Bila anak menangis ada kata-kata sumbang supaya membiarkan sahaja anak sehingga anak reda dengan sendirinya. Betul ke cara macam ini?
Hakikatnya menangis adalah tanda dan cara bayi dan anak berkomunikasi dengan ibunya. Disebabkan hal itulah bila anak menangis jangan dibiarkan sahaja!
Ini yang dikongsikan oleh Penulis Keibubapaan, Pn Wawa Shauqi.
1. Menangis adalah refleks
Bayi lahir dengan sekurang-kurangnya 75 jenis refleks. Salah satu refleks adalah menangis. Selepas bulan ke 3-4 baru tangisan itu bertukar jadi ‘voluntary act’.
Sepanjang 3 bulan ke bawah, bayi tidak akan menangis dengan niat atau saja-saja nak berlakon. Tangisan bayi adalah cara bayi untuk berkomunikasi dengan ibu. Nak bagitau dia tak selesa, lapar, sejuk, letih dan sebagainya.
Ads
2. Melawan fitrah
Allah dah cipta mak ini secara biologinya memang ada tarikan auto untuk selamatkan bayi bila dengar bayi dia menangis.
Dengar sahaja bayi nangis, badan mak keluarkan hormon Oxytocin yang ‘menggesa’ untuk mengangkat anak. Dalam masa yang sama, hormon Prolaktin cetuskan penghasilan susu. Jadi, kenapa nak lawan fitrah ini?
3. Sains dah buktikan teknik cry it out gagal
Ads
“Saya dah cuba. Anak saya mahu diam lepas lama saya biarkan.”
Ketahuilah, bila anak dah diam, bukan petanda dia faham. Tapi petanda dia dah terlalu letih. Apa yang anak dapat? Hormon Cortisol iaitu hormon stres yang boleh mengganggu pertumbuhan anak
Jadi, kalau ada orang masihat macam di atas, anda hanya perlu senyum dan angguk sahaja. Buat sahaja cara sendiri yang boleh membantu anak.
Cuba tengok gaya anak kita marah. Gaya anak kita jerit. Gaya anak kita mengamuk. Gaya anak kita mintak tolong. Gaya anak kita merajuk. Agak-agak, mereka ni ikut perangai siapa?
Anak-anak ni RAJA COPY, CCTV paling power. Apa kita buat, semua dia tiru.
“Kids don’t learn from what you are teaching. But from what you are doing.”
Takut sangat kalau anak-anak ni ikut perangai buruk kita. Sebab obviously terserlah perangai kita sebenar.
Nak anak baik, kita dulu kena jadi baik. Nak anak sabar, kita dulu kena sabar.
Nak anak tak menjerit, kita dulu kena latih tak menjerit.
Susah? Mestilahhhh. Tapi, slowly. Hari-hari kita belajar. Kita usahakan untuk jadi role model yang terbaik untuk anak.
Jom amalkan doa ni. Selit selalu dalam doa lepas solat. InshaAllah lama-lama akan hafal.
Boleh baca jugak masa nak tidurkan anak.
Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menjadi penyejuk mata kami melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.
InshaAllah. Moga kita semua jadi ibu bapa terbaik untuk anak-anak kita semua.
Yang belum berkahwin, atau belum dikurniakan zuriat, moga Allah perkenankan doa kalian.
Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kabel-kabel yang berselirat bukan sahaja membahayakan nyawa anak, tapi ia menyakitkan mata kita yang melihatnya. Lagi pun bila ada anak kecil, wayar ini memang akan jadi perhatian mereka. Itu yang sangat dirisaukan.
Bagi memastikan wayar dan kabel di rumah tersusun elok, ibu ini kongsikan caranya mengemas rumah. Berikut perkongsian Puan Hani Mynis.
Haritu Hani ada kongsikan cara Hani uruskan kabel-kabel di rumah Hani kan? Hani simpan dalam laci di kabinet TV ruang tamu.
Alang-alang tu Hani kongsi pula charging station station kat rumah hani. Juga di ruang tamu letaknya. Hani gunakan troli ala Raskog Ikea tu je (beli di Shopee). Charging station ni salah satu stesen terpenting di rumah Hani. Kat stesen ni semua aktiviti mengecas di buat, bukan setakat cas hp dan ipad je. Juga cas berus gigi elektrik, cas mini food processors, cas wireless earphone, powerbank haha eh semua lah cas- cas buat kat sini.
Bila ada stesen khas macam ni senang nak kawal penggunaan hp juga. Contoh macam stesen ni ada curfew hours. Pukul berapa HP kena check in. Haha especially Aqil lah. So sebelum tidur semua hp dan tablet kena duduk dalam station ni. Jadi tak ada lah lagi kes bangun bangun pagi bateri tinggal 10% sebab lupa nak cas malam tadi. Untuk yang tengah berusaha untuk tak main hp sebelum tidur pun sesuai juga.
Boleh tengok setiap gambar ya cara Hani organise charging station di rumah hani. Buat masa ni tak adalah sempurna sangat sebab nampak juga wayar wayar kabel tu. Tapi sebab nak limitkan visual clutter Hani pilih semua wayar warna putih.
Sekarang ini cara paling praktikal untuk hani uruskan cas hp dan tablet di rumah. Semoga mendapat inspirasi untuk cara uruskan handphone kat rumah masing-masing ya.
Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Wanita itu, sifatnya sangat unik. Allah jadikan wanita insan yang sangat kuat dan kental berhadapan dalam isu rumah tangga.
