Kesibukan bekerja dari rumah WFH juga terpaksa memberi fokus kepada sesi pembelajaran anak-anak dari rumah (PdPR) membuatka fokus ibu kepada pemakanan anak-anak semakin berkurang.
Ada waktunya, makanan segera dan menu ringkas menjadi pilihan untuk sajian anak-anak. Semuanya kerana mengejar masa dan pelbagai tugasan yang perlu dilakukan serentak.
Pun begitu, jika terlalu kesuntukan masa, memberi anak makan makanan segera seperti sosej, nuget dan sebagainya bukanlah satu langkah bijak. Biarlah nasi berlaukkan telur dan kicap asal bukan SOSEJ. Inilah yang cuba dikongsikan oleh Public Health Malaysia. Elakkan sosej untuk anak kita.
Bagaimana HOT DOG boleh Membunuh Kanak Kanak Dalam Beberapa Saat?
Hot dog atau sosej merupakan sejenis makanan proses yang di ketahui mempunyai pelbagai risiko masalah kesihatan jika di ambil dengan kadar yang tinggi.
Selain masalah kesihatan, Pakar Kanak Kanak menyarankan agar tanda amaran di letakkan di plastik pembungkus hot dog kerana ia merupakan makanan utama yang menyebabkan menyebabkan kes tercekik di kalangan kanak kanak.
Menurut kajian American Academy of Pediatrics, 17% kes tercekik makanan berpunca dari hot dog terutamanya bagi kanak kanak yang berusia bawah 3 tahun di mana gigi belum tumbuh sepenuhnya untuk mengunyah hot dog. Bagi kanak kanak lebih 3 tahun, kemahiran mengunyah belum di kuasai sepenuhnya menyebabkan risiko tercekik ketika menjamah hot dog.
Secara sinis beliau berkata ,Jika anda tanya saya, “Apakah penyedal saluran pernafasan kanak kanak yang terbaik- Ya, HOT DOG”
Lebih serius, beliau mengulas ” Apabila hot dog telah menyedal saluran pernafasan, percayalah, agak mustahil untuk mengeluarkannya” -Dr Gary Smith, Pengarah Center for Injury Research and Policy at Nationwide Children’s , Ohio.
Ads
Hot Dog Dan Kanser Usus
Kandungan garam dan lemak tepu yang tinggi sememangnya di ketahui umum menyebabkan masalah obesiti, kencing manis, darah tinggi dan penyakit jantung.
Lebih menarik lagi, kanduangan NITRITE di dalam hot dog dan kebanyakan makanan proses lain di ketahui menyebabkan kanser usus. Dari 2008- 2013, terdapat 4501 kes kanser usus di Malaysia terutamanya dikalangan kaum cina dan ia merupakan antara pembunuh utama di Malaysia.
Nitrites merupakan garam tambahan yang di gunakan sebagai bahan pengawet di dalam hotdog. Apabila ia di cernakan di dalam sistem penghadaman, bakteria akan menukarkannya kepada N-Nitroso yang merupakan bahan kompaun menyebab kanser.
Menurut WHO’s International Agency for Research on Cancer setiap 50g daging proses yang di makan, meningkatkan risiko kanses usus sebanyak 18%.
Bukan Makan Hari Hari- Apa salahnya?
Mungkin ada yang melihat isu ini secara sinis, “ala, bukan makan hari hari”. Fikirkan semula. “Makanan Proses” dalam konteks ini termasuklah segala makanan di dalam tin seperti ikan sardin, tuna, makanan sejuk beku, makanan yang di keringkan dan di awetkan seperti ikan masin, ikan kering, buah buahan dan sayur sayuran jeruk dan segala makanan yang di proses sebelum di hidangkan ke pinggan anda.
Ads
Susu, Buah-Buahan Penawar Kesan Hot Dog
Kajian makmal awal saintis membuktikan pengambilan makanan yang mengandungi kalsium dapat mengurangkan kesan bahan berkanser di dalam HOT DOG.
Dalam kajian beliau, tikus yang di berikan kalsium tidak menunjukkan peningkatan paras Tumor Marker berbanding tikus yang di beri HOT DOG. Oleh itu pengambilan makanan yang mengandungi Kalsium seperti susu dan yogourt mungkin boleh menjadi “penawar” kepada bahan kanser yang di makan dari HOT DOG.
Selain itu, pengambilan makanan yang tinggi bahan anti oksida dan vitamin C seperti buah buahan dan sayuran juga dapat membantu mengurangkan “kesan buruk” dari pengambilan HOT DOG.
Kesimpulannya, hot dog atau sosej, halal atau haram, apa yang masyarakat perlu tahu adalah kesan buruk dan bahayanya.
