Jika dilihat pada perwatakan aktif si kecil yang bernama Qaiser Ali Naim ini pasti tiada siapa yang menyangka bahawa anak ini sedang bertarung dengan penyakit kanser pada kedua belah matanya atau secara saintifiknya dikenali sebagai Bilateral Retinoblastoma.

Menerusi perkongsian ibunya yang menggunakan nama Yunyun Nisa’ Khairunnisa di laman Facebook, wanita ini berkongsi keadaan anaknya yang baru berusia setahun lebih. Tak dapat betapa kuatnya si kecil Qaiser melawan kanser yang ada walaupun usianya masih lagi kecil.

Menurut ibunya, kanser yang dialami oleh Qaiser mula dikesan ketika umurnya baru lapan bulan, dan ketika setahun mata kiri Qaiser terpaksa dibuang kerana kanser tersebut.

Bayi Hidap Kanser Mata Tahan Sakit Sampai Ketuk Kepala Sendiri. Ibu Mohon Doakan Anaknya Kembali Sembuh!

Dalam laman facebook milik ibunya itu juga, dia sentiasa mengemaskini perkembangan terbaru Qaiser yang kini sedang menjalani rawatan kemoterapi untuk kanser yang sedang dihidapinya itu.

Bismillahirrahmanirrahim,

IKLAN

2 minggu lepas, Pakar peads onco bgtau yg dia tidak berpuas hati dengan kanser yg berada di dalam mata kanan Qaiser Ali Naim. Doc cakap..after 4 cycle ni, if kanser still aggressive..doc takkan tambah cycle chemo lagi dan demi untuk selamatkan nyawa Qaiser Ali Naim..doc terpaksa remove satu2 nya mata yang Qaiser Ali Naim ada😭😭😭

After that, jumaat lepas Qaiser Ali Naim EUA utk chemo cycle 7. Seharian anakanda bonda menangis sbb lapar. Nak buat macamna..awak puasa. Berdebar bonda tunggu result IAC 2minggu lepas. Lepas hampir 1jam dalam OT..nama Qaiser Ali Naim kena panggil. Bonda berlari tak cukup simen p kat misi..misi bagitau doc nak jumpa dalam bilik kaunseling. ye, dalam bilik ni la bonda nangis tak abis2 ngenangkan Pakar bgtau yang depa nak buang mata kiri Qaiser 5bln lepas. But, this time..bonda dah kuat sikit. Masuk je bilik tu..doc bg salam n suruh duduk.

“Assalamualaikum ibu, kita dah tengok mata Qaiser tadi..berita baiknya tak ada anak2 kanser yang tumbuh dan kanser tu tak makin membesar..kanser tu statik ye ibu (Alhamdulillah..YaAllah..bonda dah nangis) Berita tak baiknya..kanser tu still there..size besar macam dulu dan kalau dilihat..kanser tu dah menutupi titik peka Mata Qaiser Ali Naim..maksud kat situ..kalau tertutup..Qaiser xkan nampak..blindness..(bonda nangis lagi)..tapi..tapi..Qaiser kat rumah macamna ye ibu?? bonda cakap..YaAllah doc, Qaiser acting like kanak2 normal lain..dia respon. Bonda buka fon n tunjuk dengan doc semua video Qaiser..doc speechless..doc cakap..maksudnya Qaiser ada vision. Allahhuakhbar. Plan pakar sekarang..mereka akan teruskan sistemic chemo..IAC hold dulu. Tunggu 27/3 ni untuk plan seterusnya.

Dah Mula Ketuk Kepala Tahan Sakit

IKLAN

Sekarang Ni, Qaiser Ali Naim dah mula ketuk2 kepala dia belah kanan..YaAllah, mesti mata dia sakit😭😭😭

Nota Kaki :

  1. Bulatan kecik tu doc dah laser.
  2. Yang warna kuning tu lah titik peka Qaiser Ali Naim.

Bayi Hidap Kanser Mata Tahan Sakit Sampai Ketuk Kepala Sendiri. Ibu Mohon Doakan Anaknya Kembali Sembuh!

#yunyunjourney
#officialqaiseralinaim
#bilateralretinoblastoma
#kanserkeduaduabelahmata

IKLAN

Semoga si kecil ini terus kuat untuk melawan penyakit kanser yang dihidapi dan semoga keluarganya juga terus tabah melalui ujian yang diberikan Allah. Terus doakan Qaiser supaya dipermudahkan segala rawatan dan diberi kesembuhan untuknya.

Sumber: Yunyun Nisa’ Khairunnisa

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI