Salah satu prosedur yang tidak digemari oleh wanita hamil adalah proses minum air gula. Kebanyakannya tidak suka melaluinya kerana khuatir akan termuntah. Bahkan sebelum mengambil air gula, perlu berpuasa pula. Sesetengah ibu mungkin merasakan minum air gula sesuatu yang biasa tidak dinafikan ada yang tidak mahu melakukannya terutama jika sedang mengalami alahan.
Bagi menjelaskan tentang prosedur ini, Dr Nurul Azwa Hasny, Konsultan Obstetrik & Ginekologi, Salam Specialist Hospital berkongsi info dengan para ibu yang dikehendaki mengambil air gula. Menurutnya, para ibu yang dikehendaki melalui prosedur Modified Glucose Tolerance Test (MGTT) perlu berpuasa sekurang-kurangnya lapan jam sebelum prosedur. Sekiranya ibu berasa terlampau haus, air kosong dibenarkan untuk membasahkan tekak.
Prosedur ini diwajibkan kepada ibu mengandung yang berisiko kencing manis. Ia dilakukan pada awal kandungan semasa booking dan perlu diulangi pada usia kandungan 24 hingga 28 minggu sekiranya ujian pertama adalah normal.
PEMAKANAN BIASA & AKTIVITI NORMAL 3 HARI BERTURUT-TURUT
Ads
Ibu-ibu perlu memastikan diri makan dan menjalani aktiviti harian secara normal selama tiga hari berturut-turut sebelum prosedur. Ibu juga perlu memastikan tahap kesihatan baik pada tempoh tersebut. Sekiranya ibu berkenaan mengalami masalah kesihatan, bolehlah menghubungi klinik atau hospital bagi memaklumkan dan mengubah tarikh prosedur.
MINUM AIR GULA
Setelah berpuasa, ibu digalakkan datang awal ke klinik untuk pengambilan darah pertama semasa puasa. Air gula akan diberikan dan perlu minum sehabisnya tanpa muntah.
Selepas itu ibu berkenaan perlu meneruskan berpuasa selama 2 jam lagi untuk pengambilan darah kali kedua. Setelah selesai, puan baru dibenarkan makan dan minum.
Ads
Ujian darah yang pertama menentukan kandungan gula badan semasa puasa manakala ujian yang kedua pula menentukan kemampuan badan puan memposes kandungan gula yang tinggi.
Sekiranya ibu muntah semasa prosedur, ujian ini perlu diulang semula. Oleh sebab itu, penting bagi ibu untuk bersedia secara mental dan fizikal bagi menghadapi prosedur ujian ini. Ibu-ibu perlu dalam keadaan sihat pada hari tersebut. Kurangkan makanan pedas atau berempah malam sebelumnya. Datang awal supaya tidak perlu menunggu lama.
Ads
TARIK NAFAS DALAM-DALAM & CUBA MINUM DALAM SATU NAFAS
Memasuki usia kandungan lapan bulan atau 32 minggu buat hati makin berdebar-debar. Melalui trimester ketika sememangnya membuatkan ibu sentiasa berfikir saat kelahiran. Jika boleh semuanya nak dilakukan serentak bagi memudahkan proses bersalin kelak.
Inilah yang dilalui penyanyi yang popular di negara China ini, Shila Amzah yang melakukan pelbagai aktiviti untuk melancarkan proses bersalin yang hanya tinggal lagi sebulan. Tidak mahu duduk diam dan berehat terlalu banyak, sebaliknya penyanyi bersuara lantang ini sentiasa aktif dengan pelbagai aktiviti.
Kongsi Shila di instagramnya, berenang dan workout menjadi pilihannya di rumah. Malah gym ball juga menjadi peneman setianya kini. Menarik!
Gym ball kat belakang tu, dah jadi my BFF dah sekarang ni. Selalu apa rutin korang bila lagi sebulan nak bersalin? Sha still continue swimming, workout sikit-sikit. Lebih kan jalan.. Tengok la lagi 2 minggu nak cari Park yang best-best, nak jalan-jalan. Nak pergi hiking tak berani la pula.
