Anak-anak yang sedang membesar ni ada saja ragamnya yang mencuti hati. Ada masanya mereka akan buat perkara di luar jangkaan. Bila dikenangkan semula, memang lucu dan seronok bila teringatkan kerenah anak tersayang ni.
Sudah menjadi lumrah anak kecil suka bermain dan berkawan dengan kanak-kanak yang lain. Begitulah kemahiran sosial mereka menjadi lebih baik dan sebenarnya satu perkembangan yang bagus.
Seperti yang dikongsikan di akaun TikTok @belleamin, yang menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki yang difahamkan berada di sebuah hospital.
Apa yang mencuit hati adalah dengan mesranya dia menegur seorang kanak-kanak perempuan yang ada di sana. Kelihatan seperti mereka mungkin sebaya.
Dia memegang pipi kanak-kanak perempuan tersebut itu sebelum kemudiannya dicium. Ibu bapa kanak-kanak perempuan itu terhibur melihat telatah mereka berdua. Kemudian dapat dilihat seorang lelaki dipercayai ayah kanak-kanak lelaki itu memanggil anaknya.
Gelagat mereka berdua sememangnya mengundang tawa dari warganet. Berikut antara komen yang ditinggalkan;
Ads
Lucu betul momen ketika adik berdua tu nak berkenalan. Comel masing-masing, mudah saja nak berkawan. Begitulah telatah anak-anak yang menjadi hiburan untuk ibu ayah kenangkan pada masa akan datang.
Disaat dunia dilanda musim panas dan kes-kes strok haba yang melibatkan kanak-kanak, tindakan seorang guru yang mendenda pelajar Tahun 1 berjemur di tengah panas diselar wargamaya.
Semuanya berpunca selepas pelajar itu dikatakan datang lambat 10 minit lewat ke sekolah sekitar jam 2 petang.
Semalam, seorang ibu meluahkan rasa kekecewaannya dan memuat naik rakaman denda terhadap anaknya yang baru berusia tujuh tahun itu yang dibiarkan berjemur di bawah panas terik.
“Dalam pada pihak KPM mengambil langkah berjaga-jaga pada musim panas ni, anak aku selamba je ustazah denda jemur tengah cuaca panas atas alasan anak aku lambat ke sekolah.
“Dah la di pulaukan diasingkan berdiri jauh dari perhimpunan pelajar-pelajar lain disidainya anak aku sorang-sorang bawah panas terik jam 2 petang.
“Makan hati jugak tengok anak aku baru berusia 7 tahun Darjah 1 kena denda macam tu terkontang kanting sorang-sorang bawah panas terik. Dimalukan dan dipulaukan dari masuk barisan perhimpunan sekolah. Tidak dibenarkan masuk barisan perhimpunan akibat lambat 10 minit.
Gambar hiasan.
“Waktu pembelajaran masih belum bermula, semua pelajar belum lagi masuk ke bilik darjah. Masih lagi dalam perhimpunan. Agak-agak la kalau nak denda pun, tempat teduh ada kenapa nak denda tengah panas terik.
“Pandang budak tu macam anak sendiri, budak tu baru darjah 1 kot. Baru nak belajar kenal alam persekolahan yang sebenar.
“Salah ke kalau denda bawah tempat teduh,” tulisnya dikapsyen meluahkan rasa hati.
Bukan mahu memanjakan anaknya, namun ibu ini berpendapat hukuman sebegitu agak keterlaluan apatah lagi Malaysia berdepan musim panas sejak kebelakangan ini.
Bahkan katanya berkongsi, dia juga sudah membuat aduan kepada pihak atasan namun tidak diendahkan selepas tiada sebarang tindakan diambil.
Hati ibu mana yang tidak terkesan, apa lagi menyaksikan sendiri anak yang masih kecil dan baru mengenal alam persekolahan itu berjemur dari luar pintu sekolahnya. Sayu.
Video yang dikongsikan itu tular malah menerima lebih 1.5 juta tontonan yang menyelar tindakan itu.
Rata-rata wargamaya berpendapat tindakan berjemur di tengah panas itu sangatlah tidak wajar apatah lagi dikenakan kepada pelajar Tahun 1.
@dvafella Dalam pada pihak KPM mengambil langkah berjaga² pada musim panas ni..anak aku selamba je ustazah denda JEMUR tengah cuaca panas atas alasan anak aku lambat ke sekolah. Dah la di pulaukan diasingkan berdiri jauh dari perhimpunan pelajar² lain disidainya anak aku sorang² bawah panas terik jam 2petang sedangkan ustazah tu pandai pulak berteduh bawah koridor. Makan hati jugak aku yang tengok anak aku baru berusia 7tahun darjah 1 kena DENDA macam tu terkontang kanting sorang² diBAWAH panas terik. DiMALUKAN DiPULAUkan dari masuk barisan perhimpunan sekolah. Tidak dibenarkan masuk barisan perhimpunan akibat lambat 10minit. Waktu pembelajaran masih belum bermula..semua pelajar belum lagi masuk ke bilik darjah. Masih lagi dalam perhimpunan. Agak² la kalau nak denda pun, tempat teduh ada kenapa ko JEMUR anak aku tengah panas terikk! Apa la bodoh sangat pemikiran..akal ada tak guna ke? Musim panas kematian akibat strok haba pun dah banyak kes sekarang. Kalau buatnya anak aku rebah time tu ko nk bertanggungjawab ke? Lepas tangan je alih² mak bapak jugak kena hadap. Maaf ya aku dah tak boleh sabar tengok anak aku kena denda macam tu. Depan² mata aku pulak kena sidai tengah panas macam tu, kat rumah aku on aircond 24jam ko pandai² sidai anak aku tengah PANAS. Risaunya dgn kes stroke haba sekarang. Anak aku lambat bukan sengaja² aku nak hantar lambat, anak aku lambat bersebab. Aku bukan ibu yang bodoh yang tak tahu peraturan sekolah. Takkan lambat 10minit menyebabkan anak dah tak boleh hadir ke sekolah terus pada hari itu. Jadi warga pendidik ni kena peka..kena bijak kena ada jiwa. Pandang budak tu macam anak ko sendiri, budak tu baru darjah 1 kot. Baru nak belajar kenal alam persekolahan yg sebenar. Banyak cara lagi ko boleh denda kenapa cara bodoh jugak ko pilih? Salah ke kalau ko denda bawah tempat teduh macam ko berteduh bawah koridor?? Ko pandai cari tempat teduh nak berucap. #sekolahagamasesipetang#Pejabatpendidikanagamajohor#kementerianpendidikanmalaysia#pejabatagamanegerijohor @Fadhlina Sidek @KPM🇲🇾 ♬ Lagu Sedih – Muhammad abdul jafar
Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.
Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa pun tidak pernah menjangkakan kes yang bermula di Wuhan ini kini semakin meragut banyak nyawa di seluruh dunia. Terbaru, jumlah kes jangkitan Covid-19 kini sudah pun mencecah angka satu juta di seluruh dunia.
Laporan Astro Awani mendedahkan pandemik yang bermula di Wuhan itu kini meledak di Amerika Syarikat dengan angkat kematian yang terus meningkat dari hari ke hari terutama di Itali dan Sepanyol.
Malah menurut data yang dikeluarkan oleh Universiti Johns Hopkin, virus itu setakat ini telah membunuh lebih 51,000 dengan angka korban terbesar dicatat di Itali, diikuti Sepanyol dan AS.
Sesungguhnya perkhabaran ini semakin membimbangkan kita namun dengan memastikan setiap dari kita mengambil pendekatan untuk akur dan patuh kepada PKP yang diarahkan, jangkitan yang menular ini pastinya berjaya kita tangani dengan baik.
Berikut berita penuh mengenai hal ini di Astro Awani.
JUMLAH kes jangkitan COVID-19 kini mencecah angka 1 juta di seluruh dunia.
Pandemik yang bermula di Wuhan, China itu kini meledak di Amerika Syarikat (AS) dengan angka kematian terus meningkat di Itali dan Sepanyol.
