Kejam! itulah dapat digambarkan apabila seorang bapa tergamak menyembur racun serangga ke muka bayi lelaki supaya diam disebabkan tidak tahan mendengar anaknya menangis.
Malah, bapa kejam itu turut menampar muka bayi berusia dua bulan dan melambungnya, dalam kejadian di Taman Pauh Indah, Arau, Jumaat lalu.
Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Nanda Maarof berkata, pihaknya sudah menahan suspek berusia 39 tahun susulan laporan daripada doktor di Klinik Kesihatan Arau yang merawat mangsa.
Ads
“Kita menerima laporan doktor di Bahagian Ibu dan Anak klinik berkenaan pada 11.30 pagi Jumaat lalu selepas pemeriksaannya mendapati bayi berkenaan kurang aktif dan bibirnya kebiruan.
“Mangsa juga cedera di belakang kepala dan leher selain terdapat kesan kemerahan ditemui di kepalanya.
Ads
“Ibu mangsa disoal siasat dan dia mengaku suaminya yang juga ayah kandung bayi itu menyembur racun serangga pada muka dan mencederakan mangsa,”
Nanda berkata, suspek ditahan pada hari kejadian dan Penolong Pendaftar Mahkamah Kangar, Monica Joseph Gaisah membenarkan tempoh tahanan remannya dilanjutkan sehingga Khamis ini bermula hari ini.
“Mangsa kini dirujuk kepada Pakar Kanak-Kanak Hospital Tuanku Fauziah, Kangar untuk pemeriksaan lebih lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001,” katanya.
Difahamkan mangsa mengalami komplikasi di otak akibat kecederaan yang dialaminya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hidup kadang-kala penuh dengan cabaran dan ujian, tetapi ketenangan sebenarnya ada dalam genggaman kita sendiri. Dengan melatih diri untuk berdamai dengan masa lalu, menjaga fikiran daripada terlalu memikirkan perkara kecil, dan menghargai momen bahagia yang ada, kita boleh mencipta kehidupan yang lebih tenang dan bermakna.
Berikut adalah lapan tips praktikal yang boleh membantu anda mencapai ketenangan dalam kehidupan seharian. Semoga ia menjadi inspirasi untuk anda melangkah dengan lebih yakin dan positif!
1. Berdamai dengan masa silam.
Usah biarkan dendam dan kesilapan lama menghantui kehidupan sekarang. Maafkan sesiapa sahaja yang pernah kita dendam, lupakan kesilapan lama dan betulkan kehidupan sekarang.
2. Usah pedulikan apa orang kata.
Terlalu ambil peduli setiap kata-kata orang hanya membuat kita tersekat. Selagi kita rasa betul, benar, dan itulah yang terbaik, jalan terus. Kita tak mampu nak puaskan hati semua orang.
3. Masa ‘menyembuhkan’ hampir semua perkara.
Terluka,kecewa,sakit,dendam,marah, dan apa jua rintangan akan hilang bersama masa. Beri masa kepada diri sendiri untuk biarkan semuanya sembuh sendiri.
4. Tiada orang layak menentukan cara kita untuk bahagia.
Kita tentukan kebahagiaan kita. Kita nikmati kehidupan dengan cara kita sendiri. Jangan biarkan orang lain tentukan bagaimana kita hendak hidup dengan gembira dan bahagia.
5. Jangan bandingkan diri kita dengan orang lain.
Setiap kita berbeza. Ada yang merasa bahagia dengan ada keluarga disisi, ada yang bahagia dengan punya timbunan harta, ada yang merasa bahagia hanya dengan secawan kopi ditemani sahabat yang dikasihi.
6. Jangan menghakimi orang lain.
Kita tidak layak nak ‘judge’ kehidupan orang lain. Kita tidak berada dalam situasi mereka dan kita tidak tahu pun bagaimana perjalanan hidup mereka. Berhenti menghakimi kehidupan orang lain.