✅ Jika anda begitu “bersungguh” untuk memberi HOT DOG kepada anak anak, potong “penyendal saluran pernafasan” tersebut dengan kecil.
Ads
✅ Pastikan hidangan di seimbangkan dengan buah buahan, sayur sayuran serta produk tenusu.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
bila anak tak makan, sesetengah ibu ayah akan menggunakan trik tertentu supaya mereka bekerjasama. Selain diberikan mainan, ada juga yang benarkan anak-anak makan sambil tengok handphone. Dengan cara itu, anak akan seronok untuk makan sebab dapat main gajet. Elok ke sebenarnya kaedah ni?
Betul, bila kita bagi anak gajet atau mainan dapat mengalih perhatian anak dan membuatkan mereka makan. Pun begitu, ia bukanlah cara yang betul. Ikuti penjelasan dari Dr Ahmad Luqman Bukhari tentang cara makan yang patut dipraktikkan.
MENCABAR RAWAT ANAK OBES
Antara perkara super mencabar ialah bila kami berhadapan pesakit kanak-kanak berbadan obes. Nak ambil darah susah. Nak masukkan jarum ke saluran darah untuk berikan ubat atau hidrasikan tubuhnya dengan air, pun sama.
Tu yang kadang-kadang berkali-kali terpaksa cucuk sebab salur darahnya tak kelihatan seperti kanak-kanak lain.
Sumber foto: www.freepik.com
Belum cerita lagi, bila jumpa kanak-kanak yang terlampau obes dan berat badan dah hampir macam orang dewasa. Sekali mereka mengamuk, boleh terbang staff kesihatan yang bertubuh kecil. Huhu.
ANAK GEMUK SEBAB SALAH CARA MAKAN
Biasanya, antara punca budak jadi terlampau gemuk, ialah mak ayah tak ajarkan cara makan yang betul.
Sepatutnya, makan mesti dalam keadaan duduk bertenang. Bukan depan tv, bukan sambil menonton di smartphone atau tablet. Bukan juga masa tengah bermain.
Tapi dalam keadaan benar-benar menikmati makanan serta mengunyah dengan baik. Didik anak untuk kunyah sehingga 30 atau 40 kali untuk pastikan makanan betul-betul hancur dan mudah dihadam.
Sumber foto: www.freepik.com
Bila mereka berjaya ambil masa yang cukup untuk mengunyah, barulah makanan hancur lumat dan kalenjar dalam mulut dapat merembeskan enzim amylase secukupnya. Enzim ni penting tau untuk bantu proses penghadaman.
HORMON GHRELIN BUAT KITA ASYIK NAK MAKAN!
Mengikut kajian, otak perlukan 20 minit untuk terima signal yang perut dah kenyang. Nahas kalau makan tergesa-gesa, perut dah penuh tapi masih belum rasa kenyang sebab otak masih berterusan keluarkan hormon Ghrelin.
Ghrelin ni lah yang buatkan rasa lapar dan nak makan lagi. Akhirnya selalu terlebih portion makan lantas mengakibatkan masalah obesiti.
Berbeza bila anak-anak makan penuh tertib dan perlahan-lahan, ia memberikan masa pada usus kecil menghantar signal pada otak supaya merasa kenyang dan penuh. Porsi makan tak berlebih.
Barulah makan jadi suatu proses bermanfaat, bukan mudarat.
Semoga bermanfaat!
Diharapkan dengan perkongsian dari Dr Luqman ini dapat memberi penjelasan kepada ibu bapa tentang cara memberi anak makan yang betul.
Susu paling terbaik untuk manusia, adalah susu ibu. Selepas umur 2 tahun, dah cukup tempoh penyusuan susu ibu, anak-anak dah tak perlu ambil susu secara harian 3 4 botol sehari sebenarnya.
Bagi anak keperluan nutrisi yang secukupnya dari makanan sebenar. Real food, dan bukan ultra processed food. Menurut Dr Mazliana Mazlan, Ibu ayah perlu pelbagaikan makanan anak, supaya mereka tak bergantung lagi dengan susu.
Susu, lembu atau kambing, ada protein casein. Yang boleh tambahkan keradangan pada badan anak.
Saya minum susu setiap hari waktu dalam pantang anak pertama. Baru saya sedar itu puncanya anak saya berkahak waktu umur 10 hari. Lepas stop je susu, terus dah tak dengar bunyi kahak baby yang menyusu. Lain orang, lain ceritanya dengan susu.
Susu, ada banyak jenis. Susu segar, susu tepung, susu formula. Susu kambing lebih baik dari susu lembu, insyaAllah.
Susu kambing, ada protein casein A2, yang mana ianya lebih mudah dihadam dan sifat keradangan kurang berbanding susu lembu yang ada protein casein A1.
