Seorang bayi berusia sebulan di Tanzania dilaporkan maut selepas ‘diculik’ oleh sekumpulan monyet ketika sedang menyusu di rumah.

Menurut portal The Citizen, insiden itu berlaku di kampung Mwamgongo di Kigoma, Tanzania pada Sabtu lalu.

Bayi Berusia 1 Bulan ‘Diculik’ Sekumpulan Monyet Dilaporkan Telah Meninggal Dunia

Difahamkan bahawa sekumpulan monyet itu telah memecah masuk ke rumah berkenaan dan merampas bayi tersebut daripada pangkuan ibunya sebelum melarikannya.

Kejadian aneh itu berlaku kira-kira jam 3 petang di kampungnya yang terletak berhampiran sempadan Taman Negara Gombe.

Semuanya bermula ketika ibu bayi lelaki itu sedang duduk di luar rumahnya sambil menyusukan bayinya. Tanpa diduga, telah datang sekumpulan monyet yang menceroboh ruang rumahnya dan merampas kanak-kanak itu daripadanya.

IKLAN


“Memang benar kanak-kanak itu bersama ibunya di luar rumah mereka apabila secara tiba-tiba datang sekumpulan monyet menyerbu rumah mereka dan membawanya pergi,” kata Komander Polis Wilayah Kigoma, James Manyama.

Kejadian itu memaksa si ibu untuk segera meminta pertolongan. “Dia menjerit meminta tolong dan penduduk kampung yang mendengar terus bergegas ke rumahnya untuk membantunya mendapatkan kembali anaknya dari sekumpulan monyet itu,” kata beliau lagi.

Apabila penduduk kampung menjumpai sekumpulan monyet itu, mereka dapat melihat bayi itu berada di tangan salah seekor monyet tersebut. Penduduk kampung terpaksa menggunakan kekerasan untuk mendapatkan bayi itu kembali.

IKLAN

“Apabila penduduk kampung datang, ia sudah terlambat kerana bayi itu sudah pun berada di tangan monyet tersebut dan apabila mereka cuba mengambilnya kembali secara paksa, bayi tersebut mengalami kecederaan di bahagian kepala dan leher,” kata Encik Manyama.

Kemudiannya, penduduk kampung di situ berjaya mendapatkan semula bayi yang berada dalam keadaan cedera itu namun malangnya, bayi tersebut meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan di hospital berhampiran.

“Bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa kampung Mwamgongo berkongsi sempadan dengan Taman Negara Gombe. Justeru, kejadian haiwan menceroboh kawasan kampung bukanlah suatu perkara yang luar biasa,” katanya.

IKLAN

Sumber: thecitizen.co.tz

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Bayi Berusia 1 Bulan ‘Diculik’ Sekumpulan Monyet Dilaporkan Telah Meninggal Dunia

Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh, belajar cara didik anak untuk menyimpan sejak mereka kecil. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI