Adakah anak kerap diserang batuk, demam dan selesema? Apabila ini berlaku, sudah tentu si kecil kurang selera makan dan enggan minum susu. Ada kalanya susu yang diminum tersedak disebabkan batuk.
Ia mungkin situasi biasa, tetapi jika masalah kesihatan itu berlarutan lebih tiga hari, cepatlah bertindak! Ini kerana jika dibiarkan, paru-paru anak anda mungkin dijangkiti virus yang mengakibatkan anak anda mengalami pneumonia.
Secara umumnya jangkitan paru-paru adalah berkaitan penyakit pneumonia. Pneumonia merujuk kepada jangkitan kuman pada paru-paru yang membuatkan seseorang itu sukar bernafas. Ia berlaku disebabkan saluran udara pada paru-paru dipenuhi nanah dan lendir yang menyebabkan sistem pernafasan tidak dapat berfungsi dengan baik.
Keadaan ini jika dibiarkan berterusan akan mengakibatkan oksigen tidak sampai ke dalam darah dan sel tubuh. Ini akan menyebabkan kanak-kanak mengalami kekurangan oksigen yang menyebabkan dia sukar bernafas yang membahayakan nyawa si manja anda.
Pneumonia terjadi kerana jangkitan bakteria, virus, fungus dan parasit. Secara umum antara bakteria yang menyebabkan pneumonia adalah ‘Streptococcus pneumoniae’, ‘Haemophilus influenzae’, ‘Chlamydia trachomatis’,’Mycoplasma pneumoniae’ dan ‘Legionella pneumophila’. Jangkitan kuman atau virus yang menyebabkan jangkitan di hidung , batuk, selsema dan berterusan pada paru-paru.
Pencegahan Awal
Pneumonia adalah masalah jangkitan paru-paru yang sangat biasa di kalangan kanak-kanak Malaysia. Jangkitan paru-paru kerap dialami oleh kanak-kanak berusia di bawah 5 tahun.
Ads
Kira-kira 60 peratus punca utama kebanyakan kanak-kanak dimasukkan ke wad di Malaysia. Pada awalnya kanak-kanak akan mengalami keradangan paru-paru (bronkitis) sebelum bertukar menjadi lebih kronik iaitu pneumonia. Pneumonia mungkin sukar dikesan pada kanak-kanak yang aktif, tetapi secara umum boleh dikesan menerusi perubahan sifat kanak-kanak itu iaitu meragam, tidak mahu minum susu dan tidak aktif.
Bagi kanak-kanak yang aktif, mungkin sedikit sukar mengesan gejala ini tetapi jika dia batuk berpanjangan selama tiga hari, lesu, muntah, nafas berbunyi dan mengalami kekurangan air (dehidrasi) segera dapatkan pemeriksaan lanjut dengan pegawai perubatan berdekatan. ibu bapa sepatutnya menyedari risiko pneumonia.
Segera berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut. Kanak-kanak yang berisiko mendapat penyakit ini ialah mereka yang dijaga oleh pengasuh di taska, ‘day care’ iaitu dalam kelompok yang ramai dan keluarga yang besar dengan rumah yang sempit.
Pada masa yang sama persekitaran dibiarkan tidak bersih dan perkongsian bekas makanan dan minuman yang menyebabkan penyakit disebar dengan mudah.
Ads
Dalam pada itu, bagi bayi yang berusia satu hingga tiga bulan sepatutnya sihat dan tidak ada sebab bayi ini mengalami demam. Namun jika tetap mengalami demam, bayi harus menjalani pemeriksaan imunisasinya.
Jangkitan kuman paru-paru boleh menjadi sangat serius dalam masa yang singkat terutamanya di kalangan kanak-kanak kecil. Kanak-kanak boleh mengalami kekurangan air (dehidrasi) atau kekurangan oksigen.
Kanak-kanak yang mengalami tanda-tanda berikut perlu dimasukkan ke hospital iaitu pernafasan laju, sukar untuk bernafas , bibir menjadi biru, batuk berdarah dan tidak boleh makan atau minum atau tidak kencing. Jangkitan kuman ini boleh membahayakan nyawa.
Simptom
1. Demam panas
2. Batuk dengan atau tanpa kahak
3. Sakit dada
4. Tiada selera makan, tidak mahu makan
5. Rasa tidak sihat, sering merengek
6. Pernafasan laju atau susah bernafas
7. Muntah atau cirit-birit
Rawatan
Kanak-kanak yang mengalami jangkitan kuman ini disebabkan oleh bakteria, antibiotik akan diberi oleh doktor. Bagaimanapun, jika jangkitan kuman di paru-paru ini berlarutan atau menjadi kritikal, anak anda perlu dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan oksigen, antibiotik dan sokongan perubatan yang lain.