Malah Shila juga meminta pengikutnya berkongsi aktiviti yang boleh dilakukannya pada minggu-minggu terdekat ini. Antara yang dikongsikan peminat adalah:
“Banyakkan berjalan je, sampai la dah sakit kontraksi pun kena berjalan-jalan sambil tunggu jalan buka 6cm ke atas”
“Squatting..belajar control pernafasan nak bersalin”
“Duduk dan main-main je atas gymball tu untuk mudahkan bersalin”
“Pusing mall dan naik tangga turun tangga.”
“Jalan-jalan kat shopping mall sebab sejuk dan sntiasa lapar. Vacuum dan mop satu rumah.”
Semoga penyanyi kesayangan ramai ini menjalani aktiviti di minggu-minggu terakhir ini dengan jayanya. Moga dipermudahkan untuk melalui proses bersalinnya kelak. Tak sabar tunggu Shila junior.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Akibat kerap terasa lapar semasa hamil, ramai ibu yang makan dalam kuantiti yang banyak dan ambil makanan yang tidak sihat seperti makanan segera. Tanpa sedar, anda sebenarnya telah terlebih kalori dan mungkin boleh memberi kesan kepada bayi dalam kandungan.
Wanita hamil perlu mengawal pengambilan makanan dan mengamalkan pemakanan yang seimbang dan sihat. Pengambilan hanya satu hidangan minuman coklat berais setiap pagi tanpa penambahan minuman manis dalam hidangan berikutnya sepanjang hari tidak akan menjadi penyebab utama kandungan bersaiz besar (macrosomia).
Menurut Dr Maiza Tusimin, Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, bayi normal di kalangan penduduk Malaysia mempunyai berat badan dalam lingkungan 3kg hingga 3.5kg.
Bayi macrosomic pula ditakrifkan sebagai berat lahir melebihi 4kg.
Lazimnya apabila ukuran pertumbuhan bayi yang diperolehi daripada ultrasound bersiri diplotkan pada graf pertumbuhan janin, kadar pertumbuhan bayi macrosomic melebihi kadar pertumbuhan yang sepatutnya untuk umur kandungan tersebut (lebih 90% centile).
Antara faktor yang telah dikenalpasti berkait rapat dengan bayi macrosomic termasuklah:
Kehamilan melebihi tarikh jangkaan bersalin.
Menghidap kencing manis ketika hamil
Indeks jisim badan prakehamilan yang tinggi (BMI lebih 30kg/m2)
Kenaikan berat badan berlebihan ketika hamil.
Faktor genetic, jantina bayi, kaum dan etnik juga mempengaruhi risiko bayi macrosomic yang lebih tinggi berbanding wanita kulit putih, Afrika Amerika, atau Asia. Faktor genetic seperti ketinggian ibu dan berat badan turut memainkan peranan dalam menentukan berat bayi ketika lahir.
Menghidap diabetis ketika hamil adalah satu factor yang paling banyak dikaitkan dengan bayi macrosomic
Bagi wanita hamil yang berisiko tinggi dan mempunyai metabolisme badan yang tidak berupaya untuk menangani perubahan hormone HPL ketika hamil, keputusan tidak normal akan ditunjukkan dalam modified glucose tolerance test (MGTT).
Berikut adalah golongan berisiko menghidap diabetis ketika hamil? Sekiranya berisiko, puan perlu menjalani ujian saringan MGTT!
Menghidap GDM semasa kandungan terdahulu.
Obesiti (BMI lebih 30kg/m2)
Umur lebih 35 tahun
Kehadiran glycosuria (glukos di dalam air kencing)
Berat bayi terdahulu lebih 4kg
TIP MENGELAKKAN BAYI BESAR
Pengambilan makanan seimbang mengikut pola pyramid makanan – Pinggan Sihat Malaysia: “Suku, Suku, Separuh”
Berjumpa dengan pakar dietetic untuk mengira kadar kalori yang diperlukan ketika hamil seterusnya mendapatkan nasihat mengenai pemakanan seimbang
Digalakkan melakukan aktiviti senaman ringan.
