Kehamilan

Bayi Cepat Besar, Mawar Rashid Tak Mahu Membazir. Guna Semula Baju Anak Buahnya

Share

Menunggu hari untuk melahirkan anak sulung tak lama lagi, Mawar Rashid akui dah tak sabar walaupunn berdebar.

Bagi sesetengah orang buat persiapan untuk anak sulung mestilah cukup lengkap, namun bagi Mawar dia tak mahu membazir.

Pemilik nama lengkap, Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 24, sebaliknya memilih untuk mengguna semula pakaian anak buahnya kerana masih elok.

“Memang jika diikutkan hati, banyak yang ingin saya beli, tetapi saya cuba kawal perasaan. Lagipun, bayi cepat membesar dan sesetengah baju hanya sempat dipakai beberapa kali sahaja.

“Daripada membazir, lebih baik saya guna barangan sedia ada. Banyak baju anak buah yang tidak jauh jarak usia dengan bayi saya yang masih boleh dipakai,” katanya kepada BH Online.Mawar berkata, dia dan suaminya, Raden Ahmad Faizal Yaakob atau Raf sudah mengetahui jantina bayi yang bakal dilahirkan, namun memilih untuk tidak berkongsi awal.

Mereka juga sepakat untuk tidak menganjurkan majlis ‘baby shower’ seperti yang sering dilakukan kebanyakan selebriti tanah air.

“Saya tidak larat, malah tenaga semakin terbatas menjelang tarikh bersalin. Saya mudah penat, terutama apabila berdiri terlalu lama.

“Jadi, saya dan suami hanya merancang untuk mengadakan majlis akikah. Jantina bayi pula akan kami dikongsi pada hari kelahirannya nanti,” katanya.

Mawar yang dikenali menerusi drama bersiri, Suamiku Paling Sweet mendirikan rumah tangga dengan Raf yang juga pelakon dan usahawan pada 9 November 2017.

Sumber: Berita Harian

 

IKLAN