Cuti sekolah masih berbaki, jadi mama papa masih merancang apa nak buat dengan anak-anak. Jangan pening-pening sebab Astro akan adakan satu acara yang best iaitu Hello, Friends! Home of Kids untuk mama papa dan anak di Main Atrium, LaLaport Bukit Bintang City Centre. Acara ini bakal bermula dari 2 sehingga 10 Mac tau!
Paling best, ada macam-macam aktiviti menarik antaranya konsert mini bersama Pinkfong & Baby Shark, Didi & Friends dan Omar Hana. Bukan tu saja, anak-anak mesti teruja dapat beramah mesra dengan pelbagai karakter animasi terkenal. Ada Upin Ipin, Bluey, Lawak Kampus, Boboiboy dan XTY Tong Tong & Doo Doo.
Ads
Anak-anak boleh menyertai pertandingan mewarna Didi & Friends dan bermain game console simulasi memasak di booth Makania serta bermain gelongsor besar ‘Pinkfong Adventure Boat’.
Ads
Kalau nak upload foto OOTD dan selfie bersama anak-anak bolehlah bergambar di photo booth Bluey, Didi & Friends dan banyak lagi. Selain itu, pengunjung pun boleh menang macam-macam hadiah ekslusif menerusi aktiviti putaran roda istimewa.
Juga ada penampilan istimewa iaitu Amir Sisi yang merupakan pemenang The Chosen One 2023 serta kemunculan peserta rancangan realiti Rioh Rimba iaitu Hawa Rizwana, Ikhmal Nour dan Putera Muhammad.
Mama papa dan anak-anak juga boleh berjumpa dengan barisan pelakon Kampung Puasa iaitu Mikael Noah dan Firman. Wafiy Ilhan (peserta The Real Men 2023) pun ada untuk memeriahkan acara di sana.
.Jadi, tunggu apa lagi? Bawalah anak-anak berseronok bersama Astro di LaLaport Kuala Lumpur bermula Sabtu ini!
Anda juga boleh menikmati pengalaman baru Astro dengan Ultra Box dan Astro GO serta tawaran eksklusif Astro dengan diskaun 30% bermula daripada hanya rm41.99/sebulan.
Untuk maklumat lanjut acara “Hello, Friends! Home of Kids”, layari astro.com.my/hello
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pada 30 Mac 2019 yang lalu, majalah Pa&Ma dengan kerjasama KPJ Selangor Specialist Hospital telah mengadakan Pa&Ma Mom To Be Boot Camp. Boot Camp yang bermula sedari jam 8.30 pagi hingga 3.00 petang itu padat dengan seminar serta aktiviti yang menarik yang melibatkan kesemua peserta. rata-rata peserta program ini hamil trimester kedua.
Selepas sesi pendaftaran dan sarapan pagi, program dimulakan dengan seminar Penjagaan dan Pemantauan Ibu Hamil yang dijayakan oleh pasukan jururawat hospital ini. Dalam seminar ini, para suami diberitahu tentang persediaan mental dan fizikal untuk menjaga isteri yang sedang hamil. Selain itu juga, panel jemputan turut berkongsi tip kelahiran kepada semua peserta.
Program diteruskan dengan ceramah tentang Kepentingan Membuat Imbasan Pendengaran Bayi Baharu Lahir yang disampaikan oleh Pakar Audiologi, Ridwan Afif Mohamad. Para peserta didedahkan dengan teknik menguji tahap pendengaran anak serta perkembangan mereka selari dengan usia.
Sementara itu Pakar Dietetik, Koh Nyat Sen berkongsi ilmu tentang Pengambilan Nutrisi Sepanjang Kehamilan. Dia turut berkongsi tip pemakanan terbaik untuk wanita mengandung. Selesai sesi seminar ini para peserta diberikan masa untuk minum pagi. Selepas menikmati hidangan minum pagi, peserta dibahagikan kepada dua kumpulan.