Sanggup menggadai rasa bahagia sendiri, asalkan anak-anak terus bahagia. Sanggup terus dikhianati asalkan rumah tangganya itu terus bertahan tidak roboh.
Sanggup memberi peluang demi peluang kedua, ketiga, keempat dan beratus-ratus kali kepada suami yang menganiayai. Asalkan sahaja suami sedia berubah dan berjanji tidak mengulangi kesilapan yang sama.
Kita yang tidak mengalaminya pasti akan mengecam. Kenapa harus berjuang mempertahankan mahligai yang dibina sedangkan anai-anai sudah lama memakan segala tiang-tiang dan juga dindingnya? Hanya menanti retak dan roboh menyembah bumi.
Sesiapa pun tidak akan memahami situasi itu melainkan puan empunya diri yang merasai dan melalui ujian getir sebegitu dalam rumahtangga.
Banyak perkara yang perlu difikirkan oleh wanita-wanita besi yang diuji Allah. Wanita sebegini biasanya meletakkan kepentingan diri paling akhir berbanding yang lain.
Begitulah sikap wanita yang tampak lemah lembut penuh gemalai. Hakikatnya, mereka ini berhati kental dan sangat hebat berhadapan dengan pelbagai ujian kehidupan yang sangat dahsyat.
Perkongsian dari Puan Mawaddah MN ini cukup memberi semangat buat sahabat-sahabat yang sedang bertarung dalam ujian yang sangat getir itu melalui pengalaman-pengalaman orang-orang yang saya kasihi yang pernah melaluinya.
1. Pertama, jadikan doa itu sebagai senjata untuk berlindung. Berdoa dan memohonlah kepada Allah supaya badai yang melanda itu akan segera berakhir. Sama ada dalam keadaan selamat mahupun sebaliknya.
Jika berjaya diselamatkan, syukurlah. Jodoh itu masih panjang. Dan jika terpaksa meninggalkan, maka jangan terlalu berduka kerana kita tetap punya Allah yang sentiasa mengasihi dan menyayangi.
Mohonlah bersungguh-sungguh kepada Allah. Fokus pada doa yang dipohon. Nyatakan secara spesifik doa yang dipohon. Allah Taala pasti mendengar dan memberikan jalan keluar bagi setiap masalah yang diberi.
“Dan Rabbmu berfirman: “Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina“. (QS. Ghafir: 60)
2. Buatlah keputusan berdasarkan kepentingan agama. Andai hubungan suami itu diteruskan tetapi anak-anak melihat contoh teladan yang tidak baik hampir setiap hari, maka sebaiknya ditinggalkan.
Ibu mereka dibantai setiap hari. Diugut setiap hari. Dirampas segala harta yang boleh digadai. Solat dan puasa jauh sekali untuk diteladani anak-anak. Maka sedemikian itu, seharusnya dijauhi kerana situasi itu mampu membina mimpi dan igauan buruk dalam diri anak-anak. Sedikit sebanyak pasti akan memberi tempias kepada sikap dan perilaku anak-anak di masa hadapan.
Suami isteri yang bertelingkah selalu terlupa akan hal ini kerana fokus mereka adalah hubungan mereka. Hakikatnya, anak-anak melihat dan mendengar setiap hari. Terakam kisah ngeri yang pastinya sukar dipadam dari memori mereka sehingga mati. Lantas, jangan biarkan mereka terlalu lama dipaksa melalui kisah-kisah hitam ibu dan ayah mereka.
Ketahuilah, anak-anak itu ibarat kain putih. Mereka akan tercorak dengan lukisan yang ibu bapa mereka lakarkan di kain putih itu.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ـ رضى الله عنه ـ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم “ كُلُّ مَوْلُودٍ يُولَدُ عَلَى الْفِطْرَةِ، فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ أَوْ يُنَصِّرَانِهِ أَوْ يُمَجِّسَانِهِ
Maksudnya:” Setiap anak yang dilahirkan itu dalam keadaan fitrah (suci bersih), kedua ibubapanyalah yang mencorakkanya menjadi yahudi atau nasrani atau majusi.” (HR Al-Bukhari)
3. Bersegeralah mendapatkan nasihat orang-orang terdekat yang dipercayai. Ya, dipercayai! Kerana sesungguhnya, silap percaturan mencari tempat meluah rasa dan membuat keputusan juga, akan membinasakan diri.
Dianjurkan agar mendapatkan bimbingan dan juga kaunseling rumah tangga di pejabat agama agar lebih terarah sudut perbincangan dan sesi konsultasi.
Saya berkongsi coretan ini di sini bukan atas kapasiti sebagai seorang yang berkredibiliti dalam urusan nikah kahwin atau perdamaian.
Tetapi, saya kongsi kisah-kisah orang-orang yang saya sayang yang diuji ujian sehebat ini dalam rumahtangga mereka. Mereka sangat bijak melalui saat getir itu. Dan saya rasa rugi jika perkongsian mereka ini terus diperam.
Barangkali ada sahabat-sahabat pembaca yang sedang melaluinya. Semoga dapatlah memberi sedikit panduan untuk membuat keputusan.
Perceraian itu sangat tidak disukai Allah sehingga bergegar tiang arash. Tetapi, ianya tetap menjadi jalan penyelesaian yang diberi agama terhadap rumahtangga yang sudah terlalu tenat.
Semoga Allah mengurniakan sinar kebahagian kepada kita semua.
Satu kisah yang mengejutkan dan membuka mata ramai ibu bapa mengenai kepentingan pemakanan seimbang untuk anak-anak. Seorang pelajar darjah 2 dilaporkan mengalami buta sepenuhnya...