“Tidak sangka hari pertama arwah dihantar ke rumah pengasuh menjadi hari terakhir saya dan suami melihatnya bernyawa,” kata Safiah, 29, ibu kepada Muhammad Aydan Firas Muhammad Faris Azim.
Kanak-kanak berusia setahun itu disahkan meninggal dunia di sebuah hospital swasta di Setapak selepas dikatakan tidak sedarkan diri di rumah pengasuhnya di Taman Melati, di sini, kelmarin.
Menurut laporan Harian Metro, Safiah berkata, dia dihubungi pengasuh pada jam 12 tengah hari memaklumkan anaknya kebiruan dan tidak sedarkan diri.
Gambar Hiasan
Menurutnya, cemas mendengar perkhabaran itu, dia bergegas dari tempat kerja ke rumah pengasuh sebelum dimaklumkan anaknya sudah dihantar ke klinik dan dirujuk ke sebuah hospital swasta.
Ads
“Sebaik tiba di hospital, doktor yang memberi rawatan kecemasan mengesahkan Muhammad Aydan sudah meninggal dunia. Jenazah kemudian dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.
“Bedah siasat mendapati tiada unsur jenayah namun punca kematian masih belum dapat dipastikan sehingga laporan lengkap selesai,” katanya.
Ads
Jenazah Muhammad Aydan disolatkan kira-kira 30 ahli keluarga dan rakan rapat ibu bapanya sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Raudah Sakinah, Batu Muda, Kuala Lumpur.
Safiah berkata, anak keduanya itu sebelum ini dijaga keluarganya namun dia dan suami berhasrat menghantar ke rumah pengasuh supaya arwah dapat bergaul dengan kanak-kanak lain.
Katanya, dia dan suami reda dengan pemergian anak lelakinya tetapi berharap keadilan terhadap punca kematian dapat dicari namun bukan bermakna mahu menyalahkan sesiapa.
Ads
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Rajab Ahad Ismail ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan.
Katanya, punca kematian akan dimaklumkan sebaik polis menerima laporan lengkap forensik.
Gara-gara puas tak dapat ke mana-mana, macam-macam idea anak-anak kita buat untuk mengisi masa lapang dan bermain dengan adik beradik dalam musim Covid ini. Ibu ayah pun tak boleh nak marah sebabnya faham anak dah lama tak boleh keluar ke mana-mana.
Jadi selagi tak membahayakan diri, apa saja yang anak rasa boleh mengembirakan hati mereka, ibu ayah terpaksa reda, janji emosi anak-anak ok.
Seperti yang dikongsikan oleh ibu ini, Puan Azrina Mat Isa, dia berkongsi gelagat tiga anaknya yang dah kepuasan gara-gara tak dapat nak keluar dan mandi kolam hingga tercetus idea yang langsung tak terfikir.
Anak-anak minta plastik merah yang bersaiz besar tu. Saya bagi je, tak tau mereka nak buat apa. Anak-anak main air di belakang rumah. Selepas beberapa ketika, tergerak hati nak pergi jenguk apa yang mereka buat.
Rupa-rupanya mereka isi air dalam plastik dan duduk dalam tu seolah-olah jadikan seperti kolam persendirian. Urut dada tengok gelagat mereka.
Apabila tanyakan anak-anak kenapa buat macam ni. Mereka kata mulanya nak isi air dalam plastik dan nak cucuk dengan lidi. Kononnya buat macam shower dalam bilik air. Tapi bila buat macam tu rasa tak puas hati, dan terus masuk duduk dalam plastik lagi senang.
Disebabkan saiz badan anak kecil, muatlah mereka duduk dalam plastik dan isikan air bagi penuh. Yang hairannya elok pula plastik tu dan tak terkoyak pula.
Oleh kerana masing-masing nak selamatkan diri dari kena marah, mereka bagi alasan ibu tak nak belikan kolam.
Aduhai anak, ibu bukan tak nak beli, dah tiga kali beli, semua berakhir dengan episod kolam terkoyak. Nampaknya ibu kena fikir alternatif lain untuk gembirakan hati anak-anak dapat mandi kolam.