Menurut data yang dikeluarkan Universiti Johns Hopkin, virus itu setakat ini telah membunuh lebih 51,000 dengan angka korban terbesar dicatat di Itali, diikuti Sepanyol dan AS.
Data yang direkod menunjukkan 100,000 kes pertama dicatat sekitar 55 hari, manakala 500,000 kes direkod dalam 76 hari.
Angka kes meningkat sekali ganda kepada 1 juta sepanjang lapan hari lalu.
Jumlah kes meningkat 10 peratus pada Khamis berbanding hari sebelumnya, kali pertama kadar peningkatan mencecah dua angka sejak virus berkenaan menular di luar China.
Sejumlah 117 kes dan wilayah melaporkan lebih 100 kes, 50 negara dengan wabak melebihi 1,000 dan tujuh dengan 50,000 kes atau lebih, kebanyakannya di Eropah.
Kadar kematian global kini lima peratus daripada jumlah kes, dengan beberapa negara termasuk United Kingdom, AS dan Sepanyol melaporkan peningkatan angka kematian beberapa hari kebelakangan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pengorbanan para petugas barisan hadapan terutamanya kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) yang bertungkus lumus merawat para pesakit positif Covid-19 yang bekerja siang dan malam pastinya mendedahkan diri mereka dengan risiko untuk dijangkiti virus tersebut.
Namun dalam satu kenyataan KKM menegaskan bahawa sehingga kini, tidak ada anggotanya yang dijangkiti COVID-19 ketika berkhidmat di wad atau unit rawatan rapi (ICU) hospital rawatan COVID-19.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ini kerana anggota kesihatan KKM mengamalkan langkah pencegahan dan memakai alat pelindung diri (PPE) semasa menjalankan tugas.
“Apabila kita lihat barisan hadapan KKM yang dijangkiti, 181 orang dan dua kematian, yang mana kematian yang direkodkan ini mempunyai sejarah perjalanan ke Turki serta Indonesia dan tidak berkaitan dengan jangkitan semasa bekerja.
“Daripada jumlah 181 itu, 67 peratus iaitu 122 dijangkiti di luar kawasan hospital, contohnya menghadiri majlis perkahwinan dan sebagainya kemudian mereka datang ke hospital sehingga ada yang menjangkiti rakan-rakan mereka,” katanya dalam sidang media harian perkembangan COVID-19 di sini hari ini.
Dr Noor Hisham berkata demikian bagi menjawab dakwaan seorang doktor hospital swasta bahawa KKM gagal melindungi barisan hadapan perubatan sehingga menyaksikan kira-kira 30 kakitangan perubatan dilaporkan dijangkiti virus itu ketika bertugas.
Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata jangkitan melibatkan petugas kesihatan bermula di hospital swasta dan susulan itu, KKM mengadakan dua mesyuarat bersama hospital serta klinik swasta pada 1 dan 12 Mac untuk meningkatkan langkah pencegahan bagi mengelak jangkitan.
Bagaimanapun, hasil siasatan menunjukkan bahawa sejumlah 36 petugas kesihatan mendapat jangkitan COVID-19 daripada pesakit yang tidak memaklumkan perkara sebenar mengenai hubungan rapat mereka dengan individu yang berisiko tinggi.
Selain itu, sebagai langkah pencegahan, KKM telah menyaring lebih 2,000 petugas kesihatan termasuk di fasiliti swasta secara berkala.
“Jadi, kita tak tunggu sama ada mereka dapat gejala dulu baru kita nak saring sebaliknya kita saring semua secara berjadual dan lebih 2,000 kita dah saring,” katanya.
Jadi untuk hargai penat lelah pengorbanan barisan hadapan kita ini, yang bukan sahaja berkorban tenaga malah masa bersama keluarga kerana tidak dapat bertemu dengan keluarga sepanjang bertugas. Sebagai rakyat yang prihatin kita seharusnya patuh dengan arahan kerajaan dan amalkan langkah pencegahan. Semoga penularan ini dapat dibendung dan kita semua dapat menjalani kehidupan yang normal kembali.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.