Bawa anak kecil berjalan memang agak mencabar namun ianya akan menjadi momen yang indah untuk dikenang suatu hari nanti.
Telatah mereka yang comel, ragam yang pelbagai akan kita rindui kerana masa tak akan dapat diputar kembali, jadi simpanlah segala kenangan waktu mereka kecil.
Pelbagai fesyen kasut bayi membuatkan ibu bapa seronok membeli untuk anak-anak. Maklumlah bila disarungkan pada kaki bayi, nampak comel sangat. Sebenarnya tindakan ibu bapa memakaikan kasut kepada bayi masih kecil akan membuatkan perkembangan otot telapak kakinya terbantut. Tidak perlu kenakan kasut kepada bayi anda, cukup sekadar dengan memakaikan mereka stokin. Stokin juga biarlah sedikit longgar.
Dengan memakaikan stokin yang sedikit longgar kepada bayi, ia memberi kebebasan pada tulang-tulang kaki dan jari kaki mereka. Tidak perlu dipakaikan kasut kerana berjalan dengan kaki ayam pun mereka belum mampu.
Jika bayi dalam proses mebesar, biarkan kaki mereka sentiasa bebeas agar mereka dapat meregangkan otot kaki sekaligus merangsangnya agar mudah digerakkan. Sebelum pandai berjalan, bayi gemar meregangkan tulang jari kaki mereka dengan cara tersendiri.
Perhatikan bayi anda. Mereka suka menggerakkan jari kaki serta pergelangan kaki. Bayangkan jika dipakaikan kasut, bagaimana mahu digerakkan? Tiada salahnya untuk anda gayakan bayi, tetapi jangan sampai membebankan perkembangan mereka. Dengan membiarkan kaki mereka sentiasa bebas, ia akan menjadi kuat dan proses mereka untuk berjalan juga lebih cepat.
Bila tengok rekaan kasut yang comel-comel tu, pendamkan perasaan dahulu. Tunggu sehingga mereka sudah boleh bertatih sendiri, kemudian belilah kasut yang selesa untuk mereka.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mendidik anak untuk membesar dengan baik bukanlah tugas yang senang. Terutama anak lelaki.
Perangai setiap anak juga berbeza dan sebagai ibu bapa kita juga sedang belajar cara terbaik untuk mendidik anak. Bagi yang mempunyai anak lelaki boleh ikuti perkongsian yang dikongsi oleh Dr Taufiq ini.
Anak lelaki mesti diajar masuk ke dapur
– Tempat anak lelaki bukan di depan TV, main PS4 dan menunggu makanan sampai ke riba sahaja. Itu adalah tanda anak dah mula nak jadi raja dalam rumahtangga
– Tempat anak lelaki bukan bertukang semata mata kerana memasak dan mengurus dapur juga adalah kemahiran & Life Skills yang perlu dikuasai oleh semua orang tanpa mengira jantina
– Anak lelaki yang selalu masuk dapur akan membesar menjadi anak yang lebih bertimbangrasa dengan pengorbanan ibu dan bakal isterinya kerana mereka tahu betapa renyahnya menguruskan makanan harian sekeluarga
– Anak lelaki yang selalu masuk dapur akan membesar menjadi suami yang cekap menguruskan keluarga ketika isteri sedang berpantang. Barulah tidak timbul isu lelaki memaksa isteri memasak dan menguruskan dapur ketika mereka masih dalam fasa berpantang
– Anak lelaki yang selalu ke dapur akan membuatkan mereka ada Sense of Responsibility. Mereka akan lebih bertanggungjawab dan tidak bersifat suka lepas tangan
– Anak lelaki yang selalu ke dapur tidak akan sesekali bertukar menjadi pondan kerana tidak ada satu kajian sahih pun menujukkan lelaki yang selalu ke dapur akan bertukar pondan. Malah lelaki yang pandai mengurus dapur lah yang sepatutnya diangkat menjadi ketua keluarga yang mithali dan penyayang kepada ahli keluarganya sendiri
Satu hal yang kita selalu rasa malas hendak melakukan kerja-kerja mencuci pastinya waktu nak cuci kipas siling. Mana taknya, sudahlah tinggi dan susah hendak dicuci ditambah pula dengan habuk kotoran yang jatuh dan berterbangan.
Bukan saja cuci kipas bahkan siap pakej kena sapu dan mop lantai. Memang rumit dan banyak kerja. Rupanya teknik mudah ini boleh jimatkan tenaga.
Jom ikuti perkongsian tip Paparea dari Blog Mamapaparea. Memang mudah!
Hari ni Paparea nak kongsi sikit tips cuci kipas siling paling mudah tanpa habuk berselerak. Tips ni selalu la Paparea amalkan di rumah bila rasa angin dari kipas tu kurang.
Dah tahu la apa masalahnya, semestinya habuk banyak melekat di bilah kipas tu. Selalunya kalau masalah habuk di kipas ni kita mesti guna penyapu, bulu ayam, penyepit cuci cermin tingkap dan sebagainya.
Tapi semua cara ni buat kerja kita menjadi 2 kerja sedangkan kita boleh buat sekali saja yang menjimatkan masa dan tenaga. Mana taknya dah la cuci kipas, sambung lagi sapu habuk-habuk yang jatuh di lantai. Kan bertambah kerja kita.
Ni tips simple ja, mungkin korang pun tau kan. Cuma ada yang tak praktik tips ni sebab mungkin kedudukan kipas tu tinggi dengan masalah tangga tak ada.
Ada rumah yang silingnya tinggi seperti rumah teres kos rendah yang pattern lama dulu. Tips ini membolehkan habuk dari kipas tu tak jatuh beterbangan dapat dikurangkan.
Untuk cara mencuci kipas ni perlu la ada 2 jenis barang iaitu:
a. Tangga 4 tingkat / 5 tingkat / lebih tinggi lagi bagus. b. Sarung bantal (yang lama / tak guna).
Tips nak kembalikan kipas kita tu berangin kuat seperti baru, buang la habuk tu. Cara nak cucinya macam ni.
1. Sarung bantal tu perlu la dibasahkan dulu, perah airnya jadi lembap. Jangan ada lagi air meleleh dari sarung tu. Nanti lagi kotor lantai.
2. Masukkan sarung dalam bilah kipas tu. Lap la hingga tertanggal habuk tu. Tarik dan gosok kipas untuk keluarkan habuk. Habuk yang keluar dari bilah kipas tu akan jatuh terperangkap di dalam sarung bantal. Cuci sampai sedap mata korang.
Bila dah hilang habuk tu semua. Baru la terasa angin dia. Kipas lebih laju dan lantai pun tak kotor.
Jangan lupa pulak pada sarung bantal yang guna tadi tu. Buang habuk dalam sarung tu, basuh, keringkan dan simpan untuk kegunaan akan datang.
Kipas tu tahan la sebulan. Tu pun bergantung keadaan rumah. Kalau rumah korang terbuka (tingkap nako) memang kena rajin la cuci kadang-kadang sebulan skali.