Jika sebelum ini Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menasihatkan hanya mereka yang sakit dan bergejala atau menguruskan orang sakit sahaja yang perlu memakai topeng penutup muka, namun dalam kenyataan Ketua Pengarah, Tedros Adhanom Ghebreyesus baru-baru ini menggesa menggesa masyarakat seluruh dunia memakai topeng penutup muka di lokasi yang berisiko tinggi dalam penyebaran COVID-19.
Tedros menjelaskan, panduan baharu itu adalah berdasarkan perkembangan semasa wabak.
Pekerja dan penjaga kesihatan juga turut digesa memakai topeng perubatan ketika menjalankan kerja di bahagian klinikal.
“Di tempat yang berisiko penyebaran, WHO menasihati setiap pekerja dalam kawasan klinikal memakai topeng perubatan.
Kini nasihat itu tidak hanya kepada mereka yang menguruskan pesakit COVID-19.
“Kedua, dalam komuniti, kami juga menasihati mereka yang berusia lebih 60 tahun ke atas atau mereka yang berdepan masalah kesihatan, perlu memakai topeng muka perubatan di lokasi yang sukar untuk melakukan penjarakan fizikal,” katanya lagi
Beliau juga menasihati, setiap kerajaan supaya menggalakkan orang awam untuk memakai topeng muka di kawasan berisiko penyebaran serta sukar melakukan penjarakan fizikal seperti di kenderaan awam, premis, lokasi berkurung dan tumpuan awam.
Ads
“Panduan ini mempunyai maklumat terbaru mengenai komposisi fabrik topeng, berdasarkan kajian yang dilakukan WHO,” katanya.
Sementara itu, ketua teknikal coronavirus WHO, Maria Van Kerkhove, turut mengakui keperluan memakai topeng muka bagi mencegah jangkitan COVID-19.
“Kami menggesa supaya ia dipakai dalam situasi yang berisiko mendapat jangkitan, situasi yang sukar melakukan penjarakan.
Ads
“Boleh dipakai dan harus dipakai adalah sesuatu yang harus dipertimbangkan secara serius,” katanya.
Pakai topeng muka yang ada tiga lapisan, elak kain sutera, berliang dan boleh diregang
Rekomendasi terbaru terhadap fabrik topeng muka ini, adalah seharusnya mempunyai tiga lapisan iaitu lapisan dalam yang menyerap seperti kain kapas, lapisan tengah yang bertindak sebagai penapis atau penghalang seperti polypropylene dan lapisan luar yang tidak menyerap seperti polyester atau campuran polyester.
Van Kerkhov menjelaskan, kain seperti sutera, berliang atau boleh diregang harus dielakkan.
Ads
“Kami sedang berusaha untuk mengeluarkan panduan bagi memastikan ia boleh dilakukan kerana jika anda mahu menggunakan topeng jenis kain, kain-kain tertentu digalakkan untuk diguna.
“Bagaimanapun kami juga merasakan topeng muka tidak cukup kuat dan risau jika ramai yang merasakan mereka sudah dilindungi sepenuhnya apabila memakai topeng ini. Ia adalah tidak benar,” katanya.
Sebaiknya bila berada di tempat tumpuan ramai atau tempat yang tertutup pakailah topeng muka kerana sesiapa sahaja boleh dijangkiti jika tidak melakukan amalan pencegahan seperti yang disarankan. Semoga dengan amalan pencegahan yang dilakukan kita semua dapat memutuskan rantaian penyebaran virus merbahaya ini. Stay Safe dan jangan lupa pakai penutup muka bila berada di tempat awam.
Sumber: Berita Harian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Menjadi seorang ibu bekerja bukanlah satu tugas mudah. Anda perlu lebih menjaga diri atau ada 8 risiko masalah kesihatan yang mungkin akan dialami. Jom ketahuinya, ikuti perkongian ini.
Bukan mudah tugas seorang ibu bekerja
Memegang tugas seorang ibu dan memiliki kerjaya bermakna anda akan berdepan dengan banyak isu tentang anak-anak selain tugasan hakiki kerja, sudah pasti ia menyebabkan tekanan.
Sekiranya ibu bekerja yang sibuk berasa tertekan, ini akan menyebabkan timbul isu kurang fokus dalam pekerjaan.
Keadaan tersebut pastinya cenderung menurunkan kadar produktiviti.