Ads
Dalam pada itu, pencegahan awal untuk mengelak jangkitan kuman boleh dilakukan seperti amalan kebersihan diri, persekitaran yang baik dan meneruskan penyusuan susu ibu. Alternatif lain pencegahan awal ibu bapa boleh mendapatkan vaksin melalui hospital swasta untuk meningkatkan imun anak anda.
Vaksin seperti vaksin batuk kokol (pertussis) dan demam campak (measles), Vaksin influenza dan Vaksin pneumococcal merupakan pengambilan imunisasi boleh mencegah jangkitan kuman di paru-paru.
♦ Beza batuk biasa dan batuk pneumonia
Batuk biasa Bunyinya ‘tidak dalam’ berbanding batuk akibat pneumonia.
♦ Batuk pneumonia
Bunyinya ‘dalam’ dan kerap terjadi waktu malam sehingga ke pagi. Kahak berhimpun kerana lebih kerap batuk di sebelah malam.
5 Tip Mudah
1. Mesti ada termometer untuk mengukur suhu badan anak.
2. Dapatkan puting botol susu jenis Y-Cut iaitu susu keluar apabila dihisap oleh anak kecil. Jenis ini membantu mengelak anak kecil tersedak susu.
3. Pastikan persekitaran taska bersih dan tidak terlalu ramai kanak-kanak.
4. Dapatkan rawatan doktor jika demam, selesema dan batuk tidak pulih selepas tiga hari.
5. Teruskan penyusuan susu ibu untuk meningkatkan antibodinya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Terdapat pelbagai manfaat yang boleh individu peroleh melalui penggunaan bengkung. Memakainya bukan sekadar membolehkan anda kelihatan ramping dan cantik selepas bersalin. Lebih daripada itu, ia bagus untuk kesihatan dalaman juga.
Oleh sebab itulah, semasa berpantang, anda sangat digalakkan untuk memakai bengkung. Tanpanya, berkemungkinan besar anda akan mengalami beberapa masalah berkaitan pertambahan berat badan. Ingatlah selalu bahawa berpantang secara tradisional sememangnya terbukti mampu mengembalikan bentuk badan idaman setiap wanita selepas melahirkan anak.
Lebih daripada itu, ia bagus diamalkan bagi menjaga kesihatan dalaman. Sebaik-baiknya ia tidak hanya dipakai selepas rawatan mengurut, bertungku atau bertangkas dalam tempoh 44 hari berpantang. Jika selesa, anda boleh berterusan memakainya semasa berada di dalam rumah.
Antara faedah memakai bengkung adalah seperti berikut:
Mengempiskan perut
Memperbaiki struktur kulit akibat kesan regangan
Membuang angin dalam badandan mengelak badan daripada dimasuki angin
Mengembalikan kedudukan rahim
Membantu mengelakkanrahim jatuh
Mengecutkan rahim yang bengkak selepas bersalin
Mempercepat proses pengeluaran darah kotor
Membantu melegakan masalah sakit belakang
Memperbaiki kedudukan tulang belakang
Mengetatkan otot perut yang longgar semasa hamil
Mengelak masalah perut buncit dan menggelebeh
Memecahkan lemak dan selulit
Menggalakkan postur badan yang baik
Mencegah makan lebih banyak
Cara memakai bengkung dengan betul
Langkah pertama
Sediakan bengkung. Lapik bengkung dengan kain lain agar tidak kotor kerana anda mungkin menggunakan sapuan tertentu di bahagian perut. Alas bengkung dengan daun pandan, lengkuas, mengkudu atau apa sahaja jenis dedaun yang diingini.
Langkah kedua
Sapu herba, rempah, minyak atau krim khas untuk berbengkung pada bahagian perut, belakang badan dan paha.
Langkah ketiga
Pakai bengkung dengan cara berdiri atau berbaring
Langkah keempat
Lilit dan ikat bengkung dari bahagian bawah dan seterusnya ke atas bahagian tubuh dengan kemas.
Anda sangat digalakkan untuk memakai bengkung sekurang-kurang selama lima jam sehari. Bagi anda yang bersalin melalui pembedahan caesarean perlu tunggu sekurang-kurangnya hingga sebulan sebelum mula memakai bengkung.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kebanyakan bayi baru lahir mesti akan kena jaundis. Kulit bayi akan berubah warna pucat kekuningan selepas hari ketiga dilahirkan. Jaundis berlaku kepada bayi kerana kandungan bilirubin yang tinggi dalam darah.
