Jarang-jarang muncul di Instagram ibu dan ayahnya, si comel Ana Nayla, anak pasangan selebriti Ayda Jebat dan Nabil Mahir menarik perhatian ramai.
Mana tidaknya, gaya comel Ana Nayla yang menjalani sesi fotografi bersama ibu dan ayahnya kelihatan cukup comel dan bersahaja.
Tanpa dibantu ibu dan ayahnya di sisi, Ana Nayla memberikan pelbagai pose menarik. Memang comel.
“Mummy dah ada pesaing. Ada yang tanya, kenapa brand banyak ambil Ayda Jebat jadi duta eh. Risau. Ni sis lagi ghisau.
“Sis dah ada pesaing! Anak sendiri akan ambil alih tempat kita wak,” tulis Ayda berseloroh menerusi kapsyennya.
Ads
Bahkan kongsi Ayda yang kini hamil anak kedua, telatah anak kecilnya itu seolah-olah menggambarkan dirinya ketika bekerja.
“Bukan main eh baby! Dia punya fussy bab kerja memang macam mak dia. Dia tengok Mummy buat macam tu, dia pun ikut.
“Buat muka muka cute ek eh kau. Geram tak tengok si kecik @ananaylaofficial eh? Siap check dulu sampai puas hati baru proceed tu,” tulisnya.
Ads
Apa yang menarik pastinya telatah anak kecil itu yang persis gaya dewasa. Sebaik selesai pose, Ana Nayla dengan pantasnya melihat dahulu gambarnya dan kembali untuk beraksi di lensa kamera. Memang comel.
Ads
Gelagat comel Ana Nayla sudah semestinya menarik perhatian wargamaya yang turut terhibur dengan gaya comelnya.
Pada 30 Mac 2019 yang lalu, majalah Pa&Ma dengan kerjasama KPJ Selangor Specialist Hospital telah mengadakan Pa&Ma Mom To Be Boot Camp. Boot Camp yang bermula sedari jam 8.30 pagi hingga 3.00 petang itu padat dengan seminar serta aktiviti yang menarik yang melibatkan kesemua peserta. rata-rata peserta program ini hamil trimester kedua.
Selepas sesi pendaftaran dan sarapan pagi, program dimulakan dengan seminar Penjagaan dan Pemantauan Ibu Hamil yang dijayakan oleh pasukan jururawat hospital ini. Dalam seminar ini, para suami diberitahu tentang persediaan mental dan fizikal untuk menjaga isteri yang sedang hamil. Selain itu juga, panel jemputan turut berkongsi tip kelahiran kepada semua peserta.
Program diteruskan dengan ceramah tentang Kepentingan Membuat Imbasan Pendengaran Bayi Baharu Lahir yang disampaikan oleh Pakar Audiologi, Ridwan Afif Mohamad. Para peserta didedahkan dengan teknik menguji tahap pendengaran anak serta perkembangan mereka selari dengan usia.
Sementara itu Pakar Dietetik, Koh Nyat Sen berkongsi ilmu tentang Pengambilan Nutrisi Sepanjang Kehamilan. Dia turut berkongsi tip pemakanan terbaik untuk wanita mengandung. Selesai sesi seminar ini para peserta diberikan masa untuk minum pagi. Selepas menikmati hidangan minum pagi, peserta dibahagikan kepada dua kumpulan.
Grup pertama mengikuti aktiviti senaman bersama Terapis Fisio. Di dalam kelasnya, Terapis ini banyak berkongsi teknik pernafasan serta seneman ringkas yang boleh diamalkan oleh ibu hamil bagi mengurangkan masalah sakit belakang serta memudahkan kelahiran. Grup kedua pula membuat aktiviti memandikan serta urutan untuk bayi yang dikelolakan oleh pasukan jururawat terlatih.
Ternyata para peserta teruja untuk mempelajarinya kerana kebanyakan mereka hamil anak pertama. Model patung diberikan kepada bakal ibu bapa agar mereka dapat sama-sama mempraktikkan teknik yang dikongsikan oleh jururawat bertugas.
