Baru memasuki usia 7 bulan, Emelia sudah pun pandai bermain sendiri walaupun tidak ditemani sesiapa.
Video tersebut di kongsi di laman Instagram Dr Sheikh Muszaphar dan mendapat tontonan sebanyak 200 ribu dari warga maya. Dr Sheikh Muszaphar turut berkongsi bagaimana cara dia mendidik anaknya itu menjadi berdikari dan tidak melekat seawal usia.
Video – Emelia bermain sendiri
Antara salah satu cara untuk jadikan anak anda berdikari dan tak melekat adalah dengan membiarkan mereka bermain sendiri. Letakkan beberapa mainan berhampiran dengan mereka. Biarkan mereka sibuk bermain.
Ads
Bersama dengan anak dahulu kemudian bergerak secara perlahan-lahan menjauh. Sentiasa bercakap supaya mereka rasa selesa dan tahu anda masih ada disekitar mereka.
Tak lama lagi anda boleh membiarkan sahaja mereka bermain tanpa anda disisi.. yang paling penting pastikan keadaan sekeliling selamat
Sekadar berkongsi
Ads
Love As Always
PS – Emelia tak suka tummytime tapi dia yang boleh duduk dulu berbanding Eusoff. Mungkin sebab badanya yang lebih ringan- Haha
Mengajar Anak agar pandai berdikari dan tidak melekat seawal usia penting supaya ibu ayah dapat menguruskan mereka dengan baik.
Dr Sheikh Muszaphar, 49 tahun, dan Dr Halina, 40 tahun, mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010. Hasil perkahwinan itu, mereka sudah dikurniakan enam cahaya mata iaitu Sophea Isabella, 10 tahun, Sophea Natasha, 8 tahun, anak kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah, berusia 4 tahun dan sepasang kembar, Emelia dan Eusoff 7 bulan.
Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tempoh usia 0 hingga 6 tahun adalah fasa penting bagi anak. Pada masa ini perkembangan peribadi, tingkah laku dan ekspresi emosi anak sedang dalam proses penyesuaian. Peranan ibu bapa dalam tempoh ini adalah untuk beri perhatian dan mengajar anak ikut usia.
Apabila dah masuk 7 tahun, anak akan mula memahami apa yang boleh dan tak boleh dilakukan kerana di usia ini ibu bapa perlu ajar disiplin. Sebab itulah bila anak dah makin besar kena jelas priority. Tak boleh lagi nak,
– hari-hari beli mainan – manjakan anak sangat – fikir nak bagi anak enjoy sahaja – ikut semua kemahuan dia – shopping barang anak sesuka hati
Anak dah besar, keperluan dan tanggungjawab automatik dah jadi makin besar. Kadang tak semua kemahuan anak tu kita kena turutkan.
Bukan nak berkira-kira tapi nak hati-hati berbelanja. Tak mahu keperluan anak yang penting-penting terabai pula nanti.
Amanah dah besar, duit nak pakai untuk besarkan anak pun makin banyak.
– sekolah dia
– kesihatan dia
– makan dia
– pakai dia
– supplement dia
– buku dia
Dan banyak lagi keperluan anak dah patut jadi priority kita masa ni. Fasa manjakan anak tamat di usia dia 6 tahun, masuk 7 tahun dah start fasa untuk disiplinkan dan mendidik anak tentang realiti dunia sebenar.
Tak semua yang dia suka dan mahu akan dapat. Wallahu A’lam,
Tak sabar tunggu baby lahir, nak persiapkan mental dan fizikal sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang ilmu persediaan urus bayi selepas lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma: Misi Mama Sambut Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-e-workshop-misi-mama-cantik-sihat/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila pergi rumah orang, tengok kuali, periuk berkilat kadang terdetik dalam hati “Rajinnya cuci periuk, tak nampak langsung kesan hitam atau minyak yang melekat.” Ini respon secara automatik.
Mungkin bagi sesetengah individu tak kisah sangat bab periuk, kuali yang ada kesan hitam, janji dapat masak di rumah. Cuma bagi sesetengah orang memang lepas masak akan terus gosok sampai licin dan berkilat. Bukan pasal cerewet tetapi dah terbiasa.
Apa-apa pun ia terpulang pada anda. Jika dapat tahu rahsia ini pun sangat bagus. Sekurang-kurangnya periuk, kuali yang digunakan dapat tahan lama. Sebab tu zaman mak-mak kita dulu, walaupun periuk belanga dah guna berpuluh tahun, sampai dah ada cucu dan cicit pun masih elok lagi.
Sekarang ini pun, dah banyak bahan cucian yang dijual di pasaran untuk menjadikan periuk sentiasa berkilat dan kesan hitam mudah tanggal.
Bagi anda yang nak tahu rahsia Puan Mariyah Ghazali sehingga periuk, kuali di rumahnya berkilat walaupun lebih 8 tahun digunakan hanya satu bahan sahaja iaitu menggunakan sabun mandi.
Sejak dulu lagi memang sabun ini sahaja yang digunakan. Memang puas hati. Harganya pun tidaklah mahal.
Lagi satu cara yang dipraktikkan adalah lepas masak, jangan bertangguh untuk mencuci permukaan bawah periuk atau kuali tu. Jika terus berus, memang mudah nak hilangkan kotoran itu. Apa yang menjadi masalah, kebanyakan kita hanya membasuh dibahagian dalam sahaja. Itu yang menyebabkan bila lagi lama, lagi tebal kesan kotoran minyak sehingga berkerak dan hitam.
Bila dah jadi macam ni, semestinya kita pun malas nak memberus dan biarkan sehingga hitam.
Apabila dah nampak kehitaman, nak sental bukan mudah sampai ada yang cuba kikis dengan pisau atau lebih malas lagi terus buang dan beli yang baru.
Sebelum ini pun, cara Mariyah mengemas dan menghias rumah rakitnya pernah tular sehingga mendapat pujian ramai. Walaupun bukan rumah mewah, tetapi dekorasi dan kebersihannya sangat tip top.
Ibu kepada seorang cahaya mata ini pernah berkongsi yang dia akan pastikan sebelum nak keluar ke mana-mana atau nak tidur rumah wajib dalam keadaan kemas.
Ada anak kecil bukan halangan untuk rumah sentiasa kemas. Semuanya atas diri masing-masing. Rumah kecil atau besar, bukan alasan sebab syurgaku rumahku.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dalam kehidupan moden pada masa ini, kita sentiasa berada dalam keadaan stress. Kita mengalami rasa stress tanpa menyedari kita berada dalam stress kerana kita tidak tahu kita berada dalam keadaan stress dan kita tidak merasakan stress ini menganggu kita. Inilah yang dikatakan sebagai stress yang kronik.
Pada zaman silam, orang-orang zaman dulu juga mengalami stress tetapi dalam jangka masalah yang pendek. Sebagai contoh ketika berburu, mereka terserempak dengan harimau. Mereka akan stress. Degupan jantung akan menjadi laju, pernafasan akan bertambah pantas dan tahap gula akan meningkat dalam darah (untuk mendapat tenaga tambahan sama ada untuk lari atau melawan). Keadaan stress ini akan menyelamatkan mereka. Keadaan stress ini akan berakhir apabila mereka selamat kembali ke rumah.
Pada masa sekarang di zaman moden ini kita sentiasa mengalami stress. Kita mengalami pelbagai masalah yang menyebabkan stress dari segi kehidupan peribadi (pekerjaan, kewangan), hubungan suami isteri, anak-anak dan rakan sekeliling kita, dan malah peralatan elektronik seperti telefon bimbit boleh menyebabkan kita stress.
Bayangkan kita bangun awal pagi sekitar pukul 5-6 am ketika kita masih memerlukan rehat (tidur) kerana tidak tidak dapat melelapkan mata malam semalam. Kita terlalu risau dengan pekerjaan dan hal anak-anak kita).
Kita bersiap sedia dengan pantas untuk ke tempat kerja dan menyediakan sarapan anak ke sekolah. Apabila kita memandu di tempat kerja, jalan raya telah dipenuhi dengan kenderaan dan kita berada dalam kesesakan jalan raya. Sedangkan kita sudah agak lambat.
Kita mula gelisah dan mungkin memaki hamun kenderaan yang memotong kita dengan tergesa-gesa atau memandu dengan kelajuan yang perlahan. Kita tengah mengalami stress tanpa kita sedari.
Sampai di tempat kerja, kita pula marah kerana tiada lagi pakir kereta untuk kita. Sampai di meja tempat kita bekerja, seperti biasa kita menjadi sibuk dan tahap stress kita semakin meningkat.
Kemudian bila tamat bekerja, kita cepat-cepat keluar untuk mengambil anak atau mengelakkan kesesakan jalanraya. Kita menjadi stress bila ada pemandu yang meng’hon’ di belakang kita.
Sampai di rumah kita melihat pinggan mangkuk bertimbun dalam sinki, baju berlonggok belum dicuci, ada selonggok kain yang belum dilipat. Kita terus stress sebelum stress kita yang tadi menurun.
Kita pula menyediakan makanan untuk makan malam. Ada anak kita yang telah tertidur tetapi belum mandi lagi. Anak kecil pula bergaduh dengan abang/kakaknya. Kita marah dan stress lagi.
Lepas kita selesaikan semua ini, kita baru hendak berehat setelah menggosok baju, Jam telah menunjukkan pukul 12 atau 1 tengah malam. Bila baru hendak baring di atas katil, kita teringat yang ada barang dalam kereta yang belum dimasukkan ke dalam peti sejuk.
Tentu kita biasa dengan situasi yang lebih kurang begini. Jika ia berlaku sesekali, mungkin tidak mengapa. Tetapi ia berlaku setiap hari, kita mengalami stress yang kronik.
Stress yang kronik, masa tidur kita bukan saja tidak mencukupi tetapi kualiti tidur kita juga teruk, pemakanan kita yang tidak seimbang dan tidak bernutrisi. Kita tidak melakukan sebarang aktiviti fizikal. Apatah lagi aktiviti kerohanian yang akan membantu kita mendapat ketenangan dan kedamaian.
Kita akan mengalami masalah ketidakseimbangan hormon akibat kerosakan pada kelenjar hormon dalam tubuh kita terutama kelenjar adrenal yang sangat sensitif terhadap stress. Jika ia berlaku bertahun-tahun, kelenjar adrenal kita akan mengalami keletihan. Keadaan ini dinamakan “adrenal fatigue”.
Ini menyebabkan kita akan menjadi lebih mudah mendapat penyakit atau mendapat penyakit pada usia yang lebih muda, berbandingan dengan orang-orang yang terdahulu.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kadar Kelahiran Malaysia mencatat paras terendah sejak 1980 apabila hanya 414,918 kelahiran direkodkan pada 2024. Apakah kesannya terhadap ekonomi, tenaga kerja dan masa depan negara?