Grup pertama mengikuti aktiviti senaman bersama Terapis Fisio. Di dalam kelasnya, Terapis ini banyak berkongsi teknik pernafasan serta seneman ringkas yang boleh diamalkan oleh ibu hamil bagi mengurangkan masalah sakit belakang serta memudahkan kelahiran. Grup kedua pula membuat aktiviti memandikan serta urutan untuk bayi yang dikelolakan oleh pasukan jururawat terlatih.
Ternyata para peserta teruja untuk mempelajarinya kerana kebanyakan mereka hamil anak pertama. Model patung diberikan kepada bakal ibu bapa agar mereka dapat sama-sama mempraktikkan teknik yang dikongsikan oleh jururawat bertugas.
Seminar selepas dua aktiviti menarik itu disampaikan oleh salah seorang Jururawat Laktasi, Shamsina Zul Kapli yang berkongsi ilmu tentang teknik penyusuan yang betul. Selain posisi menyusu, dia turut mengajar para peserta cara mengepam dan kaedah penyimpanan susu ibu yang tepat. Selesai seminar laktasi, program diteruskan dengan ceramah tentang Proses Dan Peringkat Melahirkan yang disampaikan oleh Pakar O&G, Dr. Tan Yeen Inn.
Di dalam seminarnya, Dr. Tan berkongsi maklumat tentang proses kelahiran secara normal. Acara pada hari itu diakhiri dengan kuiz serta cabutan bertuah. Para peserta kemudiannya bergambar dengan team Pa&Ma sebelum program tamat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berita baik untuk semua usahawan produk ibu & anak, Pa&Ma bakal mengadakan Pa&Ma Baby Fiesta pada 2,3&4 Ogos 2019 di Shah Alam Convention Centre (SACC).
Sempena dengan fiesta ini pelbagai tawaran menarik menanti semua vendor yang berminat untuk turut serta bersama kami.
Bagi penempahan booth anda boleh rebut harga istimewa early bird dengan membuat tempahan cepat hingga 25 Jun ini. Kami menawarkan 3 saiz booth yang pasti sesuai dengan jenama & bajet anda.
Setiap vendor akan mendapat pelbagai kelebihan antaranya;
Tawaran Khas Co-Sponsor
Bagi yang berminat menjadi Co-Sponsor, Pa&Ma membuka peluang kepada anda untuk menjadi penaja bersama bagi baby fiesta pada Ogos 2019. 1 Booth (size 20×20) akan disediakan kepada penaja bersama yang terpilih.
Sebanyak 16 tawaran pakej menarik yang disediakan bagi penaja bersama antaranya tajaan Segment Program TV Pa&Ma, Logo Penaja di banner gergasi dan banyak lagi. Rebut peluang menjadi penaja bersama Pa&Ma Baby Fiesta. Tawaran adalah terhad!
Usahawan produk bayi & kanak-kanak
Menariknya juga, bagi usahawan fesyen (pakaian) bayi dan kanak-kanak, makanan, barangan kesihatan, aksesori anak-anak atau pengusaha Kid Fun yang mahu menjadi sebahagian ahli keluarga Fiesta Pa&Ma anda dialu-alukan untuk mendaftar segera.
Tawaran khas dengan nilai yang berbaloi pasti memberi peluang untuk anda mempromosikan produk jualan kepada pengunjung yang datang nanti.
Kami jangkakan dengan kehadiran lebih 100,000 pengunjung selama 3 hari nanti akan memberi satu impak yang terbaik terutama usahawan yang ingin mengetengahkan produk masing-masing di pasaran secara meluas.
Sebagai seorang ibu, tak dinafikan kehidupan seharian yang kita jalani ada kalanya membuatkan seseorang itu merasa stres atau burn out. Bukan mudah nak menjadi seorang ibu, kerana kita sentiasa menginginkan yang terbaik buat keluarga sehingga terlupa untuk beri perhatian kepada diri sendiri.
