Buntu betul memikirkan menu untuk si kecil, tambah pula mama terpaksa memikirkan menu untuk sekeluarga berbuka puasa nanti. 

[Baca: Nak Bercuti Bawa Baby Memang Kalut Lagi-Lagi Bab Makanannya. Ini Persiapan Basic Untuk Mama]

Puan Nurul Syafiqah‎ berkongsi dua resipi istimewa yang boleh dijadikan juadah untuk si kecil makan bersama-sama ahli keluarga yang lain ketika berbuka puasa. Yang paling penting tiada garam, gula atau penambah rasa.

Menu berbuka untuk si kecil Mama.. Baby Rafiq. Nanti dia tengok orang makan, Dia pun sibuk nak makan juga. So Mama buat kan dua menu untuk si kecil Mama.. Pasta Milk Cheese Dan Pasta Tomato Cheese.

Buatkan 2 Menu “Special” Ini Untuk Si Kecil, Bila Berbuka Puasa Si Kecil Pun Boleh Makan Bersama

(Resepi Pasta Milk Cheese)

IKLAN

Bahan-bahan

– Pasta
– Holland
– Capsicum (Merah)
– Isi Ayam
– Carrot
– Pakchoy
– Brokoli
– Butter Unsalted
– Cream Cheese
– Full cream Farm fresh/FM

Cara-cara penyediaan

IKLAN

1) Rebus pasta, Carrot, Ayam, Brokoli, Capsicum, Pakchoy..

2) kemudian tos kan kesemua bahan yang dah Di rebus tadi, ketepikan

3) Panas kan minyak, masuk kan butter dan Holland, masuk Kan kesemua bahan yang di rebus tadi ke dalam kuali

IKLAN

4) Kemudian masukkan milk Full cream atau Fm, kacau-kacau tutup api, akhir sekali masukkan cream cheese, kacau-kacau siap

Buatkan 2 Menu “Special” Ini Untuk Si Kecil, Bila Berbuka Puasa Si Kecil Pun Boleh Makan Bersama

Pasta Tomato Cheese menggunakan bahan yang sama, cuma saya tambah kan pes tomato jee then gaul bersama cheese.. jadi laa Pasta Tomato Cheese.

Sumber: Nurul Syafiqah

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI