Si comel Muhammad Bilal, anak pasangan selebriti, Neelofa dan Haris Ismail menunjukkan perkembangan yang mengagumkan bila mana sudah pun mengenal huruf-huruf dalam bahasa Arab serta beberapa surah pendek biarpun umurnya baru mencecah satu tahun sepuluh bulan.
Menerusi Insta Story miliknya, Neelofa merasa cukup bangga dengan pencapaian anak kecilnya itu malah sebagai ibu dia sangat mementingkan konten yang ditonton anaknya.
Tidak hanya mengenal huruf-huruf dalam Bahasa Arab, bahkan Bilal sudah pandai berselawat dan mengalunkan beberapa surah pendek.
“Sebagai seorang ibu, saya tak tahu nak cakap bangga macam mana tah, Bilal boleh sebut satu satu huruf hijaiyah (tulisan arab),” luah Neelofa.
Bahkan kata Neelofa lagi, dia sentiasa menjaga segala konten yang dilihat oleh Bilal setiap hari.
“Konten-konten memang saya akan ambil dan pilih untuk dia tengok. Di usia satu tahun 10 bulan, masyaAllah dia boleh mengira 1 hingga 20, boleh kenal huruf ABC kecil dan juga huruf besar, surah al-Fatihah, selawat dan أ ب ت dan beberapa surah pendek,” tulisnya lagi.
Ads
Bahkan tambahnya lagi, biar pun penat kerana terpaksa mengawal apa yang ditonton oleh Bilal namun berbaloi bila melihat hasilnya malah dia paling berbangga melihat pencapaian anaknya.
Neelofa juga sempat mendoakan agar semoga anak anak sentiasa dalam jagaan, perlindungan dan pengawasan oleh Allah S.W.T.
Terdahulu, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga pada Mac 2021. Pasangan ini kini dikurniakan dengan dua orang cahaya mata lelaki iaitu, Muhammad Bilal dan Abdullah Abbas, lima bulan.
Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.
Kecelaruan obsesif kompulsif (OCD) sering disalahertikan dengan perfectionist (mereka yang mementingkan kesempurnaan). Ini turut berlaku pada kanak kanak. Walaupun kedua-duanya kelihatan hampir sama, OCD ialah masalah kesihatan mental yang boleh mempengaruhi kualiti hidup individu.
OCD adalah tingkah laku yang lebih ekstrem daripada mereka yang mementingkan kesempurnaan. Apabila berbicara mengenai OCD, ia terbahagi kepada 2 elemen utama.
Elemen obsesif dalam penghidap OCD
Ia merupakan satu bentuk impuls, gerak hati atau dorongan yang bermain berulang kali di fikiran penghidap OCD. Mereka yang mempunyai corak pemikiran sedemikian kebiasaannya cuba untuk tidak mengendahkannya.
Namun begitu, tingkah laku tersebut seringkali gagal memandangkan mereka takut apa yang bermain di fikiran mereka benar atau boleh berlaku. Masalah ini boleh menyebabkan penghidap OCD mengalami keresahan dan kemurungan sekiranya mereka tidak buat apa-apa.
Elemen kompulsif dalam penghidap OCD
Kompulsif adalah satu bentuk tindakan berulang-ulang yang dilakukan oleh penghidap OCD kesan daripada elemen obsesif yang dialami. Sebagai contoh, jika penghidap khuatir tangan mereka dipenuhi bakteria (elemen obsesif), tindakan yang akan diambil adalah dengan membasuh tangan berkali-kali (elemen kompulsif).
Penghidap OCD percaya bahawa tindakan kompulsif boleh menghindarkan sesuatu yang buruk daripada berlaku. Ia juga dapat mengawal rasa resah gelisah serta menghindarkan mereka daripada stres berkaitan dengan faktor obsesif mereka.
Adakah kecelaruan obsesif kompulsif boleh dialami oleh kanak-kanak?
Sudah tentunya setiap ibu bapa risau akan perkembangan kesihatan mental anak yang sedang membesar. Sekiranya anak mempunyai masalah OCD, ia boleh mempengaruhi kualiti hidup mereka dari pelbagai aspek.