Tanpa sedar, tuntutan kerja dan tanggungjawab keibuan akan memberikan kesan kepada badan. Selain tekanan, ketidakseimbangan ini boleh sebabkan masalah kesihatan seperti penyakit fizikal.
Masalah kesihatan mempengaruhi ibu bekerja
Sebagai ibu, pasti anda mahu menjadi yang terbaik buat anak-anak. Tetapi dalam masa yang sama, anda tetap perlu menjaga kesihatan diri.
Berikut 8 masalah kesihatan yang berisiko untuk anda alami:
Sakit belakang
Duduk berjam-jam di meja kerja boleh menyebabkan ketegangan otot leher, belakang dan bahu. Balik ke rumah, perlu mendukung anak pula. Itu antara punca sakit belakang yang anda alami.
Kurangkan risiko anda daripada mengalami sakit belakang dengan bergerak sebanyak mungkin. Sekurang-kurangnya, setiap jam, bangun dan berjalan-jalan di sekitar kawasan kerja anda.
Lakukan regangan pada bahagian bahu dan leher. Untuk meregangkan bahagian belakang, angkat dan pegang antara kedua belah tangan ke belakang badan.
Sakit kepala
Ini antara masalah kesihatan yang paling kerap menyerang. Biasanya disebabkan kurang tidur, tekanan, kurang penghidratan yang banyak menjejaskan ibu yang mempunyai kerjaya.
Sebaiknya, anda perlu menjaga kadar pengambilan cecair agar mencukupi. Sentiasa pastikan anda mendapat rehat dan tidur yang mencukupi.
Jika sakit kepala menyerang sewaktu di tempat kerja, urut dengan perlahan bahagian sisi kepala.
Masih tidak baik? Apa kata anda rehat beberapa minit dengan mencari tempat yang tenang daripada bunyi bising, ini antara pencetus masalah sakit kepala.
Ketidakselesaan usus
Antara masalah kesihatan berkaitan ketidakselesaan usus atau irritable bowel syndrome (IBS) yang sering melanda ibu bekerja adalah seperti sembelit atau cirit-birit.
Ia boleh berlaku disebabkan dehidrasi, tabiat pemakanan yang tidak baik dan sudah tentu, tekanan.
Elakkan masalah ini dengan memperbanyakkan pengambilan probiotik yang baik untuk kesihatan usus dan serat daripada buah, sayuran dan bijirin.
Banyakkan minum air sepanjang berada di pejabat dan pastikan anda meluangkan masa beberapa minit untuk berehat daripada menghadap skrin.
Kegelisahan
Memikirkan banyak tugasan kerja dan rumah yang perlu dilakukan akan membuatkan anda berasa terbeban dan gelisah.
Keadaan tersebut boleh mengakibatkan badan sukar berehat dan menjejaskan proses pencernaan.
Kerja dan tugas seorang ibu tidak akan pernah terhenti. Jadi berikan sedikit masa untuk diri anda sendiri.
Anda boleh biarkan si kecil bermain di laman rumah sambil anda menikmati minum petang bersama pasangan.
Untuk elakkan wujud rasa gelisah ketika di tempat kerja, senaraikan isu penting yang perlu diutamakan dan letakkan had untuk perkara lain.
Saluran susu tersumbat
Bagi ibu yang lakukan penyusuan eksklusif, mungkin sukar untuk mengepam susu pada waktu bertugas.
Payudara yang tidak dikosongkan dengan betul boleh sebabkan masalah bengkak susu, saluran susu tersumbat dan masititi iaitu jangkitan bakteria pada tisu buah dada.
Berbincanglah dengan pihak pengurusan tempat kerja anda tentang keperluan anda untuk memperuntukkan masa mengepam susu atau ia boleh menyebabkan masalah kesihatan.
Jika masalah bengkak berlaku di tempat kerja, urutkan payudara sekitar saluran susu tersumbat.
Sakit pelvis
Otot ligamen serta tisu penghubung yang meregang semasa proses bersalin mengambil masa lama untuk pulih kepada keadaan asal dan boleh sebabkan kesakitan.
Keadaan itu pastinya menyebabkan ketidakselesaan buat ibu bekerja yang perlu duduk di meja kerja selama berjam-jam.
Hindari masalah kesihatan ini dengan meluangkan 10 minit untuk melakukan senaman Kegel dan senaman abdomen bagi menguatkan otot bahagian tersebut.
Sindrom terowong karpal
Carpal tunnel syndrome berlaku apabila tisu penghubung menjadi longgar.
Ia boleh menjejaskan keseluruhan badan. Buat ibu yang menyusu, anda akan lebih terdedah untuk mengalami masalah ini. Biasanya sindrom ini wujud kesan daripada pergerakan berulang, seperti menaip.
Kurangkan risiko dengan elak meletak pergelangan tangan di papan kekunci semasa menaip. Perbuatan itu memerlukan anda melentur pergelangan tangan ke atas.
Sebaliknya biarkan pergelangan tangan anda berada pada kedudukan yang sama di atas meja dan letakkan pelapik jika perlu.
Jika perlu semasa di tempat kerja, pakai pembalut pergelangan tangan untuk memastikan ia berada pada kedudukan neutral semasa menaip.
Kekurangan nutrien
Kekurangan nutrien seperti zat besi dan vitamin B12 buat ibu bekerja boleh menyebabkan keletihan. Keadaan ini akan lebih kronik buat ibu menyusu badan dan berkerjaya.
Disarankan untuk anda memperbaiki diet pemakanan harian anda atau mengambil suplemen multivitamin dengan zat besi setiap hari.
Sentiasa menjadi yang terbaik
Setiap ibu yang bekerja akan menghadapi cabaran unik. Sudah tentu sebagai ibu, anda mahu memberikan yang terbaik buat anak-anak dan keluarga.
Tidak salah jika anda sentiasa cuba bahagikan masa, tenaga, serta pemikiran antara tanggungjawab di rumah dan tempat kerja dengan sebaiknya.
Namun ibu-ibu semua, kesihatan diri tetap perlu diutamakan, okay?
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
WEBINAR AKU TAK TAKUT BERANAK
Sertai Webinar keibubapaan terbesar dianjurkan tahun ini. Pastikan anda bersama kami untuk bersama-sama mendapat ilmu dan peluang memenangi pelbagai hadiah.
🔸 27 JUN 2021
🔸 8.00 PAGI – 10.00 MALAM
🔸 Secara virtual di platfotm ZOOM
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone 📱
Bermula dengan demam pada bulan April tahun lalu adik, Nur Syifa Aulia Mohd Firdaus, 1 tahun 9 bulan, disahkan menghidap kanser Ephitilial Sarcoma atau kanser tisu lembut yang jarang berlaku di Malaysia.
Menurut ibunya, Siti Nur Ashima Makhatar, 29, Syifa mula disahkan menghidap kanser ini selepas dia demam April tahun lalu dan pada bulan Mei ada benjolan kecil di leher sebelah kirinya.
“Selepas bawa ke klinik, doktor bagi antibiotik namun selepas itu ia makin membengkak dan terus di bawa ke hospital.
“Sampai di hospital, Syifa dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) selama dua minggu dan baru doktor dapat sahkan ia menghidap kanser.
“Masa di ICU doktor terpaksa menebuk leher Syifa untuk pernafasannya kerana Syifa tak dapat nak bernafas dengan normal.
“Sejak itu, kehidupan Syifa dah berubah dan dia banyak terlantar,” kata Ashima.
Badan Syifa tak respon kimoterapi
Ashima menjelaskan, keadaan kesihatan Syifa sekarang dah makin merosot dan doktor pun tak boleh meneruskan lagi rawatan untuknya.
“Sebelum ini Syifa dah melalui 7 kali kemoterapi. Semasa fasa kelima kemoterapi, benjolan di lehernya dah surut dan menunjukkan perkembangan positif.
“Namun selepas itu, sel kanser kembali aktif walaupun dah habiskan 7 kali kemoterapi.
“Atas nasihat pakar, untuk memastikan keadaan Syifa stabil, doktor menasihatkan untuk buat kemoterapi yang lagi kuat. Bagaimanapun, selepas lakukan sesi kimoterapi tersebut, tiada respon ditunjukkan.
“Terbaru keadaan Syifa selain benjolan besar di leher kirinya, terdapat pula benjolan baru di belakang telinga sebelah kanan.
“Pakar dah tak boleh nak buat apa lagi kerana tiada tindak balas dan kini Syifa di bawa pulang ke rumah dan hanya bertahan dengan menggunakan ubat tahan sakit. Paling sedih setiap 4 jam sekali Syifa akan diberikan morfein untuk elakkan dia rasa sakit.
