Kelahiran anak adalah saat yang dinanti-nantikan oleh pasangan suami isteri. Sebagai ibu yang mengandung selama 9 bulan pastinya mengharapkan bayi yang dilahirkan sihat dan sempurna. Soal jantina nombor dua asalkan semuanya dipermudahkan.

Hari pertama lahir hanya nampak merah saja

Tanda Haemangioma atau strawberry mark

Bagaimanapun, jika takdir Allah kita tak boleh menolak andainya diberi ujian yang tak disangka. Seperti juga pengalaman seorang ibu, Puan Fira Ahmad apabila kelahiran anak sulungnya itu agak istimewa kerana mempunyai tanda Haemangioma atau orang panggil strawberry mark.

Buat yang tertanya-tanya tentang Nur Qareena Dania Binti Mohd Khairul Nizam, ni puncanya. Tanda lahir dia atau lebih dikenali sebagai Strawberry Mark. Masa baru-baru  lahir, memang tak nampak apa pun. Cuma merah-merah je dalam kulit, ibu sangka macam kesan doktor pegang terlampau kuat ke masa dia lahir.

Rupanya lepas beberapa hari dia naik bintik-bintik merah, jururawat yang datang periksa kata tanda lahir. Jadi oklah tak rasa risau apa. Bagaimanapun tak lama selepas itu makin menebal, ibu rasa macam hidup pula benda tu. Apabila Nia nangis makin merah. Ada masa dia kehitaman merah gelap. Kadang ibu pun takut. Jadi jururawat minta rujuk pada klinik kesihatan.

Follow up pakar

Masa bawa untuk checkup baby sebulan masa tu, doktor klinik kesihatan suruh bawa jumpa pakar, sebab boleh dikatakan agak besarlah untuk bayi yang kena haemangioma ni. Saya dapat surat untuk rujuk pakar kulit di Muar dan pakar kanak-kanak di Batu Pahat.

IKLAN

Sepanjang check up, doktor kata biasanya umur setahun dia akan slowdown

Lepas rujuk beberapa doktor pakar, semua ada pendapat lain-lain. Ada yang kata kena on  ubat propranolol (ubat makan untuk darah tinggi). Tapi last checkup masa bayi 8 bulan doktor kata tak perlu sebab cuma bahagian kaki dan belakang badan saja. Kalau bahagian lain macam mata, mulut mungkin kena on ubat makan juga.

Tanda di bahagian belakang badan Nia

Kena sentiasa berjaga-jaga, risau pendarahan

Setakat ni alhamdulillah tak ada masalah untuk saya dan Nia. Cuma kena lebih berhati-hati. Jangan bagi kukunya panjang takut dia mencengkam kaki sampai luka.

LAGI ARTIKEL MENARIK [Cium Anak, Biasakan Di Dahi & Kepala. Situlah Terhasilnya Hormon Kasih Sayang Terbaik!]

IKLAN
Selepas menggunakan timolol gel

Kalau keluar pun kadang pakaikan seluar panjang atau stokin panjang tu. Untuk elakkan terkena apa-apa benda tajam atau tergesel di mana-mana bahagian yang kita tak perasan.

Syukur juga makan minum Nia semua ok alhamdulillah. Nia pun aktif seperti bayi yang lain. Rawatan susulan Nia adalah 3 bulan sekali jumpa pakar kanak-kanak dan 5 bulan sekali bersama pakar kulit.

Haemangioma nampak semakin pudar

Bila dah masuk usia 10 bulan ini tanda itu dah makin pudar. Buat masa ni saya tak ada rawat apa-apa pun. Kalau ikut cadangan doktor pakar, pihaknya suruh sapu timolol gel di bahagian itu.

Tapi sekarang saya dah tak sapu. Ubat tu pun boleh tahan harganya. Kewangan kami pun tak berapa nak ada untuk ubat dia. Bagaimanapun, semakin dia besar, tanda itu semakin menunjukkan perkembangan baik untuk pudar dan tak merebak. Lagipun doktor kata tak mudaratkan dia, tak apa.

IKLAN

ARTIKEL MENARIK [Nak Anak Bebas Pampers, Seluar Pendek Siang & Seluar Panjang Malam Kena Standby Lebih!]

Rasanya baby yang lahir 2020 macam ramai juga yang kena macam ni. Sebab dah beberapa ibu-ibu hubungi saya tanya pasal ubat tu. Mana-mana farmasi memang tak jual, melainkan kena order. Hospital juga tak sediakan.

Ubat timolol tu cuma untuk kurangkan haemangioma ni, bukan untuk menghilangkan. Sebab anak saya ni boleh dikira agak drastik jugak la naiknya. Masa dalam umur sebulan tu dah nampak timbul sangat.

Harapnya seiring dengan usia Nia yang semakin besar, tanda lahir ini akan semakin berkurangan dan tidak akan beri apa-apa kesan bahaya lagi padanya. InsyaAllah.

Kredit: Fira Ahmad

**Mahu dapatkan keperluan anak pada harga istimewa dan jimat, klik di sini

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)