7. Jangan terlalu fikirkan sesuatu dengan mendalam.
Adakalanya, baik kita tidak tahu apa jawapannya. Tidak semua benda kita perlu ambil tahu. Overthinking juga menyekat diri kita untuk terus mencuba sesuatu yang baru dan menyebabkan kita tidak berani mengambil risiko untuk sesuatu yang mungkin memberi kejayaan pada kita.
8. Senyumlah selalu.
Kita tidak memikul semua masalah yang ada di dunia ini, maka senyum saja. Apa yang kita rasa sukar, mungkin cebisan masalah kecil pada orang lain.
Kredit: Baitul Mustawa
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Andai kita mendapat apa yang diinginkan mesti kita akan suka dan gembira, bahkan menjaganya dengan baik. Begitulah juga anak, walaupun pelbagai ragam sebagai ibu hendaklah menerima hakikat bahawa ragam anak-anak kecil sememangnya begitu, lasak.
Menghadapi karenah dan gelagat anak-anak yang sedang membesar merupakan situasi yang memerlukan kesabaran dan komitmen yang tinggi. Anak-anak yang gemar bergaduh, berebutkan barangan mainan, menyelerakkan peralatan rumah memberikan ujian yang besar untuk ibu bapa mengendalikannya.
Terdapat beberapa tips bagi para ibu untuk berhadapan dengan anak-anak kecil yang pelbagai karenah ini:
#1 – Banyakkan Berdoa
Doa merupakan jalan terpenting dalam menangani apa jua keadaan. Tambahan lagi doa dari seorang ibu mudah dimakbulkan oleh Allah SWT.
Berdoalah agar anak-anak kita dilembutkan dan senang dikendalikan, selain itu seorang ibu juga harus berdoa agar diberi kesabaran dan ketenangan dalam mendidik dan membesarkan anak-anak.
#2 – Sentiasa Bersabar
Kesabaran sangat penting bagi seseorang ibu untuk mengatasi karenah anak-anak yang sedang membesar. Melalui kesabaran inilah ibu masih mampu mengendalikan anak-anak melalui pujukan dan nasihat.
Bahkan sabar juga sangat penting apabila seseorang ibu itu berada dalam keadaan beremosi yang memungkinkan dia memarahi anak-anaknya mahupun memukul mereka.
Rasulullah SAW telah memberi contoh yang baik melalui kelembutan, dakwah akan lebih mudah diterima. Jadi sabar itu sangat penting untuk menjadikan ibu bapa itu lembut dan terkawal emosinya.
#3 – Banyakkan Mengingati Tuhan
Banyakkanlah mengingati Allah, dengan mengingati Allah menjadikan kita seorang yang lebih tenang dan membentuk kesabaran dalam diri. Ini sangat membantu dalam memenangi anak-anak. Sentiasa menyebut 99 nama Allah juga menambahkan keberkatan dalam didikan.
Alunan ayat-ayat al-Quran memang sebaik-baiknya dibaca setiap hari oleh ibu bapa dalam proses membesarkan anak-anak. Seperti dengan membaca surah Yasin dapat melembutkan hati anak-anak. Selain itu, banyakkan istighfar dan mengingati Allah untuk menjauhkan gangguan syaitan.
#4 – Memberi Pujian
Ibu bapa seharusnya memberikan pujian kepada setiap kejayaan atau tindakan baik yang dilakukan oleh anak-anak. Ini sedikit sebanyak memberi semangat dan galakan kepada mereka untuk meneruskan perbuatan baik itu.
“Wah… rajinnya anak mama, tolong kemaskan barang mainan. Macam nilah Allah sayang.”
Setiap anak sangat sukakan belaian dan kasih sayang, dengan memberi pujian akan membuatkan anak-anak tahu bahawa ibunya sangat mengasihinya.
Anggaplah usia anak yang masih kecil berkelakuan nakal dan aktif ini hanya sementara. Layanilah karenah mereka tanpa rotan, dan amarah. Pujian kadang-kadang lebih berkesan daripada menghukum.
#5 – Ibu Yang Sihat
Setiap ibu mestilah dalam keadaan sihat, bertenaga dan terkawal emosinya. Oleh itu, seseorang ibu itu mestilah cukup tidur, cukup minum air, tidak menahan lapar serta terbawa-bawa akan permasalahan lain ketika mengasuh anak-anak.