Berisiko buat pembedahan
Ashima menjelaskan, keadaan benjolan dileher Syifa itu tak dapat dibedah kerana ia betul-betul berada di atas nadi dan dekat dengan saraf otak.
“Kalau buat pun memang risiko besar. Lagi satu untuk buat radiologi tetap tak boleh kerana sel kanser ini dah merebak ke paru-paru,” ujarnya.
Tambah ibunya lagi, sejak bulan November lalu juga, Syifa dah tak boleh makan dan hanya bergantung susu semata-mata dan ayahnya juga terpaksa berhenti kerja sebagai pengawal keselamatan untuk menguruskan ulang aliknya ke hospital.
“Lepas habis sebotol susu, dia akan minta lagi sebotol jika dia belum rasa kenyang.
“Sedih sangat tengok keadaannya. Tapi saya sentiasa harapkan Allah mudahkan urusan Syifa. Sebelum ini rawatan tradisional pun dah cuba tapi tiada perubahan.
Bagi yang ingin membantu adik Syifa, boleh terus hubungi ibunya, Ashima di talian 011-2606 6091 atau 03111020184189 (Bank Islam) atas nama Siti Nur Ashima.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jangan cium mulut anak, mulut adalah bahagian privasi anak. Cium mulut/bibir anak ini tidaklah melambangkan sayang sebenar. Pilihan lain untuk menunjukkan kasih sayang dari segi sentuhan adalah dengan usapan kepala dan belakang badan ataupun pelukan. Bibir adalah bahagian sensitif yang sepatutnya dijaga sentuhannya.
Melalui perkongsian Wan Nur Syakira di facebook, perbuatan mencium mulut anak tidak boleh dilakukan dan dibiasakan kerana bibir termasuk dalam bahagian sensitif dan hanya anak-anak sahaja yang boleh pegang. Antara bahagian yang peribadi atau private adalah bibir, dada, zakar/faraj, punggung dan paha. Ini hak ekslusif mereka sahaja.
Menurutnya lagi, antara sebab kenapa ibu bapa tidak dibenarkan untuk cium bibir anak-anak adalah:
Bibir termasuk dalam anggota private part dan juga anggota seksual
Bibir ini sangat sensitif dan membuatkan manusia teransang .
Bibir sebenarnya dikhususkan untuk pasangan halal sahaja iaitu suami dan isteri.
Kawasan bibir adalah kawasan yang penuh dengan reseptor yang membuatkan tempat tu jadi supersensitif.
Dibimbangi boleh membangkitkan nafsu syahwat. Anak-anak pun akan jadi keliru bila umurnya meningkat ke umur 5 – 6 tahun nanti.
Kanak-kanak kecil tidak terlepas dari rasa “pleasure” akibat rangsangan itu. Mungkin ada masih bergurau mesra dengan kanak-kanak dengan mencium bibir mereka, hentikan dan gunakan cara lain yang lebih baik untuk bergurau dengan mereka.
Melalui perkongsian Dr Taufiq Razif, alternatif buat Ibu bapa boleh cium di tempat lain seperti:
1. Ciuman di kepala (ciuman kebanggaan)
Bila kita rasa berbangga dengan pencapaian anak kita. Contohnya dia berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan, cepat-cepat kita cium bahagian tengah kepala anak kita.
2. Ciuman di dahi (tanda reda)
Bila anak kita buat sesuatu yang membuatkan kita rasa reda dan ikhlas pada anak kita, dahi adalah tempat terbaik untuk kita cium.
3. Ciuman di pipi (ciuman rindu)
Bila ambil anak daripada taska atau bila anak baru pulang dari sekolah, tempat terbaik nak cium adalah di bahagian pipi.
4. Ciuman di tangan (ciuman kasih sayang)
Ciuman di tangan sangat istimewa, sebab itu kita perlu mengajar anak kita mencium tangan kita bagi menzahirkan rasa hormat dalam diri.
Kita perlu hormat sensitiviti anak dari kecil dan ajarkan anak pendidikan seksualiti.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tular di facebook perkongsian seorang wanita yang berkongsi kisah kakanya meninggal dunia ketika hamil didakwa mengalami kenaikan berat badan secara mendadak.