Seminar selepas dua aktiviti menarik itu disampaikan oleh salah seorang Jururawat Laktasi, Shamsina Zul Kapli yang berkongsi ilmu tentang teknik penyusuan yang betul. Selain posisi menyusu, dia turut mengajar para peserta cara mengepam dan kaedah penyimpanan susu ibu yang tepat. Selesai seminar laktasi, program diteruskan dengan ceramah tentang Proses Dan Peringkat Melahirkan yang disampaikan oleh Pakar O&G, Dr. Tan Yeen Inn.
Di dalam seminarnya, Dr. Tan berkongsi maklumat tentang proses kelahiran secara normal. Acara pada hari itu diakhiri dengan kuiz serta cabutan bertuah. Para peserta kemudiannya bergambar dengan team Pa&Ma sebelum program tamat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Disaat kita menyediakan segala keperluan dan kehendak anak-anak kita, ada anak-anak lain yang dahagakan perhatian dan kasih sayang tanpa kita ketahui nasib mereka.
Anak-anak yatim yang kini menghuni Rumah Asnaf dan juga di rumah anak yatim antara yang amat memerlukan perhatian dan bantuan dari kita. Lebih-lebih lagi ketika pandemik melanda dunia ketika ini.
Menyedari akan kekurangan ini, pelakon Anzalna Nasir tampil berkongsi rezeki bersama anak-anak di penghuni Rumah Asnaf dan Anak Yatim Nur Qasih baru-baru ini.
Kata Anzalna, dia berasa cukup teruja apabila berpeluang untuk menyumbang barangan seperti pakaian baru dan juga permainan buat anak-anak yatim di pusat kebajikan tersebut.
Menerusi Instagramnya, Anzalna turut memuat naik video ketika menziarah anak-anak yatim di pusat itu.
” Berkongsi rezeki.
” Kami beli di atas permintaan mereka. Hopefully they are happy.
” Thanks @nadia for doing this with me,” kongsinya.
Seronok melihat anak-anak gembira menerima baju dan mainan yang diminta mereka. Tidak hanya membeli bahkan Anzalna sendiri turun padang untuk memberi bantuan ini tanda keprihatinannya pada anak-anak yang memerlukan ini.
Usaha murni ibu kepada Mohamad Eidrees ini sememangnya patut dipuji malah diteladani oleh individu berkemampuan lain.
Dalam pada itu, perkongsian video Anzalna itu menerima lebih 214 000 tanda suka daripada seluruh pengikutnya.
Rata-rata memuji tindakan Anzalna itu dan turut berkongsi kesedihan melihat wajah-wajah gembira ketika kanak-kanak ini menerima hadiah mereka.
Terdahulu, Anzalna mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Mohamad Hanif Mohamad Zaki pada 21 Februari 2016. Mereka kini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mohamad Eidrees yang dilahirkan pada 31 Mei 2019.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @anzalnanasir88
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bersemangat memulakan tahun baharu, Bintang Kecil Canteen Day 23 telah berlangsung dengan jayanya! Program ini mempunyai keunikannya tersendiri dalam membentuk jati diri anak-anak dalam bidang keusahawanan.
Pertama kali diadakan dan telah berlangsung dengan penuh meriah di Plaza Shah Alam (PSA). Paling menarik, program ini berjaya mengumpulkan lebih 500 kanak-kanak menyertai pelbagai aktiviti menarik yang dirancang.
“Bintang Kecil merupakan jenama terbitan Kumpulan Media Karangkraf yang dikeluarkan secara bercetak dua kali sebulan dan satu ketika dulu pernah mendapat tempat di hati anak-anak perempuan khususnya.
“Dahulu menggunakan tagline untuk kita-kita aja telah melahirkan bakat cilik yang hingga kini masih popular antaranya Shila Amzah, Elfira Loy, Sweet Qismina, Mia Sara, Eyka Farhana, Shaza Bae, Amelia Henderson dan ramai lagi.
“Boleh dikatakan Bintang Kecil pernah menjadi satu fenomena buat anak-anak gadis dan kini tampil dengan nafas baru untuk lebih dekat dengan kanak-kanak hari ini bersesuaian dengan arus teknologi semasa, salah satunya adalah aktiviti pada hari ini iaitu BK Canteen Day,” jelas Puan Wan Erni, Editor Pengurusan Grup Family & Parenting.