Ini akan membuatkan seseorang ibu itu mudah tertekan dan melepaskan tekanan itu kepada anak-anaknya. Kadang-kadang inilah yang menjadi punca kepada kes penderaan.
#6 – Fahami Keadaan Anak-anak
Memahami keadaan anak juga sangat penting. Anak-anak mestilah dalam keadaan sihat, tidak lapar, tidak sakit bagi mengelakkan anak-anak tidak selesa dan menganggu ibu mereka. Contohnya jika anak membuang air besar, sudah pasti mereka merengek kerana tidak selesa.
Kadang anak-anak sering melakukan pelbagai karenah hanya kerana mereka ingin perhatian dan kasih sayang. Berilah tumpuan dan masa untuk mereka, seperti menemani mereka membuat kerja sekolah, membawa anak-anak beriadah bersama-sama dan sebagainya.
#7 – Bersyukur Dan Sentiasa Gembira
Selalunya jika kita mendapat apa yang diinginkan dan gembira mendapatnya mesti kita akan suka dan gembira, bahkan menjaganya dengan baik.
Begitulah juga anak, walaupun banyak ragam dan karenah sebagai ibu haruslah menerima hakikat bahawa ragam anak-anak kecil sememangnya begitu, lasak dan ada ragam yang tersendiri. Bayangkan hidup tanpa anak-anak, pasti akan rasa kosong dan sunyi.
Sememangnya bukan mudah untuk membesarkan dan mendidik anak-anak, terutamanya sewaktu kanak-kanak yang benar-benar menguji emosi dan fizikal ibu dan bapanya.
Terutamanya para ibu haruslah menanam kesabaran yang tinggi dari mula-mula berkahwin agar lebih bersedia untuk menjadi ibu yang penyabar.
Sesungguhnya besar pahala ibu bapa yang mendidik anak-anak ini, apatah lagi jika anak yang dididik itu berjaya di dunia dan akhirat.
Peluk anakmu dan dirimu jika mahu kekal tenang! Ini antara yang selalu di tekankan oleh pakar psikologi. Ingat semakin kerap ibu bapa memeluk anak, anak-anak sentiasa berada dalam keadaan sihat, kurang rasa tekanan dan membesar dengan sempurna dan cepat.
Jika anda tahu dari awal, pasti anda tidak akan melepaskan momen ini. Tidak hanya terhad ketika anak kecil sahaja tetapi ia boleh diteruskan sehingga anak besar. Pelukan juga ubat buat seseorang individu sama ada dalam keadaan sedih atau rasa susah.
Seperti anak-anak yang suka jika ibu ayah menyentuh dengan cara baik melalui massage mampu menghasilkan Hormon Oxytocin dan juga Growth Factor begitu juga kita orang dewasa. Ya begitulah kuasa sentuhan kepada manusia.
Walaupun sudah dewasa, manusia dijadikan unik untuk sentiasa mahukan kasih sayang dan cinta. Kuasa sentuhan ini yang akan membentuk Neurotransmitter, Jaringan Neuron, Sel Baru dalam Hippocompus yang simpan memori anak.
Jadi lebih banyak sentuhan baik lebih bagus. No such things as Too Much Touch for the babies especially.
Saya juga pernah terbaca satu artikel perlu ada kuasa Pelukan 12 ke 15 kali sehari untuk beri cukup Power untuk Anak Kekal Tenang.
Dan saya percaya Kita dewasa yang menyimpan memori anak-anak itu juga masih perlu kuasa itu. Jadi pastikan anda mendapat kuasa pelukan dari yang halal. Peluk ibu, ayah, adik beradik, anak dan juga suami. Dalam keadaan sekarang ini pastikan tangan sentiasa dicuci ya.
Bentan selepas bersalin bukan sekadar demam atau sakit badan. Kenali tanda bahaya seperti pendarahan, demam, sesak nafas dan preeklampsia yang boleh mengancam nyawa ibu selepas bersalin.