu Hijabista 2020?
Empat finale ini, Fiffy Afrina, Qila Shahirah, Mellya Azizi dan Tina Aziz bakal berentap malam ini bagi dinobatkan sebagai Ratu Hijabista 2020. Bagi menjawab teka teki ini, jangan lupa saksikan keempat-empat mereka di Finale Ratu Hijabista pada 30 September, Rabu jam 9 malam di saluran Astro Prima HD.
Keempat-empat bakal ratu ini ternyata memiliki kehebatan malah mempunyai persona mereka yang tersendiri bagi bergelar Ratu Hijabista. Tidak hanya cantik semata-mata, kesemua gadis cantik ini juga petah berbicara malah kesemua mereka terdiri daripada calon yang memiliki daya intelektual tinggi serta beberapa kriteria lain yang membolehkan keempat-empatnya layak ke pusingan akhir.
Kenali Empat Finale Ratu Hijabista
Fiffy Afrina, gadis berasal dari Pulau Pinang ini merupakan pelajar Ijazah Sarjana Perubatan di UniKL Royal College of Medicine Perak (RCMP).
Manakala Qila Shahirah pula merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Komunikasi & Media Massa (Penyiaran) di UiTM, Shah Alam.
Gadis kelahiran negeri Selangor, Mellya pula merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Kewangan di UiTM Puncak Alam.
Manakala gadis berasal dari Putrajaya, Tina Aziz pula merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang di UiTM, Shah Alam.
Aksi Kemuncak Penuh Debaran
Aksi kemuncak ini nanti bakal diadili oleh personaliti berpengalaman yang terdiri daripada Puan Sri Normala Samsudin, selaku juri tetap serta pengarah dan penerbit popular, Michael Ang.
Tidak ketinggalan menghiburkan penonton di rumah adalah tiga penyanyi popular tanah air, Faizal Tahir, Siti Nordiana serta Khai Bahar.
Episod kemuncak pentas akhir ‘Ratu Hijabista’ yang bertemakan ‘Exclusive Elegant’ ini bukan hanya bakal disiarkan secara langsung dan eksklusif di saluran Astro Prima (125) dan Astro Prima HD (105) hari ini jam 9.00 malam bahkan juga untuk pilihan yang lebih fleksibel, episod pusingan akhir ini juga turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go.
Untuk pusingan kemuncak pada malam ini, penilaian akhir bergantung kepada persembahan tugasan individu yang akan diberikan kepada para finalis. Ketangkasan cara menjawab serta skil berkomunikasi mereka bakal diuji menerusi persembahan video pesanan khidmat masyarkat dan segmen soal jawab bersama barisan juri.
Selain gelaran juara, dua gelaran sampingan juga akan diberikan iaitu ‘Ratu Inspirasi Safi
Hijabista’ dan ‘Ratu Favourite’. Pemilihan adalah berdasarkan undian awam di laman web rasmi www.hijabista.com.my.
Rebut Hadiah Lumayan
Bukan sekadar gelaran Ratu bahkan juara ‘Ratu Hijabista’ akan membawa pulang beberapa hadiah yang cukup lumayan. Juara bakal menerima wang tunai RM10,000, tiara, trofi dan selempang. Naib juara pula bakal membawa pulang wang tunai RM5,000 beserta trofi dan selempang.
Sementara itu, pemenang gelaran ‘Ratu Inspirasi Safi Hijabista’ pula akan memenangi wang tunai RM3,000 beserta trofi dan selempang. Manakala ‘Ratu Favourite’ pula akan menerima wang tunai RM1,000 beserta trofi dan selempang.
Terdahulu, Ratu Hijabista yang diasaskan daripada Majalah Hijabista ini merupakan kerjasama strategik di antara saluran Astro Prima dan pihak Nu Ideaktiv Sdn. Bhd.
Pencarian ‘Ratu Hijabista’ yang dijalankan secara atas talian bermula dari 1 hingga 14 Jun lalu menerima lebih 550 orang penyertaan. Daripada jumlah tersebut, seramai 12 finalis terbaik telah disenarai pendek menerusi sesi saringan yang ketat untuk diserap masuk bagi memeriahkan penganjuran musim pertama.