Usaha Sama Dengan Kelab Kucing Malaysia & SK Bukit Kemuning 2
Program ini diadakan untuk mendidik kanak-kanak bagi lebih mengenali dunia perniagaan secara lebih dekat lagi. Mendapat sokongan sepenuhnya dari Kelab Kucing Malaysia dan Sekolah Kebangsaan Bukit Kemuning 2, sebanyak enam buah booth jualan diwujudkan di bawah pemantauan mentor usahawan bagi mendidik kanak-kanak berniaga.
Antara mentor usahawan yang terlibat bagi menjayakan Bintang Kecil Canteen Day 2023 adalah seperti Mios Kitchen, KUEH, Obcakession, Icely, Jom Juice, Souqa Pasta, dan Farm Fresh. BK Canteen Day bukan sekadar untuk melatih kanak-kanak belajar berniaga malah menjadi permulaan untuk lebih berkeyakinan dan menonjolkan bakat sebenar dalam diri mereka.
Kesemua mereka diberikan tugasan khas di setiap gerai jualan dan siapa sangka dengan semangat seorang usahawan, setiap produk yang dipasarkan laris terjual.
Semangatnya Himpunan Saya Juara!
Selain itu, program berlangsung selama sehari ini turut menganjurkan pelbagai aktiviti menarik antaranya ialah “Himpunan Saya Juara”, di mana seramai 200 kanak-kanak telah menyertai perarakan seni bela diri yang terdiri daripada seni silat, taekwondo dan karate.
Kanak-kanak ini juga akan mempersembahkan bakat mereka di pentas utama di samping kemunculan istimewa Pesilat Negara Al Jufferi Jamari bagi menyuntik lagi semangat para peserta.
Perasmian Kelab Keusahawanan SK Bukit Kemuning 2
Selain itu, pada hari tersebut juga menyaksikan majlis perasmian Kelab Keusahawanan Sekolah Kebangsaan Bukit Kemuning 2 diadakan dengan penuh bermakna. Ini selari dengan impian para pendidik untuk melihat pelajarnya berjaya di dalam pelajaran mereka juga mahu berikan suntikan baru dalam diri anak-anak murid mereka.
Kelab Keushawanan ini yang memberi peluang kepada pelajar Sekolah Bukit Kemuning 2 untuk mendekati secara lebih dekat dunia keusahawanan sebenar dengan bimbingan guru pengiring, Cikgu Zuraidi, dan Guru Besar SK Bukit Kemuning 2, Cikgu Hamidi, itu sendiri.
Selain itu, terdapat juga aktiviti mewarna yang melibatkan hampir 200 kanak-kanak. Bertemakan haiwan kesayangan, para peserta akan berpakaian mengikut haiwan kegemaran mereka bagi memberikan sedikit kelainan di samping bagi meraikan lagi kerjasama di antara Kelab Kucing Malaysia dan Bintang Kecil.
Acara ini sentiasa mendapat perhatian ibu bapa kerana bakat seni anak-anak dapat diserlahkan melalui pertandingan seperti ini.
Hasil Jualan Kupon Didermakan Kepada Kelab Kucing Malaysia
Penutup Bintang Kecil Canteen Day 2023 kali ini meriah kerana hasil jualan kupon akan turut didermakan kepada Kelab Kucing Malaysia bagi membantu kucing-kucing terbiar dan memberikan mereka perlindungan.
Diharapkan dengan kerjasama ini dapat membuka mata umum khususnya kanak-kanak akan kebaikan berniaga di usia muda juga kelebihan memberi kepada yang memerlukan.
Bintang kecil akan terus komited dalam memaparkan pelbagai kandungan menarik dan informasi untuk kanak-kanak di Youtube Channel. Di samping itu, akan banyak lagi aktiviti menarik yang akan dilakukan setiap bulan bersama kanak-kanak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nutrisi perkembangan minda anak bermula daripada pemakanan harian. Ketahui 8 makanan terbaik seperti telur, ikan berlemak, susu, avokado dan bayam yang membantu meningkatkan fokus, memori serta perkembangan otak kanak-kanak.