“Bawa Anak Kecil Solat Terawih Satu Didikan Yang Bagus” Dr. Sheikh Muszaphar Kongsi Cara Bawa Anak Kecil Ke Masjid

Share

Angkasawan negara, Dr. Sheikh Muszaphar melalui instagramnya telah berkongsi tip membawa anak kecil solat terawih. Bersempena bulan Ramadan yang mulia ini, pasti ibu bapa tidak ingin melepaskan peluang menunaikan solat terawih di masjid.

[Baca: Buatkan 2 Menu “Special” Ini Untuk Si Kecil, Bila Berbuka Puasa Si Kecil Pun Boleh Makan Bersama]

Beliau juga berkongsi video gelagat anak kembar lelakinya yang berkelakuan sangat baik ketika di masjid.


Solat Tarawih bersama anak lelaki

Apa yang mengejutkan, si kembar berkelakuan baik hari ini. Adam dan Noah hanya berdiri disebelah saya semasa solat terawih

Alhamdulillah …

5 Tip bawa anak anda solat terawih;

1. Sentiasa bersedia
 Bawa susu, lampin, dan juga mainan kegemaran mereka. Anda sangat memerlukan bila tiba saatnya.

2. Cari satu sudut di masjid
Solat dibahagian belakang supaya anak anda tidak menggangu jemaah lain.

3. Sentiasa awasi anak anda
Jangan rasa tempat tersebut sentiasa selamat dan biarkan anak anda bermain seorang diri

4. Jika anak menangis tak berhenti, bawa mereka keluar dan cari solusi
Anak-anak anda mungkin lapar atau lampinya perlu ditukar. Jangan hanya biarkan anak anda terus menangis kerana boleh menggangu jemaah lain yang sedang beribadah. Sambung solat terawih selepas keadaan anak kembali tenang

5. Beri anak anda makan dan minum sebelum ke Masjid. Jika dia tertidur di sebelah anda, biarkan sahaja.

Bawa anak mengerjakan Solat Terawih adalah salah satu didikan yang baik untuk mereka. Mereka akan belajar dari sekeliling. Tapi pastikan anak anda tidak menggangu orang lain yang sedang mengerjakan ibadah. 
Just sharing .

Apapun terpulang kepada ibu bapa sama ada ingin membawa anak-anak kecil ataupun membuat keputusan untuk solat di rumah. Yang ingin membawa anak kecil pastikan anak anda tidak menggangu jemaah lain. 

Sumber: Dr. Sheikh Muszaphar

 

IKLAN