Memasuki usia dua tahun, Haryz atau nama penuhnya Muhammad Haryz Nadzim sudah boleh membaca buku ceritanya sendiri sebelum tidur.

Sekarang, si cilik pintar yang berusia tiga tahun ini menjadi individu paling muda yang terbaharu diterima masuk ke persatuan IQ tinggi global, Mensa. (anggota termuda pernah diterima masuk sebelum ini).

Ketika Haryz melontarkan beberapa patah perkataan pertamanya pada usia tujuh bulan, ibunya dapat merasakan ada sesuatu yang istimewa pada si kecil ini.

Walaupun ibu bapanya, Nur Asyikin Hashim dan Mohd yang tinggal di Durham, UK, mempunyai latar belakang kejureteraan tetapi mereka tidak pernah menyangka anak mereka akan menunjukkan tanda-tanda kepintaran luar biasa pada usia semuda ini.

“Kami tak mempunyai banyak pengalaman, jadi kami fikir dia macam kanak-kanak lain,” kata Anira dalam temubual eksklusif dengan Metro.co.UK.

Sehinggalah Haryz dihantar ke tadika dan pasangan ini diberitahu bahawa perkembanganya lebih cepat berbanding kanak-kanak lain, barulah mereka berdua sedar tentang keistimewaanya.

“Ketika berada di sekolahnya, dia dapat membaca keseluruhan buku-buku cerita kegemaranya,” kata Anira.

Haryz kini telah dijemput untuk menyertai Mensa British selepas mencapai skor IQ yang luar biasa iaitu 142 dalam ujian Stanford Binet.

Dia kini menjadi salah seorang individu termuda dalam dunia yang akan diterima masuk ke persatuan ekslusif tersebut.

Dia diuji oleh ahli psikologi yang mempunyai kepakaran dalam menilai kanak-kanak pintar, Lyn Kendall.

“Kami hanya mahu tahu dengan jelas bagaimana kami dapat membantunya.

“Kami berharap dapat membantunya mencapai sepenuhnya pontensi dan menyokong apa sahaja yang dilakukan.

“Kami tak mahu dia berasa kurang mendapat rangsangan, tetapi pada masa yang sama kami tidak mahu dia rasa dipaksa. Kami mahu dia menjadi kanak-kanak yang bermain dan melakukan perkara yang dilakukan oleh rakan seusia denganya,” kata Anira.

Selepas menyedari bahawa Haryz dapat membaca dan mengingati keseluruhan cerita pada usia dua tahu, ibu bapanya membuka saluran YouTube Little Haryz, supaya kanak-kanak lain dapat menontonnya dan dijadikan galakkan.

“Dia macam kanak-kanak berusia tiga tahun dalam segala segi.

“Dia suka main air berlopak, melukis, menyanyi, semua perkara normal untuk kanak-kanak pada usia ini.

“Program televisyen kegemaranya adalah Story Bots dan Numberblocks, tetapi dia lebih suka berbual dengan rakan-rakan yang lebih tua dan orang dewasa.

“Haryz suka bertanyakan soalan dan bercakap tentang angkasa lepas dan nombor.. dia suka baca buku.

“Kami berkomunikasi denganya dalam bahasa Melayu di rumah. Haryz sendiri tidak tahu dirinya bijak,” katanya.

Sumber: metro.co.uk, FB Nur Anira Asyikin Hashim