Tapi ada jugak susu lembu dari protein casein A2. Kalau jumpa yang ini, insyaAllah ianya lebih baik untuk kita bagi anak.
Saya kongsikan pilihan susu yang ada di pasaran. Bukan yang terbaik, tapi antara yang ok untuk anak-anak. Paling sikit bahannya, paling baik insyaAllah.
Susu-susu ni, hanya untuk anak umur 1 tahun dan ke atas.
Bawah 1 tahun, tetap perlu cari susu formula untuk anak, kalau tak diizinkan untuk kita susukan anak dengan susu ibu. Yang ini saya tak ada cadangan, korang jangan tanya saya tauuu.
Lepas 2 tahun, tak perlu bagi susu secara harian untuk anak. Banyak sumber kalsium, DHA, dari makanan segar lain yang patut anak ambil.
Kadang kita pelik anak tak nak makan nasi, rupanya sebab dia dah kenyang dengan susu formula tinggi gula. Cuba kita stop kejap susu untuk anak yang macam ni, anak mesti lapar, dan akan cari jugak makanan.
Niat perlu ada, untuk kurangkan susu pada anak bila umur dah injak 2 tahun. Kurangkan perlahan-lahan. Bukan drastik stop terus semua susu anak. Terkejut dia nanti, kesian.
Anak mana yang tak suka makan telur. Tanpa ayam goreng, nasi berlaukkan telur pun anak melompat suka. Boleh bertambah makan nasi.
Telur bukan saja jadi kegemaran anak-anak tetapi pelbagai peringkat usia. Tapi ada juga ibu bapa yang risau jika anak terlalu bergantung dengan telur semata-mata.
Sebenarnya jika diikutkan protein yang tinggi dalam telur sangat bermanfaat untuk membantu perkembangan anak.
Menurut perkongsian Dr Zubaidi Hj Ahmad, telur sebagai sarapan pagi sangat-sangat digalakkan untuk kanak-kanak.
Telur adalah sumber makanan yang kaya dengan protein penting dan berkualiti. Ia membekalkan asid amino yang tidak dapat dihasilkan dalam tubuh.
Selain itu, ia membekalkan beberapa vitamin dan mineral, terutama vitamin A (bagus untuk mata anak-anak kita), vitamin D (bagus untuk tumbesaran dan menguatkan tulang anak-anak kita), choline (bagus untuk meNingkatkan kecerdikan minda anak-anak kita dan menguatkan otot-otot jantung), dan selenium (bagus untuk kelenjar tiroid berfungsi dengan baik).
Jika anak-anak kita tiada masalah alahan, telur adalah sarapan yang baik. Boleh diberikan bersama roti, nasi, atau mee.
Berikan sehari sebiji, sama ada diberikan dalam bentuk telur rebus, telur goreng atau telur separuh masak.
Jangan berlebihan. Galakkan juga pengambilan lemak sihat seperti minyak zaitun dalam pemakanan mereka.
Khasiat telur untuk bayi:
Choline: Untuk perkembangan otak, fungsi dan memori Folat: Menghasilkan dan mengekalkan sel darah merah Zat besi: Menghantar oksigen pada sel Lutein dan Zeaxanthin: Mengekalkan penglihatan yang baik dan menjaga mata dari sinaran UV berbahaya. Niacin: Sistem saraf berfungsi dengan normal dan bantu melepaskan tenaga. Lemak Omega-3: Memperbaiki kolesterol darah Protein: Menguatkan badan Vitamin A: Melindungi dari kanser Vitamin B12: Melindungi jantung Riboflavin: Membantu tisu badan kekal sihat Vitamin D: Menguatkan tulang dan gigi Vitamin E: Bertindak sebagai antioksidan Zink: Menguatkan system imunasi.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Nak jadi ibu bapa terbaik? Barulah kita dapat didik anak-anak jadi insan cemerlang! 👏🏼💪🏼
Jom sertai Parenting Summit Online 2025 dengan barisan panel hebat seperti Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar, Dr. Say Shazril, Dr. Malar, Ustazah Asma’ Harun & Awal Ashaari dan ramai lagi! 🩷🩷
Pendaftaran PERCUMA, untuk 500 ibu bapa pertama sahaja! 👨🏻🧑🏽 Lebih seronok, ada peluang menang hadiah lucky draw 🎁🎈🎊🎉 bernilai sehingga RM3000!
Kerjasama strategik antara RichWorks dan Astro bukan sekadar kolaborasi biasa lantaran bakal membuka lebih banyak peluang, akses kepada ilmu, inspirasi, dan bimbingan yang selama ini mungkin sukar dicapai.