Malam ini menyaksikan empat peserta finale yang layak ke pusingan akhir. Jangan lupa saksikan debaran episod kemuncak Ratu Hijabista pada jam 9 malam ini di Astro Prima HD. Siapa ratu pilihan juri?
EPISOD 6 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: ANAK BIJAK IQ, PEMAKANAN @ GENETIK
Pemakanan anak memainkan peranan penting bukan sahaja untuk tumbesaran malah untuk IQ anak-anak. Namun, adakah faktor genetik mempengaruhi perkembangan IQ mereka?
Saksikan Episod ke 6, Journey Bersama JoviaNina pada 30 September 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.
Hidayah itu milik Allah..Bagi yang mengenali pelakon kecil molek, Erynne Erynna atau nama sebenarnya, Syazlynne Erynne Abdullah, mesti akan ingat dia adalah antara pelakon kanak-kanak yang popular suatu masa dahulu.
Walaupun usianya mencecah 25 tahun, dirinya cukup dikenali ramai meskipun pada waktu kini dia kurang muncul di kaca televisyen tempatan semenjak mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya.
Menerusi perkongsian di instagram, penampilan terbaru Erynne mendapat perhatian apabila dia dilihat tampil manis berhijab sambil menutupi bahagian dadanya.
Bukan setakat itu sahaja, ibu kepada seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Medinah ini juga dilihat memakai jaket dan seluar bersaiz longgar.
“Saja mencuba buat masa sekarang. Biar perlahan tetapi pasti, InsyaAllah,” tulisnya di ruangan hantaran tersebut.
Perkongsian Erynne itu menerima banyak doa di kalangan netizen di mana ramai menitipkan doa buatnya untuk terus kekal beristiqamah dan dipermudahkan segala urusan.
Malah diruangan komen itu juga, Erynne turut mengucapkan terima kasih atas doa orang ramai dan dia turut berharap agar terus kekal istiqomah.
“Allahuakbar, ramai sungguh yang mendoakan baik-baik untuk Erynne. Subhanallah, moga Allah terus sama-sama memberkati kita semua dunia dan akhirat. Saya berasa sangat bersyukur atas kurniaan ini. Erynne sayang semua, terima kasih beribu-ribu kasih!
“Bagaimanapun, mungkin ramai yang ingat Erynne mula pakai tudung bermula dengan post ini, tetapi sebenarnya dalam proses nak belajar ke arah lebih baik.
“Niat untuk cuba dan cuba untuk sentiasa istiqomah,mula-mula dengan pakai baju yang longgar dan insyaAllah mana tahu lepas tu bertudung dengan senpurna pula kan?
“Tolong doakan Erynne ya, saya juga turut doakan segala kebaikan buat semua,” titipnya.
Terdahulu, penampilan Erynne yang serba ringkas ketika bercuti di Genting Highland membuatkan dia tidak kelihatan seperti seorang ibu malah ada yang menyangka anaknya itu adalah seperti adiknya sendiri. Malah, ada juga meluahkan ketidaksangkaan apabila pelakon tersebut sudah mendirikan rumah tangga.
Sekadar info, Erynne mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan hatinya, Afify Sazali pada 17 April 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Medinah pada 9 Ogos 2020.
Si comel kesayangan pasangan selebriti, Fazura dan Fattah Amin, Nur Fatima Aisya sentiasa menjadi perhatian ramai dengan gelagat comelnya.
Terbaru, gaya Fatima yang membuat video solekan mendapat perhatian ramai. Mana taknya, bukan hanya pandai melakukan langkah demi langkah solekan bahkan kepetahan Fatima buat ramai yang geram.
“Baru berapa hari mommy kerja kat Jakarta, anak mommy dah jadi influencer yaa.
“Tapi bagus productnya, satu je tapi boleh pakai untuk semua. Ada link tak nyamma? Mommy nak beli @fattahaminz,” tulis Fazura menerusi kapsyennya.
Dengan hanya satu produk, Fatima lincah menyapukan produk itu di seluruh wajahnya. Memang comel dan cukup bersahaja.
Terbaru, Fatima juga rupanya cukup sukakan selebriti tersohor Korea, Blackpink bila mana tampil dengan kasut merah jambu dan hitam. Memang comel.
Fatima yang mengenakan kasut merah jambu di sebelah kanan dan kasut hitam di sebelah kiri memberi dia memilih gaya itu kerana sukakan Blackpink. Cute.
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...