Menjalani ujian saringan diabetis jika tergolong dalam kumpulan berisiko tinggi
Sumber: Majalah Pa&Ma
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pendarahan dan rasa kejang pada ari-ari adalah tanda-tanda awal kehamilan. Selain itu ada 4 lagi tanda-tanda lain yang sebenarnya tanda awal diri berbadan dua tetapi selalunya mama tak perasan.
Pengesanan awal kehamilan boleh membantu mama untuk mengambil langkah awal seperti memulakan pemakanan yang sihat (jika sebelum ini tidak mengamalkan pemakanan sihat), menghindari aktiviti lasak, mengelakkan rawatan kecantikan yang melibatkan bahan kimia di mana sesetengahnya boleh menggugat perkembangan awal janin. Pendek kata, pengesanan awal adalah lebih baik kerana risiko keguguran dapat dikurangkan!
Ujian kehamilan merupakan cara yang paling terbaik dan berkesan untuk memeriksa sama ada anda hamil atau tida. Namun begitu, terdapat beberapa tanda yang boleh anda periksa sendiri untuk mengetahui sama ada anda hamil atau tidak.
#1 Pendarahan pada vagina dan kekejangan perut
Keadaan ini normal berlaku sekiranya bayi telah terbentuk di dalam rahim anda. Keadaan ini terjadi kerana telur yang telah disenyawakan dengan sperma perlu mengimplan masuk ke dalam uterus anda justeru menyebabkan berlaku sedikit pendarahan pada vagina serta kekejangan perut.
Anda juga boleh memeriksa jika ada terdapat sebarang perubahan pada bentuk dinding vagina anda. Perubahan ini adalah tidak bahaya. Namun jika perubahan ini membuat kawasan vagina anda berbau dan tidak selesa, anda perlu membuat ujian bagi mengelakkan sebarang infeksi.
#2 Kesakitan pada payudara
Kehamilan akan menyebabkan ketidaktentuan hormon dalam badan. Ini akan mengakibatkan payudara anda membesar dan membengkak. Kawasan puting anda juga akan menjadi lebih gelap dari sebelumnya. Perubahan ini berlaku ketika anda sedang berada dalam trimester kedua kehamilan anda di mana badan anda sudah biasa dengan sebarang perubahan hormon yang berlaku.
#3 Kepenatan
Selain kekurangan kandungan gula dalam badan serta tekanan darah rendah, kepenatan juga mungkin terjadi akibat peningkatan hormon progesterone yang muncul ketika seseorang wanita itu sedang hamil.
Keadaaan ini selalunya akan hilang ketika trimester kedua kehamilan namun akan kembali ketika di hujung waktu kehamilan ketika perut anda sudah memboyot.
#4 Muntah-muntah
Kebanyakan wanita hamil akan mengalami keadaan ini beberapa bulan selepas hamil, namun ada juga wanita yang akan mengalaminya lebih awal. Keadaan ini juga dialami oleh ibu hamil tanpa mengira waktu sama ada siang atau malam.
#5 Perubahan selera makan
Kebanyakan ibu mengandung akan mengalami keadaan ini. Mereka akan mengidam sesuatu makanan yang sangat khusus atau membenci makanan kegemaran mereka.
Keadaan ini adalah sangat unik dan saintis sendiri tidak dapat membuat kesimpulan tentang perubahan selera makan ini. Namun dipercayai perubahan selera makan ini adalah disebabkan oleh perubahan hormon yang berlaku dalam badan disebabkan oleh kehamilan.
#6 Ketidaktentuan emosi
Perubahan hormon semasa kehamilan akan menjejaskan sel neuron dalam otak wanita sekaligus menyebabkan ketidaktentuan emosi. Setiap wanita akan mengalami keadaan ini dengan berbeza bergantung kepada individu.
Perubahan emosi ini mungkin menunjukkan bahawa anda sedang hamil. Namun sekiranya perubahan emosi ini menjejaskan tahap kesihatan anda, anda perlu berhubung dengan pakar secepat mungkin.