Yang lucunya juga, sekali tengok masing-masing duduk dalam plastik tu, seperti ‘tembuni’ yang penuh dengan air ketuban.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kasih sayang seorang ayah tiada bandingannya. Sebolehnya mahu sentiasa berada di sisi di saat-saat memerlukan. Perkongsian bapa ini amat menyentuh hati, bagaimana usahanya untuk berada di sisi dan pengorbanan orang di sekeliling melihat bersatunya keluarga kecil ini amat memilukan.
Cabaran buat pasangan jarak jauh ialah apabila anak atau pasangan jatuh sakit. Bapa ini, Shauki Abu yang bertugas sebagai pendidik di sebuah daerah pedalaman ini berkongsi perjalanannya menemui si kecil yang terletak di Sibu.
Perjalanan berjam-jam lamanya dan menempuhi pelbagai halangan berbaloi akhirnya anak yang dikasihi berada di pangkuan.
“TAK PEDULI, RISAUKAN ANAK”
Menurut bapa ini, bayinya mengalami demam panas dan perlu dirujuk dibawa ke hospital. Menerima berita yang mengejutkan ini, hati bapa ini tersentak. Apatah lagi apabila anaknya masih kecil dan isterinya juga berseorangan di sana tanpa ahli keluarga menghadapi situasi cemas. Dia yang sedang berada di sekolah terus ke pekan untuk menaiki perahu. Anak adalah segala-galanya.
GURU BESAR & RAKAN GADAI NYAWA HANTARKAN
Perjalanannya dibantu & ditemani guru besar dan rakan-rakan setugas. Bapa ini amat menghargai pengorbanan ketua dan rakan-rakan yang sanggup bergadai nyawa keluar pada waktu malam untuk menghantarnya. Selepas melalui jalan sungai, Shauki perlu pula melalui jalan darat menggunakan kenderaan pacuan empat roda.
NAIK PERAHU AIR DERAS
Turut dikongsikan rakan & guru besar yang sanggup bergadai nyawa menghantarnya dengan menaikni perahu dengan air deras.
RAKAN ISTERI MEMBANTU
ANAK ALAMI BENGKAK TONSIL & TIDAK AKTIF
Perkara utama yang dicari setibanya di hospital tentulah si anak. Menurut Shauki, anaknya mengalami bengkak tonsil dan sebab itu gula dalam darah menurun dan si kecil jadi tidak aktif.
Manakala rakan-rakan dan guru besar yang menghantarnya tadi pula terkandas kerana air sungai deras akibat melawan arus. Lebih mengharukan ialah rakan-rakannya hanya sempat pulang ke rumah pada jam 4.30 pagi dan terus ke sekolah beberapa jam selepas itu.
BERTAHAN ANAQI, PETANG NANTI ABAH SAMPAI…
Turut dikongsikan bapa ini yang dia akan mengambil bot paling awal untuk ke Sibu.
KAMI KUAT KERANA KUDRAT DARI ALLAH
BERHARI TIDAK KETAWA, ANAK GIRANG SAMBUT KEDATANG BAPA
Apabila kes Influenza meningkat dan media massa banyak membicarakan isu ini, terdapat pelbagai khidmat nasihat yang berlebih-lebihan pula disebarkan. Nampak terlalu panik dan obses pula masyarakat dalam mencegah dan merawat kes selesema dan demam.
Bagaimanapun menurut Dr Suhazeli Abdullah, sebagai masyarakat dan ibu bapa, anda kena bertenang dan ikut langkah pencegahan ini.
EMPAT langkah ini sudah memadai dalam mencegah penyakit Influenza.
1. Jaga Etika batuk. Di mana anda perlu menutup mulut ketika batuk/bersin samada menggunakan tisu atau sapu tangan. Jika tak sempat capai tisu atau sapu tangan, tekup dengan tapak tangan pun ok. Jangan hembur wap batuk atau bersin itu kepada orang sebelah. Adat sopan perlu dijaga.