Sebagai contoh, penghidap OCD yang takut akan bakteria dan perlu membersihkan diri berkali-kali boleh lewat untuk hadir ke kelas. Proses pembelajaran mereka turut terganggu sekiranya perlu melakukan ritual rutin bagi mengawal tahap obsesi mereka terhadap bakteria.
Malahan, masalah ini tidak eksklusif kepada orang dewasa sahaja. Kanak-kanak dan remaja turut berisiko didiagnosis dengan masalah OCD dan mengalami tahap kualiti hidup yang rendah.
Apa yang lebih parah adalah sukar untuk kita buat penilaian objektif jika kanak-kanak tersebut terlalu muda untuk mengenal faktor obsesi mereka.
Keadaan ini boleh menyebabkan wujudnya salah faham di antara ibu bapa dan anak yang bergelut untuk tidak terpengaruh dan keadaan kesihatan mental yang mereka hadapi.
Rutin, ritual dan perbuatan berulang kali yang dilakukan oleh anak
Ibu bapa lebih arif berkaitan dengan perubahan yang berlaku pada anak mereka sendiri. Salah satu daripada gejala lazim bagi kanak-kanak yang menghidap OCD adalah perbuatan berulang kali yang menjadi rutin bagi mereka.
Mereka seringkali berasa tertekan sekiranya rutin tersebut tidak dibuat pada satu masa. Sebagai contoh, ada kanak-kanak yang suka untuk memeriksa setiap barangan elektrik di dalam rumah sebelum mereka tidur.
Mereka perlu memastikan setiap daripadanya sudah ditutup. Apa jadi sekiranya mereka terlepas 1 atau 2 barangan elektrik? Mereka akan mengulang semula rutin tersebut sebelum tidur.
Ada juga anak yang mungkin tidak suka menyentuh benda kotor. Ia boleh disifatkan sebagai anak yang tidak mahu mengikat kasut sendiri, tidak suka menyentuh bahagian badan yang dianggap kotor seperti kemaluan walaupun ketika mandi dan sebagainya.
Mereka akan membasuh tangan berulang kali sekiranya perkara tersebut berlaku.
Marah sekiranya rutin mereka terganggu
Memang normal bagi kanak-kanak yang menyentuh benda kotor untuk membasuh tangan mereka selepas itu. Namun, jika perkara tersebut berlaku berulang kali dan mereka membasuh tangan lebih lama daripada yang biasa, ia boleh menjadi petanda awal OCD.
Lagi petanda OCD ialah mereka akan rasa marah, sedih dan tertekan jika rutin yang selalu dibuat tidak terlaksana. Ini bukan satu petanda tingkah laku normal.
Elemen obsesif yang tidak terkawal menyebabkan masalah tingkah laku. Sukar untuk kita ketahui apakah elemen obsesif yang bermain di fikiran anak-anak. Oleh sebab itulah komunikasi di antara ibu bapa dan anak penting bagi membantu mereka mengenal pasti faktor obsesi yang dialami.
Kanak-kanak yang menghidap OCD kebiasaannya malu dengan tindak kompulsif mereka sendiri. Ibu bapa perlu tahu bagaimana cara untuk mendorong si anak meluahkan isi hati mereka sendiri.
Jika ia tidak diuruskan dengan baik, perkara ini boleh menyebabkan berlakunya masalah tingkah laku. Mereka mudah mengamuk dan lebih suka mengasingkan diri memandangkan tiada siapa yang faham masalah mereka.
Mak ayah, ambil perhatian
Kunci kepada diagnosis dan rawatan oleh doktor bergantung kepada ibu bapa. Anda perlu ambil tahu setiap perkara yang berlaku dalam hidup anak anda. Sekiranya mereka mempunyai satu bentuk obsesi atau ketakutan, anda perlu tahu cara untuk menggalakkan komunikasi dengan anak. OCD bukanlah satu masalah kesihatan yang boleh diambil mudah memandangkan tanpa rawatan, ia boleh menyebabkan komplikasi mental yang lebih serius.
Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Jangan ketinggalan okay! Teruskan menyokong kami di @majalahpama #majalahpama #pamasuperbhuffaz
Buat pertama kalinya BINTANG KECIL membawa anda menyaksikan kisah magisnya ciptaan Allah di samping mendekati kehidupan para sahabat nabi dan tokoh ilmuwan di dalam siri Hikayat 1001 Malam yang disokong sepenuhnya dari TATEH. Saksikan setiap hari sepanjang bulan Ramadan ini istimewa bersama PU RIZ dan team BK Squad di Youtube Channel Bintang Kecil bermula 1 Ramadan pada jam 6.30 petang. Jangan ketinggalan! Follow @bintangkecil #bintangkecilmy #bintangkecil #1001Malam
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ada diantara anak-anak kita yang ketika usianya tiga tahun masih lagi tidak pandai bercakap malah tidak mengeluarkan perkataan bermakna.
Jangan dibiarkan, cepat-cepat bertindak jika anak tidak menunjukkan perkembangan yang sepatutnya.
Macam mana nak kenal anak ada masalah lambat bercakap atau speech delay? Ini panduan yang dikongsikan oleh Terapi Pertuturan/Bahasa, Pn Ruby Atika.
Apa tanda yang anak tu sedang mengalami masalah bertutur dan memerlukan bantuan?
A) Umur 2 tahun:
– masih tak ada perkataan
– ada perkataan tapi tak sampai 50 yang bermakna.
– tarik tangan apabila nak sesuatu. Tak cakap dan tak menunjuk.
B) Umur 3 tahun:
– masih cakap sepatah saja. Tak gabung perkataan jadi ayat.
– masih banyak bahasa jargon.
– boleh cakap abc 123 warna, tapi tak pernah panggil mama ayah.
– dah terdesak sangat baru cakap. Biasanya diam.
C) Umur 4 tahun:
– cakap ayat pendek saja. Gabung 2-3 perkataan saja. Tapi kebanyakkan hanya cakap 2 perkataan dalam 1 ayat.
– cakap yg penting saja. Ayatnya tak lengkap.
– susah nak jawab soalan “kenapa?”
– belum boleh bercerita.
– masih pelat dan sukar difahami apa dia cakap. Makin panjang dia cuba cakap, makin tak faham.
D) Umur 5 tahun :
– tidak bercerita
– pelat, kita kena teka apa dia cakap.
– dah pergi tadika, tak bercakap pula di tadika
– cikgu tadika complain dia asyik berjalan sana sini
atau kerap tantrum dalam kelas.
Perkembangan bahasa ni, ada umur kritikal iaitu dari lahir hingga umur 6 tahun.
Ini tempoh otak anak berkembang dengan pesat dan menyerap perkataan harian yang dia dengar.
Bila anak sakit, ibu ayah terpaksa berperang nak berikan anak ubat ikut jadual. Kalau anak yang senang makan ubat, tidak timbul masalah. Tapi kalau yang jenis susah makan ubat, boleh jadi konflik pula.
Menghadapi kerenah anak yang susah makan ubat ialah normal. Bila mereka sakit, ibu ayah akan berhadapan dengan rutin memberikan anak ubat dan ia akan berlaku berulang kali dalam sehari. Jadi bayangkan jika anda tidak mempunyai alternatif cara yang lebih mudah, tentu akan mudah stres dan tertekan. Lama-kelamaan boleh jadi marah.
Dr Zubaidi Hj Ahmad telah berkongsi 8 tips yang boleh digunakan oleh ibu bapa yang mempunyai anak yang susah makan ubat. Berikut ialah perkongsian beliau;
Banyak tips yang dikongsikan untuk memudahkan para ibu bapa memberikan ubat pada anak-anak mereka. Ada kalanya ibubapa terpaksa “berperang” dengan anak mereka.
Dewan penuh sorakan, gelak tawa kanak-kanak dan semangat ibu bapa yang luar biasa, itulah gambaran kemeriahan AKE Olympic with Adam & Ayra 2026 yang...