Ketika bayi dalam kandungan, hati ibu yang akan membuang bilirubin, tetapi bila sudah dilahirkan, bayi sendiri akan membuat proses pembuangan tersebut. Oleh kerana hati bayi masih belum matang untuk menyingkirkan bilirubin maka sebab itu bayi biasanya akan kena jaundis.
Bilirubin berasal dari sel darah merah. Apabila sel darah merah dileraikan, ia menghasilkan bilirubin. Bilirubin ini akan diproses oleh hati dan disingkirkan melalui proses perkumuhan iaitu pembuangan najis dan air kencing.
Biasanya memang sukar hendak mengelakkan bayi baru lahir daripada terkena jaundis tetapi ada juga bayi yang memang bebas daripada jangkitan jaundis selepas lahir. Dikatakan semasa mengandung, ibu mengamalkan beberapa amalan berikut sehingga bayinya tidak dijangkiti jaundis langsung. Tak salah untuk cuba, mana tahu bayi anda selamat daripada jangkitan jaundis.
1. Jaga kesihatan
Ibu mengandung hendaklah menjaga kesihatan diri sepanjang kehamilan terutama semasa trimester ketiga. Dapatkan rehat yang cukup. Amalkan pemakanan yang sihat dan jangan lupa makan suplemen yang diberikan oleh doktor.
2. Elak penggunaan ubat bersalin
Sebaiknya cuba elakkan penggunaan ubat untuk bersalin. Cuba bersalin secara semula jadi. Bincang dengan doktor berkenaan penggunaan ubat untuk bersalin.
3. Bersedia!
Buat persediaan rapi secara fizikal dan mental semasa hamil untuk menyusukan bayi sebaik sahaja dia dilahirkan. Jaundis akan berkurangan jika bayi kerap menyusu dan membuang najis dan air kencing.
4. Minum air kelapa
Semasa mengandung terutama pada trimester ketiga, banyakkan minum air kelapa asli tanpa campuran bahan lain seperti gula dan ais. Air kelapa dikatakan boleh membuang toksin di dalam badan.
5. Kurangkan makan halia
Kurangkan pengambilan halia di penghujung kehamilan dan selepas bersalin. Walaupun halia bagus untuk ibu baru lepas bersalin tetapi ia adalah herba yang boleh meningkatkan paras jaundis dalam badan bayi. Oleh itu jangan makan halia pada minggu-minggu awal selepas bersalin.
Walaupun amalan tersebut bukan 100 peratus dijamin tetapi ia tidak salah dicuba selagi tidak memudaratkan ibu dan bayi dalam kandungan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila ibu dijangkiti Covid-19, ramai yang risau apakah anak yang disusukan akan turut dijangkiti. Terpanggil untuk berkongsi ilmu penyusuan tentang hal tersebut, pelakon Ika Nabella yang juga merupakan pembimbing penyusuan bertauliah atau LC menyatakan tidak ada masalah untuk memberi susu badan kepada bayi secara terus walau sedang dijangkiti virus tersebut.
Bercerita kepada Mstar, menurut Ika perkara tersebut sering menjadi kerisauan ramai ibu-ibu di luar sana kerana mereka tidak diberi pendedahan betul tentang kepentingan susu ibu.
“Ramai tidak tahu ibu yang dijangkiti Covid-19 masih boleh memberikan susu badan kepada bayi mereka secara terus.
“Perkara ini tidak menjadi masalah. Apa yang penting adalah si ibu memakai pelitup muka ketika memberikan susu.
“Sebenarnya susu ibu inilah yang membantu dalam meningkatkan imunisasi anak kecil mereka,” ujar Ika ketika ditemubual oleh Mstar.
Bercakap daripada pengalaman sendiri, anak Ika yang kini berusia dua tahun tidak pernah dijangkiti virus tersebut walaupun menjadi kontak rapat.
Tambah Ika lagi, untuk ketahanan badan anaknya, dia cuba untuk panjangkan lagi tempoh memberi susu ibu kepada anaknya.
“Sebelum saya terkena Covid-19, pembantu rumah saya juga dijangkiti. Syukur ia tidak terkena kepada anak saya.
“Sebab itu saya percaya, susu ibu sangat bagus untuk anak-anak kecil.
“Kalau boleh saya nak panjangkan lagi tempoh memberi susu badan anak kepada anak sendiri untuk ketahanan dia melawan penyakit,” jelas Ika.
Untuk rekod, Ika mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Zaid Azman pada Julai 2016. Pasangan ini dikurniakan seorang anak yang diberi nama Muhammad Noah Zayn yang kini berusia 2 tahun.
Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!
Hanya RM20, memang berbaloi dengan pelbagai resipi menarik serta info pemakanan anak. Klik saja https://toko.ideaktiv.com/product/e-book-resipiselerasimanja/ untuk dapatkan e-book istimewa ini!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.