2. Memakai penutup mulut dan hidung dengan topeng muka (mask). Pemakaian mask ini pun tidak perlu keterlaluan sehingga masuk bilik mandi pun terpaksa pakai mask. Bagi pergerakan biasa kita yang tidak mengalami gejala influenza, pun tidak perlu memakai mask. Hanya kes dan individu tertentu yang berisiko seperti anggota kesihatan, pesakit kurang daya imun badan atau berada di kawasan padat yang amat disarankan memakai topeng muka ini.
3. Kerap Mencuci tangan. Kaedah ini amat penting supaya kita senantiasa menjaga kebersihan. Tangan adalah anggota paling aktif dalam kehidupan kita. Berjuta kuman berada di tangan tanpa kita sedari. Virus influenza dari orang yang positif boleh merebak kepada orang lain melalui pernafasan atau sentuhan badan. Sudah tentu apabila kita bertemu dengan rakan taulan, tangan adalah anggota utama kita berjabat salam.
4. Pencegahan paling ampuh setakat ini adalah vaksin. Tetapi jangan anda semua sasau-minda (panik) untuk mendapatkan vaksin. Bagi golongan tertentu sahaja yang amat-amat memerlukan vaksin kerana terdiri dari kumpulan berisiko. Keutamaan vaksin Influenza diberikan kepada:
1. Kanak-kanak umur bawah 5 tahun dan orang berumur lebih 65 tahun.
2. Orang dewasa yang berisiko seperti penghidap penyakit kronik, kencing manis, lelah dan seumpamanya. Bincanglah dengan doktor adakah anda perlu ambil atau tidak.
3. Petugas kesihatan atau penjawat yang berdepan dengan orang ramai seperti polis, imegresen, pegawai khidmat pelanggan dan sebagainya.
4. Individu yang merancang ke luar negara yang tinggi kejadian influenza.
5. Bakal haji/umrah.
6. Ibu Hamil.
7. Berlebihan berat badan.
Virus influenza tidak kekal lama di persekitaran. Kajian menyatakan antara 5 minit hingga 2 jam sahaja. Kemudian jika virus tidak memasuki manusia sebagai perumah tetap mereka, akan mati di persekitaran. Virus influenza juga boleh melekat di peralatan rumah atau pejabat yang mempunyai sentuhan terus dari pesakit yang positif influenza. Tidak perlulah terlalu obses dengan spray / sembur semua peralatan rumah. Hinggakan kipas dan TV pun kena spray. Keterlaluan tu. Kita bukannya bercium berpeluk dengan TV pun. Memadai persekitaran kita sentiasa bersih.
Janganlah beri nasihat yang melampau kepada masyarakat sehingga isu influenza ini menjadikan negara seperti darurat. Tidak perlulah semua orang wajib berkurung dalam rumah, membeli barang harian pun secara online sahaja. Nasihat keterlaluan itu menimbulkan sasau-minda orang ramai.
Jika anda atau anak-anak mempunyai tanda-tanda influenza, berjumpa segera dengan doktor bukannya berkurung dalam rumah. Cuma jika mempunyai gejala, hadkan pergerakan anda supaya tidak berada di kawasan tumpuan orang ramai. Kuarantin dilakukan atas nasihat doktor bukannya jurujual produk.
Satu lagi, vitamin C bukan gantian kepada vaksin ye. Ya betul vitamin C itu ada kefungsian untuk menjaga integriti sel tubuh. Ianya anti oksida agar tubuh kita senantiasa segar. Tetapi ianya bukan antivirus atau gantian vaksin yang boleh mencegah influenza secara spesifik. Jangan terpengaruh dengan dakyah antivaksin supaya ambil vitamin C megadose. Mereka nak lariskan produk kesihatan mereka sahaja.
Begitu juga dengan petua tabur bawang merah sekeliling rumah. Tidak perlu membazir. Bawang merah bukan anti virus. Kesian pula rumah anda jadi bersepah dengan bawang di segenap penjuru. Cukuplah bawang merah atau putih itu menjadi resepi masakan sahaja.
Kekalkan gaya hidup sihat, selalu bersenam, pemakanan seimbang, cukup minum air seharian dan banyakkan berdoa agar dihindari penyakit.