Sebenarnya nak jaga emosi serta kesihatan seorang ibu ni bukan hanya semasa berpantang. Selepas tempoh tersebut, ibu akan lebih letih dan emosi pun lebih ‘rapuh’. Silap sikit mulalah terasa hati dan jadi down kan? Disebabkan itulah, Pa&Ma mengambil inisiatif untuk menganjurkan acara Mummy Me Time @ Pameran Perbidanan Muzium Negara pada 9 Julai 2023 yang lalu.
Bertemakan denim dan putih, seramai 80 orang ibu millennial telah mengikuti acara ini untuk belajar banyak ilmu baru serta menambah pengetahuan dan pengalaman sedia ada.
Semuanya telah menunjukkan keterujaan dari awal dan keadaan bertambah meriah dengan kehadiran panel jemputan istimewa iaitu Dr Maiza Tusimin (Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi), Pn Nad Masrom (Kaunselor Laktasi bertauliah) serta pengacara TV popular, Fiza Frizzy.
Belajar Tentang Kehamilan, Kelahiran & Penyusuan
Acara pada hari tersebut telah dimulakan dengan sesi sharing bersama ketiga-tiga panel jemputan. Dr Maiza banyak bercerita tentang persediaan mental dan fizikal buat bakal ibu serta bagaimana untuk kekal tenang dan bersemangat untuk mereka yang telah mempunyai anak. Selain itu juga, beliau berkongsi tentang ilmu kehamilan serta kelahiran baharu untuk membuka mata para ibu serta mommy to be yang hadir.
Pn Nad pula berkongsi tentang tip penyusuan dan bagaimana untuk mengekalkan momentum untuk terus menjayakan journey eksklusif ini sehingga sekurang-kurangnya enam bulan usia anak dan lebih bagus lagi jika mampu meneruskan sehingga umurnya dua tahun. Selain itu juga, Pn Nad turut menerangkan tentang kepentingan susu ibu kepada anak-anak.
Fiza Frizzy pula mengambil peluang untuk bersembang mengenai kehidupannya sebagai seorang ibu kepada tiga orang cahaya mata. Melalui perkongsiannya, Fiza tak menafikan ada masa dia akan merasa letih dan stres ketika menguruskan anak-anak. Tambah Fiza lagi, sokongan emosi serta bantuan dari suami sangat penting supaya seorang ibu sentiasa bertenaga dan mampu menjalankan tanggungjawabnya.
Gamat Belajar Ilmu Perbidanan!
Bagi memeriahkan suasana pada hari tersebut, turut diadakan sesi treasure hunt berkaitan ilmu perbidanan yang dikelolakan oleh pihak Muzium Negara. Para peserta dibahagikan mengikut kumpulan dan diberi tugasan khas untuk memenangi hadiah istimewa dari Pa&Ma.
Ternyata semua peserta memberikan kerjasama dan begitu teruja untuk melakukan tugasan yang diberi. Melalui aktiviti ini, banyak ilmu perbidanan secara tradisional dan moden dapat dipelajari.
Selesai melakukan aktiviti treasure hunt, Pa&Ma turut mengadakan games untuk menggamatkan lagi suasana pada hari tersebut. Acara telah diakhiri dengan cabutan bertuah dan penyampaian hadiah serta minum petang yang disediakan pihak Muzium Negara.
Rata-rata semua peserta merasa seronok, teruja dan dapat healing dari tugasan sebagai ibu sepanjang berlangsungnya acara Mummy Me Time @ Pameran Perbidanan Muzuim Negara. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih buat kesemua peserta terutamanya beberapa peserta lelaki yang turut serta untuk menemani isteri mereka.
Ada rezeki, kami akan terus anjurkan pelbagai acara menarik buat semua follower yang banyak memberi sokongan kepada Pa&Ma!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bayi perempuan ditemukan di Tawau dalam keadaan ditinggalkan di kawasan semak sebelum diselamatkan orang awam. Polis kini mengesan ibu kandung dan meminta saksi tampil membantu siasatan.